Monday, April 29, 2019

Tarikh luput

Pernah tak kome terfikir terdapat sejumlah barangan di rumah yang kita tak pernah tahu, sebenarnya ada tarikh luput. Teman nak memanjangkan perkongsian info nie. Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB baca sebagai rujukan untuk masa akan datang.


Gambar ehsan Google.


Anggap ianya penting. Antaranya adalah:

1. Bantal
Luput antara 2-3 tahun. Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.  Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.  Walau semahal mana pun bantal yang dibeli,  bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar
Luput dalam masa 6 Bulan Sahaja. Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus/kulat.  Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.  Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.
*Teman ganti selipar bila putus jer...

3. Span Mandi
Luput dalam masa 2 Minggu. Sahaja Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.  Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala
Luput antara 1-3 tahun. Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya

5. Berus Gigi
Luput dalam masa 3 bulan sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang  baru.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kerinting.
*Teman ganti berus gigi setiap bulan...

6. Hydrogen Peroxide
Hydrogen Peroxide adalah fist aid antiseptic. Ianya luput dalam masa 2 bulan sahaja . Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan di dalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh 1 tahun.

7. Sikat Rambut
Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti bary setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi
Luput antara 3 hingga 4 tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi
Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja. Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat
Luput antara 6 hingga 10 Tahun. Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.  Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra
Luput antara 1 hingga 2 Tahun. Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan
Luput Sebaik Struktur Berubah

13. Rempah-ratus
Luput antara 1 hingga 3 tahun. Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1 hingga 3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung
Luput dalam Masa 6 hingga 12 bulan. Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihinggapi parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran
Luput dalam masa 15 bulan. Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik
Luput antara 1-2 Tahun.

17. Penyembur Pembasmi Kuman
 Luput Dalam Masa 3 Bulan.

18. Pencegah Nyamuk
Luput dalam masa 2 tahun.

19. Power Soket
Luput dalam masa 4 hingga 5 tahun. Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4 hingga 5 tahun sekali bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

20. ISTERI
Hanya isteri sahaja tidak ada tarikh luput...hanya dia meninggal sahaja baru boleh ditukar baru...itu pun mengikut kemampuan.

Semoga info memberi manfaat untuk anda.


#perhatikantarikhluput 


Sunday, April 28, 2019

Kuliah : 20 tanda kematian yang mulia (Husnul Khatimah)

Semua orang-orang yang beriman mengimpikan kematian yang Husnul Khatimah. Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian ilmu ini berkenaan tanda-tanda kematian yang husnul khatimah.

Kematian

Gambar ehsan Google.

Pertama :
Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)

Kedua :
Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin HushaibR.A : Dari Buraidah bin Khusaib R.A bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)

Ketiga :
Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

Keempat :
Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Kelima :
Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana "mabtun" syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Keenam :
Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.” Ini termasuk malaria, denggi, apa sahaja virus-virus yang merebak dan sebagainya)

Ketujuh : Mereka yang mati kerana penyakit dalaman (mabtun) berdasarkan hadis di atas. (sakit jantung,hati,paru-paru, usus, perut, apendiks, pankreas, payudara, rahim dan lain-lain yang tersembunyi dalam badan manusia)

Kelapan dan ke sembilan :
Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi S.A.W: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.” Ulama mengatakan orang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya adalah termasuk dalam kategori ini.

Kesepuluh :
Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit R.A bahawa Rasulullah S.A.W menjenguk Abdullah bin Rawahah R.A dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”

Kesebelas dan dua belas :
Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”

Ketiga belas :
Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)

Keempat belas :
Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Kelima belas dan enam belas :
Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”

Ketujuh belas :
Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”

Kelapan belas :
Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”

Kesembilan belas :
Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.

Kedua puluh :
Mereka yang meninggal ketika keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya ,dia berada fi sabilillah sehingga dia pulang ke rumahnya semula".(at-Tirmizi). Meninggalnya dia ditengah jalan dalam menuntut ilmu dikira sebagai syahid fi sabilllah.

Kebanyakan syahid diatas disebut sebagai syahid akhirat yakni jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah biasa, diakhirat dia akan dibangkitkan bersama syuhada' insyallah. Manakala syahid dunia dan akhirat hanyalah mereka yang gugur dimedan perang fisabillah. Jenazah mereka hanya perlu dikafan dan dikebumikan sahaja.

Lihatlah betapa rahim-Nya Allah yang menjadikan ujian keatas orang Islam sebagai penyebab keampunan keatas dosa-dosa mereka lalu meninggikan darjat mereka dengan ujian yang dihadapinya itu dengan mengurniakan syahid kepadanya.

Semoga kita dimatikan di dalam husnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amiin, Ya Rabbal ‘Alamin...

Wallahua'lam. Sekadar perkongsian, semoga ia memberi manfaat kepada semua.


Saturday, April 27, 2019

Kuliah : Pesanan terbaik untuk kaum Muslimah / Wanita Islam

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan pesanan atau pun ingatan buat kaum wanita sebagai peringatan bersama untuk menjadi yang terbaik.

Wanita Solehah

Gambar ehsan Google.

  • Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT
  • Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.
  • Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
  • Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.
  • Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.
  • Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.
  • Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandang tetapi tidak boleh disentuh.
  • Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.
  • Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
  • Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
  • Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah
  • Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  • Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
  • Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
  • Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
  • Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
  • Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Insya Allah...


Thursday, April 25, 2019

Petua : Untuk menghilangkan panau

Apa itu panau? Mengikut takrifan oleh portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada bahagian luar kulit yang lembab dan berminyak.

Pokok Gelenggang

Gambar ehsan Google.

Dalama entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua orang dulu-dulu untuk merawat masalah panau. Bahan utama yang di perlukan ialah daun pokok gelenggang. Pokok gelenggang ini kebiasaanya tumbuh meliar di kawasan lembah atau berpaya dan ianya berbunga kuning.

Ambil daun pokok gelenggang tersebut dan tumbuk sehingga halus. Ambil airnya dan sapukan pada bahagian yang di jangkiti panau itu. Sapukan daun gelenggang itu 2-3 kali sehari sehingga jangkitan panau itu sembuh sepenuhnya.

Selamat mencuba!


Wednesday, April 24, 2019

Wordless : Terung Berembang

Semasa shopping di Giant Shah Alam hari tu, teman terpandang Terung Berembang nie. Teman tak pernah makan pun terung jenis nie. Masa kecik-kecik dulu, teman buah terung nie, teman buat peluru senapang jer... Tak sangka pulak Terung Berembang nie mahal harganya sampai RM13.99 sekilo... Cer bagi tau sket, terung jenis nie kome buat masak apa erkk?

Terung Berembang


Sunday, April 21, 2019

Kuliah : Melatih cara pandangan yang dapat menjamin kesucian hati

Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari? Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri.

Kalau diri kita masih lagi melihat  keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya satu kebaikannya sampai ketemu, pasti ada! Akan tetapi jika kamu tetap tidak dapat menemukan kebaikannya, maka janganlah terburu-buru mencelanya, sebaliknya CELA-lah dirimu sendiri atas kegagalanmu menemukan sisi kebaikannya.

Pandangan Mata
Gambar ehsan Google.

Sebab ketahuilah... Seburuk-buruk manusia pasti dia masih menyimpan FITRAH yang suci. Dan tak ada manusia yang jatuh lebih rendah dari fitrahnya.

Berusahalah dirimu selalu berakhlaq dengan akhlaq Allah yang dalam pandangan rahmatNya berkenan menghapus 1001 keburukan manusia  dengan hanya satu kebaikan taubat.

Dan janganlah kau tiru akhlaq iblis, kerana kesombongannya, ia justru menghapus 1001 nilai kebaikan manusia hanya kerana satu kekurangan. Fahamilah...


Friday, April 19, 2019

Filem Bollywood bertajuk "PK"

Lama juga teman dah record cerita nie kat ASTRO guna PVR. Minggu lepas baru ada masa untuk menonton filem nie dengan family. Apa yang best pasal filem 'PK' nie? Bagi teman plot ceritanya agak menarik untuk di kongsikan dalam entry nie. Untuk maklumat lebih lanjut pasal filem 'PK' nie, kome baca kat sini ye.


Filem ini mengisahkan seorang ALIEN lakonan Aamir Khan telah mendarat di bumi untuk membuat kajian tentang kehidupan makhluk di bumi. Dia mendarat di bumi di sebuah padang pasir tanpa sebarang pakaian di tubuhnya, dalam erti kata yang lain BOGEL. Sebenarnyabukan kisah nie yang menarik sangat sampai teman nak kongsikan dalam blog nie. Tapi, part yang menarik bagi teman adalah kajiannya tentang cara berpakaian, kebudayaan, makanan dan peganggan agama oleh manusia.

Kisahnya bermula apabila ALIEN lakonan Aamir Khan kehilangan alat kawalan jauh kapal angkasanya di curi orang dan menyebabkan dia terdampar di bumi bersendirian dan berusaha pelbagai cara untuk mencari kembali alat kawalan jauh kapal angkasanya.

Plot yang di tonjolkan ialah manusia ini menganuti pelbagai agama dan menurut kepercayaan masing-masing yang menjurus kepada "Wrong Number", agama dan doa penganutnya telah tersasar dan hanya ada satu tuhan dan agama sahaja yang benar, iaitu ISLAM. Tapi tak ada la disebut secara specific dalam filem tu. Cuma ada disebutkan, tuhan yang satu dan benar ialah tuhan yang telah menciptakan dunia dan makhluk seluruh alam ini. Dan ada manusia yang bertuhankan nafsu sehingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah.

Pada pendapat teman, pengarah filem ini sangat kreatif dalam memainkan sentimen pelbagai agama untuk di masukkan dalam filem ini. Lucu juga bila mana Aamir Khan memperlekehkan golongan penyembah berhala itu menjual patung-patung mereka itu dengan pelbagai bentuk, saiz dan harga untuk di sembah sedangkan patung itu tidak langsung mampu untuk berbuat apa-apa dan ianya ciptaan manusia semata-mata.

Tapi golongan itu tidak mempu untuk berfikir dan keluar dari belengu tersebut. Apa pun, cerita nie memang menarik untuk di tonton. Teman kongsikan full HD movienya di sini.



Kisah ikan bilis

Macam-macam kisah ikan bilis. Peniaga pun semakin kreatif untuk melariskan jualan mereka. Macam-macam cara mereka gunakan. Sebelum nie, teman hanya tau ikan bilis mata biru je. Sekarang nie, peniaga-peniaga nie pulak menamakan sendiri ikan bilis jualan mereka. Apa pun, bagus juga idea mereka nie.

Antara ikan bilis yang ada dalam senarai jualan tu ;


  • Bilis Mabuk Ketom, sekilo RM22.00
  • Bilis Sakit Otok, sekilo RM20.00
  • Bilis Ore Tino Koya Comey, sekilo RM46.00
  • Bilis Siakap Keli, sekilo RM30.00
  • Bilis Suami Curang, sekilo RM30.00
  • Bilis Pecoh Palo, sekilo RM36.00
  • Bilis Malu Apa BossKu, sekilo RM40.00
  • Bilis Abe Sajat, sekilo RM46.00
  • Bilis Takut Bini, sekilo RM36.00
  • Bilis Tak Cukup Makan, sekilo RM46.00
  • Bilis Anok Jepun / Bilis Mato Biru Sakura, sekilo RM60.00
  • Bilis Kasih Sayang Suami, sekilo RM30.00
  • Bilis Mabuk Laut, sekilo RM22.00

Macam-macam la dema nie... Harga tu, entah la, macam mahal jerr...




Thursday, April 18, 2019

Petua : Untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata

Lingkaran hitam di bawah mata sering terjadi apabila kita kurang tidur atau disebabkan oleh kekurangan darah. Faktor keturunan juga turut menyumbang munculnya ligkaran hitam di bawah mata. Sebelum ini, teman pernah juga kongsikan petua untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata dalam entry sebelum ini. Kome boleh klik disini untuk membacanya.

Lingkaran hitam di bawah mata

Gambar ehsan Google.

Dalam perkongsian petua hari ini, bahan utama yang di perlukan teman senaraikan di bawah;

  • Buah oren (diambilkan jus)
  • Gliserin
Buah Oren
Gambar ehsan Google.


Buah oren itu, di perah untuk mendapatkan jusnya. Jus ini di campurkan dengan gliserin. Kemudian, sapukan pada bahagian bawah mata. Pengunaan berterusan jus oren dicampurkan dengan gliserin adalah cara yang berkesan untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata. Ekstrak oren juga membuat kulit di sekitar mata menjadi lebih licin dan lebih lembut.

Sapukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Selamat mencuba!


Wednesday, April 17, 2019

Wordless : Sign board guna loghat setempat

Sign board guna guna loghat setempat. First time terserempak dengan sign board sebegini... Mungkin ada lagi kot kat sekolah-sekolah kawasan pendalaman tu sign board guna loghat daerah sebegini...

SK Tepus

#indahnya loghatterengganu


Tuesday, April 16, 2019

Gunung Yong Yap

Mossy Forest di Gunung Yong Yap. Gunung Yong Yap ini terletak di sempadan Perak dan Kelantan. Ketinggiannya mencapai 2,168 meter dari aras laut dan merupakan puncak ke enam tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung ini merupakan sebahagian dari Banjaran Titiwangsa. Mossy Forest di Brinchang, Cameron Highland pula berada di ke tinggian 2,000 meter dari aras laut.


Pergunungan Yong Yap


Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap merupakan antara gunung yang paling mencabar untuk didaki di Semenanjung Malaysia. Kegiatan pendakian di larang di gunung kepada mereka yang tidak berpengalaman melakukan pendakian di hutan hujan tropika atas faktor keselamatan. 


Trail Gunung Yong Yap

Terdapat beberapa serangan harimau Malaya di laporkan di sekitar Gunung Yong Yap. Banyak halangan yang perlu di tempohi termasuklah pokok-pokok yang tumbang menghalang laluan.

Di sekitar Gunung Yong Yap juga boleh di temui Mossy Forest.


Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap

Gunung Yong Yap

Sebenarnya masih banyak lagi khazanah hebat yang tersembunyi di hutan belantara negara kita untuk kita terokai keindahannya dan ambil pengajaran darinya. Jadi kita perlu sanyangi dan pertahankan hutan kita dari pencerobohan dan pembangunan yang tidak terkawal oleh tangan-tangan manusia yang gemar melakukan kerosakkan.

#sayangidanhargailahalamkita


Saturday, April 13, 2019

Kuliah : 10 amalan ahli syurga

Apakah amalan-amalan untuk menuju ke syurga Allah? Perlu di ingat, solat 5 waktu adalah amalan pertama yang akan di hisab. Jika buruk solat, makan buruk ke semua amalan yang lain. Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan 10 amalan untuk menuju ke syurga Allah.


Gambar ehsan Google.

Pertama :
Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah s.w.t.

Kedua :
Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana mssjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid 'Allah' dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka.

Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki.

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk mendoakan orang yang bersedekah waktu subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yang sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah.

Keenam
Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam sholat walau ia tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia... Yaa Allah”.

Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampunkan. Hati yang penuh dengan dosa akan menyebabkan nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dengan istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian. Jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kelapan
Berjalan ke majlis-majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yang berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan
Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamunya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh
Sebarkan salam kepada orang yang kita kenal atau pun kepada orang yang tidak kita kenal, kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan.


Friday, April 12, 2019

Fungsi Button 'Shift Lock' untuk kereta auto

Untuk kome yang memandu kereta Auto, nie teman nak memanjangkan perkongsian berkenaan button 'Shift Lock'. Kereta teman tak ada button 'Shift Lock' nie... Baru tahu... Butang 'shift lock' pada gear kereta auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong untuk recharge semula ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡. Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button 'Shift Lock' pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu.


Button Shift Lock yang dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. Shift lock berfungsi untuk melepaskan transmisi kereta daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.

1. Matikan enjin kereta ketika gear

2. Cabut kunci kereta

3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke  bawah dan ubah kedudukan

4. Ubah ke gear dan lepaskan butang shift lock.
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.

Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.


Thursday, April 11, 2019

Petua : Merawat senggugut

Senggugut ketika haid. Petua kali ini khas untuk golongan wanita. Sesetengah wanita yang didatangi haid akan merasa sakit dibahagian perut dan peranakkan. Inilah yang dinamakan senggugut. Maaf, teman tak dapat nak imagine macam mana sakit senggugut tu. Apa yang pasti senggugut nie memberi ketidak selesaan kepada golongan wanita dan ia memberi kesan terhadap kegiatan seharian.

Sebelum nie, teman pernah juga kongsikan beberapa petua untuk mengatasi senggugut. Kome boleh baca petua tu melalui ruangan search / mencari di sudut kanan atas blog ini.

Lemon

Gambar ehsan Google.

Untuk petua kali ini, bahan utama yang di perlukan ialah buah lemon. Buah lemon ini mudah didapati di pasaraya. Selain sedap untuk di buat air, buah lemon juga ada manfaat kesihatan buat golongan wanita.

Lemon dapat membantu untuk mengurangkan pendarahan, kesakitan dan bengkak yang berkaitan dengan haid. Minum 2-3 gelas jus lemon yang di campur dengan air sejuk pada setiap hari semasa tempoh haid mampu mengatasi masalah ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!


Wednesday, April 10, 2019

Wordless : Potong rambut 'Akhir Zaman'

Untuk viralkan business perlukan 'WOW' factor. Contoh, nama atau pun tag line business. Nie kedai guting rambut yang terdapat di Indonesia. Para netizen akan tolong mempromosikan perniagaan kome tu... Mudahkan... Actually, nak bankrup pun senang dengan media sosial nie... So, sentiasa positive, tingkatkan kretiviti dan mantapkan produktiviti.

Akhir zaman

Tuesday, April 9, 2019

Jumpa babi di laut

Gempar sekejap bila jumpa babi hutan di laut. Mungkin babi nie jelous sebab last time gajah berenang di laut berhampiran Sri Lanka. So, babi nie nak cuba pecah dominasi haiwan darat dengan berenang di laut berhampiran Pulau Pangkor. Memang babi betul la... bukan tipu...

Tak percaya, tonton perkongsian video di bawah nie...



Betul tak itu babi hutan...


Saturday, April 6, 2019

Kuliah : Sempurnakah solat kita?

Dalam entry pagi nie, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan "SOLAT". Jom sama-sama kita perbaiki cara kita bersolat dan lakukannya dengan sebaik-baik mungkin. Ikuti perkongsian ustaz dalam perkongsian video di bawah.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Thursday, April 4, 2019

Petua : Untuk menyegarkan potongan buah pear

Sedap juga kalau dapat makan buah pear. Dalam diet seharian teman and family pasti ada buah-buahan. Tak kisah buah-buahan tempatan atau buah-buah import seperti epal, pear atau anggur. Biasanya buah-buahan seperti epal dan pear nie jika telah di kupas dan dihidangkan, ia tak akan bertahan lama. Ia mudah lebam. Untuk mengekalkan hirisan buah pear supaya tahan lebih lama, kome boleh guna petua nie.

Buah Pear

Gambar ehsan Google.

Mula-mula, bersihkan buah pear dengan mengunakan air garam. Kemudian, tos dan lap sehingga kering. Potong buah pear mengikut bentuk yang di kehendaki. Kemudian, rendam potongan buah pear ini kedalam air yang telah di bancuhkan dengan sedikit madu. Biarkan selama lima minit. Kemudian, tos air dan bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba.


Wednesday, April 3, 2019

Wordless : Nasi lemak 'viral'

Viral ke nasi lemak nie? Kalau 'Laki Orang" tu tak tau la pulak teman. Apa pun, untuk memulakan business, kita memang perlukan satu "WOW" faktor. Contoh, tag line business atau pun nama kedai tu...

#NasiLemakLakiOrang
#AirPanasBujang3
#RotiCanaiAnakTeruna



Jom sama-sama bagi sokongan kepada peniaga Islam.