Saturday, June 30, 2018

Kuliah : Berbuat baik pada kedua ibubapa kita

Ulama pernah berkongsi bahawa, di malam Al-Qadar, Allah akan membuka rahmat seluas-luasnya. Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Yang setiap umat Islam tertunggu-tunggu untuk meminta dan berdoa kepada Allah S.W.T.

Namun, jika kita pernah berkata perkara-perkara yang tidak sepatutnya pada kedua ayah dan ibu kita, bersegeralah memohon keampunan dari mereka. Ketahuilah bahawa jika kedua ibubapa kita terasa hati atau terguris perasaan mereka, segala ibadah, doa kita akan terhalang selagi kita tidak mendapat keampunan dari mereka. Jom saksikan perkongsian video kuliah berkenaan topik ini.


Thursday, June 28, 2018

Petua : Untuk menghalau lalat

Time-time raya nie mesti ramai yang nak membuat rumah terbuka. Biasa lah, bila banyak makanan nie, time macam nie lah si lalat tu datang. Untuk menghalau lalat, dalam entry hari nie, teman nak kongsikan satu lagi petua. Petua kali nie mudah je.


Potongan daun pandan
Gambar ehsan blogger keringat-ku.

Dapatkan beberapa helai daun pandan. Kemudian, potong kecil atau hiris halus-halus. Setelah itu, letakkan di tempat yang selalu lalat itu hinggap. Insya Allah, lalat tu tak akan hinggap di situ lagi.

Selamat mencuba ye.

Wednesday, June 27, 2018

Wordless : Nangka di luar pagar

Bila terpandang buah nangka nie, teringat pantun orang dulu-dulu pasal buah cempedak...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Jika salah tolong tunjukkan

mmm... nie bukan bukan buah cempedak... tapi buah nangka...

Buah cempedak di luar pagar


Sunday, June 24, 2018

Kuliah : Doa semasa berkunjung ke rumah terbuka

Dalam entry hari Nie, teman suka nak kongsikan doa nie. Maklum la, time-time raya nie ramai yang buat open house. Minggu sudah, sampai je ke rumah dari office, rumah teman di serbu anak-anak jiran sekitar. Perghhh... maklum la, baru je balik dari kampung, dah mula kerja... tak ready apa pun kat rumah... so, tetamu dah menunggu, teman jemputan la masuk ke rumah... hidangkan apa yang ada... time tu la, baru nak masukkan biskut raya dalam bekasnya... so, itu la juadah yang teman sediakan petang tu... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sebelum bagi duit raya, teman suruh depa baca doa Nie dulu....๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Doa rumah terbuka


Saturday, June 23, 2018

Kuliah : Doa tidak putus rezeki

Entry kali ini, teman nak memanjangkan perkongsian ini. Boleh la di amalkan semoga kita sentiasa di murahkan rezeki.

Doa tidak putus rezeki


Thursday, June 21, 2018

Petua : Perubatan tradisi mengunakan kurma

Dalam bulan Ramadhan, kurma menjadi antara makanan sunnah sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan 20 petua dan khasiat kurma terhadap kesihatan.

Kurma
1. Denggi berdarah
Ambil 500g kurma dan 5 gelas air. Kisar kurma bersama air tersebut sehingga halus. Kemudian, minum air tersebut, segelas setiap setiap jam selama sehari.

2. Cirit birit
Celurkan beberapa biji kurma dengan air mendidih. Kemudian, lumatkan dengan cara menekannya mengunakan sudu. Campurkan sedikit madu, kemudian minum. Lakukan ini selama tiga kali sehari.

3. Insomnia (sukar tidur)
Buat jus kurma, kemudian minum setiap kali sebelum tidur.

4. Meningkatkan stamina
Celurkan beberapa biji kurma di dalam segelas air mendidih. Kemudian, tambah susu dan madu secukup rasa. Minum setiap kali hendak tidur.

5. Menghilangkan rasa mual
Cincangkan atau lumatkan beberapa biji kurma. Kemudian rebus bersama segelas air sehingga mendidih. Kemudian minum ketika ia masih panas.

6. Mengelakkan cacing dalam perut
Makan beberapa biji kurma di waktu pagi ketika perut masih kosong.

7. Radang usus
Ambil 9 biji kurma gred A (kurma terbaik) dan buang bijinya. Rendam dalam air panas, kemudian kisar bersama 500ml susu berkalsium tinggi dan minum. Amalkan sehingga sembuh.

8. Sakit perut
Rebuskan beberapa biji kurma. Kemudian hancurkan dan campus dengan susu kambing atau susu lembu segar. Minum dua kali sehari.

9. Sembelit
Rendam beberapa biji kurma semalaman. Kemudian minum air rendaman itu pada waktu pagi.

10. Bengkak kaki
Tumbuk kurma berserta bijinya. Kemudian campur resin sehingga menjadi seperti pes. Sapukan pada kaki bengkak.

11. Batuk pada kanak-kanak
Hancurkan kurma kering. Kemudian campurkan dengan susu dan beri minum pada kanak-kanak.

12. Bersin
Sapukan jus kurma pada hidung.

13. Lemah tenaga batin
Tiga biji kurma dimakan dengan madu, dua jam sebelum tidur. Lakukan selalu.

14. Badan lebih
Buah kurma di campur dengan susu kambing asli atau susu lembu asli, di masak lalu di minum.

15. Melebatkan bulu mata
Ambil beberapa biji kurma kering kemudian bakar sehingga hangus dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian jadikan celak.

16. Angin dalam perut
Hancurkan beberapa biji kurma. Kemudian gaulkan dengan biji Habbatus Sauda yang di tumbuk hancur. Amalkan setiap hari.

17. Sukar bersalin
Rebus beberapa biji buah kurma bersama daun zaitun sehingga mendidih. Kemudian minum air rebusan tersebut.

18. Mendapatkan tenaga sebelum bersalin
Makan beberapa biji kurma (sebaik-baiknya dalam bilangan ganjil). Kemudian, minum segelas air kosong.

19. Selepas bersalin
Ambil sekurang-kurangnya tujuh biji kurma, kemudian rebus dengan tiga gelas air. Rebus sehingga menjadi segelas air. Biarkan sehingga menjadi segelas atau segelas setengah. Amalkan meminumnya sekurang-kurangnya dua gelas sehari.

20. Dispepsia (sakit seolah-olah terdapat gas, sakit dan terbakar dibahagian perut)
Makan bawang merah dengan kurma, kacang dal pahit, Habbatus Sauda, thyme dan keju.

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba.




Wednesday, June 20, 2018

Wordless : Gua Musang

Ini adalah antara land mark yang terdapat di daerah Gua Musang, Kelantan

Gua Musang




Tuesday, June 12, 2018

Tips Pemanduan

Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Ramadan dan Syawal akan muncul tak lama lagi. Minggu ini pasti ramai yang telah membuat persediaan untuk balik beraya di kampung halaman masing-masing. Sebelum kome memulakan perjalanan tu, mari baca tips pemanduan yang teman kongsikan di bawah nie...

Tips pemanduan

Ok, ingatlah orang yang tersayang. Berhenti jika mengantuk atau penat. Anda mampu mengubahnya.


Sunday, June 10, 2018

Kuliah : Doa untuk di permudahkan segala urusan

Setiap hari, kita di hidangkan dengan pelbagai urusan yang perlu di laksanakan sehingga selesai. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Dalam kita melaksanakan tanggungjawab tersebut, pelbagai situasi terpaksa kita tempohi samada mudah atau sukar. Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu doa yang boleh di jadikan amalan seharian.

Doa di permudahkan urusan


Perkongsian dari program Tanyalah Ustaz, TV9.



Saturday, June 9, 2018

Kuliah : Rukun Fe’Li ketika dalam solat jemaah

Dalam entry segmen kuliah hari ini, teman nak kongsikan berkenaan rukun-rukun di dalam solat. Dalam solat ada tiga rukun, iaitu

  1. Rukun Qalbi (dalam hati)
  2. Rukun Qauli (bacaan atau lafaz)
  3. Rukun Fe’Li (gerakkan)

Rukun Qalbi ada dua, iaitu
  1. Niat
  2. Tertib

Rukun Qauli
  1. Takbiratul ihram
  2. Fatihah
  3. Tahiyyat akhir
  4. Selawat pada tahiyyat akhir
  5. Salam pertama



Rukun Fe’Li

  1. Berdiri tegak
  2. Rukuk’
  3. Iktidal
  4. Sujud
  5. Duduk antara dua sujud
  6. Duduk pada tahiyyat akhir





Thursday, June 7, 2018

Petua : Untuk halang kucing dari naik atas kereta

Teman nie memang selalu sangat berperang dengan kucing-kucing kat luar rumah tu. Bukan nya apa, bila teman lepas cuci kereta je, time itu jugak la kucing-kucing tu naik baring-baring atas kereta tu. Pantang je kereta tu bersih sket, time tu jugak la dema nak lepak atas kereta. Kome pun tau kan macam mana keadaanya kucing-kucing kat luar tu. Kebanyakkannya tak terjaga, kotor dan ada yang berpenyakit. Itu tak termasuk lagi yang berak dan kending kat depan rumah tu.

Petua halau kucing tidur atas kereta

So, teman pun cuba la cara nie... kome dapatkan bahan di bawah nie ye...
  1. Botol kecil (lut sinar). Teman guna botol air mineral je
  2. Pati sirap
Caranya, kome bancuh air sirap, dan masukkan dalam botol air mineral tu. Kemudian, letakkan botol berisi air sirap tu atas kereta kome tu. Memang menjadi beb... teman dah cuba cara nie... dah hampir enam bulan dah kucing-kucing tu tak jejak kaki atas kereta teman. Tidur kat bawah kereta pun idok. Kadang-kadang tu, ada jugak la teman nampak kucing tu tidur kat atas tembok kat luar tu. Sesekali, ada juga la nampak kucing tu tidur atas kereta tuannya yang terbiar kat depan tu. Mungkin kucing tu rindu nak tidur atas kereta teman kot...๐Ÿ˜‚๐Ÿค—๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿค—๐Ÿค”



Wednesday, June 6, 2018

Wordless : KL Gateway Mall

KL Gateway Mall satu lagi mercu tanda di Bangsar. Terletak di bersebelahan Lebuhraya Persekutuan atau pun Federal Highway dan bertentangan dengan Menara TM. Tak tau la apa yang menarik kat dalam KL Gateway nie...

KL Gateway Mall

Monday, June 4, 2018

Misi mencari ayah yang menghilangkan diri

Jom bersama kita bantu saudara kita ini yang sedang mencari ayah kandungnya yang menghilangkan diri sejak 18 tahun dahulu. Ayah saudara kita ini bernama Nuralam Bin Abdullah. Kalau ada sesiapa yang maklumat ayah beliau, sila hubungi beliau seperti nombor di bawah;

+6594203702 / Mohd Firdaus Bin Nuralam



Video ehsan dari Mohd Firdaus Bin Nuralam

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Apabila kita mengetahui bahwa sebenarnya kita mampu berbuat sesuatu untuk menolong kesulitan orang lain, maka segeralah lakukan, segeralah beri pertolongan.

Bayangkan jika kita berada di tempatnya... sungguh Allah S.W.T sangat mencintai orang yang memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan menghapuskan kesulitan orang lain.


Saturday, June 2, 2018

Kuliah : Sedekah pahala dan doa untuk orang-orang dalam kubur

Teman sekadar hendak memanjangkan perkongsian ilmu dalam segmen kuliah berkenaan “Sedekah pahala dan doa untuk mereka yang telah meninggal dunia” yang di sampaikan oleh Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.