Thursday, November 30, 2017

Petua : Untuk menurunkan kolesterol dengan cara yang paling selamat

Kome ada masalah kolesterol tak? Masalah kolesterol nie tak mengira usia, tidak mengira kaum. Ianya bergantung kepada cara hidup kita. Ramai juga di antara kita yang mengalami masalah kolesterol. Untuk mengatasi masalah kolesterol nie, cuma ada dua cara saja. Satu dengan mengubah cara hidup dan satu lagi dengan pengambilan ubat. Jika kome sudah di sarankan oleh doktor untuk mengambil ubat, jawabnya seumur hidup la kome kena makan ubat tu.

Kolesterol

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah kolesterol ini dengan cara yang paling selamat. Teman senaraikan Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat petua ini;

  1. Buah ceremai
  2. Buah belimbing besi
  3. Buah limau kasturi (4 biji) untuk satu gelas
  4. Daun lidah buaya (diambil isinya)
  5. Sedikit air

Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kisar kan semua bahan-bahan ini sehingga hancur. Kemudian minum air jus ini. Amalkan meminum jus ini setiap hari selama 7 hari berturut-turut. Kome boleh juga tonton video ini untuk mengetahui cara membuat petua ini.



Sebelum ini, teman ada juga kongsikan tips dan petua berkenaan masalah kolesterol nie. Kalau kome nak bacanya, boleh la klik disini ye.

Selamat mencuba ye.




Wednesday, November 29, 2017

Wordless : Awan mendung

Setiap hujung tahun, mesti sekali dengan musim hujan... Yang teman paling risau, air naik dari bawah... BANJIR...

Hujan

Monday, November 27, 2017

Capecafe

Kali ini, teman nak review satu lagi tempat makan best di Tanjong Malim. Capecafe nie terletak No.13, Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa, Tanjong Malim. Capecafe nie terletak sebaris dengan Secret Recipe dan show room EON. Capecafe nie baru je memulakan operasi mereka pertengahan bulan October 2017 yang lepas dari 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Capecafe, Tanjong Malim

Apa yang unik di Capecafe nie. Ok, kalau sebelum nie kita ada Kedai 5 Ringgit, kedai serbaneka berkonsepkan barangan serendah RM5. Di Capecafe pula hanya ada satu harga, RM1.70. Semua menu makanan di tawarkan dengan harga RM1.70. Di zaman cekaman GST nie, mana nak cari kedai makan yang menawarkan makanan serendah harga RM1.70, kan?

Capecafe
Untuk maklumat lanjut berkenaan Capecafe, kome boleh klik disini ye. Ok, Jom kita review makanan di sini. Nie first time teman check in disini. Teman pun tak tau la apa menu signature kat sini. Bila tanya pekerjanya... semua makanan kat sini sedap... katanya laa... ok, nie menu makanan yang di hidangkan di Capecafe nie...

1- Nasi Lemak
2- Mee/Bihun/K Tiew Tomyam
3- Mee/Bihun/K Tiew Sup
4- Mee Kari
5- Soto
6- Laksa
7- Nasi Ayam Rendang
8- Kepak Ayam
9- Sagu Gula Melaka
10- Pulut Mangga
11- Popia Goreng
12- Ubi Kayu Rebus Kelapa
13- Ubi Kayu Rebus Sambal Bilis

Minuman
1- Fanta Oren
2- Fanta Anggur
3- Fanta Strawberry
4- Sanquick
5- Milo Panas/sejuk
6- Teh o panas/sejuk
7- Kopi Panas/ Sejuk
8- Teh Panas/ Sejuk
9- Sirap
10- Coca Cola

Capecafe, Tanjong Malim

Ok, untuk first time nie, teman order 2 mee kari, 2 nasi lemak, 2 ayam goreng dan 1 mee sup. Untuk, minuman, teman order sirap je...

Teman makan mee kari dulu... pergh... memang terbaik la... lincin mangkuk mee nie teman hirup kuahnya... kalau di tambah sket dengan kerang... mesti lagi meletup, kebabomm... serius, mee karinya memang terbaik...πŸ€—πŸ˜‹πŸ˜ŠπŸ‘Œ tapi portion meenya tak la banyak sangat... silap teman order semangkuk... semangkuk lagi mee kari tu untuk wife teman...πŸ€—πŸ€—πŸ€—... berbaloi la dengan harganya untuk semangkuk...

Capecafe, Tanjong Malim

Capecafe

Ok, lepas makan mee, teman makan pulak nasi lemak... perghhh... memang cukup sifatnya... cukup rasa...  tak reti nak komen lebih-lebih... senang cerita, bak mai semangkuk lagi...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ€—πŸ€—πŸ˜πŸ˜... bertambah meletup makan bersama kepak ayam goreng yang telah di perap dengan ramuan rahsianya... memang terbaik laa... rasa macam tak cukup la pulak...

Untuk mee sup, pun menarik juga... memang terasa supnya... Patut la, pelayan nya bagi tau, semua makanannya sedap... Apa pun, Capecafe nie memang terbaik la... next time, teman nak try pulak pulut manga nya...😌😌😊

#jomsupportpeniagamelayu

Sunday, November 26, 2017

Kuliah : Miracle of Istighfar

Sekadar memanjangkan perkongsian ini. Perbanyakkanlah "Istighfar" dan bertaubat semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu.









Saturday, November 25, 2017

Kuliah : Cara solat yang betul ketika solat berjemaah

Jom solat berjemaah di masjid atau surau. Dalam entry pagi nie, teman hendak kongsikan cara solat berjemaah yang betul. Tontoni lah perkongsian video ini sehingga tamat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Friday, November 24, 2017

Tips pemilihan tayar

Hari ini, teman hendak kongsikan info mengenai tayar. Maklum la, teman nie baru je tukar tayar kereta. Teman biasanya akan tukar 4 biji tayar sekali gus. Biasanya teman tukar tayar setiap 2 tahun. Maklum lah, teman selalu travel. Ok, ada 4 class atau jenis tayar;

Premium Brand Tyres
(Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah harga amat mahal)

Mid Range Brand Tyres
(Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah harga mahal)

Economy Brand Tyres
(Tayar sedehana terbaik disegi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah harga sederhana)

Budget Brand Tyres
(Tayar biasa dan tidak berkualiti dan harga murah)elakkan guna jenama tayar ini

Premium Brand Tyres
  1. Bridgestone
  2. Continental
  3. Dunlop
  4. Goodyear
  5. Michelin
  6. Pirelli
  7. Yokohama


Mid Range Brand Tyres
  1. Avon
  2. BFGoodrich
  3. Cooper
  4. Falken
  5. Firestone
  6. Fulda
  7. General
  8. Hankook
  9. Kumho
  10. Marangoni
  11. Nokian
  12. Toyo
  13. Uniroyal
  14. Vredestein
  15. Rovelo

Economy Brand Tyres
  1. Achilles
  2. Apollo
  3. Barum
  4. Ceat
  5. Dayton
  6. Debica
  7. Dmack
  8. ESA Tecar
  9. Federal
  10. GT Radial
  11. Hercules
  12. High Performer
  13. Infinity
  14. Interstate
  15. Kenda
  16. Kleber
  17. Kormoran
  18. Marshal
  19. Matador
  20. Maxtrek
  21. Maxxis
  22. Meteor
  23. Millennium
  24. Nankang
  25. Neuton
  26. Nexen
  27. Nitto
  28. Prestivo
  29. Radar
  30. Riken
  31. Sava
  32. Semperit
  33. Silverstone
  34. Sumitomo
  35. Sunny
  36. Tigar
  37. Viking
  38. westlake tyres
  39. Zeetex
  40. Zeta

Budget Brand Tyres
  1. Accelera
  2. Admiral
  3. Altenzo
  4. Austone
  5. Autogrip
  6. BCT
  7. Dextero
  8. Duran
  9. Event
  10. Evergreen
  11. Forceum
  12. Fortuna
  13. Fullrun
  14. Fullway
  15. Gislaved
  16. Goodride
  17. Haida
  18. Hero
  19. Herse
  20. Hifly
  21. Jinyu
  22. Landsail
  23. Lassa
  24. Linglong
  25. Maloya
  26. Mastercraft
  27. Mastersteel
  28. Mohawk
  29. Petlas
  30. Platin
  31. Primewell
  32. Roadstone
  33. Rockstone
  34. Rotalla
  35. Runway
  36. Sailun
  37. Sportiva
  38. Star Performer
  39. Starfire
  40. Starmaxx
  41. Sunew
  42. Sunitrac
  43. Syron
  44. Tracmax
  45. Triangle
  46. Tyfoon
  47. Wanli
  48. Westlake

Info Pasal tayar kenderaan;

Info tayar


1. Kod Tayar Kenderaan:
    Contoh 205/65/R1594H

    205 = Lebar
    65   = Tinggi
    R     = Radial
    15   = Saiz / Rim
    94   = Had Maksimum Bebanan
    H     = Had Maksimum Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju 180 km/jam
T = Maksimum Had Laju 190 km/jam
U = Maksimum Had Laju 200 km/jam
V = Maksimum Had Laju 240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju 240 km/jam
W = Maksimum Had Laju 270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju 300 km/jam

Sebab itu banyak berlaku kemalangan yang berpunca daripada kes tayar pecah kerana pemilik kenderaan tidak arif tentang kemampuan larian tayarnya dalam keadaan cuaca di Malaysia.

2. Setiap tayar ada 4 angka tercatat di sisi tayar.

    Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 Tahun 2014. Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan. Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah tahun yang terkini. Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA


Info tayar kereta

Info tayar kereta

Info tayar kereta

Info tayar kereta

Moga bermaafaat dan dapat membantuπŸ˜‰

Wednesday, November 22, 2017

Wordless : Dimana silapnya?

Dimana silapnya ye?

Terjulur

Sunday, November 19, 2017

Kuliah : Rahsia “Bismillah”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi  Maha Penyayang.

Di sini Allah sebut dengan nama Nya, yang mana Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 2 sifat ini adalah sifat Allah yang termasuk dalam Asmaul Husna, yang 99.

 Ertinya sifat-sifat Allah yang disebut dalam Asmaul Husna, yang ada dalam Quran dan Hadis, itu semua merupakan 1 pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah.

Daripada keseluruhan itu, yang merupakan 1 pakej, yang Allah tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertiya kebesaran dan keagungan Allah tidak ada kesudahan tetapi Allah hanya sebutkan 99.

Daripada 99 sifat Allah itu, Allah sangat menonjolkan sifat rahman dan rahim Nya. Sebab itu Hadis ada menyebut.

Bismillah

Gambar ehsan Google.

"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah berkatnya."

Mengapa Allah tonjolkan 2 sifat ini dan tidak yang lain?

 Kalau kita kaji setidak-tidaknya ada beberapa maksud atau  faedahnya iaitu:


1) Kalau kita prihatin, memang 2 sifat inilah yang tertonjol.

Buktinya, ia berlaku dari kita bangun tidur sejak pagi. Sedar-sedar sahaja kita boleh bernafas. Hidup lagi aku. Sayangnya Allah dengan aku. Dengan nafas itulah aku boleh hidup. Hidup itu sendiri adalah rahman dan rahim Allah. Bila kita pergi bilik air, itu rahman dan rahim Allah.  Boleh melangkah lagi aku. Allah sayang lagi dengan aku. Masuk bilik air, ada air lagi untuk mandi. Kita rasa segar. Tenaga kita yang tidak aktif semalaman itu, bila dapat air, terasa segar. Itulah kasih sayang Allah. Baru sampai bilik air sahaja, berapa ribu rahman dan rahim Allah. Mandi, bernafas dalam bilik air.

Lepas itu kita boleh sembahyang dengan rahman dan rahim Allah juga. Seterusnya kita keluar pergi  kerja dengan nafas yang turun naik, itu juga rahman dan rahim Allah yang berlaku setiap detik.

Kita melangkah kaki, memijak di bumi Allah. Kalaulah Allah jerluskan, kan dahsyat. Boleh berpijak dengan baik di bumi Allah. Boleh pula melihat-lihat ciptaan Allah,  Rupaya mata aku tidak buta. Ini rahman dan rahim Allah. Dengan rahman dan rahim Allah itu, kita seperti di lambak-lambak dengan nikmat Allah.

Jadi itu hikmah yang pertama mengapa Allah menonjolkan diri Nya dengan  2 sifat ini. Kalau orang prihatin dalam kehidupannya, mata, akal dan rohnya prihatin, memang sifat rahman dan rahim Allah sangat menonjol. Sifat rahman dan rahim Allah yang mencurah-curah itu ibarat seorang di padang pasir, didatangkan salji yang tidak berhenti-henti.

Jadi  munasabahlah Allah suruh menyebut nama ini pada setiap perbuatan yang baik. Memang sifat inilah yang tertonjol.


2)  Supaya berkat setiap kebaikan yang kita buat samada yang bersifat maddi atau maknawi, rohaniah,  jangan lupa bacalah Bismillah

 Supaya lahir cinta terhadap Allah. Apa rahsianya? Kita cinta atau tidak cnta Allah, itu tidak jadi masalah bagi Allah. Keagungan Allah tetap. Dia tidak berubah samada kita cinta atau bencikan Nya. Allah seolah-olah mengajar kita, apabila kita membaca Bismillah, kita tersedar atau tersentak yang mana waktu itu kita akan prihatin dengan banyaknya nikmat Allah.  Supaya kita cintakan  Allah. Agar kita jatuh hati dengan  Allah. Faedahnya bukan untuk Allah.

Kalau orang cintakan Allah, automatik dia akan cinta sesama manusia. Untungnya sesama manusia. Bila cinta sesama manusia, tiada pergaduhan, ada tolak ansur, berkerjasama, bermaaf-maafan, tiada hasad dengki, tidak ada peperangan. Keuntungan, faedah dan manfaatnya untuk manusia, bukan untuk  Allah.  Di sini ada rahsia dalam rahsia. Dalam rahman dan rahim Allah itu, bila kita kaji hikmahnya,  dalamnya itu ada rahman dan rahim. Hikmahnya itu juga adalah rahman dan rahim Allah. Dalam rahman ada rahman. Dalam rahim ada rahim. Dalam kasih ada kasih. Dalam cinta ada cinta. Dalam kebaikan ada kebaikan.


3) Allah suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah

Ertiya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksudnya yang lain?

Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Allah. Rasa kehambaan itu sifat tawaduk yang wajib. Allah suka sangat hamba itu rasa hamba. Jadi bagi orang yang prihatin, dengan sendiri dia jadi tawaduk, rasa perlu dengan Allah, dia rasa kalau tidak kerana Allah, dia tidak boleh hidup. Lahir rasa bertuhan. Tidak besar ke? Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Allah.


4) Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian, makan minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat

 Kalau tidak berkat, Allah tidak bersama kita. Bila Allah tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makan minum, penyakit pun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah satu bala dari Allah. Buat apa pun kalau tidak baca Bismillah, walau pun berjaya Allah beri secara istidraj. Maju di satu  sudut tetapi negatif di sudut lain. Meniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Allah marah, diberi secara istidraj, untung di satu sudut, di lain sudut Allah tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.

5) Kalau kita kaji lagi dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca surah al-Fatihah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja

 Tetapi bagi Al Fatehah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau  solat tidak baca Bismillah, batal Fatehah, batal solat. Apa maksudnya?

Sebenarnya kita baca Bismilah ini kasih sayang Allah. Bagi kita Al Quran yang isinya ada dalam Al Fatehah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan apply-kan nya dalam kehidupan kita,  itu rahmat dan nikmat Allah yang paling besar,  yang mana kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Begitu kasih sayang Allah.

Patutlah Allah suruh baca Bismillah di awal Al Fatehah sebab Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatehah, tidak seperti surah-surah lain.

Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah rahman dan rahim Allah. Apa yang dicerita tadi, termasuk dalam isi Fatehah. Didahulukan ia supaya kita nampak sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa.  Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Allah yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat  ruhiyyah atau maknawiyah. Sebab nikmat Allah ada 3 iaitu yang bersifat mata, bersifat akal dan bersifat roh.  Mata cepat nampak nikmat  tetapi itu pun payah untuk terasa.  Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.

Setakat itu pun kita sudah terasa hebatnya Bismillah itu. Terima kasih ya Allah....

Saturday, November 18, 2017

Kuliah : Adab solat berjemaah

Sekadar memanjangkan perkongsian berkenaan adab ketika bersolat jemaah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Perkongsian dari Yufid.tv

Friday, November 17, 2017

Tips pemanduan ketika hujan

Kebanyakkan tempat sekarang nie di landa hujan. Memandu ketika hujan lebih tinggi risikonya jika di banding dengan pemanduan waktu biasa. Air akan bertakung di jalan raya dan tompokan minyak akan membentuk di atas permukaan jalan menyebabkan jalan menjadi licin. Umum mengetahui, kemalangan jalan raya adalah antara penyebab kematian tertinggi. Dalam entry hari ini, teman kongsikan beberapa tips pemanduan ketika hari hujan.

Tips pemanduan

Thursday, November 16, 2017

Petua : Untuk membanyakkan susu badan

Petua untuk mengatasi masalah kekurangan susu badan. Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan satu petua khas buat ibu-ibu yang baru bersalin dan mengalami masalah kekurangan susu badan. Bagi kaum ibu yang menyusukan bayi pasti sahaja bimbang apabila susu badan mulai berkurang di saat anak baru saja berusia lima bulan, namun susu badan makin berkurangan pengeluarannya.

Susu Soya

Gambar ehsan Google.

Ok, kome yang mengalami masalah ini boleh mengatasinya dengan cara mengamalkan minum susu soya setiap hari disanping meminum susu segar dalam mengalakkan penghasilan susu badan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Wednesday, November 15, 2017

Wordless : Balai Lintang Muallim

Balai Lintang Muallim nie terletak di Pekan Lama Tanjong Malim bersebelahan stesen bas. Disini lah lokasi kebanyakkan aktiviti masyarakat di jalankan.

Balai Lintang Muallim

Tuesday, November 14, 2017

Usop Mee Udang Laut, Pulau Sayak

Tempat makan best di Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Apa yang best sangat di Kuala Muda nie? Dengar cerita mee udangnya terbaik di sini dan gerainya mengadap laut. Kalau kome ada  plan nak kesini, boleh lah singgah. Nie teman kongsikan GPS coordinatenya kat bawah nie,

5.659217, 100.334105
5°39'33.2"N 100°20'02.8"E

Jom layan perkongsian video nie, mana lah tau kot ada rezeki tetiba terlajak ke Kuala Muda, boleh la singgah pekena mee udang Usop nie.



Sunday, November 12, 2017

Kuliah : Tiga perkara yang di sukai Allah s.w.t di dunia ini

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka dan dimulakan pertanyaan kepada Sayyidina Abu Bakar r.a: "Apa yg kamu suka dari dunia ini?" Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar r.a

Aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1. Duduk-duduk bersamamu ya Rasulullah

2. Melihat wajah Mu ya Rasulullah

3. Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "


Lalu Rasulullah s.a.w bertanya dengan Sayyidina Omar r.a. "Bagaimana pula dengan mu ya Omar?" Jawab Omar:

Ada 3 perkara juga yang aku suka:

1. Membuat kebaikan walaupun di dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.

2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan

3. Berkata yang benar walaupun pahit


"Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?" Berkata Sayyidina Uthman r.a

Ada 3 perkara yang aku suka:

1. Memberi makan

2. Memberi salam

3. Bersolat malam di waktu manusia tidur


"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?"

Aku juga cintakan 3 perkara:

1.Memuliakan tetamu

2.Berpuasa di musim panas

3.Dan memukul musuh dengan pedang


Kemudian bertanya Rasulullah s.a.w pada Abu Dzar "Apa yang kamu suka di dunia ini?" Berkata Sayyidina Abu Dzar r.a

Aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.Lapar

2.Sakit

3.Mati


Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?" Berkata Sayyidina Abu Dzar r.a,

"Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. Aku sukakan sakit karena untuk mengurangkan dosa-dosaku. Aku sukakan maut kerana untuk bertemu dengan Tuhanku"


Kemudian bersabdalah Rasulullah s.a.w :

Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1. Wangi-wangian

2. Wanita yang solehah

3. Solat menjadi penyejuk hatiku


Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril As memberi salam pada Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Kemudian Malaikat Jibril a.s mengatakan

Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1. Menyampaikan risalah

2. Menunaikan amanah

3. Cinta terhadap orang miskin


Kemudian Malaikat Jibril a.s naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi dan berkata

Sesungguhnya Allah s.w.t mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah s.w.t berkata; Sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1. Lidah yang sentiasa berzikir

2. Hati yang sentiasa khusyuk

3. Jasad yang sabar menanggung ujian.

Saturday, November 11, 2017

Kuliah : Terciptanya wanita

Unik seorang manusia bernama wanita. Sekadar perkongsian untuk di kongsikan kepada semua.

Berdiri bulu roma bila membaca nya..
"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"

Wanita Solehah

Gambar ehsan Google.

Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dengan teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".      
  
Malaikat menjawab dengan takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

 "Untuk apa???", tanya malaikat.

 Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya. Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan. Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang. Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia.

Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian. Tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

 Allah S.W.T berfirman:        
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
 Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
 namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "    
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya."  
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

 "CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorang wanita.

Thursday, November 9, 2017

Petua : Hilang hanyir ikan

Ikan hanyir bila dimasak sup. Pernah tak kome mengalami masalah ikan hanyir bila dimasak sup? Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan satu petua bagi mengatasi masalah nie. Bila terkena macam nie, ikan segar yang di masak pun tak lalu untuk di habiskan.

Limau nipis
Gambar ehsan Google.

Ok, petuanya macam nie. Sebenarnya, mudah saja untuk menghilangkan rasa hanyir ikan yang dimasak sup tu dengan memasukkan dua sudu kecil jus limau nipis ke dalam sup ikan sebelum api dapur ditutup. Perahan Air limau nipis ini, bukan saja boleh menghilangkan hanyir ikan tersebut, malah melazatkan sup tersebut.

Selamat mencuba ye.

Sunday, November 5, 2017

Kuliah : Melatih cara pandangan yang dapat menjamin kesucian hati

Bagaimana hendak menjaga pandangan mata dan kesucian hati. Kita adalah pendosa. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak mampu untuk lari dari membuat dosa. Tanpa kita sedari, setiap hari kita membuat dosa. Dalam entry pagi nie, teman kongsikan sedutan dari segment kuliah berkenaan, “Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari?”

Menjaga kesucian hati

Gambar ehsan Google.

Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri.

Kalau dirimu masih melihat  keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya satu kebaikannya sampai ketemu, pasti ada!

Akan tetapi jika kau tetap tidak dapat menemukan kebaikannya, maka janganlah terburu-buru mencelanya, sebaliknya CELA-lah dirimu sendiri atas kegagalanmu menemukan sisi kebaikannya.

Sebab ketahuilah... Seburuk-buruk manusia pasti dia masih menyimpan FITRAH yang suci. Dan tak ada manusia yang jatuh lebih rendah dari fitrahnya.

Berusahalah dirimu selalu berakhlaq dengan akhlaq Allah yang dalam pandangan rahmatNya berkenan menghapus 1001 keburukan manusia  dengan hanya satu kebaikan taubat.

Dan janganlah kau tiru akhlaq iblis, kerana kesombongannya, ia justru menghapus 1001 nilai kebaikan manusia hanya kerana satu kekurangan. Fahamilah...

Nasihat Oleh Kiyai Dhiyauddin

#UstazIqbalZain