Showing posts with label JJMM. Show all posts
Showing posts with label JJMM. Show all posts

Monday, August 13, 2018

Restoran Al-Mubaraqah

Tempat makan best di Kajang. Teman nak memanjang perkongsian video nie. Nampak macam menarik je makan-makan kat Restoran Al-Mubaraqah nie, “Nasi Dulang Daun Pisang”. Buat masa sekarang teman tak berkesempatan lagi nak berkunjung kat restoran nie. Teman jarang sangat pergi ke kawasan Kajang tu. Boleh la teman masuk dalam ‘Wish list’ tempat yang akan teman kunjung kalau pegi sana nanti.

Kalau kome nak berkunjung ke sini, kome search kat Google Restoran Al-Mubaraqah. Teman kongsikan alamatnya di bawah;

Restoran Al-Mubaraqah
PT 75024, Jalan Besar Sungai Ramal Dalam,
Sungai Ramal Dalam Kajang,
43000 Kajang, Selangor.

Apa pun, jemput layan dulu perkongsian video nie ye.



Kalau ada sesiapa yang pernah berkunjung kat sini, cer rekemen sket menu apa yang best kat sini.


Monday, November 27, 2017

Capecafe

Kali ini, teman nak review satu lagi tempat makan best di Tanjong Malim. Capecafe nie terletak No.13, Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa, Tanjong Malim. Capecafe nie terletak sebaris dengan Secret Recipe dan show room EON. Capecafe nie baru je memulakan operasi mereka pertengahan bulan October 2017 yang lepas dari 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Capecafe, Tanjong Malim

Apa yang unik di Capecafe nie. Ok, kalau sebelum nie kita ada Kedai 5 Ringgit, kedai serbaneka berkonsepkan barangan serendah RM5. Di Capecafe pula hanya ada satu harga, RM1.70. Semua menu makanan di tawarkan dengan harga RM1.70. Di zaman cekaman GST nie, mana nak cari kedai makan yang menawarkan makanan serendah harga RM1.70, kan?

Capecafe
Untuk maklumat lanjut berkenaan Capecafe, kome boleh klik disini ye. Ok, Jom kita review makanan di sini. Nie first time teman check in disini. Teman pun tak tau la apa menu signature kat sini. Bila tanya pekerjanya... semua makanan kat sini sedap... katanya laa... ok, nie menu makanan yang di hidangkan di Capecafe nie...

1- Nasi Lemak
2- Mee/Bihun/K Tiew Tomyam
3- Mee/Bihun/K Tiew Sup
4- Mee Kari
5- Soto
6- Laksa
7- Nasi Ayam Rendang
8- Kepak Ayam
9- Sagu Gula Melaka
10- Pulut Mangga
11- Popia Goreng
12- Ubi Kayu Rebus Kelapa
13- Ubi Kayu Rebus Sambal Bilis

Minuman
1- Fanta Oren
2- Fanta Anggur
3- Fanta Strawberry
4- Sanquick
5- Milo Panas/sejuk
6- Teh o panas/sejuk
7- Kopi Panas/ Sejuk
8- Teh Panas/ Sejuk
9- Sirap
10- Coca Cola

Capecafe, Tanjong Malim

Ok, untuk first time nie, teman order 2 mee kari, 2 nasi lemak, 2 ayam goreng dan 1 mee sup. Untuk, minuman, teman order sirap je...

Teman makan mee kari dulu... pergh... memang terbaik la... lincin mangkuk mee nie teman hirup kuahnya... kalau di tambah sket dengan kerang... mesti lagi meletup, kebabomm... serius, mee karinya memang terbaik...🤗😋😊👌 tapi portion meenya tak la banyak sangat... silap teman order semangkuk... semangkuk lagi mee kari tu untuk wife teman...🤗🤗🤗... berbaloi la dengan harganya untuk semangkuk...

Capecafe, Tanjong Malim

Capecafe

Ok, lepas makan mee, teman makan pulak nasi lemak... perghhh... memang cukup sifatnya... cukup rasa...  tak reti nak komen lebih-lebih... senang cerita, bak mai semangkuk lagi...😆😆😆🤗🤗😁😁... bertambah meletup makan bersama kepak ayam goreng yang telah di perap dengan ramuan rahsianya... memang terbaik laa... rasa macam tak cukup la pulak...

Untuk mee sup, pun menarik juga... memang terasa supnya... Patut la, pelayan nya bagi tau, semua makanannya sedap... Apa pun, Capecafe nie memang terbaik la... next time, teman nak try pulak pulut manga nya...😌😌😊

#jomsupportpeniagamelayu

Tuesday, November 14, 2017

Usop Mee Udang Laut, Pulau Sayak

Tempat makan best di Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Apa yang best sangat di Kuala Muda nie? Dengar cerita mee udangnya terbaik di sini dan gerainya mengadap laut. Kalau kome ada  plan nak kesini, boleh lah singgah. Nie teman kongsikan GPS coordinatenya kat bawah nie,

5.659217, 100.334105
5°39'33.2"N 100°20'02.8"E

Jom layan perkongsian video nie, mana lah tau kot ada rezeki tetiba terlajak ke Kuala Muda, boleh la singgah pekena mee udang Usop nie.



Friday, October 20, 2017

Kari Manaf, Bagan Datuk, Perak

Tempat makan best di Bagan Datuk. Kome pernah pegi tak Bagan Datuk? Teman yang orang Perak nie pun, tak pernah lagi jejak kaki kat Bagan Datok tu. Bukannya tak nak pegi, tapi tak ada saudara atau kenalan kat Bagan Datuk nie. Lagi satu, pekan Bagan Datuk nie agak di hujung sket tersasar dari laluan utama Sabak Bernam - Teluk Intan - Sitiawan. Kalau nak ke Bagan Datuk nie, kena mengarah ke Teluk Intan dulu, baru la mengarah ke pekan Bagan Datuk nie.

Memang la teringin nak ke Bagan Datuk nie, cuma tak berkesempatan lagi. Insya Allah, ada rezeki sampai la nanti. Tambah-tambah pulak ada tempat makan menarik di pekan Bagan Datuk nie. Tempat makan best yang teman maksudkan nie Kari Manaf, atau pun lebih di kenali Mydin Corner Kari Kepala Ikan juga lebih di kenali sebagai Gulai Manaf oleh penduduk setempat. Macam best je kan... Mesti cuba nie. Nanti, kalau ada plan nak bercuti di Lumut nanti boleh la lajak ke pekan Bagan Datuk nie. Kome pun tonton la perkongsian video nie ye... Mana lah tau tersesat kat pekan Bagan Datuk nie, boleh la singgah pekena Gulai Manaf nie.


Friday, November 4, 2016

Nasi Bamboo Sungai Klah

Tempat makan best di Sungkai, Perak. Kali ini teman nak review Nasi Bamboo Sungai Klah, satu lagi lokasi tempat makan best yang rare terletak di Sungkai. Tak jauh pun kalau nak pegi dari Tanjong Malim. Senang je nak pergi ke Nasi Bamboo Sungai Klah nie. Lokasinya sangat strategik. Kalau melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kome keluar je mengikut exit Sungkai. Selepas bayar tol, belok kanan menghala ke Ipoh. Lebih kurang 50 meter, disebelah kiri jalan kome boleh nampak lokasi Nasi Bamboo Sungai Klah.


Nasi Bamboo

Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah ini dibuka setiap hari Selasa hingga hari Ahad dari pukul 10.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Hari Isnin adalah hari rehat mereka. Bagaimana pun jika hari Isnin adalah bersamaan hari cuti umum, Nasi Bamboo Sungai Klah ini akan beroperasi seperti biasa. Kome boleh klik disini untuk ke FB rasmi Nasi Bamboo Sungai Klah.

Nasi Bamboo Sungai Klah

Konsep perniagaan Nasi Bamboo Sungai Klah ini adalah self service. Jadi pilih je segala juadah yang disediakan dan buat bayaran di cashier tu. Pilih bayar dan makan 😋.


Nasi Bamboo Sungai Klah

Apa yang best kat sini? Mesti la nak makan nasi dalam buluh dan ayam bakar bunian... Set Nasi Bamboo dalam banner di bawah nie... Harga untuk set Nasi Bamboo pun ada sekali... Harganya berpatutan dan tidaklah melampau... Untuk set nasi telah disediakan pakejnya yang terdiri ulam sambal belacan, telur masin, serabut kelapa dan telur masin.


Nasi Bamboo

Nasinya dimasak dengan cara kukus atau dipanggang dalam daun dan buluh. Teman tak pasti pulak daun apa yang digunakan untuk membungkus nasi dalam buluh tu. So, bila dimasak sebegitu, akan ada aroma yang sangat unik dan tersendiri menambahkan selera makan. Kalau nak tambah menu lain, pun boleh je. 


Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah

Lauk-lauk yang disediakan pun sangat menarik dan rare. Tapi signature Nasi Bamboo Sungai Klah ialah Nasi dalam buluh tu, ayam kampung bakar bunian dan ayam kampung goreng serabut. Mesti cuba rasa tau...👌👌👌👍👍👍


Nasi Bamboo Sungai Klah - Ayam Kampung Bakar Bunian

Ayam Kampung Bunian

Ada juga disajikan dengan kambing bakar, ikan bakar, sup kambing serta beraneka jenis kerabu seperti kerabu pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu kacang botol dan dua jenis lagi kerabu yang teman tak berapa ingat namanya. Kerabunya pun agak rare dan susah untuk dapat di tempat lain. Lauk-lauk ulaman lain turut disajikan.


Ayam Kampung Percik

Ikan bakar


Nasi Bamboo Sungai Klah

Nasi Bamboo Sungai Klah

Pelbagai jenis minuman buah-buahan segar turut disediakan sebagai pilihan buat pelanggan untuk menghilangkan dahaga. Ada juga ais krim Malaysia (batang) dan Coconut Shake. Tapi dalam kuantiti yang terhad. Siapa cepat dia dapat...😝😝😝

Untuk kali kedua singgah makan disini, menu yang diambil sama macam kali pertama singgah makan kat sini. Yang wajib ada kambing bakar... Terasa kenikmatan daging kambing bakar nya... 😋😋😋😋👍👍👍


Kambing bakar


Kambing bakar


Kalau weekend atau cuti bersambung, confirm ramai yang akan singgah makan disini. Untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik buat booking tempat dulu. Teman kongsikan nombor untuk dihubungi bagi memudahkan untuk membuat tempahan.


Nasi Bamboo Sungai Klah

Kalau buat tempahan awal, bolehlah minta siapkan hidangan yang kome nak makan. Jadi semua akan terurus lebih awal. Tak lah kalut sangat nanti.

Pihak pengurusan Nasi Bamboo Sungai Klah turut menyediakan surau dan tandas untuk keselesaan pengunjung mereka. Ada juga dijual barangan cendera hati seperti t-shirt dan fridge magnet Sungai Klah sebagai destinasi pelancongan.

Apa pun Nasi Bamboo Sungai Klah nie memang owsome... Satu destinasi yang mesti... kalau berkunjung ke Tanjong Malim atau Sungkai... Selamat menjamu selera...😁🤓😌😊

Teman bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️🤓

Tuesday, August 23, 2016

Loveats

Tempat makan best di Tanjong Malim. Kali nie teman buat review makan grill burger pulak. Loveats nie terletak di Taman Universiti, Tanjong Malim. Saja nak tukar selera, kita makan burger pulak. Burger kat sini lain dari yang lain. Loveats adalah satu-satunya cafe atau restoran yang menyediakan burger grill di Tanjong Malim.

Loveats Restoran

Di Loveats, ada pelbagai menu berger yang di sajikan. Ada burger daging, ayam, ikan, kambing, dan juga vegetarian. Roti burgernya sangat lembut dan unik. Boleh dikatakan roti burgernya sangat lain dari yang lain. Roti burgernya berwarna kelabu. Kalau dari segi saiz, bergernya hanya bersaiz biasa saja. Tidak lah besar. Burger untuk kanak-kanak turut juga di sediakan. Untuk maklumat lebih lanjut, layari saja Facebook Loveats disini.


Loveats menu


Nie antara burger-burger yang dihidangkan disini.



Untuk kunjungan pertama nie, teman order burger lamb dan burger daging saja secara Ala-Carte. Ada juga hidangan set. Tapi teman saja ambil ala-carte untuk minum petang nie. Tak nak ambil heavy sangat... Nanti tak makan malam pulak... Untuk minuman, teman order A&W Sarsaparilla float saja. Di Loveats nie, kalau hendak order pelanggan perlu pergi ke kaunter sendiri. Self service. Mereka tidak ambil order di meja.

Loveats

Loveats - Kids menu

Selang beberapa minggu teman singgah lagi makan burger kat sini. Bukan apa, adinda teringin nak makan lagi. Memang best dan owhsome sangat lepak dan makan-makan disini. Staff nya sangat friendly. Kali kedua singgah sini, order burger lain pulak. Ada free WiFi access lagi. Kalau nak access WiFi nie, mintak je password kat kaunter. So, bolehlah makan sambil melayari internet, membuat assignment atau check email disini.

Loveats

Untuk Aisar, teman order je meal for kids, chicken sosej grill topping dengan cheese bersama kentang goreng. Bila order kids meal, akan dapat ice cream percuma. Tidak la lama sangat menunggu makanan yang di pesan.

Ok, inilah santapan untuk di habiskan petang nie... Lamb burger...


Loveats - Lamb Burger

Loveats - Beef Burger

Loveats - Lamb Burger

Apa macam... Nampak best kan burger kat Loveats nie... Nie pulak habuan untuk Aisar... Kids Meal, Grill Sosej dan French Fries.


Loveats - Kids Meal

Bila order Kids Meal, akan dapat free ais cream. Nie yang sebenar si Aisar nie nak makan... Gril Sosej dan French Fries tu, papa dan mama dia tolong habiskan.


Free ais cream for kids meal

Untuk membasah tekak di petang hari nie, teman order A&W Sarsaparilla float jer... memang menyegarkan...


A&W Float

Habis sudah makanan yang pesan. Perut pun sudah kenyang. Memang best la makan burger kat sini. Teman sudah ada favorite burger kat sini. Next time, teman terjah makan-makan disini lagi.

Untuk mereka yang bercadang makan-makan disini, teman kongsikan koordinate GPSnya disini : 3.684854, 101.529629

Alamatnya :

22, Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

No Telefon : 05-458 1536 / 012-309 2069

Dibuka dari pukul 5:00 petang hingga 11:00 malam setiap hari kecuali hari sabtu. Setiap hari sabtu, kedai ini akan ditutup.

Jom #tempat makan best di Tanjong Malim
#Makan burger

Saturday, May 28, 2016

Char Kuey Teow Iman

Char Kuey Teow Iman nie agak popular juga di Alor Setar. Teman pun baru je tau pasal Char Kuey Teow Iman masa mencari tempat makan di Alor Setar. Sebelum check in kat Hotel Fuller, teman singgah dulu kat Char Kuey Teow Iman nie. Selain dari Char Kuey Teow, ada jugak masakan panas yang lain seperti nasi goreng, mee goreng dan lain-lain.

Char Kuey Teow Iman

Kedai nie di tepi jalan je... Serius, teman sendiri pun tak pasti yang mana satu kedainya... di sekitar situ semuanya jual Char Kuey Teow Iman...

Char Kuey Teow Iman

Char Kuey Teow Iman

Char Kuey Teow Iman

Disebabkan banyak review pasal Char Kuey Teow Iman nie, teman pun nak cuba rasa. Teman pesan Char Kuey Teow Iman special. Apa yang special nya... untuk hidangan special nie, ada tambahan telur mata. Itu je rupanya. Ingatkan apa lah yang special sangat tu.

Char Kuey Teow Iman


Habis sudah sepinggan Char Kuey Teow... well, secara jujurnya memang sedap. Patut lah ramai yang bagi tau kalau pergi Alor Setar, mesti cuba makan Char Kuew Teow Iman. Next time, kalau berkunjung ke Alor Setar lagi, pasti teman singgah makan kat sini lagi.

Monday, March 21, 2016

Wood and Steel Design

Makan-makan di Subang. Kali ini teman bersiaran di Wood and Steel Design, Subang. Wood and Steel nie berkonsepkan western food. Ada pasta, burger etc... Dan tak ketinggalan juga coffee... Kalau nak tau, menu apa lagi ada, kome boleh klik kat sini. Sebenarnya, dah banyak kali teman lalu depan Wood and Steel Design nie masa balik dari office kalau balik ke rumah melalui Subang. Kebetulan satu hari tu teman keluar office awal... Dalam pukul 3 gitu... Dan tak lunch lagi... Itulah yang singgah kat Wood and Steel Design nie... Teman balik awal sebab tak sihat... Maklumlah cuaca sekarang tak menentu... Panas melampau... Sekejap-sekejap hujan... Itu yang kena sakit tekak, selsema, batuk dan demam.


Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Walau pun tak sihat... Perut perlu diisi jugakan... Walau pun tak ada selera makan, teman bedal je la apa yang ada di Wood and Steel Design nie... Sebaik saja duduk kat meja tu, pekerjanya pun datang sambil hulurkan buku menunya... Nie first time datang sini ye... Nak order nanti, abang oder kat kaunter ye... Ok la, teman pun belek-belek buku menu tu... Tapi tak tau nak order apa... Teman bangun terus pegi kat kaunter... Boss tu kata yang ada tanda kat menu tu ialah menu signature... Recommended... Must try... Fikir punya fikir... Teman pun order la pasta Tempura Butter Cream... Boss tu yang recommend order pasta nie... Disebabkan tak sihat, untuk minuman teman order air mineral jer... Abang, untuk air mineral abang ambil sendiri ye... Kat tepi tu je... Ok, laa nanti teman ambik sendiri... Bila dah order, pelanggan akan diberi bongkah kayu macam nie...


Wood & Steel Design


Wood & Steel Design

Air mineral dalam botol kaca tu... Self service ye... ambik sendiri...

Wood & Steel Design

Sambil-sambil menunggu hidangan sampai, saja la nak check blog teman nie... Teman tanya kat pekerja tu, apa password WiFi... Dia jawab, sorry busy... Aiiii.... Tanya password pun boleh jawab dia busy... Pada hal, dia tak nampak busy pun... Teman tanya sekali lagi... Dia, jawab password WiFi sorrybusy.... Hahahahaha... Terkena teman....😂


Wood & Steel Design

Tak lama menunggu, order yang di pesan pun sampai... Apa macam... Something new kan... Malaysian style pasta... Siap ada cili padi lagi... Di hiasi dengan tempura... Presentation nya, menarik...


Wood & Steel Design

Well, taste nya pun not so bad... Sedap, creamy... Ada rasa pedas-pedas sket di hujung lidah... Tidak lah pedas sangat... Apa pun, teman kena habiskan hidangan nie cepat-cepat... Bukan apa, teman nie kurang sket pasta ber creamy nie... Saja jerk nak try test taste... 😋😂☺️👌

Sambil makan tu... Gatal pulak tangan pegi whatsapp kat adinda... Dah di ajaknya weekend nie datang kat Wood & Steel Design nie...😅 So, untuk memenuhi permintaan adinda, weekend hari tu pegi lagi la kat sini... Kunjungan kali ke dua nie, teman nak cuba pasta lain pulak... Both of us dah decide nak order Pasta Aglo Oleo pulak... and ais lemon tea sebagai penghilang dahaga.


Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Well, memang tidak mengecewakan. Kalau tak tau nak makan apa, apa kata kome singgah dia Wood and Steel nie... Memang best dan santai... Kalau tension-tension tu pun boleh datang kat sini lepak-lepak sambil makan-makan... Boleh release tension kat sini sambil mendengar alunan muzik yang mendamaikan tu... Selain dari tu, deco-deco kat sini pun sangat owsome... Banyak barang antik kat sini woooowww...

meh layan gambar-gambar yang sempat teman ambik kat sini...


Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Wood & Steel Design

Apa macam, best tak... Banyak barang-barang yang ada sentimental value kat sini kan... So, apa kata kome singgah makan-makan kat sini...😋🤗😋🤗😋🤗👌👌👌

Jika ada kesempatan, teman pasti akan singgah disini lagi 😋.