Thursday, November 29, 2018

Petua : Untuk merawat sakit lutut

Ramai yang mengalami masalah sakit lutut. Baik mereka yang telah berusia, mahu pun mereka yang muda. Mereka yang berusia mengalami masalah sakit lutut mungkin di sebabkan faktor usia. Manakala golongan muda pula mengalami masalah lutut akibat kecederaan semasa melakukan aktiviti-aktivit lasak. Kome boleh cuba petua untuk merawat sakit lutut yang teman kongsikan dulu disini ye.

Untuk petua merawat sakit lutut hari ini. Bahan utama yang di perlukan masih lagi sama, iaitu bendi. Teman hendak memanjangkan perkongsian petua ini melalui video pulak. Saksikan video ini di bawah.



Perkongsian video oleh Mahadi Abdullah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Wednesday, November 28, 2018

Wordless : Bersantai di persimpangan

Bahagianya mereka. Bahagia ke? Duduk bersantai di persimpangan sambil membelai rambut anak dan mencari kutu. Anak sorang lagi di biarkan meminta sedekah dari kereta-kereta yang berhenti di lampu isyarat. Teman agak, mereka nie bukan rakyat Malaysia. Betapa bertuahnya kita ye di lahirkan di bumi Malaysia nie.

Bersantai

Gambar nie teman rakam di persimpangan keluar lebuhraya Shapadu ke bandar Meru selepas tol Bukit Raja.

#sayangilahmalaysia


Sunday, November 25, 2018

Kuliah : Kisah kanak-kanak yang menumbangkan "ULAMA" yang sombong dan sesat

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian kisah ini yang di kongsikan oleh sahabat teman.

Alkisah di masa Imam Abu Hanifah masih kanak-kanak, sekitar umur 7 tahun, dengan seorang ulama yang memiliki ilmu yang banyak dan tiada tandingannya bernama Dahriah. Semua ulama pada masa itu tiada yang mampu menandinginya ketika berdebat, terutama dalam bab Tauhid.

Maka timbullah sifat sombongnya hingga dia berani berkata Allah tidak ada.

Imam Abu Hanifah

Gambar ehsan Google.


Sayangnya belum ada ulama yang mampu mengalahkan dia dalam berdebat, sampai tiba pada suatu pagi ketika para ulama dikumpulkan di suatu majlis milik Syeikh Himad, guru Imam Abu Hanifah, yang pada hari itu kanak-kanak bernama Abu Hanifah juga hadir di majlis itu.

Dahriyah naik ke mimbar dan berkata dengan bongkak dan sombongnya:

Siapakah di antara kalian hai para ulama yang sanggup menjawab pertanyaanku?

Sejenak suasana hening, para ulama semua diam, tiba-tiba berdirilah
Abu Hanifah dan berkata; Pertanyaan apa ini? Sesiapa yang tahu pasti akan jawab pertanyaanmu!

Dahriah : Siapa kamu hai budak hingus, berani kamu kata begitu denganku. Tidakkah kamu tahu, bahawa ramai yang telah berusia,  berserban besar, para pegawai, dan para pemilik jubah kebesaran, mereka semua kalah dan tidak dapat menjawab pertanyaanku, kamu masih berhingus dan kecil berani menentangku!!

Abu Hanifah : Allah tidak menyimpan kemuliaan dan keagungan kepada pemilik serban yang besar, para pegawai dan para pembesar, tetapi kemuliaan hanya diberikan kepada ulamak tertentu.

Dahriah : Apakah kamu akan menjawab pertanyanku?

Abu Hanifah : Ya saya akan menjawab pertanyaan tuan dengan petunjuk Allah.

Dahriah : Apakah Allah itu ada?

Abu Hanifah : Ya, ada!

Dahriah : Dimana Dia?

Abu Hanifah : Dia Allah, tiada tempat bagi Dia!

Dahriah : Bagaimana boleh kata ada bila Dia tidak bertempat?

Abu Hanifah : Dalilnya ada di badan tuan, iaitu roh. Saya bertanya, kalau tuan yakin roh itu ada, di mana tempatnya? Di kepala, di perut atau di kaki tuan?

Dahriah diam seribu bahasa dengan muka malu.
Abu Hanifah minta air susu dari gurunya, Syeikh Himad dan bertanya Dahriah, apakah tuan yakin susu ini manis?

Dahriah : Ya saya yakin susu itu manis.

Abu Hanifah : Kalau tuan yakin ada manisnya, saya tanya apakah manisnya di bawah, di tengah, atau di atas?

Dahriah diam lagi dengan rasa malu.

Abu Hanifah meneruskan;
Seperti roh atau manis yang tidak bertempat, demikianlah Allah tidak bertempat samada didunia ataupun di Arash.

Dahriah tanya lagi : Sebelum Allah itu apa dan setelah Allah itu apa?

Abu Hanifah : Tiada apa-apa sebelum Allah dan sesudahnya tidak ada apa-apa.

Dahriah : Bagaimana boleh jelaskan bila sebelum dan sesudahnya tak ada apa-apa?

Abu Hanifah : Dalilnya ada di jari tangan tuan, apakah sebelum ibu jari dan apakah setelah kelingking? Dan apakah tuan boleh terangkan ibu jari ๐Ÿ‘ dulu atau kelingking ๐Ÿค™ dulu?

Demikianlah sifat Allah, ada sebelum semuanya ada dan tetap ada bila semua tiada. Itulah makna kalimat ada bagi Allah.

Dahriah dimalukan lagi, dia berkata; satu lagi pertanyaan saya, Allah sedang buat apa sekarang?

Abu Hanifah : Tuan telah membalikkan fakta, seharusnya yang bertanya itu di bawah mimbar dan yang ditanya di atas.

Dahriah pun turun dari mimbar dan Abu Hanifah naik ke atas.

Dahriah : Allah sedang buat apa sekarang?

Abu Hanifah : Allah sekarang menjatuhkan orang yang tersesat seperti tuan ke bawah jurang neraka dan menaikkan yang benar seperti saya ke atas mimbar keagungan.

Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan keyakinan Islam melalui seorang kanak-kanak seusia 7 tahun.

Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari sifat-sifat:
  • Riak.
  • Bangega diri.
  • Sombong.
  • Angkuh.
  • Memandang rendah orang lain.
  • Berburuk sangka,
  • Takbur.
  • Zalim.

Dipetik dari Kitab Fathul Majid, Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Jawi Asy-Syafi’ie. ูˆุงู„ู„ู‡ ุงุนู„ู…


Saturday, November 24, 2018

Kuliah : Hubungan antara Surah Al-Kahfi dengan fitnah Dajjal

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman nak memanjangkan perkongsian berkenaan hubungan antara Surah Al-Kahfi dengan fitnah Dajjal. Surah Al-Kahfi terdiri dari 110 ayat.

Dalam Surah al Kahfi membawakan empat cerita yang menuntut kita untuk merenung dan mengambil iktibar darinya:
1. Pemuda yang bersembunyi dalam gua (ahli kahfi)
2. Kisah pemilik dua kebun
3. Kisah Nabi Musa dan Nabi atau orang soleh bernama Khidir AS.
4. Kisah Raja Zul Qarnain.

Empat kisah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan empat fitnah paling besar di akhir zaman:

1. Fitnah agama (Kisah pemuda dalam gua)
2. Fitnah harta (Kisah pemilik dua kebun)
3. Fitnah ilmu ( Nabi Musa dan Khidir)
4. Fitnah Kuasa pemerintahan (Kisah Zul Qarnain)

Kesemua fitnah ini amat besar impaknya kepada manusia dan penggerak utama fitnah-fitnah ini adalah SYAITAN yang berperanan menyesatkan anak-anak Adam dengan menghiasi fitnah-fitnah tersebut untuk menjerumuskan manusia ke lembah neraka dan syirik kepada Allah ุนุฒ ูˆุฌู„. Firman Allah Taala pada ayat 50 dalan Surah al Kahfi:

(ูˆَุฅِุฐْู‚ُู„ْู†َุง ู„ِู„ْู…َู„َุงุฆِูƒَุฉِ ุงุณْุฌُุฏُูˆุง ู„ِุขุฏَู…َ ูَุณَุฌَุฏُูˆุง ุฅِู„َّุง ุฅِุจْู„ِูŠุณَ ูƒَุงู†َ ู…ِู†َ ุงู„ْุฌِู†ِّ ูَูَุณَู‚َ ุนَู†ْ ุฃَู…ْุฑِ ุฑَุจِّู‡ِ ุฃَูَุชَุชَّุฎِุฐُูˆู†َู‡ُ ูˆَุฐُุฑِّูŠَّุชَู‡ُ ุฃَูˆْู„ِูŠَุงุก ู…ِู† ุฏُูˆู†ِูŠ ูˆَู‡ُู…ْ ู„َูƒُู…ْ ุนَุฏُูˆٌّ ุจِุฆْุณَ ู„ِู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ ุจَุฏَู„ًุง)ุขูŠุฉ50

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; Ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu. (50)

Apakah Hubungan Dajjal dengan Surah al Kahfi ini?

Rasulullah SAW bersabda:

ุญَุฏَّุซَู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏُ ุจْู†ُ ุงู„ْู…ُุซَู†َّู‰ ุญَุฏَّุซَู†َุง ู…ُุนَุงุฐُ ุจْู†ُ ู‡ِุดَุงู…ٍ ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ุฃَุจِูŠ ุนَู†ْ ู‚َุชَุงุฏَุฉَ ุนَู†ْ ุณَุงู„ِู…ِ ุจْู†ِ ุฃَุจِูŠ ุงู„ْุฌَุนْุฏِ ุงู„ْุบَุทَูَุงู†ِูŠِّ ุนَู†ْ ู…َุนْุฏَุงู†َ ุจْู†ِ ุฃَุจِูŠ ุทَู„ْุญَุฉَ ุงู„ْูŠَุนْู…َุฑِูŠِّ ุนَู†ْ ุฃَุจِูŠ ุงู„ุฏَّุฑْุฏَุงุกِ
ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ู…َู†ْ ุญَูِุธَ ุนَุดْุฑَ ุขูŠَุงุชٍ ู…ِู†ْ ุฃَูˆَّู„ِ ุณُูˆุฑَุฉِ ุงู„ْูƒَู‡ْู ุนُุตِู…َ ู…ِู†ْ ุงู„ุฏَّุฌَّุงู„ِ. ุฑูˆุงู‡  ู…ุณู„ู….

Dari Abi Dardaa RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menghafal 10 ayat terawal dari Surah al Kahfi maka dia terpelihara daripada fitnah dajjal. Riwayat Muslim.

Dalam riwayat lain, Nabi SAW menyebutkan 10 ayat terakhir dari Surah al Kahfi.

Dajjal akan muncul sebelum hari kiamat dengan membawa empat fitnah besar yang  akan menjerumuskan manusia kepada kekufuran. Fitnah tersebut adalah:

1. Fitnah Agama.

Dajal akan mengajak manusia supaya menyembah dirinya (Dajjal).
Pada permulaannya, Dajjal akan mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.

Setelah itu dia akan  mengaku sebagai Tuhan. Dan ingatlah hanya Allah tuhan yang Maha Esa. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan makhluk.

Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

2. Fitnah Harta

Dajjal mampu memerintahkan langit untuk turunkan hujan serta menguji manusia dengan kemewahan duniawi.

Dikhabarkan bahawa: “Di antara tipu dayanya dia menyuruh langit supaya menurunkan hujan dan hujan pun turun. Dia memerintahkan bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhan maka ia tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu akan datang ke perkampungan orang-orang baik dan jika mereka tidak mengaku Dajjal sebagai Tuhan, maka tanam-tanaman dan ternakan mereka akan binasa dan tidak mengeluarkan hasil.

Dajjal akan datang ke tempat orang-orang yang beriman kepadanya, dan jika mereka mengaku dajjal sebagai Tuhan, maka hujan akan turun bercurah curah di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun membuahkan hasil.

3. Fitnah Ilmu, Sains dan Teknologi.

Di antara tipu daya Dajjal, dia akan berkata kepada manusia: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?
Orang tersebut berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia (Dajjal), sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

Di antara fitnah dajal juga ialah ia mampu membuat perkara yang luar biasa dalam ilmu sains dan teknologi. Dia bunuh dan membelah dua seorang manusia. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang telah aku lakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia kembali. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Dajjal ู„ุนู†ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Sedangkan orang yang dia bunuh itu, adalah seorang yang beriman, pantas beliau menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”  Hamba ini berjaya menghadapi fitnah tersebut.

4. Fitnah Kuasa Pemerintahan.Dajjal menguasai sebahagian besar dunia di akhir zaman ini.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menhentak kakinya  di  pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik seperti cacing kepanasan dan bertempiaran meninggalkan bumi Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.


Maka Allah Taala telah memberikan pedoman dan tunjuk ajar kepada sekalian manusia bagaimana untuk selamat dan cara menghadapi Dajjal di akhir zaman dengan membawa contoh yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dalam menghadapi fitnah yang hampir sama dengan fitnah Dajjal. Ia ada disebutkan dalam Surah al Kahfi.

1. Menghadapi Fitnah Agama

Kisah pemuda-pemuda soleh yang melarikan diri bersembunyi di dalam gua untuk menjaga agama mereka dari raja zalim  yang memaksa rakyatnya untuk menyembahnya. Allah Taala telah menidurkan mereka selama 300 tahun 9 hari. Usai cerita ini, Allah Taala mengajarkan kepada kita bagaimana cara kita hendak menjaga fitnah agama ini, ayatnya:

(ูˆَุงุตْุจِุฑْ ู†َูْุณَูƒَ ู…َุนَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ูŠَุฏْุนُูˆู†َ ุฑَุจَّู‡ُู… ุจِุงู„ْุบَุฏَุงุฉِ ูˆَุงู„ْุนَุดِูŠِّ ูŠُุฑِูŠุฏُูˆู†َ ูˆَุฌْู‡َู‡ُ ูˆَู„َุง ุชَุนْุฏُ ุนَูŠْู†َุงูƒَ ุนَู†ْู‡ُู…ْ ุชُุฑِูŠุฏُ ุฒِูŠู†َุฉَ ุงู„ْุญَูŠَุงุฉِ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَู„َุง ุชُุทِุนْ ู…َู†ْ ุฃَุบْูَู„ْู†َุง ู‚َู„ْุจَู‡ُ ุนَู† ุฐِูƒْุฑِู†َุง ูˆَุงุชَّุจَุนَ ู‡َูˆَุงู‡ُ ูˆَูƒَุงู†َ ุฃَู…ْุฑُู‡ُ ูُุฑُุทًุง * ูˆَู‚ُู„ِ ุงู„ْุญَู‚ُّ ู…ِู† ุฑَّุจِّูƒُู…ْ ูَู…َู† ุดَุงุก ูَู„ْูŠُุคْู…ِู† ูˆَู…َู† ุดَุงุก ูَู„ْูŠَูƒْูُุฑْ ุฅِู†َّุงุฃَุนْุชَุฏْู†َุง ู„ِู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ ู†َุงุฑًุง ุฃَุญَุงุทَ ุจِู‡ِู…ْ ุณُุฑَุงุฏِู‚ُู‡َุง ูˆَุฅِู† ูŠَุณْุชَุบِูŠุซُูˆุง ูŠُุบَุงุซُูˆุง ุจِู…َุงุก ูƒَุงู„ْู…ُู‡ْู„ِ ูŠَุดْูˆِูŠ ุงู„ْูˆُุฌُูˆู‡َ ุจِุฆْุณَ ุงู„ุดَّุฑَุงุจُ ูˆَุณَุงุกุชْ ู…ُุฑْุชَูَู‚ًุง) 28-29.

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (28)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29)

Konklusinya ialah kita perlu mendampingi sahabat-sahabat yang soleh dan guru-guru  yang mursyid untuk membimbing kita mendekatkan diri kepada Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

2. Fitnah Harta

Kisah seorang hamba yang Allah Taala telah kurniakan kepadanya dua kebun yang amat subur, kemudian dia kufur dengan nikmat tersebut dan mengingkari hari kebangkitan maka Allah Taala telah musnahkan kebun-kebun tersebut. Allah Taala telah ajarkan kepada kita bagaimana hendak selamat dari fitnah harta ini dengan firmanNya:

 (ูˆَุงุถْุฑِุจْ ู„َู‡ُู… ู…َّุซَู„َ ุงู„ْุญَูŠَุงุฉِ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูƒَู…َุงุก ุฃَู†ุฒَู„ْู†َุงู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ุณَّู…َุงุก ูَุงุฎْุชَู„َุทَ ุจِู‡ِ ู†َุจَุงุชُ ุงู„ْุฃَุฑْุถِ ูَุฃَุตْุจَุญَ ู‡َุดِูŠู…ًุง ุชَุฐْุฑُูˆู‡ُ ุงู„ุฑِّูŠَุงุญُ ูˆَูƒَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุกٍ ู…ُّู‚ْุชَุฏِุฑًุง * ุงู„ْู…َุงู„ُ ูˆَุงู„ْุจَู†ُูˆู†َ ุฒِูŠู†َุฉُ ุงู„ْุญَูŠَุงุฉِ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَุงู„ْุจَุงู‚ِูŠَุงุชُ ุงู„ุตَّุงู„ِุญَุงุชُ ุฎَูŠْุฑٌุนِู†ุฏَ ุฑَุจِّูƒَ ุซَูˆَุงุจًุง ูˆَุฎَูŠْุฑٌ ุฃَู…َู„ًุง) ุขูŠุฉ 45 ูˆ46.

Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (45)

Harta benda dan anak-anak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (46)

3. Fitnah Ilmu

Kisah Nabi Musa AS dan orang soleh Khidir. Nabi Musa AS merasakan dia merupakan orang yang paling pandai di atas muka bumi ini. Lalu Allah Taala menegur Baginda AS bahawa masih ada di sana orang yang lebih pandai (dalam ilmu-ilmu tertentu) dari Baginda. Maka Nabi Musa AS pergi mencari Khidir untuk bertemu dan menuntut ilmu darinya. Tetapi Nabi Musa AS tidak mampu bersabar dengan apa yang dilakukan oleh Khidir AS kerana tidak dapat memahami hikmah dari apa yang dilakukan oleh Nabi Khidir AS.
Allah Taala kemudiannya memberi kaedah apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi fitnah Ilmu ini dengan firmanNya:

 (ู‚َุงู„َ ุณَุชَุฌِุฏُู†ِูŠ ุฅِู† ุดَุงุก ุงู„ู„َّู‡ُ ุตَุงุจِุฑًุง ูˆَู„َุง ุฃَุนْุตِูŠ ู„َูƒَ ุฃَู…ْุฑًุง) ุขูŠุฉ 69.

Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

Kesimpulannya kepada penuntut Ilmu dan orang yang bergelar Ilmuan, jangan sesekali kita rasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan darjat yang telah kita perolehi sama ada gelaran Profesor, Doktor PhD dan sebagainya. Hendaklah kita sentiasa tawadhu dan merendah diri dengan ilmu yang Allah telah kurniakan. In sya Allah kita akan selamat dari fitnah besar akhir zaman ini.

4. Kisah Kuasa Pemerintahan

Nabi atau Raja Zul Qarnain, seorang yang adil lagi bijaksana, dianugerahkan kepada Baginda kuasa memerintah dunia. Maka Baginda mengembara ke seluruh pelusuk dunia untuk mengajak manusia  menyembah Allah Taala dan membantu mereka yang dalam kesusahan. Hinggalah Baginda sampai di suatu kampung yang sentiasa diselubungi dengan ketakutan serangan dan gangguan ganas Yaajuj dan Maajuj. Maka Baginda pun menolong penduduk kaum tersebut dengan membina tembok yang tinggi dan kuat untuk menghalang Yaajuj dan Maajuj keluar dari penempatan mereka seterusnya membuat kerosakan dan keganasan di atas muka bumi.

Kemudiannya Allah datangkan penyelesaian dan kaedah bagaimana hendak menghadapi fitnah kuasa pemerintahan ini. Islam tidak melarang manusia daripada memegang tampuk pemerintahan tetapi Allah meletakkan syarat apabila diamanahkan untuk menunaikan tanggung jawab tersebut iaitu ayat 103 dan 104 dari Surah al Kahfi:

(ู‚ُู„ْ ู‡َู„ْ ู†ُู†َุจِّุฆُูƒُู…ْ ุจِุงู„ْุฃَุฎْุณَุฑِูŠู†َ ุฃَุนْู…َุงู„ًุง * ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุถَู„َّ ุณَุนْูŠُู‡ُู…ْ ูِูŠ ุงู„ْุญَูŠَุงุฉِ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูˆَู‡ُู…ْ ูŠَุญْุณَุจُูˆู†َ ุฃَู†َّู‡ُู…ْ ูŠُุญْุณِู†ُูˆู†َ ุตُู†ْุนًุง) ุขูŠุฉ 103ูˆ104.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(103)

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (104)

Untuk selamat daripada fitnah kuasa pemerintahan hendaklah hati sentiasa Ikhlas kerana Allah Taala dalam memerintah dan sentiasa mengingati hari pembalasan kelak dalam apa jua tindakan.

Surah al Kahfi diakhiri dengan memberi peringatan kepada manusia bagaimana hendak selamat dari semua fitnah yang telah disebutkan sebelumnya iaitu dengan mengingati hari Akhirat.

 (ู‚ُู„ْ ุฅِู†َّู…َุง ุฃَู†َุง ุจَุดَุฑٌ ู…ِّุซْู„ُูƒُู…ْ ูŠُูˆุญَู‰ ุฅِู„َูŠَّ ุฃَู†َّู…َุงุฅِู„َู‡ُูƒُู…ْ ุฅِู„َู‡ٌ ูˆَุงุญِุฏٌ ูَู…َู† ูƒَุงู†َ ูŠَุฑْุฌُูˆ ู„ِู‚َุงุก ุฑَุจِّู‡ِ ูَู„ْูŠَุนْู…َู„ْ ุนَู…َู„ًุง ุตَุงู„ِุญًุง ูˆَู„َุง ูŠُุดْุฑِูƒْ ุจِุนِุจَุงุฏَุฉِ ุฑَุจِّู‡ِ ุฃَุญَุฏًุง ) ุขูŠุฉ 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (110)

Hendaklah kita istiqamah melakukan amal-amal soleh, niat sentiasa ikhlas kerana Allah Taala dan memastikan ia menepati sunnah dan panduan yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW tanpa membuat dan mereka-reka ibadah-ibadah baru yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Sama-samalah kita melazimi membaca surah al Kahfi, paling kurang sekali seminggu. Semoga Allah Taala menyelamatkan kita dari fitnah akhir zaman dan Dajjal ู„ุนู†ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡.

Perkongsian di bawah adalah Surah Al-Kahfi ayat 1-10




Thursday, November 22, 2018

Petua : Untuk mengelak perut buncit

Perut buncit, handsome ke? Mencegah lebih baik dari merawat. Adalah lebih mudah mencegah dahulu sebelum ianya terjadi. Bila perut dah buncit, memang mencabar dan perlu berkerja keras bila kita berniat untuk mengempiskan kembali perut yang telah buncit tu.

Perut buncit

Gambar ehsan Google.

Dalam entri hari ini, teman nak kongsikan tips atau petua untuk mencegah perut dari buncit. Ramuan ini mampu untuk memastikan perut tidak buncit. First thing to do is getting the ingrediant as below;

  1. Beras
  2. Cekur
  3. Gula merah
  4. Air asam Jawa
  5. Air suam
Cara untuk membuat petua ini adalah seperti berikut;

Beras ini hendaklah di sangai (goreng tanpa minyak). Kemudian dikisar bersama sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan air suam sehingga halus. Kemudian, tapis dan amalkan meminumnya seminggu tiga kali. Insya-Allah, mujarab.

Selamat mencuba


Wednesday, November 21, 2018

Wordless : Cameron Highland

Last visit to Cameron Highland for 2018. Agaknya la. Teman saja nak abadikan gambar nie dalam blog teman. Inilah view Cameron Highland dari Masjid Lodging. 10 tahun akan datang, tak tau la lagi macam mana keadaan tanah tinggi Cameron Highland nie. Seingat teman la, 15 tahun dahulu tempat nie sejuk sekali. Tapi kini, macam tak berapa nak sejuk pun...๐Ÿ˜ Banyak sangat penerokaan tanah yang tidak terkawal yang menjejaskan eco sistem di Cameron Highland. Kalau keadaan ini berterusan, mungkin kita akan kehilangan Cameron Highland sebagai destinasi pelancongan.

 Cameron Highland 2018




Tuesday, November 20, 2018

Homemade Mee Udon Goreng Black Pepper

Menu breakfast pagi ini adalah mee udon goreng black pepper di masak oleh master Chef in the house ๐Ÿค—๐Ÿ˜†.  Bahan utamanya tentulah mee udon keluaran Vit’s. So, hari ini teman akan buat review pasal Mee Udon, product keluaran Vit's nie. Produk Vit's nie pernah menyertai MIHAS 2015 bagi pameran produk makanan halal. Pada produk Vit's juga ada memaparkan logo halal JAKIM. Jadi, tak lah ragu-ragu kita orang Islam untuk makan product keluaran Vit's nie.

Mee Udon

Mee Udon

Kalau ikut bungkusan produk nie, tiada bahan pengawet di letakkan pada produk nie dan juga kurang lemak. Sebungkus Mee Udon Vits nie sesuai untuk hidangan 3-4 orang sekali makan. Kome boleh je guna resepi sendiri untuk masak mee udon nie. Untuk review kali ini, wife teman masakkan mee udon goreng black pepper. Kome boleh je masak guna resepi kome sendiri. Teman idok le nak share resepinya kat entry nie ye... kalau bab memasak nie, kome lagi hebat dari teman...

Masak senang jer kan... main campak-campak, tontong-tontong... siap... tak caya tengok video kat bawah nie...


Apa macam...? Tak la.. lama sangat nak masaknya... Simple je... ikut la cara mana sekali pun yang selalu kome masak tu... taraaa... dah siap pun...

Mee Udon Goreng Black Peeper

Mee Udon Vits ini agak kenyal dan besar sedikit dari mee kuning biasa tu... Jujurnya, teman lebih sukakan mee udon keluaran Vits ini jika di bandingkan dengan mee kuning biasa tu. Rasanya agak unik, dan lebih sedap dari mee kuning biasa tu...

Mee Udon Vits

Teksture nya agak kenyal dan lembut. Sepinggan pun sudah kenyang. Nie level perut teman la ya...

Kalau kome nak beli mee udon nie, pergi cari kat dekat pasaraya terdekat tu. Kat Giant atau Jaya Grocery pun ada jual. Apa yang pasti, mee udon keluaran Vits ini akan sentiasa ada dalam stock bulanan teman di rumah.

Biasa la kan, kalau boring diner makan nasi, makan mee udon pun sodap. Rugi kome tak nak cuba...



Sunday, November 18, 2018

Kuliah : Peduli pada agama

Perkongsian dalam segmen kuliah pagi ini berkisar “Persoalan Islam”. Ambil pedulikah kita pada agama Islam yang syumul ini? Akhir-akhir ini ada segelintir golongan baik masyarakat Islam yang berfikiran liberal atau sekular mahu pun mereka yang kafir cuba untuk mentafsir Islam dari kaca mata mereka yang terang-terang bertentangan dengan akidah Islam.

Mekah

Gambar ehsan Google.



Berikut adalah nasihat Imam al-Ghazali

"Barang siapa tidak peduli terhadap nasib agama, berarti ia tidak punya agama, barang siapa yang semangatnya tidak berkobar-kobar jika agama Islam ditimpa suatu bencana, maka Islam tidak butuh kepada mereka." (Imam al-Ghazali).

Hak muslim untuk membela saudara dan akidah Islam.

"Kezaliman akan terus ada, bukan kerana banyaknya orang-orang jahat. Tapi kerana "diam"nya orang-orang baik."

(Ali bin Abi Thalib r.a).

Semangatlah Saudara-saudariku! Jangan sampai hatimu padam dari cahaya iman dan Islam. Yakinlah setiap kesusahan pasti ada kemudahan.

Meskipun kita bukan orang-orang yang soleh tapi semoga dengan mencintai orang-orang soleh kita akan mendapatkan syafaat mereka kelak.

Saturday, November 17, 2018

Kuliah : Kerana usia kita singkat

Dalam entri kuliah pagi ini, teman hendak kongsikan video ini “Berkenaan usia kita yang singkat”. Usia umat Muhammad tidak sepanjang umat-umat sebelumnya.

USIA umat Muhammad s.a.w. tidak sepanjang usia umat-umat sebelumnya. Umat atau bangsa terdahulu dikaruniai usia yang sangat panjang. Lihat misalnya Nabi Nuh a.s. Menurut satu riwayat, usianya mencapai 1.650 tahun. Sebelum peristiwa banjir besar terjadi, Nabi Nuh telah berdakwah selama 950 tahun. Allah Subhanahu Wata’ala  mengabarkan dalam Al-Quran, “Sesungguhnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.” (al-‘Ankabut: 14). Selama itu, Nabi Nuh menyeru kaumnya agar menyembah Allah Yang Esa.
Sebelum diutus menjadi Rasul, usia Nuh sudah 350 tahun. Sesudah terjadinya banjir besar yang dahsyat, ia masih hidup selama 350 tahun lagi. Jadi, total usianya sekitar 1.650 tahun (Tafsir al-Thabari, juz 20).
Berapa usia umat Muhammad s.a.w rata-rata? Berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Hal ini dinyatakan dalam berbagai riwayat hadist. Salah satunya diriwayatkan oleh Muhammad ibn al-Musayyab ibn Ishaq. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, “Usia umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit sekali di antara mereka yang melebihi usia tersebut.” Ibnu Arafah (salah seorang perawi hadist ini) mengomentari, “Aku termasuk salah seorang dari yang sedikit itu.” (Shahih Ibni Hibban. Muhammad meriwayatkannya dari Ibnu ‘Arafah, dari al-Muharibi, dari Muhammad ibn `Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah).
Di usia yang singkat itu, Allah s.w.t telah mengurniakan keistimewaan buat umat Muhammad s.a.w untuk beribadat. Ikuti perkongsian video di bawah.



Thursday, November 15, 2018

Petua: Mencegah rambut beruban sebelum waktunya

Rambut beruban pada usia muda. Inilah antara perkara yang menakutkan bagi kebanyakkan wanita. Walau pun bertudung, masalah ini tetap merunsingkan dan mengundang stress. Terutama ketika membuka tudung di surau untuk mengambil wudhu. Ada je mata yang memerhati “muda-muda lagi, rambut dah beruban”. Kita nie hanyalah manusia biasa. Bukanya boleh menentukan uban tumbuh atau pun tidak.

Ada yang kata, rambut beruban nie berpunca dari genetik, keturunan dan ada juga yang berpendapat faktor permakanan yang menjadi penyebab utama rambut beruban. Ada ke cara untuk merawat masalah rambut beruban sebelum tiba waktunya?


Rambut beruban

Gambar ehsan Google.

Dalam entri hari ini, teman memanjangkan perkongsian petua untuk mengatasi masalah rambut beruban di usia muda dengan mengunakan 4 bahan utama ini.

  1. Segenggam daun kari
  2. Segenggam daun inai
  3. 10ml minyak kelapa
  4. Plain yogurt

Campurkan kesemua bahan ini dan kisar sehingga halus. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam.

Sebelum mengunakan petua ini, sediakan bahan-bahan di bawah;

Ambil 2-3 hirisan lemon dan di sapukan atau sentalkan pada keseluruhan bahagian kulit kepala. Setelah itu, sapukan bahan yang dikisarkan itu sambil mengurut kulit kepala. Kemudian pakai shower cap dan biarkan selama 30 minit hingga 1 jam.

Setelah itu bersihkan dan bilas rambut dengan air dingin. Guna sikat bergigi rapat untuk membuang saki baki bahan ramuan yang masih terlekat di rambut. Bersikat juga mampu melancarkan peredaran darah di kepala.

Penggunaan daun kari dalam petua ini bermanfaat untuk rambut;

  1. Menggalakkan pertumbuhan rambut.
  2. Menguatkan akar rambut
  3. Membantu mengurangkan masalah keguguran rambut.
  4. Mengatasi masalah uban.
  5. Memekatkan warna dan melebatkan rambut.
  6. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur.
  7. Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering.

Selamat mencuba ya...

Wednesday, November 14, 2018

Wordless : Ais Krim Abang Meleleh

Kat mana boleh cari kedai Ais Krim Abang Meleleh nie... unik sangat namanya... kalau cuaca panas mesti best makan ais krim abang meleleh nie... Ais krim Abang Meleleh nie di jual secara “Food Truck”. Kat area mana ye agaknya abang nie berniaga?

Ais Krim Abang Meleleh
Nak try taste ais krim abang tu je...๐Ÿค—๐Ÿค”



Monday, November 12, 2018

Khasiat minyak zaitun

Minyak zaitun nie banyak khasiatnya. Teman sendiri pun sudah amalkan pengambilannya sebagai makanan tambahan seharian. Memang banyak khasiatnya pada kesihatan kita. Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan serba sedikit khasiat minyak zaitun. Apa yang kome perlu tahu pasal minyak zaitun?

Minyak Zaitun

Gambar ehsan Google.

  1. Minyak zaitun merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin E. Khasiatnya adalah untuk awet muda.
  2. Pengambilan minyak zaitun boleh mengurangkan kolesterol dalam badan.
  3. Minyak zaitun mampu untuk menghalang sel daripada rosak dan mati yang boleh mengakibatkan kanser.
  4. Minyak zaitun baik untuk mata, kulit dan sistem imunisasi.
Any way, kalau kome berminat untuk membeli zaitun, kome boleh dapatkannya di Olive House. Olive House memasarkan produk minyak zaitun bermutu tinggi. Klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Olive Oil
Gambar ehsan Google.


*Tips : Ambil 1 sudu makan minyak zaiton setiap hari

Rasulullah s.a.w bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya. Sesungguhnya ia berasal dari tumbuhan yang di berkati."

Riwayat Al-Tarmizi


Pagi berawan

Pagi nie cuaca cerah dan berawan... Damai je bila melihat suasana waktu pagi... Sekarang nie musim hujan... Mungkin petang nanti, cuaca akan berubah...





Sunday, November 11, 2018

Kuliah : Susah sangat ke nak ke surau?

Dekat atau jauhnya masjid bukan lah kayu pengukur untuk seseorang itu mengerjakan solat 5 waktu berjemaah. Tetapi ianya terletak di hati. Entri ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga agar berubah untuk menjadi lebih baik lagi.

Jom ke masjid




Saturday, November 10, 2018

Kuliah : Meninggalnya orang yang berilmu

Jom muhasabah diri. Pepatah mengatakan "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati...

Apabila seorang yang berilmu meninggal dunia, Allah akan tetap menghidupkan namanya dan menyebarkan pujian baginya di seluruh dunia. Orang yang berilmu, walaupun jasadnya telah tiada, namanya akan tetap hidup, dia antara manusia.

Apabila meninggalnya seorang manusia

Gambar ehsan Google.

Lihat sahaja para imam hadith dan fiqh, walaupun jasadnya telah terkubur tetapi mereka masih dikenang sehingga saat ini seolah olah mereka masih hidup.

Wednesday, November 7, 2018

Wordless : Bas Tak Sekolah

Mentang-mentang la cuti sekolah dah dekat... Bas Tak Sekolah pun ada juga rupanya... 

Bas Tak Sekolah
๐Ÿค” Bukan ke bas sekolah patutnya warna kuning...? Mmm...๐Ÿ˜




Tuesday, November 6, 2018

Khasiat biji selasih

Sejak dua menjam nie, teman kerap ambil biji selasih yang di campurkan dalam minuman dan jus. Banyak khasiat rupanya biji selasih nie. Teman pun baru je tau. Nie yang teman nak kongsikan dalam blog teman nie. Teman senarai beberapa khasiat biji selasih yang teman perolehi melalui pembacaan beberapa majalah nie.

Biji Selasih

Gambar ehsan portal Bermanfaat.


Antara khasiat biji selasih;


  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
  4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di China, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Kome boleh search kat Google untuk dapatkan maklumat berkenaan khasiat biji selasih nie.