Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Thursday, October 1, 2020

Petua : Untuk menanggalkan chewing gum

Tips atau petua untuk menanggalkan chewing gum. Sebelum nie, teman ada juga kongsikan tips atau petua untuk menanggalkan chewing gum yang terkena pada pakaian. Kome boleh klik disini dan disini untuk membacanya ya.

Dalam banyak-banyak komen dalam entry tersebut, ada yang bertanyakan kalau chewing gum tu terkena pada seat kereta atau karpet, macam mana nak membersihkannya. Tak kan laa nak simpan dalam peti ais pulak kan... Ok, kome jangan la risau ye... Dalam entry nie, teman akan kongsikan satu lagi tips atau petua yang sesuai untuk menanggalkan kesan chewing gum pada seat kereta atau karpet kome tu...


Mudah je kalau nak buat petua nie. Bahan utama yang di perlukan ialah WD-40. Mana nak dapatkan WD-40 nie? Kome beli je kat hardware. Selepas tu, semburkan WD-40 pada kesan chewing tersebut. Kemudian, gunakan kertas tisu atau kain dan gosok pada kesan chewing gun terbut. Sembur WD-40 beberapa kali untuk memudahkan kesan chewing gum tersebut tanggal.


Selamat mencuba ya!

Thursday, February 13, 2020

Petua : Tips untuk suami keluar rumah

Saja je teman nak share tips atau petua nie untuk para suami. Tips atau petua nie sebenarnya untuk mengelakkan perbalahan antara suami isteri. Untuk "Geng Takut Bini (GTB)" pun boleh guna petua nie... Sebenarnya, kebanyakkan suami bukannya takut BINI, tapi lebih kepada menjaga hati isteri-isteri mereka... Mana tau, selepas praktik petua nie hubungan suami isteri akan bertambah mesra lagi.



Gambar ehsan Google.


Namun, teman akui ada antara suami yang kerap meluangkan masa terluang di luar bersama kawan-kawan mereka. Sama ada selepas waktu pejabat atau pun di hujung minggu. Maaf ye, teman tak termasuk dalam kategori nie. Pada pendapat teman, masa-masa yang terluang itu sepatutnya suami ada bersama keluarga masing-masing. Well, that's me... I'm not this type of person...

Ok, ini dia petua atau tips yang teman nak kongsikan... Tak susah mana pun sebenarnya.. Tapi, tips nie akan mengembirakan ke dua-dua belah pihak.



Gambar ehsan Google.

Ok, caranya macam nie...

Setiap kali hendak keluar... bila balik tu, hulurkan pada isteri RM50 atau RM100... Tak kira lah, keluar minum-minum ngan kawan kat kedai mamak ke, main golf ke, memancing ke atau ride motor...

Cukup 7 hari 7 malam... Nanti isteri pulak yang akan tanya...

"ehhh... abang tak keluar ke malam nie...🤗😆😁😁?

Cuba lah... sangat mujarab...


Thursday, January 30, 2020

Petua : Merawat sakit kepala dan angin dalam badan


Kadang-kadang kita dah iktiar makan ubat, kepala masih tak lega, betul tak? Lagi pulak musim panas teruk sekarang ni. Ok, dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian petua untuk merawat sakit kepala dan angin dalam badan.

Kome boleh cuba cara mudah ni. Kesan dia sangat baik pada tubuh badan kita tau. Kome perlu dapatkan bahan-bahan nie;


Limau nipis dan ais

Bahannya

  1. Ais (tak kisah banyak mana)
  2. Limau nipis 3 biji ( boleh buat kiraan ganjil)
  3. Air sebaldi


Caranya
Campurkan semua kedalam baldi.
Sebelum mandi baca ayat ayat ni diluar bilik air ye dan tiupkan dalam air dan niatlah yang baik baik. 


Bacaanya ;
  1. Surah Al Fatihah 7x
  2. Surah Al Ikhlas 3x
  3. Selawat 3x
Limau nipis dan ais

  • Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaik mandi lepas waktu asar ye.
  • Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus yee.
  • Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.


Air ni bukan untuk masalah sakit kepala je... sakit sendi, susah tidur malam, badan bisa, pun boleh buat macam nie...

Limau nipis dan ais


Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ni,

  1. Naikkan seri wajah
  2. Kuatkan badan
  3. Kuruskan badan
  4. Aura positif
  5. Merawat kulit jadi sihat paling berkesan
  6. Hilangkan bisa dan angin kat badan
  7. Menguatkan imunisasi dan antibodi badan
  8. Kuatkan tulang
  9. Insya Allah menjauhkan dari benda-benda halus
  10. Menenangkan jiwa (stress/kesedihan/ketakutan/panas baran)


Korang cuba la ye mana tahu makin berseri makin sihat bertenaga anasir negatif pun susah nak dekat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Thursday, January 2, 2020

Petua : Kencing tak lawas

Masalah kencing tidak lawas. Apa maksudnya? Benda nie jadi tiba-tiba je... Tak di jangka langsung... Kome hendak kencing, tapi tak boleh... Pernah tak kome mengalami situasi macam nie... Dalam entry sebelum nie, teman ada juga kongsikan satu petua masalah kencing tak lawas nie... Kalau kome nak baca boleh la klik kat sini ye.

Teman hanya kongsikan info nie. Teman pernah juga alami kencing tak lawas nie... Info nie teman baru je dapat dan teman tak pernah cuba lagi...

Ini adalah pengalaman seorang doktor yang terkenal kerana artikel perubatan.

Beliau berusia 70-an dan pakar ENT. Menakjubkan untuk mendengar pengalaman beliau.

Pada suatu pagi, dia dapati susah kencing, puas dicubanya tidak juga keluar-keluar padahal dia berasa hendak kencing sangat-sangat.

Kencing tak lawas

Gambar ehsan Google.

Pada usia lanjut ramai orang susah kencing seperti dia, mungkin setelah dicuba berkali-kali baru boleh kencing.

Dia cuba berkali-kali dengan pelbagai kaedah dan cara, namun air kencingnya tidak juga keluar.

Walaupun dia seorang doktor, tidak terkecuali untuk menghadapi masalah seperti itu kerana dia juga manusia biasa yang tercipta dari daging dan darah seperti orang lain.

Dia terasa bawah perutnya menjadi berat dan keras, tidak dapat duduk dan berdiri, siksanya hanya Tuhan saja yang tahu. Mukanya berkerut menahan sakit.

Dia call kawannya seorang doktor pakar urology dan beritahu masalahnya.

Urologist itu jawab yang dia berada di sebuah hospital di pinggir bandar dan akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Ahh... siksanya nak tunggu setengah jam lagi.

Kebetulan ketika itu kawannya dari zaman kanak-kanak, juga seorang doktor buat panggilan. Apa lagi, dia terus mengadu kepada kawannya itu.

Kawannya jawab, "Oh, pundi kencing tuan penuh dan tuan tidak boleh  kencing. Jangan risau, lakukan seperti yang saya akan bagitahu".

"Berdiri dan lompat kuat-kuat, sambil lompat angkat kedua-dua tangan seolah-olah tuan cuba mencapai (jurangai) buah pelam yang tak sampai dipetik, 15 hingga 20 kali".

"Apa? Dengan pundi kencing yang penuh dia suruh saya melompat?" rungutnya dalam hati.

Walaupun sedikit gusar dan skeptikal dia cuba juga sebagaimana disarankan.

Baru lompat 5~6 kali, air kencingnya mula keluar. Dia pun meneran sekuat tenaga hingga kesemua air kencingnya keluar. Banyak sekali air kencing dari biasa, barulah terasa lega yg amat sangat.

Dia begitu gembira dan berterima kasih kepada kawan zaman kanak-kanaknya yang telah membantunya menyelesaikan masalah itu dengan kaedah yang begitu mudah, jika tidak, dia sebagai seorang doktor perlu masuk hospital, yang akan menerima rawatan dengan dimasukkan catheter di dalam pundi kencing, suntikan, anti biotik dan lain-lain.

Jika anda dan keluarga payah kencing, lakukan seperti doktor tadi, insya Allah pundi kencing yang salurannya tersumbat akan keluar air kencingnya.

Tidak perlu panik hendak bawa ke hospital bagai.

No harm to try... Tapi berhati-hati ketika melompat tu, jangan pulak melompat di dalam bilik air... Tergelincir pulak nanti... 

Wallah hu a'lam... Semoga perkongsian ini bermanfaat.


Thursday, October 24, 2019

Tips untuk membuat perangkap lalat

Serangga bernama lalat nie memang merimaskan. Umum mengetahui, lalat suka pada tempat-tempat yang kotor. Kalau di kawasan kediaman kome tu berdekatan atau terdapat ladang penternakkan ayam, masalah nie akan lebih teruk lagi walaupun ladang ayam tersebut jauh dari rumah kome tu.

Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongian video ini. Kretif juga cara mereka membuat perangkap maut untuk lalat dengan hanya mengunakan bahan-bahan kitar semula dan bahan sumber alam yang terdapat di dapur.

Untuk membuatnya, bahan utama yang di perlukan teman senaraikan di bawah;

  • Botol plastik
  • Sepotong dua ikan masin (di potong kecil)
  • Air

Ok, begini caranya untuk membuat perangkap maut lalat nie. Mula-mula botol plastik tersebut di bersihkan dan di tebuk satu lubang kecil (muat-muat untuk lalat tersebut masuk) di bahagian tengah botol plastik tersebut. Setelah itu, masukkan air dan potongan ikan masin ke dalam botol tersebut. Ok, dah siap pun perangkap maut lalat nie.

Botol nie, boleh la kita letakkan di tempat-tempat tumpuan lalat. Aroma dari air rendaman ikan masin tersebut akan menarik minat lalat untuk masuk ke dalam botol tersebut dan lalat-lalat ini akan gagal untuk keluar dan terperangkap di dalam botol sehingga mati.

Mudahkan. Kos hendak membinanya pun sangat rendah. Kome boleh tonton perkongsian video di bawah.... Selamat menontonnya ya...


Apa macam??? Faham ke idok...



Thursday, August 22, 2019

Petua : Untuk menyimpan buah strawberry supaya tahan lama

Siapa yang tak gemar makan buah strawberry? Kalau pergi ke Cameron Highland, pasti buah strawberry menjadi pilihan utama sebagai buah tangan. Teman and family sendiri pun sangat gemar makan buah strawberry. Terutama bila makan buah strawberry dan di celup dengan coklat cair. Pergghhh, memang best giler.

Tapi, masalahnya buah strawberry nie tak tahan lama bila di bawa balik ke rumah. Jika tidak makan buah strawberry ini segera, buah strawberry nie akan menjadi lembik, masam dan membusuk. Lama juga lah teman mengalami masalah nie sehinggalah teman jumpa tips atau petua ini. Jadi, teman kongsikan disini untuk kome cuba juga. Perlu di ingatkan, buah strawberry ini hendaklah di angkat dengan cermat kerana buah strawberry amat mudah rosak jika terhantuk atau jatuh.



Gambar ehsan Google.

Ok, begini caranya untuk menyimpan buah strawberry supaya tahan segar dan tahan lebih lama. Ikuti langkah berikut;

Bahan-bahan yang di perlukan

  1. Buah strawberry
  2. Garam

Pilih buah strawberry yang baru di petik, segar, tidak layu dan tidak busuk. Bersihkan segala kotoran di bawah air mengalir, kemudian toskan. Kemudian, rendam buah strawberry tersebut di dalam air garam. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bolehlah di toskan. Keringkan buah strawberry tersebut. Buah strawberry ini hendaklah di angkat satu persatu untuk mengelakkannya rosak. Sebab buah strawberry ini mudah sangat rosak kalau terhantuk kuat. Setelah kering, simpan dalam peti sejuk.

Kalau pergi ke Cameron Highland nanti, boleh la cuba ye. Kalau kome ada cara atau petua lain, kongsikan la dalam ruangan komen di bawah. Apa pun, selamat mencuba petua nie.




Thursday, June 13, 2019

Petua : Untuk cepat turunkan berat badan

Setelah sebulan kita berpuasa, pasti ramai yang berat badannya menurun. Kalau tak banyak, pasti ada penurunan. Kome ada tak timbang berat badan kome pada hari terakhir puasa hari tu? Lepas seminggu beraya nie, kome ada tak timbang semula berat badan kome tu? Kome perlu ingat, punca penyakit adalah dari perut. Kita ini adalah apa yang kita ambil dalam permakanan seharian kita. Cuba kita jadikan Islam sebagai cara hidup kita. Sebaik-baik makan adalah berhenti sebelum kenyang. Jaga permakanan kita, jangan berlebihan.

Berat badan

Gambar ehsan Google.

Untuk entry hari ini, teman nak kongsikan bagaimana hendak kita maintain berat badan yang ideal.

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kome berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat, kuih muih, serta makanan ringan.
  3. Jika kome berasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
  4. Jangan makan lewat malam. Jika kome tergolong dalam golongan ini kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.
  5. Jika kome terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau ambil buah-buahan seperti pisang atau epal.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan kome dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Kome hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
  7. Kawal nafsu makan kome, kerana iakan membuatkan kome makan lebih dari yang sepatutunya. Inilah sebabnya mengapa kome perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan kome tu.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk kome dan sama-samalah kita jaga anugerah kesihatan ini ye.


Thursday, May 16, 2019

Petua : Untuk menjaga tekanan darah

Blood Presure atau Penyakit Darah Tinggi. Penyakit darah tinggi ini sinonim dengan masyarakat Malaysia. Dari seawal usia 20an hinggalah membawa kepada mereka yang berumur. Faktor makanan dan gaya hidup menjadi punca utama mereka mengalami penyakit ini. Jika tidak di kawal, ia mampu memudaratkan.

Sebelum ini, dalam entry-entry yang lepas, pernah kongsikan beberapa petua tradisional untuk penyakit darah tinggi nie. Kome boleh search entry tersebut dengan melakukan carian dia ruangan mencari di bahagian atas , sebelah kanan blog ini.


Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengawal dan menjaga tekanan darah tinggi. Macam mana caranya? Mudah je.

Amalkan meminum air kelapa muda (jenis hijau), seperti kelapa pandan. Air kelapa jenis ini mengandungi magnesium dan kalium, dapat membantu menjaga tekanan darah agar tetap stabil terutama kepada pesakit darah tinggi.

Selamat mencuba.


Thursday, May 2, 2019

Petua : Untuk merawat masalah lelah

Lelah atau asma. Penyakit sebegini tidak boleh di pandang ringan kerana ia mampu menjadi serius. Kebanyakkan masyarakat kita memandang ringan penyakit asma atau lelah ini. Penyakit lelah atau asma ini adalah berkaitan dan genetik dan juga faktor luaran. Serangan penyakit lelah atau asma ini akan menyebabkan pesakit akan sukar untuk bernafas. Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda-tanda kuat serangan asma atau lelah.

Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga. Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal. Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.

Asma / Lelah

Gambar ehsan Google.

Selain mendapatkan rawatan secara klinikal di pusat perubatan terdapat juga beberapa rawatan alternatif yang boleh di cuba. Dalam entry hari ini, teman kongsikan beberapa petua orang lama dalam usaha untuk merawat masalah lelah atau asma.

Cara pertama
Bahan-bahan yang di perlukan;
  1. Madu lebah (sesdudu)
  2. Getah betik (empat hingga 5 titik)

Campurkan kedua-dua bahan ini, lalu di minum bersama air yang telah di bacakan selawat.

Cara kedua
Bahan-bahan yang di perlukan;
  1. Petola (sebiji)
  2. Gula batu
Petola itu hendaklah dibuang bijinya. Kemudian masukkan gula baru dan di bakar atau grill sehingga masak. Kemudian, perah buah petola tersebut untuk di minum jusnya.

Selamat mencuba... Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Thursday, April 25, 2019

Petua : Untuk menghilangkan panau

Apa itu panau? Mengikut takrifan oleh portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada bahagian luar kulit yang lembab dan berminyak.

Pokok Gelenggang

Gambar ehsan Google.

Dalama entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua orang dulu-dulu untuk merawat masalah panau. Bahan utama yang di perlukan ialah daun pokok gelenggang. Pokok gelenggang ini kebiasaanya tumbuh meliar di kawasan lembah atau berpaya dan ianya berbunga kuning.

Ambil daun pokok gelenggang tersebut dan tumbuk sehingga halus. Ambil airnya dan sapukan pada bahagian yang di jangkiti panau itu. Sapukan daun gelenggang itu 2-3 kali sehari sehingga jangkitan panau itu sembuh sepenuhnya.

Selamat mencuba!


Thursday, April 18, 2019

Petua : Untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata

Lingkaran hitam di bawah mata sering terjadi apabila kita kurang tidur atau disebabkan oleh kekurangan darah. Faktor keturunan juga turut menyumbang munculnya ligkaran hitam di bawah mata. Sebelum ini, teman pernah juga kongsikan petua untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata dalam entry sebelum ini. Kome boleh klik disini untuk membacanya.

Lingkaran hitam di bawah mata

Gambar ehsan Google.

Dalam perkongsian petua hari ini, bahan utama yang di perlukan teman senaraikan di bawah;

  • Buah oren (diambilkan jus)
  • Gliserin
Buah Oren
Gambar ehsan Google.


Buah oren itu, di perah untuk mendapatkan jusnya. Jus ini di campurkan dengan gliserin. Kemudian, sapukan pada bahagian bawah mata. Pengunaan berterusan jus oren dicampurkan dengan gliserin adalah cara yang berkesan untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata. Ekstrak oren juga membuat kulit di sekitar mata menjadi lebih licin dan lebih lembut.

Sapukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Selamat mencuba!


Thursday, April 11, 2019

Petua : Merawat senggugut

Senggugut ketika haid. Petua kali ini khas untuk golongan wanita. Sesetengah wanita yang didatangi haid akan merasa sakit dibahagian perut dan peranakkan. Inilah yang dinamakan senggugut. Maaf, teman tak dapat nak imagine macam mana sakit senggugut tu. Apa yang pasti senggugut nie memberi ketidak selesaan kepada golongan wanita dan ia memberi kesan terhadap kegiatan seharian.

Sebelum nie, teman pernah juga kongsikan beberapa petua untuk mengatasi senggugut. Kome boleh baca petua tu melalui ruangan search / mencari di sudut kanan atas blog ini.

Lemon

Gambar ehsan Google.

Untuk petua kali ini, bahan utama yang di perlukan ialah buah lemon. Buah lemon ini mudah didapati di pasaraya. Selain sedap untuk di buat air, buah lemon juga ada manfaat kesihatan buat golongan wanita.

Lemon dapat membantu untuk mengurangkan pendarahan, kesakitan dan bengkak yang berkaitan dengan haid. Minum 2-3 gelas jus lemon yang di campur dengan air sejuk pada setiap hari semasa tempoh haid mampu mengatasi masalah ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!


Thursday, April 4, 2019

Petua : Untuk menyegarkan potongan buah pear

Sedap juga kalau dapat makan buah pear. Dalam diet seharian teman and family pasti ada buah-buahan. Tak kisah buah-buahan tempatan atau buah-buah import seperti epal, pear atau anggur. Biasanya buah-buahan seperti epal dan pear nie jika telah di kupas dan dihidangkan, ia tak akan bertahan lama. Ia mudah lebam. Untuk mengekalkan hirisan buah pear supaya tahan lebih lama, kome boleh guna petua nie.

Buah Pear

Gambar ehsan Google.

Mula-mula, bersihkan buah pear dengan mengunakan air garam. Kemudian, tos dan lap sehingga kering. Potong buah pear mengikut bentuk yang di kehendaki. Kemudian, rendam potongan buah pear ini kedalam air yang telah di bancuhkan dengan sedikit madu. Biarkan selama lima minit. Kemudian, tos air dan bolehlah di hidangkan.

Selamat mencuba.


Thursday, March 28, 2019

Petua : Menyimpan ikan kering supaya tidak berulat

Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian untuk menyimpan ikan kering supaya tahan lebih lama dan tidak berulat. Ada antara kita yang gemar memakan ikan masin atau ikan kering nie. Ikan kering nie biasanya berbau dan mudah sangat di hinggapi lalat. Keadaan sebegini menyebabkan ikan kering ini berulat.

Ikan masin

Gambar ehsan Google.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini. Ikan kering itu hendaklah di jemur di bawah panas matahari untuk memastikan ianya benar-benar kering. Taburkan sedikit lada hitam yang di tumbuk kasar ke atas ikan kering tersebut.

Dengan cara ini, lalat tidak akan hinggap pada ikan kering tersebut.

Selamat mencuba ya!


Thursday, March 21, 2019

Petua : Untuk menanggalkan kulit mati

Masalah kulit mati sering kali menghantui sesiapa sahaja termasuk golongan remaja. Masalah ini sering terjadi di bahagian kaki kerana kotoran sering melkat pada tapak kaki ketika berjalan. Usah risau, dalam entry hari ini teman akan kongsikan satu petua untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang penting, kaedah ini lebih mudah dan juga murah. Kome boleh lakukan petua ini di rumah je.

Ubat pencuci mulut

Gambar ehsan Google.


Untuk membuat petua ini, kome perlukan bahan-bahan ini;

  1. Pencuci mulut / Ubat kumur
  2. Cuka makan
  3. Air suam (cukup untuk merendam kaki)

Ambil air suam dalam masukkan ke dalam besen. Saiz besen hendaklah cukup untuk masukkan ke dua-dua belah kaki. Kemudian, ambil pencuci mulut atau ubat kumur sebanyak 1/4 cawan dan campurkan ke dalam besen berisi air suam tadi. Setelah itu campurkan pula 1/2 cawan cuka makan dan kacau sehingga sebati.

Rendamkan kedua-dua belah kaki ke dalam besen tersebut dan biarkan selama 15 minit. Gosok kaki dengan lembut terutama bahagian yang banyak kulit mati. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering.

Hasilnya, kulit tapak kaki akan bersih dan lembut. Pasti kome teruja dengan hasilnya.

Selamat mencuba ye.


Thursday, February 21, 2019

Petua : Terlekat tulang ikan di tekak

Pernah tak kome mengalami situasi di mana kome tercekik atau terlekat tulang ikan semasa makan. Kebanyakkan ikan yang sedap mempunyai banyak tulangnya. Walau pun kita berhati-hati semasa makan ikan tersebut, perkara terlekat tulang ikan ini akan terjadi juga. Teman sendiri pun ada juga beberapa kali mengalami situasi sebegini. Ada beberapa petua orang lama untuk mengatasi masalah terlekat tulang ikan nie.

Tulang ikan

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan dua petua tersebut. 

Mengunakan madu lebah
Petua ini mengunakan madu sebagai pemudah cara. Bila terlekat tulang ikan, celup jari ke dalam madu lebah. Kemudian selawat sebanyak tiga kali (3x), masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari tersebut perlahan-lahan. Insya Allah tulang ikan yang terlekat itu akan keluar dengan mudah.

Mengunakan nasi
Petua ini mengunakan nasi putih. Nasi putih tersebut hendaklah di kepal menjadi bebola nasi kecil. Kemudian selawat tiga kali (3x) dan telan bebola nasi tersebut. Insya Allah tulang ikan tersebut akan keluar dengan mudah.

Selamat mencuba ya!


Thursday, January 24, 2019

Petua : Untuk merawat kudis buta

Kudis buta. Penyakit ini merupakan penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis hama. Penyakit ini boleh menjangkiti setiap lapisan umur. Penyakit kudis buta ini juga di kenali sebagai Scabies. Penyakit ini mudah berjangkit dan menyebabkan gatal keterlaluan di bawah kulit.

Penularan kudis buta adalah melalui sentuhan, yang berulang-ulang dan lama dengan seseorang yang mempunyai scabies. Sentuhan yang sekejap seperti bersalaman, jarang akan menyebabkan jangkitan. Kadangkala boleh juga berlaku penularan tidak langsung seperti dari perkongsian tuala, tempat tidur yang sama dan sofa. Selalunya jangkitan ini terjadi di tempat yang ramai orang, dan sentuhan badan yang dekat, seperti di asrama, rumah orang tua, nursery dan penjara.

Kudis Buta

Gambar ehsan Google.

Orang dulu-dulu juga mempunyai cara tersendiri untuk merawat penyakit kudis buta. Teman akan kongsikan petua nie di bawah;

  • Daun jambu batu (5-6 helai)
  • Segenggam kelapa parut (di ambil santannya)
  • Kain (dari jenis yang jarang)
Langkah pertama untuk membuat petua ini, giling daun jambu batu sehingga lumat. Kemudian campurkan bersama santan kelapa parut yang telah diperah. Setalah itu, bungkuskan bahan ini dengan kain dan digosokkan pada kudis buta tersebut.

Selamat mencuba ya!


Thursday, January 17, 2019

Petua : Untuk menghilangkan kesan getah (pisang)

Getah pisang. Dalam emtry petua pagi ini, teman hendak kongsikan satu petua untuk membersihkan pakaian dari kesan getah pisang. Getah pisang nie kalau terkena pakaian memang susah nak di hilangkan walau pun guna serbuk pencuci.

Pisang

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie, teman hendak kongsikan satu petua untuk menghilangkan getah pisang yang terkena pada pakaian. Untuk membuat petua ini, bahan utama yang di perlukan adalah kapur sirih.

Caranya mudah je. Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada bahagian pakaian yang terkena getah pisang tersebut. Kemudian, biarkan seketika dan cucilah seperti biasa.

Mudahkan... Nanti, kalau pakaian tu terkena getah pisang, cuba lah petua nie ye...


Thursday, January 10, 2019

Petua : Untuk menghilang batuk berterusan

Petua untuk menghilangkan batuk. Rasanya banyak juga petua-petua untuk merawat batuk nie teman pernah kongsikan dalam blog teman nie. Kome boleh search petua untuk batuk kat tepi tu. Dalam entry petua untuk hari ini, teman akan kongsikan dua lagi petua untuk merawat batuk yang berpanjangan. Bukan apa, kadang-kadang petua-petua nie ada yang tak sesuai dengan orangnya. Itu yang tak menjadi.

Batuk dan sakit tekak

Gambar ehsan Google.

Untuk petua pertama, kome perlu dapatkan bahan-bahan di bawah;


  1. Gula batu
  2. Getah anggur
  3. Buah kembang semangkuk

Ok, caranya begini. Ambil jag dan campurkan kesemua bahan di atas. Kemudian isi air dan biarkan bahan ini terendam semalaman. Kemudian, minum air ini sekerap yang mungkin sehingga sembuh.

Untuk petua kedua pula, kome perlu dapatkan bahan-bahan ini;


  1. Dua tangkai cili atau lada kering
  2. Beberapa titis minyak kelapa

Untuk membuat petua ini, mula-mula bakar lada kering tersebut sehingga hangus. Kemudian, campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa sehingga sebati. Ok, sudah siap. Cara untuk mengunanya, mudah je. Sapukan di sekitar kerongkong. Insya Allah, batuk dan sakit kerongkong akan berkurangan dan hilang.

Selamat mencuba.


Thursday, December 27, 2018

Petua : Untuk merawat kencing manis

Kencing manis atau Diabetis, merupakan antara penyakit yang paling banyak di hidapi oleh masyarakat kita di Malaysia. Ada antara mereka yang menghidapi penyakit kencing manis ini dari usia seawal 20an. Mungkin disebabkan cara hidup dan permakanan mereka tidak di jaga, golongan ini mudah mendapat penyakit kencing manis.

Rebung Buluh Kuning

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan petua untuk merawat penyakit kencing manis sebagai satu pilihan rawatan alternatif. Sebelum membuat kome membuat petua ini, kome perlu dapatkan bahan-bahan ini;
  1. Sekati rebung buluh kuning
  2. Kerang (anggaran dalam setengah kilo)
  3. Periuk belanga tanah
Ok, begini caranya untuk membuat petua ini. First thing to do, bersihkan rebung tersebut dan potong kecil-kecil. Kemudian, bersihkan kerang tersebut seperti biasa. Jangan pula di buang kulit kerang tu. Setelah itu, masukkan kesemua bahan ini ke dalam periuk tanah dan rebus bersama setengah liter air dengan api perlahan. Rebus sehingga air tersebut tinggal satu per empat.

Sejukkan dan minum setiap pagi.

Selamat mencuba ye.