Sunday, November 3, 2013

Taman Tamadun Islam - TTI River Cruise

Antara tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu nie adalah Taman Tamadun Islam. Mengikut Google map, jarak perjalanan dari Hotel Primula Beach Resort ke Taman Tamadun Islam nie dalam 8.5KM je. Tak lah jauh sangat. Kalau nak baca review teman untuk Hotel Primula Beach Resort, klik la link tu kat sini ye. Taman Tamadun Islam nie sebenarnya terletak di Pulau Wan Man.

So, lepas luangkan masa bersama Aisar mandi-manda di kolam tu, kami terus bergerak menuju ke Taman Tamadun Islam. Tak sampai setengah jam, dah pun sampai. Nasib baik cuaca tak begitu panas sangat. Ruang parking juga agak luas. Jadi, tak la kalut sangat nak cari tempat parking. Masa tiba di sini, ramai dah pengunjung sedang beratur untuk membeli tiket.

Taman Tamadun Islam

Google Maps

Tak lama sangat la menunggu untuk membeli tiket. Ada tiga pakej yang menjadi pilihan. Teman kongsikan harga tiket Taman Tamadun Islam nie kat bawah.


Tiket Taman Tamadun Islam

Teman ambil pakej 2 in 1 (Taman Monumen + TTI River Cruise). Kalau kome ambil pakej nie, kome boleh pilih sama ada nak pergi ke Monument Park dulu atau pun River Cruise. Kebetulan waktu itu, tak ramai yang menunggu untuk naik bot, so kami pergi ke River Cruise dulu.


TTI River Cruise

Sementara menunggu untuk boarding ke dalam bot yang akan membawa kami pusing-pusing sekitar sini, ke semua penumpang di arah untuk memakai jaket keselamatan. Mereka juga menerangkan pemakaian jaket keselamatan dengan betul.


TTI River Cruise

TTI River Cruise

TTI River Cruise

Sambil menunggu segala persiapan selesai, teman lepak-lepak dulu kat jeti atau Pengkalan Tok Ku Palo di tepi Sungai Terengganu nie.


TTI River Cruise

Inilah bot River Cruise yang akan membawa kami menyusuri Sungai Terengganu. Untuk pengetahuan kome, Sungai Terengganu nie sepanjang 18KM yang berpunca dari Banjaran Pantai Timur. Sungai Terengganu nie berasal dari Tasik Kenyir yang mengalir hingga ke Laut Cina Selatan.



TTI River Cruise

TTI River Cruise

Tak lama menunggu, penumpang di benarkan masuk ke dalam bot. Pelayaran mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit gitu. Sepanjang pelayaran skipper bot sibuk bercerita berkenaan kawasan yang di lalui. Memang best, skipper pun pandai bercerita. Seronok mendengar celotehnya, kisah mistik di Pulau Duyung laa, macam-macam lagi la cerita yang hanya orang tempatan saja yang tau. Teman kongsikan gambar-gambar sepanjang pelayaran menyusuri Sungai Terengganu.


Taman Tamadun Islam River Cruise

Anak bertuah nie memang sangat teruja bila dapat naik bot. Lebih-lebih lagi bila dapat menyusuri sepanjang Sungai Terengganu nie. Macam-macam panorama yang boleh kita tengok.

Taman Tamadun Islam River Cruise

Sebaik saja berlepas dari jeti, kita akan melalui Masjid Kristal dan kemudian melepasi kawasan Taman Monument.

Taman Tamadun Islam River Cruise

Taman Tamadun Islam River Cruise

Dari kita dapat lihat masjid-masjid yang di bina di Taman Monument.

Taman Tamadun Islam River Cruise

Ini adalah Pulau Duyung. Mengikut cerita Skipper tu, di Pulau Duyung nie dahulunya ada sebuah perkampungan melayu lama. Sekarang nie katanya ada satu keluarga je yang masih menetap di pulau tu.

Taman Tamadun Islam River Cruise


Ini pula merupakan Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada Piala Monsun. Piala Monsun ini di adakan setiap tahun yang disertai oleh pelayar-pelayar antara bangsa.

Taman Tamadun Islam River Cruise

Taman Tamadun Islam River Cruise

Taman Tamadun Islam River Cruise

Tak tau la, apa anak bertuah nie tengah menungkan...

Taman Tamadun Islam River Cruise

Ada juga kapal-kapal besar berlabuh di muara Sungai Terengganu nie... 

Taman Tamadun Islam River Cruise

Tamat lah sudah pelayaran menyusuri Sungai Terengganu. Perjalanan balik ke jeti akan melalui semula Masjid Kristal ini. Teman mesti singgah kat masjid nie untuk solat.

Taman Tamadun Islam River Cruise

Ok, settel dah bab TTI River Cruise nie. Selepas nie teman continue pulak bab jenjalan di Taman Monument. Sebelum tu, bergambar dulu dengan skipper bot yang sempoi nie...


TTI River Cruise



Sebab banyak lagi gambar yang teman nak kongsikan, so teman buat dua entry khas untuk kunjungan di Taman Tamadun Islan nie.

Jumpa di entry berikutnya... Klik disini untuk mengikutinya...


2 comments :

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...