Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Saturday, August 14, 2021

Kuliah : Pemergian yang di cemburui

Ada insan yang didoakan begitu ramai orang ketika kematiannya. Kadangkala kita berasa hairan bagaimana Allah memuliakan seseorang itu. Ada yang dimuliakan ketika hayatnya, ada pula yang dimuliakan ketika wafatnya dan ada pula yang akan dimuliakan ketika di akhirat kelak. Ada alim ulama atau orang soleh yang dicemburui kematiannya dan ada pula yang tidak. Ada artis atau selebriti yang didoakan kebaikan oleh ramai manusia ketika mereka meninggal dunia dan ada pula yang tidak.

Demikianlah Allah memuliakan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh dalam pelbagai bentuk. Barangkali ada satu-dua amalan tersembunyi seseorang itu yang sangat dicintai oleh Allah dan berhasil mendapat pengampunan-Nya walaupun zahir empunya diri kelihatan biasa-biasa. 

Rasulullah bersabda:

إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ العَبْدَ نَادَى جِبريلَ: إنَّ اللَّهَ يُحبُّ فُلانًا فأحِبَّهُ، فَيُحِبُّهُ جِبريلُ، فَيُنادِي جِبريلُ في أَهلِ السَّماءِ: إنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلانًا فأحبُّوهُ، فَيُنادي جِبريلُ في أَهلِ السَّماءِ: إنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلانًا فأحبُّوهُ ، فَيُحبُّهُ أَهلُ السَّماءِ، ثُمَّ يوضَعُ لَه القَبولُ في أَهلِ الأرضِ

“Apabila Allah mencintai seseorang, Dia akan memanggil malaikat Jibril (lalu berfirman): Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka hendaklah engkau mencintainya! Malaikat Jibril pun mencintai orang itu. Lalu malaikat Jibril menyeru pula penghuni langit: Sesungguhnya Allah Mencintai si fulan, hendaklah kalian mencintainya! Penghuni langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun diterima oleh penduduk di bumi”

[hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Apa rahsia mendapat kecintaan Allah?

Beriman & beramal soleh!

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَيَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وُدًّ۬ا

“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang terhadap mereka” [Maryam: 96].

Nukilan dari Dr. Kamilin Jamilin


Saturday, June 19, 2021

Kuliah : Korang tau tak

Korang tau tak?
Pemuda Al kahfi yang ada 7 orang tidur 309 tahun. Bersama mereka ada seekor anjing.
Surah Al-kahfi ayat 17

Korang tau tak?
Allah membolak balikan badan mereka untuk tidak berkulat, Allah hentikan segala macam bulu di tubuh mereka, Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Korang tau tak?
Nabi Uzair tidur 100 tahun.
Bersama beliau ada seekor keldai. Keldai yang tulang pun dah hancur jadi debu. (selepas 100 tahun)
Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jadi tulang, di balut daging bulu. Kemudian bercantum semula jadi keldai.

Korang tau tak?
Amalan yang di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat wuduk.

Korang tau tak?
Malam sebelum isra' mikraj dada Rasulullah s.a.w di belah untuk kali ke 2. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda s.a.w di basuh dengan air zam zam.

Korang tau tak?
Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Korang tau tak?
Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah s.a.w solat 2 rakaat dan baginda s.a.w menjadi imam kepada para nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Korang tau tak?
Selesai solat Rasulullah di datangi bekas, 1 berisi susu dan 1 berisi arak.
Rasulullah memilih susu.

Korang tau tak?
Rasulullah s.a.w dan jibril a.s menaiki langit yang padanya belum ada manusia selain nabi pernah sampai. Jibril memberi salam lalu dijawab malaikat penjaga langit dan bertanya siapa engkau. Kemudian Jibril menjawab, aku Jibril. Kemudian di tanya lagi, siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan? Jibril menjawab,  Dia Muhammad dan dia telah di utuskan (berlaku pada setiap pintu langit).

Korang tau tak?
  • Di langit pertama ada nabi adam a.s
  • Di langit kedua ada nabi Isa a.s dan nabi Yahya a.s
  • Di langit ketiga ada nabi Yusuf a.s
  • Di langit keempat ada nabi Idris a.s
  • Di langit kelima ada nabi Harun a.s
  • Di langit keenam ada nabi Musa a.s
  • Di langit ketujuh ada nabi Ibrahim a.s dan juga Baitul Makmur.
  • Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha
  • Di atas syurga ada air
  • Di atas air ada Arasyh 
  • Di atas arasyh ada Kursi
  • Di kanan arasyh ada luh Mahfuz

Semua nabi mengucapkan salam. Selamat datang nabi yang soleh dan rasul yang soleh. Kecuali nabi Adam mengucapkan anak yang soleh dan rasul yang soleh.

Korang tau tak?
Ketika Rasulullah s.a.w sampai di lngit ke 7. Beliau mendapati lelaki yang muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yang lain sedang sibuk bertawaf.

Rupa-rupa nya amalan ibadah ni ketika hidup di alam dunia sahaja. Yang memakan masa 50, 60, 70 tahun bergntung kepada usia masing-masing. Kemudian dah tak ada dah...

Korang tau tak?
Rasulullah pergi ke syurga dan dia dapati kebnyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Korang tau tak?
Rasulullah s.a.w melihat kebanyakkan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.

Korang tau tak?
Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat.

Korang tau tak?
Selepas semua itu Rasulullah naik ke Sidratul Muntaha dan Jibril menunjukan rupa sebenar beliau untuk sekali lagi. Surah An Najm ayat 13.

Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat.
Berpisah lah dia dengan Jibril. Jibril yang semulia mulia makhluk pun tidak dapat maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.

Korang tau tak?
Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah s.a.w selepas peristiwa Isra' Mikraj. Tetapi Abu Bakar r.a tetap membenarkan kata² Rasulullah s.a.w.

Korang tau tak?
Ayat pertama surat nabi Sulaiman kepada Balqis ialah Bismillah'irahmannilrahim 
Surah Al-Naml ayat 30.

Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, Bismillah. Tekan alarm, Bismillah. Bukak pintu, Bismillah. Masuk kan kunci, Bismillah. Duduk Bismillah. Start enjin, Bismillah. Masuk gear, Bismillah. Korang akan rasa kemanisan Bismallah tadi. Percayalah...

Korg tak akan paham kemanisan gula itu sehingga korang amik gula itu letak dalam mulut. Memang manis.

Korang tau tak?
Mase nk pindahkan istana Balqis, Ifrit boleh bawak istana tu sebelum nabi Sulaiman bangun dari tempat duduk.
Surah Al-Naml ayat 39

Korang tau tak?
Mulia nya manusia ni, ada yang boleh angkat istana itu dalam sekelip mata.
Surah Al-Naml ayat 40.
Mulia lg kita ni dari jinn.

Korang tau tak?
Air di cicang tidak akan putus. Ketika laut merah di belah oleh nabi Musa, ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Korang tau tak?
Abu Jahal adalah manusia yang mintak Rasulullah s.a.w membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah s.a.w adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah.

Ketika peristiwa itu, ada musafir datang untuk berjumpa Abu Jahal, konon meraka akan jadi saksi.
Esoknya, bila mereka sampi mereka bercerita. Situ yang dia herdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dekat jauh pon boleh.

Korang tau tak?
Antara perkara yang paling mengembirakan Rasulullah s.a.w ialah bila seseorang itu ingin memeluk islam.

Korang tau tak?
Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah. Allah abadikan surah khas untuk dia.
Surah Al-Lahab..

Korang tau tak?
Surah Al-Lahab tadi turun 6 bulan sebelum Abu Lahab mati.
Makna kata confirm masuk neraka.

Korang tau tak?
Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib. Walaupun  tak beriman dengan Rasulullah s.a.w, di tetap sokong dakwah Rasulullah s.a.w.

Korang tau tak?
Abu Talib ni beriman dengan Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad s.a.w sebagai utusan. Ni nk kata hidayah milik Allah.

Korang tau tak?
Abu Talib mati dalam tidak beriman kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat.

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Korang tau tak, antara nikmat² besar Allah bagi?
Islam! Islam adalah nikmat besar. Sehingga orang terakhir yang keluar dari neraka itu orang islam yang dalam hatinya ada "tiada tuhan selain Allah"

Korang tau tak,  bila korang islam?
Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dengan solat serta beriman kepada rukun islam.

Dah tu bila last korang islam? Atau makna kata lain bila last korang solat? Solat ni Nabi ambik tu atas dari langit ke 7. Asal dari 50 sampai jadi 5.

Mujur ada nabi Musa minta Rasulullah s.a.w naik balik minta kurang. Naik minta kurang. Naik minta kurang. Sampai Rasulullah s.a.w malu tau tak! "wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku"

Korang tau tak Islam?
Korang terutama nya aku, hari ini dapat Islam secara 'percuma' sebab tu aku tak reti hargai. Ambik remeh sebab bukan aku yang perjuangkan. Kemanisan tu tak ade.

Harap-harap kita bukan islam hanya di kad pengenalan.

Korang tau tak Mahdi?
Imam Mahdi atau nama sebenar beliau Muhammad bin Abdullah.
Keturunan Rasulullah s.a.w,  lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik macam Rasulullah s.a.w.

Korang tau tak Imam Mahdi ni?
Rasulullah s.a.w pesan bila kamu mendengar Imam Mahdi sedang di lantik. Pergi dapat kan bai'ah dari beliau. Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Korg dan aku akan pergi tak?
Jap pikir dulu... Ada anak bini, kereta, rumah tak habis bayar lagi... Sayang sangat ke kerja.. Ni aku lah ni... Iman senipis kulit bawang..

Korang tau tak kenapa ramai mengaku Imam Mahdi? Dia orang tak mampu nak tiru Nabi Isa a.s sebab ketika nabi isa turun, dia msih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.

Korang tau tak, nabi Isa? Antara manusia yang tidak di jadikan dari air mani. Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa.

Korang tau tak, Nabi Isa?
Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad s.a.w. Beruntung anak cucu korang dapat jumpa Nabi. SubahanaAllah!

Tapi! Sebelum turun the last man standing ni... Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.
1 hari bersamaan 1 tahun
1 hari bersamaan 1 bulan
1 hari bersamaan 1 mggu
Hari ke empat mcm biasa.

Teman sekadar memanjangkan perkongsian video di bawah. Semoga kita dapat mengambil iktibar darinya...


Apa pun korang jangan lupa solat..! Sebab solat adalah satu-satunya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah... Solat tak di turunkan melalui wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana.

Ingat ye solat! Baru berkat. Jangan sampai istidraj. Senang tapi tak berkat.

Sekadar renungan.

Saturday, December 12, 2020

Kuliah : Cara bacaan Al-Quran pada huruf yang tiada baris di permulaan ayat.

Teman nie idak le bagus. Memang tak pandai pun sebenarnya. Masih lagi belajar. Jadi, dalam entry pagi nie, teman nak kongsikan cara bacaan Al-Quran jika tiada baris pada huruf di permulaan ayat. Dalam Quran, banyak bacaan yang bermula dengan huruf aliff yang tak ada baris. Dulu pakai main redah saja dengan membaca sebagai baris atas. Tapi rupa-rupanya ada cara nak baca.

Baca Al-Quran
Gambar ehsan Google.

Di permulaan ayat, ada tiga cara baca yakni dengan membaca aliff tu dengan baris atas, bawah atau hadapan.


Baris atas

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ

(Surah Al-Fatihah:1)


Cara bacaan: Alhamdulillah

Apabila bermula dengan alif lam ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris atas. 


Baris bawah

ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ

(Surah Yassin: 64)


Cara bacaan: Islauhal yauma

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat kepada huruf ketiga. Seandainya huruf ketiga berbaris atas atau bawah, kita membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris bawah. Maka huruf ketiga ialah huruf lam yang berbaris atas maka bacaannya ialah dengan baris bawah bagi hamzah wasol itu.


ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا

(Surah Attaubah: 41)


Cara bacaan: Infiru khifafan



Baris hadapan

ٱنظُرۡ كَيۡفَ

(Surah An-Nisa: 50)


Cara bacaan: Undhuru kaifa

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam dan huruf ketiga adalah baris hadapan, maka cara bacaannya ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ianya baris hadapan.

Alangkah indahnya sekiranya kita faham bahasa Arab supaya kita boleh faham apa yang kita baca kan. Dan cara bacaan ini tidak akan menjadi sebarang isu. Namun, alhamdulillah hukum tajwid begitu teratur dan mudah untuk kita ikuti dan moga kita akan arif apabila memulakan ayat kita dengan hamzah wasol.


Sekarang mudah untuk kita dapati Al-Quran berserta dengan terjemahannya. Semoga kita dapat memahami Al-Quran dengan sebaik mungkin.

Wallahualam.

Terima kasih buat mereka yang membuat perkongsian ilmu ini di blog masing-masing. Semoga perkongsian tersebut mendapat ganjaran berterusan buat mereka.


Sunday, November 22, 2020

Kuliah : Istiqomah jaga lidah

Pagi ini, teman nak kongsikan istiqamah kita untuk menjaga lidah Lidah tidak bertulang, tetapi ia berupaya untuk mengegar dunia. Lidah juga mampu untuk menusuk hati kalbu, dan perlu ingat lidah juga mampu menghadirkan dosa buat kita.

عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا


Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi S.A.W baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan.

Lidah
Gambar ehsan Google.


Pengajaran:

  1. Lidah boleh menjadi penyebab seseorang kufur.
  2. Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, seseorang itu akan selamat di sisi Allah.
  3. Lisan yang tidak dijaga (termasuk tulisan) malah biasa dengan mengumpat dan memfitnah, maka perbuatan itu akan berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.
  4. Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh malaikat dan akan dihisab.

Firman Allah:

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ 

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf:18]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, November 21, 2020

Kuliah : Disebabkan air kencing solat tidak sah dan doa tidak makbul

Dalam segment kuliah pagi ini, teman hendak kongsikan berkenaan 13 golongan ini di mana solatnya tidak sah dan seterusnya doa tidak makbul disebabkan oleh air kencingnya. 

Pertama:
Salah satu darinya adalah mengencing kakinya sendiri semasa kencing.

Yang ke 2:
Percikan kencing tidak dicuci sebaliknya hanya cuci di tempat yang dikencing dan tempat percikan tercebut dipijaknya pula untuk keluar dari bilik tandas.

Yang ke 3:
Cuci kencing kalang kabut. Ingatkan dah bersih rupa2 zahir sahaja yang bersih namun batinnya tidak.

Solat
Gambar ehsan Google

Yang ke 4:
Kencing terkena pada pakaian dan digunakan untuk solat.

Yang ke 5:
Menahan kencing, dah terkeluar sikit. Tapi selesai kencing hanya cuci macam biasa. Nak solat tak tukar seluar atau menanggalkannya.

Yang ke 6:
Setiap percikan air kencing akan menghasilkan 3 pantulan air kencing di sekeliling kawasan tempat kencingan. Tentukan dibersihkan sebelum keluar tandas.

Yang ke 7:
Jika kita pergi ke mana2 tandas di masjid mahupun surau pastinya ada selipar ataupun terompah sebab hendak menentukan najis tidak dibawa keluar dari tandas tersebut.

Ke 8:
Kencing adalah najis. Najis tidak boleh dibawa ke tempat solat dan ibadah.

Ke 9:
tandas yang berbau hancing tidak membuktikan bahawa tandas itu bersih lagi suci.

Ke 10:
Kencing akan meninggalkan sisa di bahagian batin (dalam) belajar dengan orang yang lebih arif terhadapnya.

Ke 11:
Tidak ada buang air besar sebelum buang air kecil oleh yang demikian cuci kedua2nya selepas membuang hajat.

Ke 12:
Kepentingan kencing adalah membuang sisa (najis) di dalam tidak najis tapi di luar akan jadi najis.

Ke 13:
Jangan jadikan kencing sebagai alasan kerana tidak boleh solat namun sebaliknya cuci dengan sempurna dan (yakin) membolehkan kita bersolat.*



🌾Ada sejenis syaitan yang menggoda kita agar tidak membersihkan tempat kencing kerana itulah tempatnya mereka berlindung ketika azan berkumandang.

✍ semoga bermanafaat walaupun hanya satu dari 13 perkara tersebut yang mampu kita lakukan.
✍ tandas tempat yang kotor tapi melambangkan keimanan kita.
✍ di akhirat nanti ada tempat yang dijanjikan oleh Allah swt kepada orang yang menjaga kebersihan tandas.
✍jadikan tangan2 kita sebagai tangan2 yang mampu membersihkan tempat buangan najis ini.💖



CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum bererti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.


WANITA:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih. Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.


SANGAT PENTING:

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yang tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).


Rasulullah SAW bersabda: 

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala".

Catatan:

1. Tidak ada kata malu dalam urusan agama.
2. Jangan beranggapan ilmu fiqih itu jorok, karna fiqih itu menjelaskan sejelas-jelasnya. 👌

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, November 14, 2020

Kuliah : Sedekah membahagiakan

Untuk entry pagi ini, teman nak kongsikan kisah di bawah nie. Kebanyakkan kita tahu apa hikmah "Sedekah", betapa besar ganjarannya di akhirat nanti. Tapi, kebanyakkan dari kita takut atau berat hati untuk bersedekah. Teman panjangkan perkongsian di bawah ini semoga kita dapat pengajaran darinya.

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.


Gambar ehsan Google.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,

"Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana." Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,

"Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa"

Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara:

"Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?"

"Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?"

Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

"Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?"

Jutawan itu ketawa besar.

"Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni"

Pemandu tadi tersenyum.

"Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada 'matawang'nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. 'Matawang' di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde 'money changer' di sana dah"

Jutawan tadi terdiam,.. rasa tersentak, Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua...


Saturday, May 2, 2020

Kuliah : Amalan bersedekah di bulan Ramadhan

Alhamdulillah, kita masih lagi dapat menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan kali ini, walaupun kita tak dapat untuk solat terawih pada tahun nie. Anggap lah ia suatu dugaan buat kita untuk renungkan bersama-sama. Sebelum ini, di bulan-bulan Ramadhan yang lepas kita tidak bersungguh-sungguh untuk bersama-sama mengimarahkan masjid atau surau untuk mengerjakan solat terawih di masjid atau surau.

إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِینَ وَٱلۡمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقۡرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا یُضَـٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرࣱ كَرِیمࣱ

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]

Sedekah

Gambar ehsan Google.

#Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan ialah bersedekah. Amalan yang mudah dan menjanjikan pahala yang besar dan berganda-ganda. Bahkan sifat dermawan merupakan sifat orang yang bertaqwa. Orang yang kuat bersedekah akan memasuki syurga melalui pintu sedekah (rujuk HR al-Bukhari).


#Bersempena kita berada di bulan Ramadhan ini, maka sepatutnya kita menggandakan amal sedekah kita dan menjadi manusia yang paling pemurah berbanding di bulan yang lain.

#Sayidina Ibnu Abbas r.huma berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dalam berbuat kebajikan. Rasulullah saw akan menjadi lebih pemurah terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah saw memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda akan lebih banyak lagi berbuat kebajikan (lebih pemurah) melebihi dari angin yang bertiup" (HR Muslim)

#Antara perkara yang kita boleh lakukan dengan harta dan wang kita untuk bersedekah:


  1. Infaq untuk pembinaan masjid, surau, sekolah, tempat menuntut ilmu, rumah anak yatim dan seumpamanya.
  2. Wakaf mesin air minuman
  3. Infaq al-Quran, buku agama dan buku yang bermanfaat
  4. Membiayai anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang sakit.
  5. Membiayai para pelajar menuntut ilmu
  6. Membina atau menyediakan rumah untuk fakir miskin dan orang musafir
  7. Membiayai para alim ulamak dan orang yang menyampaikan ilmu
  8. Belikan barang-barang keperluan dan kemudahan untuk masjid/surau
  9. Mewaqafkan kenderaan untuk kerja-kerja kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.
  10. Membiayai golongan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah/haji.
  11. Menyediakan makanan dan minuman utk orang yang memerlukan dan juga binatang yang berkeliaran.


Dan apa sahaja yang berunsur kebaikan dan kebajikan.



#Selain itu, terdapat beberapa jenis perbuatan yang dianggap sedekah/beroleh ganjaran sedekah:


  1. Memberi senyuman dan bermanis muka
  2. Melakukan kerja amar mahruf nahi mungkar
  3. Menolong menyelesaikan masalah orang lain
  4. Memberi khidmat/pertolongan kepada orang yang memerlukan
  5. Mendamaikan orang yang bersengketa. 
  6. Menolong mengangkat barangan (meringankan beban orang lain)
  7. Melangkah kaki ke tempat solat (tempat yang baik).
  8. Membuang duri atau perkara yang menghalang laluan di jalan
  9. Tidak mengganggu, menyusah dan menyakiti orang lain
  10. Dan segala perbuatan baik yang dianjurkan oleh agama.


#Selain itu, Islam menganjurkan beberapa adab dalam memberi dan menerima sedekah:


  • Ikhlas
  • Memberi barang yang baik dan disayangi
  • Tidak mengungkit pemberian
  • Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk
  • Mengucapkan terima kasih saat menerima
  • Menghargai pemberian orang lain dengan menjaganya
  • Tidak meminta-meminta akan sesuatu



لَن تَنَالُوا۟ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِیمࣱ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [Surah Aali Imran 92]


Rebutlah peluang Ramadhan ini dengan memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan. Tunaikan segera kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada esok hari dan pada Ramadhan yang akan datang.


Sunday, February 23, 2020

Kuliah : Sujud Sahwi

Dalam entry sebelum ini, ada teman kongsikan perihal dan keperluan "Sujud Sahwi" bagi menyempurnakan solat. Kome boleh baca entry-entry tersebut dalam perkongsian link di bawah ;





Credit video pada IG : furqanfawwaz

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.



Saturday, February 15, 2020

Kuliah : Hukum menjual cecair vape

Sekadar memanjangkan perkongsian berkenaan isu hukum menjual cecair vape atau rokok elektronik. Majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berkenaan rokok dan juga vape. Tapi sayang, yang ramai menjual cecair vape nie adalah anak-anak melayu yang beragama Islam. Tidak mereka tahu, menghisap rokok dan vape itu adalah perbuatan yang sia-sia.

Cecair vape


Sunday, February 9, 2020

Kuliah : Kunci untuk mendapat ketenangan hati dan jiwa

Untuk segment kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian tips untuk mendapat ketenangan hati dan jiwa. Insya Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih baik apabila hati dan jiwa kita tenang.



Gambar ehsan Google.

1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI DAN IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, February 8, 2020

Kuliah : Doa berlindung dari bala dan malapetaka

Entry pagi ini hanyalah untuk memanjangkan perkongsian doa untuk mengelak dari musibah. Kita sebagai manusia, hanya mampu untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah dalam setiap urusan kita seharian. Selebihnya, kita berserah kepada NYA.

Doa berlindung dari malapetaka


Saturday, January 4, 2020

Kuliah : Info untuk kaum penghisap

Nie teman nak kongsikan info buat kaum penghisap. Agama itu adalah nasihat. Islam adalah the way of life. Ulama adalah pewaris nabi. Tapi malangnya, apa yang di ungkapkan oleh para ulama, jauh sekali masyarakat Islam hendak mengikutinya. Bukan lah semua, adalah segelintir golongan tersebut yang terus mengingkarinya.



Jika mereka ini tidak sayangkan diri mereka, begaimana pula mereka hendak menyayangi keluarga dan agama. Renung-renungkan lah ye...

Selamat beramal.