Showing posts with label care4sharing. Show all posts
Showing posts with label care4sharing. Show all posts

Friday, October 23, 2020

Work From Home

Sejak Covid-19 melanda negara kita nie. Work From Home (WFH) sudah menjadi norma baru dalam situasi perkerjaan sekarang nie. Memang nampak mudah, tapi berkerja dari rumah nie pun ada kesan sanpingannya. 

Jom sama kita nilaikan situasi di bawah.

Seorang Pengarah menelefon Pengurusnya untuk urusan kerja.

Work Frome Home

Pengarah:
Tadi saya telefon awak, tapi isteri awak yang jawab dan bagi tau saya, awak sedang sibuk memasak didapur. Kenapa awak tak telefon saya balik?


Pengurus:
Saya dah telefon tuan, tapi isteri tuan yang jawab, dia bagi tau saya, tuan pun sedang sibuk menyuci pakaian didalam kamar mandi tadi.

Ada apa tuan telefon saya?


Pengarah:
Nak bagi tau awak esok kita kerja dipejabat saja, saya dah tak tahan kerja dari rumah ni, asyik kena suruh buat itu dan buat ini oleh isteri saya.


Pengurus:
Ok tuan, saya setuju, sangat...


kikikikiki... sekadar hiburan... Stay Safe every one... #kitajagakita.


Wednesday, October 14, 2020

Check in My Sejahtera Apps

Sejak Covid-19 melanda negara kita nie, setiap pergerakkan kita perlu di rekodkan. Sama ada dengan menulis di buku atau mengunakan applikasi smart phone. Salah satunya adalah pengunaan applikasi MySejahtera. Kalau pergi mana-mana mesti kena check in apps MySejahtera tu. Tapi, kita kebiasaannya check in untuk diri kita sendiri saja. Pada hal, boleh je masukkan nama ahli keluarga kita yang lain tu.

MySejahtera

Macam mana nak masukkan sekali nama parents, anak dan isteri kalau kita bawak sekali? Ini yang teman nak kongsikan disini. Kalau polis semak pada senarai nama atau menerusi applikasi MySejahtera tu, siap la kome melayang RM1K tu.

Tahukah kome, melalui applikasi MySejahtera, sorang je check in dah cukup... tak perlu check in beramai-ramai... dan tak perlu beratur panjang lagi. Ini dapat mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dan sosial distancing. Ok, macam mana nak buat...?

Mudah saja caranya :

1) Buka Apps MySejahtera. Kemudian pergi home MySejahtera. Bahagian atas kanan tekan 'More'.

MySejahtera

2) Pilih ‘Manage Dependents’.

3) Kemudian ‘Add dependents’. Boleh letakkan sekali details parents, anak dan isteri yang selalu keluar dengan kita.

MySejahtera

4) Dah isi banyak-banyak. Jangan lupa save. 

5) Waktu nak check in tick saja nama orang yang kita bawa. Kalau tak ada tak perlu tick. Kemudian check in macam biasa.

Selamat check in nama parents dan anak kita sekali atau nama-nama lain dependents yang bersama kita. Tak melanggar SOP dan beratur panjang check in setiap orang.


Wednesday, October 7, 2020

Panggilan tersirat - Food tester (Pelaburan Durian Musang King)

Panggilan nie teman terima pada hari rabu 30 September lepas. Pemanggil tu mengenalkan diri dengan nama Farhan. Katanya nak menjemput teman sebagai food tester product keluaran mereka yang berasaskan durian musang king pada hari sabtu 3 October. Sebelum nie ada je teman terima call dari pelbagai syarikat. Tapi, maleh teman melayannya. Teman tanya juga, di mana mereka dapat contact number teman. Katanya dapat dari pameran MAHA. Memang la teman pernah pergi MAHA. Tapi dah lama betul, tahun 2016. Tapi, kali nie teman tertarik sebab ada durian. Teman nie kan memang suka makan durian kikikiki... 

Tapi, jauh di sudut hati, teman kata pada diri sendiri, perlu lebih berhati-hati..., nie mesti ada udang di sebalik batu, scammer, penipu... Ok la, teman terima jemputan tu... No harm kot, Lagi pun percuma je... dan at least dapat makan durian... lokasinya pun dekat je... Tak jauh mana pun... kikikiki... Kata Farhan, pihak dia akan hantar whatsapp conformation berserta RSVP no. Ok, petang tu seperti di janjikan teman terima WhatsApp jemputan. Nie teman kongsikan kat bawah nie.



Dari WhatsApp tu, memang jelas mereka menjemput untuk food testing produk keluaran mereka. Bila baca kat bawah tu, siap remind kehadiran adalah di wajibkan. Ko ingat, ko tu siapa... Teman reply message tu dan tanya detail pasal syarikat yang menganjur program tu. Farhan bagi syarikat tersebut adalah syarikat Bumiputera, iaitu MCI Harvest Sdn Bhd.


So, mula teman meng Google mencari maklumat pasal MCI Harvest Sdn Bhd nie. Perghhh... rupanya dah lama dema nie buat kerja macam nie... nie ada sorang blogger tu up entry pasal MCI Harvest nie. Kalau kome nak baca, boleh la klik kat sini ya. Ada juga laporan berita dari Harian Metro pasal penipuan pelaburan Musang King. Kome boleh klik kat sini untuk baca laporan berita tersebut.

Kalau kome nak tau pasal MCI Harvest nie, boleh je terus ke laman web mereka disini. Tiada detail berkenaan organisasi MCI Harvest nie. Siapa CEO nya, pun entah la... Menerusi carian info dari Google, MCI Harvest nie bertangungjawab untuk jualan dan pemasaran. Dari info Google juga, teman dapati MCI Harvest nie berkerjasama dengan Farmova Plantation Sdn Bhd. Info Google memaklumkan Farmova Plantation Sdn Bhd nie bertangungjawab untuk menguruskan ladang durian musang king milik MCI Harvest. Tiada info juga pasal syarikat nie. Apa pun, melalui carian di Google, teman jumpa satu video yang di upload ke YouTube. Kome boleh klik kat sini ye.

Macam yang teman dah ceritakan mula-mula tadi, teman and family pergi la menjenggah program mereka nie. At least ada bahan untuk tempek entry kat blog yang dah lama bersawang tu. Macam biasa, time Covid-19 nie semua SOP perlu di patuhi.

So, 3 October bersamaan hari Sabtu, dari Giant Shah Alam, terus bergegas ke Manjalara. Tempoh perjalanan dalam 30 minit gitu. First impresion, pejabat MCI nie tak la besar mana pun... Teman sempat snap banner di bawah nie berhampiran pintu masuk. Kebetulan, ada juga beberapa jemputan bersama keluarga masing-masing baru tiba.

MCI Harvest Sdn Bhd

Kami diberi borang kehadiran untuk di lengkapkan.

MCI Harvest Sdn Bhd

Kelihatan kesemuanya pekerja melayu di sini. Selesai mengisi borang kehadiran, dan beberapa info berkenaan pendapatan dan kad kredit yang dimiliki, VISA Gold, Platinum etc...  Setelah itu, kami di tempat di ruang menunggu. Ada bebarapa sofa di situ dan meja kecil. Di atas meja kecil, di letakkan produk-produk keluaran MCI.

MCI Harvest Sdn Bhd

MCI Harvest Sdn Bhd

MCI Harvest Sdn Bhd

Kome boleh lihat sendiri kan, semua produk mereka tiada langsung bahasa Inggeris atau pun bahasa Malaysia. Kecuali logo produk mereka la. Semuanya dalam bahasa Cina. So, memang teman tak faham apa yang ditulis disitu. Katanya itu, memang wajib di patuhi jika hendak pasarkan produk tersebut ke negara China.

Tak lama kemudian, kami di bawa ke satu ruangan dan mula la sesi penerangan. Memang teman dah jangkakan, ada tujuan lain tersirat dalam jemputan ini. Seingat teman, staf yang melayan kami nie bernama Nizam.


Sebagai pembuka bicara, dia tanya, kami tahu tak pasal jemputan nie... So, teman bagi tau je la jemputan sebagai food tester. Itu yang deme maklumkan... ooo dorang call abang ye... ooo dia bagitau tu je ye... ermmmm... Sebenarnya ada lagi... katanya food tester tu sanpingan je... tapi yang utama adalah berkenaan pelaburan pokok Musang King. Mula la di ceritakan asal penubuhan MCI nie dan penglibatan MCI untuk membantu golongan bumiputera. Mengikut katanya, owner MCI ada hubung kait dengan Tun Zaim Zainuddin. mmm... mereka nie gunakan orang politik ya... Nie teman kongsikan video MCI dengan Tun Zaim Zainuddin... Kome boleh klik kat sini ya untuk view video tu.

Dia tanya abang dan akan tak berminat ke nak ceburi bidang pertanian masa pencen nanti... Abang tak perlu susah payah menanam... Abang invest dan dapat pulangan. Ada urusan jual dan beli, ada agrement semua. Mereka ada ladang kat Kuala Lipis. Dia tunjuk le ladang deme tu... tunjuk video masuk bertita TV... Video kilang mereka kat Kuala Lipis dan Kepong siap ada VVIP lagi tu.

Mengikut katanya lagi, Tun Zaim yang membantu mereka untuk dapatkan AP eksport durian nie ke negara China. Teman nie setakat dengar saja la. Dalam video perkongsian mereka tu ada Tun Zaim, melawat kilang durian mereka. Mereka juga tunjukkan bagaimana caranya mereka membekukan durian tu menguna blast freezer pada suhu -18oC hingga -30oC, penyimpanan dan pembungkusan untuk di eksport ke negara China. Setiap durian sejuk beku ini mempu bertahan 6 bulan hingga setahun.

MCI Harvest Sdn Bhd

Teman memang tahu ada durian dari Malaysia di eksport ke negara China. Dan durian merupakan antara makanan mewah di sana. Ok, done cerita pasal durian musang king sejuk beku. So, seterusnya Nizam terus ke agenda utama mereka ia itu pelaburan Durian Musang King. Menurutnya, setiap peserta hanya di benarkan untuk melabur maximum dua pokok durian musang king sahaja yang bernilai RM16K untuk sepokok. Dan jika bersetuju, mereka akan beri kan diskaun RM2K untuk sepokok pada hari nie sahaja. Katanya, peluang pelaburan ini hanya terbuka buat bumiputera sahaja. Perghh... nampak tak agenda tersirat mereka itu.

Kat bawah nie gambar-gambar yang Farhan kongsikan melalui WhatsApps invitation hari tu...






Mengikut kata Nizam lagi, pelabur boleh memilih pokok dan akan diberi access melalui portal internet untuk melihat sendiri perkembangan pokok durian pelabur melalui cctv setiap hari dan ada portal sistem untuk lihat perkembangan pelaburan kita. Para pelabur juga akan dibawa melawat ladang, dan akan ada kendurian di ladang. Apabila berbuah nanti boleh datang dan ambik bawa balik le maybe 5 biji, dan yang selebihnya akan di jual kepada MCI dengan harga RM25 sekilo... Pelabur juga boleh pada bila-bila masa singgah untuk tengok pokok, tapi perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan. Pokok yang ada sekarang berusia 2 1/2 tahun dan akan berbuah tahun ke 5 nanti. Tau tak kome, harga Musang King di pasaran dalam RM80 sekilo.

Kat bawah nie, video yang di kongsikan oleh Farhan.


Berbuah tahun pertama jangkaan 40 biji semusim dan setahun sekarang 3 kali musim... So pelabur kena sabar dan tunggu tahun ke 5 usia pokok untuk dapat hasil dan keuntungan. Tahun berikutnya buah makin bertambah dan pendapatan juga akan bertambah. Kontrak pelaburan hanya untuk 13 tahun sahaja... Selepas 13 tahun kata dia pokok tua dan company akan beli balik dari pelabur. Setiap tahun tu boleh je nak kuarkan duit keuntungan... kalau tak keluar, selepas 13 tahun tu terkumpul RM105k.

Tapi berapa oiii nak keluar modal tu? Kikikikiki... RM14K sepokok... sepokok okay. Itu harga kalau melabur hari ini... Sebab tu deme tanya pasal kredit card. 3 tahun investment pun belum tentu dapat ROI.

Yang paling lawak tahap gaban, teman tanya la kat si Nizam tu, macam mana kome monitor pokok durian tu pakai CCTV. Dia dengan yakinnya menjawab, kita guna GPS dan monitor melalui portal yang akan di beri nanti. Perggg... dia tau ke GPS tu apa...??? Adakah MCI akan pasang CCTV pada setiap pokok mereka tu? Dalam video yang di kongsikan tu pun teman tak nampak pulak CCTV. Agak-agak la kot kalau nak melabun pun... Kan teman dah bagi tau awal, teman nie siapa... dan kerja di mana... kikikikiki... lagi nak buat lawak bodoh tu kat teman.

Sebelum balik, kami dihidangkan dengan produk durian mereka. Tak la banyak pun. Sekadar untuk rasa. 4 ulas durian musang king, ais krim durian 1 skop, paste durian musang king, kerepek durian musang king.

Lagi satu, mereka menyasarkan hanya kepada golongan bumiputera sahaja. Kenapa mereka tak tawarkan pada golongan non bumiputera? Jaga-jaga la wahai bumiputera... Jangan sampai di tipu mereka nie... Dah sebelum nie pun teman banyak kali dengar golongan bumiputera nie terjebak dalam scam investment macam nie. Kesian mereka terpaksa menanggung hutang sampai ke tua.


Tuesday, July 7, 2020

Apa implikasi bila Bank Negara turun OPR?

Apa itu OPR? OPR itu maksudnya, Overnight Policy Rate iaitu Overnight Interest Rate yang di uruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Apa impaknya bila BNM turunkan OPR kepada penguna seperti kita ini. Inilah yang teman kongsikan kat bawah nie...


Gambar ehsan Google.

Kesan kepada pengguna
  1. Floating rate loan/financing akan jadi lebih murah.
  2. Kebanyakannya ialah ASBf dan loan rumah.
  3. Jadi pengguna akan ada extra duit untuk berbelanja dan menjana ekonomi.

Kesan kepada bank
  1. Earning makin berkurang
  2. Kebarangkalian besar harga saham bank akan jatuh.

Kesan kepada syarikat
  1. Untuk syarikat yang berhutang, impaknya lebih kurang sama seperti pengguna
  2. Syarikat akan ada lebihan wang yang membolehkan mereka berbelanja seperti expansion ataupun R&D
  3. Kesannya, harga saham saham syarikat akan naik, good news for stock investor. 

Timbul pula pertanyaan... Kenapa BNM turunkan OPR? Tujuannya tidak lain ialah untuk stimulate ekonomi recovery. Maklum la, ekonomi negara kita terjejas teruk jugakan akibat Covid-19 tu.

Teman harap sangat ekonomi negara cepat pulih. Kita sangat-sangat bertuah ada Dato Sri Mahyuddin Yassin sebagai Perdana Menteri kita. Kalau tak tau macam mana. Ayoh kita sama-sama support PM kita.


Friday, July 3, 2020

Amalan untuk pendinding diri dan keluarga

Untuk entry hari ini, teman nak panjangkan perkongsian kisah ini.

Saya nak share sesuatu yang saya rasa dapat memberi manfaat. Saya ibu kepada 2 orang anak. Saya dan suami bekerja shif (perhotelan). Kami bekerja nun di atas bukit Genting. Tapi kami tinggal di batang kali. Setiap hari kami berulang, 30-35 minit setiap hari. Cara bekerja di Genting ni lain. Kami bekerja 3 minggu tanpa cuti dan diberi cuti seminggu terus. Tiap bulan begitu.

Saya, suami dan anak-anak memang dah biasa rutin kami memang begitu. Tiga minggu bekerja dan  satu minggu cuti. Selalunya cuti seminggu tu kami akan tinggalkan rumah, pergi bercuti. Sebab tak ada banyak masa dengan anak-anak. Time cuti saja lah boleh nak spend time bersama.

Ceritanya begini, rumah kami memang ada cctv, suami pasang sebab kami bekerja shif dan selalu tinggal rumah lama-lama hampir setiap bulan untuk bercuti. Nak dijadikan cerita, satu hari lepas kami balik bercuti, saya bukak saja pintu rumah saya, nampak ada lelaki dalam rumah saya. Keadaan dia tak bermaya. Boleh dikatakan separuh sedar.

Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak-anak, dan saya nak telefon polis. Tapi suami cakap tak perlu telefon lagi. Biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang.

Suami saya bagi lelaki itu minum air, lepas tu bagi pulak makanan yang kami bungkuskan tadi sebelum balik kepada lelaki tu. Lepas dia selesai makan, suami mula menyoal. Buat apa di rumah kami??? Dia kata dia memang mark rumah kami. Tiap bulan mesti akan kosong lama. So dia tunggu je bila masa sesuai untuk dia masuk dan rompak... Ye rompak...

Menggigil tangan saya, nak telefon polis. Suami tak izinkan.Suami saya tanya apa yang terjadi? Kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya? Lelaki tu kata dia rasa kaki dan tangan dia macam dipasung. Dia cari jalan nak keluar tak jumpa-jumpa. Dah 3 hari dia dalam rumah saya. Tak jumpa jalan keluar. Kaki tangan macam dipasung langsung tak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum.

Suami saya kata niat di hati memang nak sumbatkan saja dalam penjara tapi dia masih kasihan. Suami saya kata dia pernah terbaca. Kalau kita nampak seseorang tu susah,dilanda musibah, sebenarnya Allah tu bukan saja sedang uji dia, tapi sedang menguji kita juga. Bagaimana kita tangani perkara tu. Suami pilih untuk beri peluang dan memaafkan sebab dia memang tak sempat capai apa-apa barang pun lagi.

Selesai semuanya, suami saya bukak cerita... Dengan wajah gembira dia kata malam ni dia nampak kuasa Allah. Dan dia ingat pesan arwah bapanya supaya tiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu ayat dari surah yasin (ayat 9)... Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya. Anak-anak pun suami saya ajar doa ni... Tersangatlah berguna dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi... Disini saya kongsikan sekali ayatnya... Semoga bermanfaat. Semoga diri kita dan orang-orang kesayangan kita sentiasa dilindungi walau di mana saja mereka berada... Amin...

Nak bina pendinding sebagai benteng untuk pertahanan diri? Boleh amalkan petua ini.

Surah Yasin Ayat Ke 9



Baca ayat ini setiap kali selepas solat. Di tiup di telapak tangan dan diusap ke seluruh badan dengan niat untuk pendinding benteng pertahanan diri dari segala gangguan.

Boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dan ditabur atau direnjis ke sekeliling rumah dengan niat sebagai benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahupun manusia.

Terjemahan ayat: “Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.(9)

Waulahualam, Sekadar berkongsi.


Monday, March 2, 2020

Conversation View

Microsoft Outlook "Conversation View". Sebelum nie, teman ada kongsikan tips berkenaan pengunaan Microsoft Outlook untuk applikasi email komputer. Kome boleh klik dilink di bawah untuk membacanya.


Dalam entry hari, teman nak kongsikan satu lagi tips berkenaan Microsoft Outlook. Kali berkenaan pengunaan "Conversation View".



Apa kelebihanan bila guna "Conversation View" nie...

  • Dapat mengurangkan kecelaruan di "Inbox" dan mengikuti rantaian e-mail dengan mengumpulkan e-mail yang mempunyai tajuk yang sama.
  • E-Mail yang lebih tersusun, mencari dan merujuk lebih mudah dan aliran kerja seharian yang lebih baik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaan kepada semua.


Monday, January 6, 2020

e-Tunai Rakyat

Siapa nak duit sebanyak RM30? Siapa nak, sila angkat tangan dan register disini ya. Ini bukan scam tau. Ini betul-betul, bukan tipu. Kalau tipu, nampak gayanya kita nie di capatikan oleh kerajaan Pakantan Harapan la jawabnya. Untuk pengetahuan kome, Touch 'n Go eWallet secara rasminya merupakan rakan e-Tunai Rakyat! Program e-Tunai Rakyat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Harapan dalam Bajet 2020 yang diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih pembayaran digital untuk transaksi yang lebih selamat, tanpa tunai dan efisien, sama ada anda seorang pelanggan atau pemilik perniagaan kecil.


e-Wallet Touch 'N Go

Melalui program ini, kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM450 juta untuk mengagihkan insentif digital RM30 untuk 15 juta rakyat Malaysia yang layak yang boleh digunakan di mana-mana pedagang yang mengambil bahagian.

e-Wallet Touch N' Go


Adakah kome layak? Apa syarat-syarat kelayakkannya? Ok, ini syarat-syaratnya :
  1. Warga negara Malaysia yang mempunyai MYKad yang sah
  2. Berumur 18 tahun ke atas pada tahun 2020
  3. Berpendapatan tahunan kurang dari RM100,000 pada tahun 2018

Kelayakkan adalah di sahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

mmm... tak cukup syarat juga lah nampaknya teman nie... Tak apalah kan, tak ada rezeki... Tapi kalau kome download apps Touch 'n Go E-Wallet tu guna link di bawah nie, sekurang-kurangnya dapat la juga teman rebate toll... Kome yang daftar guna link yang teman kongsikan di bawah nie pun akan dapat rebate toll 100% sebanyak 3 kali. Rebate nie untuk penguna RFID dan juga pay direct ya.



So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat download, verify akaun e-Wallet dan start guna e-Wallet Touch 'n Go. Banyak kelebihannya. Apa yang penting, kita sebagai penguna perlu bijak berbelanja. Ini dapat menjimatkan lagi perbelanjaan seharian kita.

Untuk maklumat promo terkini, sila semak di applikasi TNG eWallet di ruangan promotions.


Friday, December 27, 2019

Teman nak kabor tips duduk asrama nie

Apa khabor semua? Dah settel ke persiapan sekolah anak-anak... ater ari selase ni budak-budak yang udah dapat offer asrama penuh udoh nak daftar...tahniah la yang dapat tu... dari list yang teman dapat agak dari pelbagai latar belakang yang nak masuk... ater teman nak khabor kepada mak bapak yang nak pegi regista anak ada beberape perkare yang mengkomer kena bersedia pada hari pendaftaran tersebut... Ini ada beberapa tips or perkara yang komer kena bersedia...

Ater yang pertama...
Datang la awei.... pastikan borang borang komer udah di isi dan barang barang lengkap...kalau komer datang pukui 4 petang... makanye daftar dengan pak guard ler kome... tak ade cikgu nak nunggu komer sampai pukul 4...  Jangan lupe yuran dan duit koop.... ater kalo di koop sekolah sains batu lapan komer boleh pakei debit card... tapi yuran sekoloh tak boleh, kena cash... yang kurang mampu boleh bayor seberape yang ade... asei komer datang je...



Gambar ehsan Google.

Yan kedue...
kalau boleh... kalau boleh ler... jangan le bawak ramei bebeno mari nak daftar tu... kalau boleh elok budak tu dgn mak bapak nye ajer.... senang nak ngurus boleh fokus.... peronah teman nengok ade yang datang daftar dgn 3 kerete... abih diangkutnya...

Yang ketige...
Dengor le taklimat yang pengetua sampaikan. Yang penting komer kenai pengetua sekolah anak komer... Ada yang sampai anak form 4 pun tak kenai pengetua... .Jangan masa pengetua bagi taklimat komer dok kantin atau pi kfc pulak... Dapatkan nombor warden... PK HEM... Cikgu kelas... Cumenye bila dapat nombor tu jangan nalipon tiap hari pulak tanya... anak teman ok ke... Kalau deme tak nalipon miker... Anak miker ok la tu...

Yang keempat...
Bila masuk asrama... Jangan terkejut pulak.... Jarang sekali dapat katil... Loker dan tilam baru... Asei Boleh pakai terima je la seadanya.... Bawa pad lock... Engsel dan tiko getah sikit buat lapik loker... Kalau boleh jangan mak bapak yang susun. Bawak xtra sikit barang yang senang hilang... Macam songkok or butang baju melayu dan selepar... Bior je anak miker yang susun... Dengan bantuan buddy dia... kalau sekolah teman deme udoh pasang cadar siap-siap nak cover tilam buruk hehe...
ater kalau ada masa berkenalan ler dengan abang-abang dorm... mane yang muke bengih tu cer komer bagi beskut meri sepeket senyum la dia... silap-silap dia yang jage anak komer...

Yang kelime...
Pegi nengok tandas dan bilik ayo... kalau anak komer tak berapa nak boleh guna bilik ayor asrama tu sebab tak capai KPI dia.... Boleh le pikio-pikio bawak balik.... Ada kes budak tu 2 minggu tak berak...

Yang keenam
Selalunya sekolah akan bagi mak bapak makan di dewan makan (DM)... maka makan ler komer 3 beranak... tengok muka anak tu telan nasi... Dengan lauk... Tapi makan DM dah ok dah... Chicken chop pun ade... Jangan ler bawak dia pi mcD or KFC... Dok asrama food panda bukan boleh antor orda...

Yang ketujuh
selalunya ada buddy budak senior yang akan guide... Budak ni hari yang miker daftar memang ler baik... tapi lepaih tu belum tentu... mintak nolong dia tunjukkan tempat-tempat... sistem basuh baju... jemor baju... bilik warden... bilik sakit... ater ambik nombor talipon budak tu... selalunya deme ada bawa talipon seludup... Budak seniior kan... hahaha... suruh dia tunjuk baju-baju yang kena pakai... jadual dan sebagainya... ater pandai-pandai le ulor sekupang dua kat dia... idak pun bagi no phone akak budak form 1 ni... hahaha... kikikiki

Yang kelapan
Ater kalo anak miker tu saiznya 100 kilo dapat katil atas... Pegi ler pejabat asrama mintak tuko ke bawah... ater kalau tilam... loker... papan katil udoh nak roboh pun mintak tukor... karang mati terbunuh pulak kawan dia yang duduk bawah... tapi selalunya bdk form 1 kena duduk atas ler...

Yang ke 9....
Bila semua udah ready..... maka selalu berlakulah drama ayor mate.... bagi duit sikit... komer balik je..... tengok riak muka dan cara berjalan dia masuk asrama... tapi teori ni tak boleh pakei juga... ada yang nampak kompiden... malam meraung... ada yang goyah tapi steady...

Yang ke 10..
Sebenornya bila anak masuk asrama yang mental mak bapak... menung... depression... rindu anak... anak steady je... yang penting jangan komer memaksa anak... kalau dia tak mau... bawak je kelour... Lagi satu jangn komer sewa homestay dan tiap-tiap hari datang jumpe... kalau udah ghupe itu bawa balik le... dan daftar 1 hb... 25 hb udah boleh balik cuti raye cina...

Yang ke 11...
Anak boleh call guna public phone... tinggai duit siling kat dia... atau boleh pinjam talipon haram budak senior... kalau anak call demam... sakit... kena buli.. Jangan komer meroyan datang malam-malam buta... call warden bagi tau... bior deme siasat... selalunya tak betul pun... alasan dia nak balik... homesick... kalau dia kata baju hilang... selalunya baju dia sidai jatuh diampaian... dan dia tak ambil pun... so, dia cakap hilang...

Yang ke 12...
Masa daftar, mak pak kena serah borang APDM dan slip gaji pada cikgu... dari situ ler anak ni akan dapat bantuan project khas... miskin tegor... B40... M40 or T20... (betui ye)... jadinye... kalau pendapatan keluarga tulis di borang RM1500... Jangan ler keme datang naik veilfire... pakai handbag LV... jam Rolex... Sebab yuran makan pun kita klasifikasi ikut pendapatan... tak logik le kan kalau B40 tapi hebat beno gayenye... cover line la sikit... haha... Jangan sensitip pulak ye sebab memang ada yang berlaku...

Yang akhir....
Parents bila nak tinggai anak di asrama jangan kita jadi terlalu over protective... bila kemer tinggai anak kemer di asrama... idola dia abang dan kakak senior... ikutan dia dan dibesarkan oleh pengaruh rakan... yang ketiga dia ikut cakap cikgu... parents ni jatuh no 4 dah... bersedia untuk itu... kalau sekali-sekali budak senior suruh kemas katil or ambik air or iron baju... itu dia mintak favour bukan buli... tapi kalau tiap-tiap hari kena suruh dah jadi hamba abdi... Boleh report kat warden...

Ater yang paling akhir...
Budak senior always ada hidden rules yang cikgu-cikgu pun tak tau... itu status dia sebagai senior... contoh... ada kawasan yang budak form 1 tak boleh lalu... ada benda yang budak form 1 tak boleh guna... ada jenis baju dan pakaian yang tak boleh pakai... ini contoh jer...

Ater kalau parents yang baca post ni boleh terima dan anak form1 yang nak daftar boleh terima... Teman rasa miker dan anak miker dah bersedia nak masuk asrama... kalau mental tak boleh terima realiti ni, teman mintak pikio-pikio kan lah... komer boleh bagi yang lebih baik untuk anak ini dirumah dari kemudahan  asrama dan budaya asrama.....

So, welcome to "new asrama life style"... Bila masuk asrama mak pak kena faham konsep SHARING... Banyak yang anak ini kena share... share kehidupan... share kemudahan... share colgate... share shampoo... dan yang lebih ekstrem share berus gigi... kikikikikiki...

Tips paling akhir... ajor anak miker tu untuk menunjukkan karektor yang sesuai dengan gaya budak baru form 1... Ingat dikeliling dia ada budak form 2 and form 3... dan yang penting ada senior form 4 dan form 5... Jadi yang pertama,,,

  1. Jangan terlalu over nak menonjol or nak jadi attention seeker sangat sampai orang jadi menyampah pulak...
  2. Jangan terlalu slow... too humble... malu sangat... senior tak suka budak baru yang mcm ni...
  3. Jangan terlalu menunjukkan muka poyo tu sangat atau sanggup buat apa saja nak join budak senior.. Teman risau takut komer jadi kuli batak dia pulak...
  4. Show your greatness BUT keep on being humble..show your respect and greet them whenever you pass them... you should be allrite....