Tuesday, June 18, 2019

8 Tips untuk membeli lemang

Lemang adalah antara juadah yang wajip ada masa raya. Kome pun tau la kan, nak masak lemang nie ambil masa yang lama, bukan senang. Jenuh menahan panas bara api masa membakor lemang tu. So, ramai yang beli je lemang untuk majlis rumah terbuka raya. Teman sendiri pun tak ingat, bila kali terakhir teman bakor lemang kat kampun dulu.

Kat tepi-tepi jalan ramai yang ambil peluang untuk jual lemang nie. Korang pun mesti selalu beli lemang yang jual di tepi-tepi jalan tu kan. Tapi, korang tahu ke cara memilih lemang yang betul-betul masak? Nie teman kongsikan tips pemilihan lemang yang betul.

Tips untuk memilih lemang


1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak 'wayang' je bakar lemang. Sesetengah orang tu, diorang kukus lemang tu kat tempat lain, dan bawak mai ke gerai diorang dan layur je kat bara api tu.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil
Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut mentah.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak.

4. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang.

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis 'chemical' khas untuk mengelakkan anai-anai makan.

5. Masa pilih lemang yang masak, ambil lemang yang bahagian atas 'kepala' dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lemang tu lama sikit, paling lama dalam 2 hari.

6. Cara untuk menyimpan lemang

Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang 'upside down' dan biar dia tegak berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.

7. Cara untuk mengenal pasti lemang yang dah lama dan basi

Sebelum beli lemang, pastikan bau dahulu 'kepala' lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

8. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab.

Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Kome sebagai pembeli ada hak-hak kome semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual ya...



Thursday, June 13, 2019

Petua : Untuk cepat turunkan berat badan

Setelah sebulan kita berpuasa, pasti ramai yang berat badannya menurun. Kalau tak banyak, pasti ada penurunan. Kome ada tak timbang berat badan kome pada hari terakhir puasa hari tu? Lepas seminggu beraya nie, kome ada tak timbang semula berat badan kome tu? Kome perlu ingat, punca penyakit adalah dari perut. Kita ini adalah apa yang kita ambil dalam permakanan seharian kita. Cuba kita jadikan Islam sebagai cara hidup kita. Sebaik-baik makan adalah berhenti sebelum kenyang. Jaga permakanan kita, jangan berlebihan.

Berat badan

Gambar ehsan Google.

Untuk entry hari ini, teman nak kongsikan bagaimana hendak kita maintain berat badan yang ideal.

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kome berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat, kuih muih, serta makanan ringan.
  3. Jika kome berasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
  4. Jangan makan lewat malam. Jika kome tergolong dalam golongan ini kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.
  5. Jika kome terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau ambil buah-buahan seperti pisang atau epal.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan kome dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Kome hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
  7. Kawal nafsu makan kome, kerana iakan membuatkan kome makan lebih dari yang sepatutunya. Inilah sebabnya mengapa kome perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan kome tu.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk kome dan sama-samalah kita jaga anugerah kesihatan ini ye.


Wednesday, June 12, 2019

Wordless : Baju raya dan karpet

Bila karpet dan baju raya sama. Boleh main sembunyi-sembunyi di karpet tu... Macam manalah boleh sama yer... Cuba kira, ada berapa orang baju sama atas karpet tu?




Sunday, June 9, 2019

Kuliah : Amalan hebat yang boleh dilakukan dalam masa satu minit

Untuk entry hari ini, teman hendak kongsikan 8 amalan ini yang boleh di lakukan dalam masa ‘1 Minit’,  tetapi ganjarannya sangat besar.

Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.

Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.

Amalan hebat

Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga.
(Hadis Riwayat Ahmad)

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan memperolehi rumah di Syurga!

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda.
(Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

#4 – Bertanya Khabar Keluarga

Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim.
(Hadis Riwayat Bukhari)

#5 – Lafaz Tasbih

Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

#7 – Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.
(Hadis Riwayat al-Thabarani)

#8 – Sebarkan Kebaikan

Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
(Hadis Riwayat Muslim)

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!

Kesimpulan

Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.

Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita. Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.

KONGSIKANLAH ARTIKEL INI...

Nabi Muhammad s.a.w berpesan; “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manfaat.


Saturday, May 25, 2019

Kuliah : Kelebihan saf pertama

Entry nie sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. Bila ke masjid, selalu lepak-lepak tak nak pun berebut untuk dapatkan saf pertama. Itu la gambaran iman seumpama buih-buih terapung di lautan. Iman senipis kulit bawang. Bukannya tak tahu fadhilat saf pertama.

“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak dapat memperolehinya melainkan dengan melakukan undian nescaya mereka akan melakukanya…. (biarpun mereka terpaksa bertungkus lumus kerananya).”

Riwayat Bukhari. (Sahih al Bukhari(jil.2, hlm.96, no.615))

“Daripada Ubai bin Kaab r.a, katanya:’Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya saf pertama solat berjamaah bandingannya adalah seperti saf para malaikat. Justeru itu, jika kamu mengetahui tentang kelebihan tersirat di sebalik saf yang pertama nescaya kamu akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya.”

Riwayat Abu Daud. (Sunan Abi Daud (Jil.2, hlm. 259-260, no.550))

Mari tengok, macam mana para jemaah di masjid Nabawi berkejaran untuk mendapatkan saf pertama semasa solat.



Wednesday, May 22, 2019

Wordless : Beli kasut dulu-dulu

Time raya nie raya ramai yang shopping sakan. Dari atas sampai lah ke bawah, semua lengkap. Orang dulu-dulu kalau shopping raya, tak bawa anak-anak. Maklum la kos akan meningkat kalau bawa bersama. Kalau pernah di ukur sebegini oleh ayah ngan ibu dulu, makna kome seorang yang OTAI.


Ukur kaki


Saturday, May 18, 2019

Kuliah : Solat

Jangan sujud, melainkan imam sujud letak dahi di lantai dahulu baru makmum boleh gerakkan badan untuk sujud. Ini adalah antara sunnah yang di abaikan semasa solat berjemaah.

Makmum tidak turun sujud melainkan imam telah meletakkan dahinya di tempat sujud.


Gambar ehsan Google.

Ramai di kalangan kita yang solat berjamaah mengabaikan sunnah ini. Boleh dikatakan 95% turun serentak dengan imam untuk sujud sedangkan para sahabat r.a yang bersolat di belakang Nabi saw tidak turun sujud melainkan Baginda saw telah meletakkan dahinya di tempat sujud sebagaimana hadis Sahih Riwayat Imam Muslim ini.

عن البراء بن عازب

كانوا يصلون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإذا ركع ركعوا ، و إذا قال : " سمع الله لمن حمده " لم يزالوا قياما حتى يروه قد وضع وجهه ( و في لفظ : جبهته ) في الأرض ، ثم يتبعونه.

Daripada al Barra' bin Azib r.a : "Para sahabat bersolat bersama Rasulullah s.a.w, apabila Baginda s.a.w telah ruku', mereka pun ruku'. Bila Baginda berkata : Samiallahu liman hamidah, mereka kekal berdiri sehinggalah mereka melihat Nabi s.a.w meletakkan dahinya di lantai kemudian baru mereka mengikutinya."

[Hadis sahih riwayat Imam Muslim]


Thursday, May 16, 2019

Petua : Untuk menjaga tekanan darah

Blood Presure atau Penyakit Darah Tinggi. Penyakit darah tinggi ini sinonim dengan masyarakat Malaysia. Dari seawal usia 20an hinggalah membawa kepada mereka yang berumur. Faktor makanan dan gaya hidup menjadi punca utama mereka mengalami penyakit ini. Jika tidak di kawal, ia mampu memudaratkan.

Sebelum ini, dalam entry-entry yang lepas, pernah kongsikan beberapa petua tradisional untuk penyakit darah tinggi nie. Kome boleh search entry tersebut dengan melakukan carian dia ruangan mencari di bahagian atas , sebelah kanan blog ini.


Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengawal dan menjaga tekanan darah tinggi. Macam mana caranya? Mudah je.

Amalkan meminum air kelapa muda (jenis hijau), seperti kelapa pandan. Air kelapa jenis ini mengandungi magnesium dan kalium, dapat membantu menjaga tekanan darah agar tetap stabil terutama kepada pesakit darah tinggi.

Selamat mencuba.


Wednesday, May 15, 2019

Wordless : Telur Abah Di Basuh

Well, bila tengok gambar kat bawah nie, first impresion kome apa ye? Inilah antara strategy pemasaran mereka. Tujuan utama mereka adalah untuk menarik perhatian. Tak pasal-pasal, teman pun buat entry Char Kuey Teow Abah Kaw nie...




Monday, May 13, 2019

Boleh di buang kerja jika "Left Group WhatsApp"

Boleh di buang kerja rupanya jika left group whatsapp yang di buat oleh pihak majikkan atau pegawai atasan. Teman pun baru tahu. Perbuatan keluar dari Whatsapp @Telegram syarikat tanpa izin majikan adalah salah di sisi undang- undang dan boleh menyebabkan kome dibuang kerja. Ini adalah berdasarkan Kes Mahkamah Perusahaan yang terbaru dalam:

(Thilagavathy A/P Arunasalam v. Maxis Mobile Sdn Bhd (Award No. 1050 of 2019, 27 March 2019).  Kome boleh klik disini untuk membaca artikal penuh ye.

Left Group WhatsApp

Jadi, jangan lah kome left group WhatsApp atau Telegram yang di buat oleh pihak majikan ye.


Wednesday, May 8, 2019

Wordless : Puasa dulu vs Puasa sekarang

Alhamdulillah, kita sudah pun memasuki bulan yang di berkati, bulan Ramadan. Selamat menjalani ibadat puasa. Apa pendapat kome pasal puasa zaman dahulu dan puasa sekarang?




Sunday, May 5, 2019

Kuliah : Kenapa manusia menjerit-jerit ketika marah?

Seorang Syeikh berjalan dengan muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak. 

Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya: 
"Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?".

Salah seorang murid menjawab: 
"Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka  berteriak."

"Tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesan yang disampaikan boleh diucapkan dengan perlahan sahaja?"; Syeikh bertanya menguji murid-muridnya.

Murid-muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.

Marah

Gambar ehsan Google.

Akhirnya Syeikh berkata: "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya kerana jarak kedua hati semakin jauh".  

"Begitu juga sebaliknya, disaat kedua insan saling jatuh cinta. Mereka tidak berteriak antara satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati tersangat dekat."

"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi berbicara. Mereka hanya berbisik dan saling merapati dalam kasih sayang. Akhirnya , mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik; cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."

Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut.
"Jika terjadi pertengkaran diantara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, suatu hari nanti jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh"!

Nabi sebut : "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tigas hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" (Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari Al-Bukhari)

Riwayat Bukhari : "Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari... yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" (Al-Bukhari)

Nabi juga sebut : "Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" (Al-Bukhari 4/112)

Nabi juga sebut : "Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahim" (Al-Bukhari)

Semoga bermanafaat.



Kuliah : Niat puasa ramadhan

Alhamdulillah, insya Allah malam nie kita akan mula untuk solat terawih. Tapi sebelum tu, baik kita ulang kaji semula berkenaan ibadah puasa di bulan ramadhan. Sebelum nie, pernah juga teman kongsikan bab puasa nie. Kalau kome nak baca, boleh la klik kat sini ye. Bulan Ramadan juga adalah bulan yang barakah, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Kome boleh baca disini untuk mengetahui bertapa hebatnya berdoa ketika berpuasa di bulan Ramadan. Sebagai ulang kaji, kome boleh baca entry nie untuk mengetahui perkara-perkara yang membatalkan puasa.

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang lalu akan di ampunkan oleh Allah"

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim


"Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga, di tutup pintu-pintu neraka dan di belenggu syaitan-syaitan"

Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan beruasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Al-Baqarah, Ayat 186

Niat puasa Ramadhan


Sesungguhnya setiap amalan manusia hanya akan sampai kepada Allah s.w.t jika di sertakan dengan sifat ikhlas semata-mata, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita.

"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampunkan dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah".

Hadith Riwayat Ibn Hibban

Ramadhan merupankan bulan pengampunan, oleh itu perbanyakkan memohon kepada Allah s.w.t semoga kita sentiasa diampuni oleh Allah.


Saturday, May 4, 2019

Kuliah : Kenapa ramai yang berzikir tetapi semakin dia berzikir semakin dekat dia dengan syaitan?

Seorang murid bertanya kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, “ Bukankah zikir boleh membuat seorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari jauh darinya ?

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justeru malah semakin jauh dari Allah malah bertambah dekat dengan syaitan ?” lanjut sang murid.

Powerful of zikir

Gambar ehsan Google.

Gurunya yang diberi gelar 'Hujjatul Islam' ini pun bertutur...

“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing, namun dia masih menyimpan tulang nan berbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya ?”

“Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir.” jawab sang murid.

Imam Al-Ghazali menjelaskan, demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir, tapi masih menyimpan berbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekat bahkan bersahabat dengannya.

Penyakit - Penyakit hati itu ialah :
  1. Kesombongan
  2. Irihati
  3. Dengki
  4. Syirik,
  5. Bersikap / berucap kasar, riyak,
  6. Merasa soleh, merasa suci,
  7. Ghibah, marah, mengadu domba
  8. Dan berbagai penyakit hati lainnya.

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri, kemudian menjadi sahabat karibnya.

Perkongsian dari Ustaz Iqbal Zain


Thursday, May 2, 2019

Petua : Untuk merawat masalah lelah

Lelah atau asma. Penyakit sebegini tidak boleh di pandang ringan kerana ia mampu menjadi serius. Kebanyakkan masyarakat kita memandang ringan penyakit asma atau lelah ini. Penyakit lelah atau asma ini adalah berkaitan dan genetik dan juga faktor luaran. Serangan penyakit lelah atau asma ini akan menyebabkan pesakit akan sukar untuk bernafas. Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda-tanda kuat serangan asma atau lelah.

Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga. Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal. Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.

Asma / Lelah

Gambar ehsan Google.

Selain mendapatkan rawatan secara klinikal di pusat perubatan terdapat juga beberapa rawatan alternatif yang boleh di cuba. Dalam entry hari ini, teman kongsikan beberapa petua orang lama dalam usaha untuk merawat masalah lelah atau asma.

Cara pertama
Bahan-bahan yang di perlukan;
  1. Madu lebah (sesdudu)
  2. Getah betik (empat hingga 5 titik)

Campurkan kedua-dua bahan ini, lalu di minum bersama air yang telah di bacakan selawat.

Cara kedua
Bahan-bahan yang di perlukan;
  1. Petola (sebiji)
  2. Gula batu
Petola itu hendaklah dibuang bijinya. Kemudian masukkan gula baru dan di bakar atau grill sehingga masak. Kemudian, perah buah petola tersebut untuk di minum jusnya.

Selamat mencuba... Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Wednesday, May 1, 2019

Wordless : Rumah kontena

Rumah kontena nie nampak moden dan cantik. Kabin nie terletak di cerun bukit, di Cameron Highland berhampiran dengan Masjid Lojing. Pernah juga teman terfikir nak buat macam nie di kampung nanti. Agak-agak la sebuah kontena tu, berapa riban la agaknya?

Rumah kontena


Monday, April 29, 2019

Tarikh luput

Pernah tak kome terfikir terdapat sejumlah barangan di rumah yang kita tak pernah tahu, sebenarnya ada tarikh luput. Teman nak memanjangkan perkongsian info nie. Mungkin ramai diantara kita yang selama ini tak ambil kisah, tapi artikel ini WAJIB baca sebagai rujukan untuk masa akan datang.


Gambar ehsan Google.


Anggap ianya penting. Antaranya adalah:

1. Bantal
Luput antara 2-3 tahun. Bantal apabila mencecah usia penggunaannya selama 2-3 tahun, ia akan mula menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman.  Secara tidak langsung ia menjadi punca utama kesihatan anda.  Walau semahal mana pun bantal yang dibeli,  bila sampai tamat tempohnya, sebaik-baiknya dibuang.

2. Selipar
Luput dalam masa 6 Bulan Sahaja. Selipar adalah habitat paling sempurna untuk fungus/kulat.  Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar itu menjejakkan tapaknya ke tanah, bakteria sudah mula membiak.  Oleh itu pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru.
*Teman ganti selipar bila putus jer...

3. Span Mandi
Luput dalam masa 2 Minggu. Sahaja Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria-bakteri yang disisihkan daripada badan melekat ke span tadi.  Oleh itu, cara terbaik adalah untuk menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau dengan merendamkannya kedalam air panas menggelegak bagi tujuan memusnahkan bakteria.

4. Tuala
Luput antara 1-3 tahun. Walaupun anda membasuh tuala secara kerap, masalah bakteri tetap tidak dapat diselesaikan, oleh itu, apabila tiba masanya, maksima 3 tahun penggunaan, tukarlah pada tuala yang baru. Jangan guna pada tubuh badan tuala yang sudah relai benangnya

5. Berus Gigi
Luput dalam masa 3 bulan sahaja. Ini mesti ramai yang buat kan?  Berus gigi harus diganti dalam masa 3 bulan sekali. Jika anda batuk atau selsema, apabila sudah sembuh jangan guna lagi berus gigi tersebut. Ganti yang  baru.  Jika tidak, penyakit yang sama akan berulang kembali kerana bakteria tadi telah berkumpul dan menguasai berus gigi anda. Berus gigi mesti dalam keadaan baik dan jangan guna sehingga menjadi kerinting.
*Teman ganti berus gigi setiap bulan...

6. Hydrogen Peroxide
Hydrogen Peroxide adalah fist aid antiseptic. Ianya luput dalam masa 2 bulan sahaja . Selepas anda membuka botol yang mengandungi bahan hydrogen peroxide, hanya 2 bulan saja kandungan di dalamnya akan aktif.  Selepas 2 bulan, cecair tersebut menjadi air biasa. Pun begitu, jika ia tidak pernah digunakan dan masih ditutup rapi, ia mampu bertahan lebih daripada tempoh 1 tahun.

7. Sikat Rambut
Luput dalam masa 1 tahun sahaja. Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan diganti bary setiap 1 tahun.

8. Minyak Wangi
Luput antara 3 hingga 4 tahun. EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun didalam bekas kedap udara. Namun bagi EDT, ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9. Puting Bayi
Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja. Puting wajib diganti setiap 5 minggu, tidak kira keadaannya masih elok atau tidak.

10. Child Car Seat
Luput antara 6 hingga 10 Tahun. Selepas tempoh ini, struktrur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span.  Ini bermakna ia tidak lagi selamat digunakan.

11. Bra
Luput antara 1 hingga 2 Tahun. Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun.

12. Kasut Sukan
Luput Sebaik Struktur Berubah

13. Rempah-ratus
Luput antara 1 hingga 3 tahun. Rempah-ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga akan mula hilang rasa dan aroma bila disimpan lebih dari 1 hingga 3 tahun. Berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk, tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan.

14. Tepung
Luput dalam Masa 6 hingga 12 bulan. Apabila melebihi tempoh luput, tepung akan mula dihinggapi parasit dan ulat tepung (kutu).

15. Pemadam Kebakaran
Luput dalam masa 15 bulan. Jika terdapat sebarang kerosakan pada pemadam seperti retak, berkarat dan klip patah, ia perlu diselenggara dengan kadar segera.

16. Penyambung Elektrik
Luput antara 1-2 Tahun.

17. Penyembur Pembasmi Kuman
 Luput Dalam Masa 3 Bulan.

18. Pencegah Nyamuk
Luput dalam masa 2 tahun.

19. Power Soket
Luput dalam masa 4 hingga 5 tahun. Walaupun tiada tarikh luput, namun pakar menasihati agar ia diganti setiap 4 hingga 5 tahun sekali bagi mengelakkan masalah litar pintas. Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna, ia wajib diganti.

20. ISTERI
Hanya isteri sahaja tidak ada tarikh luput...hanya dia meninggal sahaja baru boleh ditukar baru...itu pun mengikut kemampuan.

Semoga info memberi manfaat untuk anda.


#perhatikantarikhluput 


Sunday, April 28, 2019

Kuliah : 20 tanda kematian yang mulia (Husnul Khatimah)

Semua orang-orang yang beriman mengimpikan kematian yang Husnul Khatimah. Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian ilmu ini berkenaan tanda-tanda kematian yang husnul khatimah.

Kematian

Gambar ehsan Google.

Pertama :
Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)

Kedua :
Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin HushaibR.A : Dari Buraidah bin Khusaib R.A bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)

Ketiga :
Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

Keempat :
Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”

Kelima :
Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana "mabtun" syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Keenam :
Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.” Ini termasuk malaria, denggi, apa sahaja virus-virus yang merebak dan sebagainya)

Ketujuh : Mereka yang mati kerana penyakit dalaman (mabtun) berdasarkan hadis di atas. (sakit jantung,hati,paru-paru, usus, perut, apendiks, pankreas, payudara, rahim dan lain-lain yang tersembunyi dalam badan manusia)

Kelapan dan ke sembilan :
Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi S.A.W: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.” Ulama mengatakan orang yang meninggal kerana kemalangan jalanraya adalah termasuk dalam kategori ini.

Kesepuluh :
Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit R.A bahawa Rasulullah S.A.W menjenguk Abdullah bin Rawahah R.A dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”

Kesebelas dan dua belas :
Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”

Ketiga belas :
Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)

Keempat belas :
Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Kelima belas dan enam belas :
Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”

Ketujuh belas :
Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”

Kelapan belas :
Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”

Kesembilan belas :
Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.

Kedua puluh :
Mereka yang meninggal ketika keluar dari rumah untuk menuntut ilmu. Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya ,dia berada fi sabilillah sehingga dia pulang ke rumahnya semula".(at-Tirmizi). Meninggalnya dia ditengah jalan dalam menuntut ilmu dikira sebagai syahid fi sabilllah.

Kebanyakan syahid diatas disebut sebagai syahid akhirat yakni jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah biasa, diakhirat dia akan dibangkitkan bersama syuhada' insyallah. Manakala syahid dunia dan akhirat hanyalah mereka yang gugur dimedan perang fisabillah. Jenazah mereka hanya perlu dikafan dan dikebumikan sahaja.

Lihatlah betapa rahim-Nya Allah yang menjadikan ujian keatas orang Islam sebagai penyebab keampunan keatas dosa-dosa mereka lalu meninggikan darjat mereka dengan ujian yang dihadapinya itu dengan mengurniakan syahid kepadanya.

Semoga kita dimatikan di dalam husnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amiin, Ya Rabbal ‘Alamin...

Wallahua'lam. Sekadar perkongsian, semoga ia memberi manfaat kepada semua.