Pasar Payang, Kuala Terengganu. Orang kata, kalau pergi ke Kuala Terengganu wajib untuk singgah di Pasar Payang nie. Kalau tak singgah berjalan disini, tak lengkap lah percutian tu. Kata deme laa... Teman nie pun, bukannya nak bershopping sangat. Dah teman sampai kat Kuala Terengganu nie, teman lajak je lar jenjalan kat Pasar Payang nie. Tengok apa yang menarik disini.
Weiii... rupenya, banyak item yang rare kat kat Pasar Payang nie... Dari segala macam makanan, keropok ikan, keropok lekor, cendera hati, ada juga di jual pelbagai jenis kain batik, kain songket dan barangan tembaga. Kalau kome nak tahu, barangan seperti batik, kain songket dan barangan tembaga nie merupakan signiture negeri Terengganu.
Harganya pun boleh tahan jugak la... Dari semurah-murah harga, hingga harga yang tak terlintas dalam fikiran teman nie. Awek Terengganu pun comel-comel belaka...
Memang selalunya, kalau orang nak cari barangan tembaga seperti tepak sirih, kendi, semua tu, kat Pasar Payang, Kuala Terengganu nie la tempatnya. Harga, mmm... boleh di runding... So, kome kena pandai lah tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang terbaik.
Ok, next time kalau bercuti di Kuala Terengganu, teman akan singgah lagi di Pasar Payang nie. Ok, got to go now... Dah penat bebb... See you...
No comments :
Post a Comment
Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...