Bukit Gambang
City Resort - nie first time check in di sini. Untuk kali pertama nie, kami menginap di Caribean suite.
Penginapan pertama nie, kami diberi block N dengan bilik bernombor N2-12-02, bersebelahan
pulak dengan funfair. Di ground floor pulak ada indoor game, sebahagian dari
fun fair tu jugak. Untuk sesiapa yang ingin mencari kedamaian dan ketenangan disini, mungkin Caribean Suite ini tidak lah sesuai. Untuk pengetahuan, funfair ini akan hanya berhenti operasinya pada pukul 12.00 malam. Sudah menjadi kebiasaan, mereka yang menginap disini pasti akan ke Bukit Gambang Water Park yang terletak tidak jauh dari resort ini.
Gambar ehsan Google
Gambar ehsan Google
Di sebab percutian kali nie termasuk family
member yang lain, teman tak dapat nak kongsikan gambar keadaan bilik di
Caribean Suite nie. Kedua-dua bilik dilengkapi dengan air cond, katil bersaiz
queen, bathroom serta wardrob. Setiap katil hanya ada 2 biji bantal sahaja dan
setiap permintaan untuk bantal tambahan dikenakan RM5 sebiji.
Dibahagian ruang tamu, seperti biasa ada satu set sofa dan TV. TV biasa je, bukannya yang flat screen tu. Bahagian dapur pula disediakan meja makan bersaiz 4 orang, peti sejuk kecil, cerek kecil, set cawan berserta beberapa pek minuman segera. Lebih kurang dalam gambar dibawah nie.
Gambar ehsan dari Google,
Di bahagian entrance bilik ditingkat 2,
diruang laluan masuk lampunya ada tapi tidak pula dipasang. Dengan hanya
berpandukan cahaya dari tempat menunggu lif, terpaksalah kami berjalan dalam
keadaan samar-samar tu bila hendak balik ke bilik di waktu malam. Nombor bilik kena lah tengok
betul-betul, takut tersalah bilik. Di waktu malam agak kelam juga dilaluan masuk ke bilik nie.
So, overall bolehlah setakat nak tidor je. Untuk makan malam, tak banyak pilihan yang ada. Sama ada makan di restoran yang telah disediakan atau makan di luar. Jika memilih untuk makan diluar, terdapat beberapa restoran dalam jarak 1.5KM sahaja. Atau pun jika hendak yang lebih adventure, boleh berkunjung ke Tanjong Lumpur. Banyak pilihan tempat makan bagi mereka yang inginkan makanan laut. Jarak perjalanan dari Bukit Gambang City Resort ke Tanjong Lumpur adalah lebih kurang 40KM.
Untuk sarapan, pilihannya tetap sama samada makan di restoran yang disediakan atau sarapan di luar sahaja. Untuk pakej bilik yang teman ambil, kami disediakan dengan 4 kupon untuk sarapan. Untuk hari pertama, teman sarapan di restoran saja.
Menu untuk sarapan pagi agak biasa sahaja dan agak terhad pilihan menunya. Untuk hari kedua, teman bersarapan diluar sahaja.
Tahun lepas company Idah buat annual dinner disini... :D
ReplyDeleteKalau pergi ramai2 rasanya kat sini ok kot... tapi kalau bercuti dengan 1 keluarga je rasa macam boring skit la.. environment dia suram....
haaa...betul tu... kalau nak mandi kat waterpark tu, ramai-ramai barulah seronok...
Deletexpernah pegi pun lagi...tapi jika pegi beramai² sure seronok...
ReplyDeletewah...aku tak pernah lagi sampai tempat ini...tapi kira okay jugak laa kalau nak cari makan within 1.5km tu..dapat berjalan2 smbil pegi makan..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Pergi ramai-ramai baru best kat sini. suasana dia slow sikit kan.
ReplyDeletemmm... memang slow sket... tapi disini ada night safari... boleh tengok haiwan2 diwaktu malam...
Deletemenarik review bukit gambang city nieh...lieya tak penah pegi lagi...dan konon2nye next week opis nak buat kursus kat sini..dah hepi2 nak pergi nie, tup2 tak jadi plak .....mmg ntah bile dpt pergi gambang nieh....baru plan nak singgah temerloh pekena patin tempoyak fresh kat sane heheeheheh makan jugak la diingatnyer....
ReplyDeleteBestnyer tgk... Teingin rasa nak g bercuti tp belum kesampaian :(
ReplyDelete