Tuesday, November 5, 2013

Taman Awam Batu Burok

Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu nie merupakan antara tempat menarik yang boleh di kunjungi jika kome melawat Terengganu. Kebiasaannya, di waktu petang ramai pengunjung meluangkan masa sambil berehat di tepi pantai. Tak banyak taman-taman seperti ini di Malaysia yang terletak di tepi pantai. Pantainya landai dan laut luas terbentang. Cuma agak merbahaya untuk mandi manda di pantai ini di sebabkan ombak besar dan kuat dari Laut Cina Selatan.

Taman Awam Batu Burok

Apa yang menarik di Taman Awam Batu Burok nie? Selain dari pantai, apa lagi yang pengunjung boleh buat di sini?


Taman Awam Batu Burok

Selain dari menikmati keindahan pantai pada waktu petang, pengujung boleh melakukan pelbagai aktiviti disini. Di pantai ini ada kereta kuda. Pengujung boleh sewanya dengan kadar yang sangat berpatutan. Pusing-pusing kat area tu je la...


Taman Awam Batu Burok

Taman Awam Batu Burok

Comel je kuda nie... Apa beza pantai-pantai di pantai timur dan pantai barat? Di pantai barat, pantainya mengadap Selat Melaka. So, ombaknya tak la sekuat ombak di pantai timur. Begitu juga dengan tiupan anginnya tidak lah sekuat di pantai timur.

Pantai di Taman Awam Batu Burok nie agak landai dan luas. So, memang seronok sangat kalau dapat menaikan layang-layang kat pantai nie. Anginnya pun kuat. Jadi memang mudah la nak menaikkan layang-layang. Tapi malangnya, dalam kunjungan teman kali nie, tak bawa pulak layang-layang besar teman tu. Kalau tak, memang dah layan main layang-layang nie dengan anak anda...

So, untuk kunjungan kali nie... teman and family duduk bersantai saja la sambil cuci mata tengok orang kat sini...


Taman Awam Batu Burok

Taman Awam Batu Burok

Ok, next time singgah lagi kat sini...


No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...