Wednesday, December 30, 2015

Quote for today

Baca dan faham statement ini.

"Your child's success or lack of success in sports does not indicate what kind of parents you are"


"But having an athlete that is coachable, respectful, a great teammate, mentally tough, resilient and tries their best IS a direct reflection of your parenting"

Sunday, December 27, 2015

Kuliah : Teman di kubur

Tika seorang muslim itu meninggal dunia, bagi mereka yang suka membaca Al-Quran.. maka Al-Quran itu akan dtg dan duduk di antara jasadnya dan kain kafan. Dan di dalam kubur nanti, ketika Malaikat Mungkar dan Nangkir dtg utk menyoal si mati itu tadi, maka Al-Quran akan datang dan berada di antara ruh yg sedang duduk itu dan malaikat yang akan menyoal.

Al-Quran

Gambar ehsan Google.

Lalu berkata para malaikat, "Ketepi kau dari situ, kami datang mahu menyoal ruh ini, jangan kau menghalang pandangan kami". Lalu berkata Al-Quran kepada para malaikat " Manusia ini ketika hayatnya selalu bersamaku, aku akan perlihara dia dari kesusahan kubur". 

Al-Quran itu akan berpaling kepada ruh itu tadi, dan berkata kepadanya "Ketika di dunia, kau selalu membacaku, setiap malam dan siang kau mengalun suara dengan ayat² ku, kau mencintaiku tak kenal waktu, maka dengan itu aku jadikan kau kekasihku kini, dan org yang aku cintai akan pula sangat dicintai oleh Allah swt. Bertahanlah dikau jangan kau gentar, aku akan membelamu!" 

Lalu Al-Quran kembali memandang malaikat lalu berkata "Jalankan apa yg diperintahkan padamu ke atas ruh ini, akan tetapi aku bersaksi atas pemilik Kaabah dan pencipta teragung bahawa aku akan menyelamatkannya dari segala kesusahan yang mungkin mendatanginya dan akan menemankannya masuk ke dalam Syurga!" 

MashaaAllah!! Bacalah Al-Quran walau hanya satu huruf kerana ia adalah teman kita di alam barzakh. 

Allahuakbar. Semoga kita mendapat iktibar dari perkongsian ini.

Sumber : IKIM

Saturday, December 26, 2015

Kuliah : Andai ajal dalam tidur

Empat perkara sebelum tidur walau sesibuk manapun dengan tugas harian, sebaik-baiknya jadikanlah ia amalan setiap hari. Mulakan dengan berwudhu sebelum tidur.

Doa tidur

Gambar ehsan Google.

Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah r.a.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".


Bertanya Siti Aisyah r.a:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :
  1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim, ‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “
  2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
  3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau “ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
  4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah “ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar " ( 3x )

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Sunday, December 20, 2015

Kuliah : Kisah seorang yang tidak tahu membaca Al-Quran, tetapi kuburnya bercahaya hingga menjulang ke langit

Segmen kuliah pagi ini ingin berkongsi suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

Al-Quran

Gambar ehsan Google.

Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”

“Wahai Qalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“

“Wahai Qalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.

Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

Saturday, December 19, 2015

Kuliah : Wasiat Syeikh Ibnu Atha'illah tentang umur dan zikir

40 tahun sudah. Perbanyakkanlah amalan dan zikir. "Jika engkau telah berusia empat puluh tahun atau lebih, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang mahupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza wa Jalla semakin dekat. 

Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. Andaikata saat ini kau ingin beramal sekuat-kuatnya, tenagamu sudah tidak mendukung lagi.

Amalan berzikir

Gambar ehsan Google.

Maka, beramallah sesuai dengan kekuatanmu. Perbaikilah masa lalumu dengan banyak berzikir, sebab tidak ada amal yang lebih mudah dari zikir.

Zikir dapat kamu lakukan ketika berdiri, duduk, berbaring mahupun sakit. Zikir adalah ibadah yang paling mudah. Rasulullah saw bersabda :

ูˆู„ูŠูƒู† ู„ุณุงู†ูƒ ุฑุทุจุง ุจุฐูƒุฑ ุงู„ู„ّู‡

Dan hendaklah lisanmu basah dengan berzikir kepada Allah swt.

Bacalah secara berkesinambungan doa' dan zikir apa pun yang mudah bagimu. Pada hakikatnya engkau dapat berzikir kepada Allah swt adalah kerana kebaikan-Nya. Ia akan mengurniakan mu…

"Ketahuilah, sebuah umur yang awalnya disia-siakan, seyogianya sisanya dimanfaatkan. Jika seorang ibu memiliki sepuluh anak dan sembilan diantaranya meninggal dunia. Tentu dia akan lebih mencintai satu-satunya anak yang masih hidup itu. 

Engkau telah mensia-siakan sebahagian besar umurmu, oleh kerana itu jagalah sisa umurmu yang sangat sedikit itu.

Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tetapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah swt.

"Seseorang yang telah mendekati ajalnya (berusia lanjut) dan ingin memperbaiki segala kekurangannya di masa lalu, hendaknya dia banyak membaca zikir yang ringkas tetapi berpahala besar. Zikir semacam itu akan membuat sisa umur yang pendek menjadi panjang, seperti zikir yang berbunyi :


ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ّู‡ ุงู„ุนุธูŠู… ูˆุจุญู…ุฏู‡ ุนุฏุฏ ุฎู„ู‚ู‡ ูˆุฑุถุง ู†ูุณู‡ ูˆุฒู†ุฉ ุนุฑุดู‡ ูˆู…ุฏุงุฏ ูƒู„ู…ุงุชู‡

Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya, ( kalimat ini kuucapkan ) sebanyak jumlah ciptaan-Nya, sesuai dengan yang ia sukai, seberat timbangan Arsy-Nya dan setara dengan jumlah kata-kata-Nya.


Jika sebelumnya kau sedikit melakukan solat dan puasa sunah, maka perbaikilah kekuranganmu dengan banyak berselawat keatas Rasulullah s.a.w. 

"Betapa indah hidup ini jika kau isi dengan ketaatan kepada Allah swt, dengan berzdikir kepada-Nya dan bershalawat kepada Rasulullah saw."

Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat berzikir.

Thursday, December 17, 2015

Petua : Jus pembakar lemak untuk melangsingkan badan

Lemak didalam tubuh yang berlebihan menyumbangkan kepada pelbagai jenis penyakit. Tidak di nafikan, lemak di dalam tubuh turut menyumbang kepada masalah berat badan dan kegemukkan. Terutama kepada golongan wanita, masalah berat badan ini amat merunsingkan mereka. Manakan tidak, penambahan berat badan akan menjejas kelangsingan tubuh badan mereka. Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk dijadikan amalan bagi membakar lemak di dalam tubuh.

Jus Epal

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja. Mula-mula, dapatkan bahan-bahan di bawah ;

  1. Sebiji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)
  2. Setengah biji timun
  3. Setangkai saderi

Kesemua bahan ini hendaklah di kisar sehingga halus. Amalkan meminum jus ini setiap hari sebelum sarapan. Jus ini juga boleh mengurangkan sakit kepala.

Selamat mencuba.

Monday, December 14, 2015

Farm In The City, Seri Kembangan

Kunjungan ke Farm In The City. Memang lama teman dah plan untuk bawak Aisar jalan-jalan kat Farm In The City. Teman baca komen kat internet, macam menarik je. Itu yang teman janji dengan Aisar kalau result exam bagus, cukup solat lima waktu, perangai baik... Papa bawak jalan-jalan kat Farm In The City. Disebabkan masa agak padat... Aisar pulak ada kem Tahfiz Juzuk 30 sehingga 19 December nie, terpaksa lah ponteng sehari kem Tahfiz Juzuk 30 tu... ๐Ÿ˜Œ

Farm In The City

Teman nie bukannya biasa sangat nak drive area Kuala Lumpur dan Selangor nie. Mujur ada Waze. Search saja kat Waze, set, then start drive. Dari Saujana Utama ke Farm In The City jarak perjalanan dalam 50km, selebih kurang sejam gitu. Di bawah nie, teman kongsikan koordinate GPS Farm In The City.




Bila dah sampai, masalah nak cari parking la pulak. Parking yang di sediakan adalah terhad. Jika parking penuh, pengunjung boleh letak kenderaan di bangunan bertentangan. Buat masa ini bangunan di hadapan tu tak beroperasi lagi. Bila sudah beroperasi nanti mungkin susah nak parking. Ada juga pengunjung yang letak kenderaan mereka di tepi jalan. Risiko untuk di saman adalah sangat tinggi kerana menganggu penguna jalan raya yang lain.


Farm In The City

Apa benda Farm In The City nie? Kalau direct translation, Farm In The City bermaksud 'kebun di dalam bandar". Bukan setakat kebun, tapi di Farm In The City ada mini zoo juga. Tapi idak lah sebesar Zoo Negara tu. Apa pun, disini ada tarikkannya tersendiri. Kita dapat lebih dekat lagi dengan haiwan-haiwan liar tu.


Farm In The City

Ok, untuk masuk melawat kena beli tiket dulu. Standard rate untuk orang dewasa tanpa MyKad ialah RM48.00 dan RM38.00 untuk kanak-kanak dan warga emas. Untuk dapat diskaun, jangan lupa bawa MyKad. Tengok sendiri bayaran masuk ke Farm In The City kat gambar di bawah nie. Nie adalah rate untuk tahun 2015. Harga tiket adalah termasuk GST. Ye la kan, sekarang nie semua benda kerajaan nak kenakan cukai. Mungkin satu hari nanti, nak masuk tandas pun kerajaan kenakan GST.


Farm In The City

Yang BEST lagi kat sini, setiap tiket untuk kanak-kanak akan diberikan ais cream WALLS. Bestkan. Seronok budak-budak dapat ais cream free. Lupa pulak teman tanya, air cream free promo untuk waktu terhad saja atau pun memang dah jadi trend Farm In The City untuk bagi kanak-kanak ais cream free. Apa pun, pemberian nie satu yang unik dan patut di teruskan lagi untuk memberi keseronokkan pada kanak-kanak.

Ok, tamat sudah cerita bab tiket. Tak sabar nak tengok haiwan-haiwan kat sini. Ok, turun ke bawah dan ikut sebelah kiri dulu. Kome akan di sambut oleh kura-kura gergasi. Weiii... bukan macam kat Zoo Negara tu... Kura-kura duduk dalam kandang... Kat Farm In The City nie... Kura-kuranya bebas berjalan kat dalam taman nie... Pergg... besar betul kura-kura nie... Umurnya baru 32 tahun... Ikut kata penjaganya kura-kura nie berasal dari Africa dan boleh membesar lagi... Pengunjung boleh bagi kura-kura nie makan... Mintak je sayur kangkung dari penjaga dia. Free je tak perlu bayar... Nie first time kat taman haiwan yang benarkan pengunjung tolong bagi haiwan makan percuma. Kat Zoo Negara pun kena beli makanan tu kalau nak bagi haiwan makan.


Farm In The City


Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Tak jauh dari tempat kura-kura duduk melepak, ada tangki akuarium menempatkan haiwan-haiwan di dalam air seperti Pig Turtle dan Alligator Turtle. Alligator Turtle nie nampak ganas. Memang ganas pun... Alligator Turtle nie suka mengigit...kalau Alligator Turtle nie dapat gigit tangan orang, habis la tangan kome tu... Pig Turtle dan Alligator Turtle nie menghabiskan kebanyakkan masanya di dalam air.


Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Tuntung nie nampak seronok duduk lepak tepi kolam. Teringat pulak cerita "Wonder Pets"... Apa yang penting... Kerjasama...


Farm In The City

Ok, lepas zon haiwan di dalam aquarium, tiba pun ke zon ular. Ada banyak juga spesis ular disini. Cuma yang menarik perhatian teman ular sawa gergasi nie. Di katakan, ini adalah antara ular sawa terbesar di Malaysia. Dalam kandang kaca nie, ada 2 ekor ular sawa besar. Tengok pada ukur lilit badannya saja sudah mengerunkan. Manakan tidak, ukur lilit badannya sahaja sudah hampir menyamai peha orang dewasa yang berbadan gempal. Mungkin lebih besar lagi... Kepala ular itu pun sudah sebesar kepala lutut orang dewasa. Nasib baik la ular nie dalam kandang kaca. Kome nampak tak separuh dari badan ular tu masih tergantung lagi kat atas dahan pokok tu. Ular tu sedang merayap turun dari batang pokok tu. Nasib baik la ular tu dalam kandang... kalau ular tu lepas bebas macam kura-kura tu, alamatmya tak ada orang nak datang sini lah jawabnya.


Farm In The City

Farm In The City

Lepas tengok ular, masuk ke dalam sangkar burung pulak. Burung-burung disini jinak-jinak merpati.


Farm In The City

Mintak je makanan burung dari penjaga tu... bagi burung makan kat tapak tangan pulak... manja betul... Macam mana nak bagi burung-burung nie makan... senang je... ambil makanan burung... letak atas tapak tangan... kemudian hala ke atas tinggi-tinggi sket untuk burung-burung tu nampak... bila burung tu hinggap kat tangan tu, boleh lah turunkan sket... perlahan-lahan tau... nanti terkejut pulak burung tu.


Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Kat dalam sangkar burung tu, ada jugak burung merak. Burung Merak nie tak ada kerja lain... Dok possing depan kamera jer untuk orang ambik gambar...  pusing-pusing... tayang kecantikkan dia...


Farm In The City

Farm In The City

Keluar dari sangkar burung, masuk pula ke pintu haiwan sawana... di bahagian sawana ada kambing, dan rusa... Yang lucunya, ada juga kura-kura yang sibuk merayau di kawasan sawana nie... mungkin kura-kura nie datang melawat kawan-kawan dia kot... di kawasan savana, kita boleh bagi makan kambing dan rusa nie... nak peluk mereka pun boleh... rusa nie duduk rileks je... mungkin mereka nie dah kenyang... malas nak makan lagi... tapi bila di suakan kangkung, mau tak mau di makannya juga... lain pulak ceritanya dengan si kambing nie... asyik ikut kita kemana kita pegi... maklumlah ada sayur kangkung di tangan... asyik nak makan saja kerjanya... itu yang asyik ikut ke mana saja teman pegi...

Tak nak bagi kambing tu sondol teman... bukan apa... kambing tu busuk la... silap hari bulan nanti, teman pun berbau kambing pulak...

Farm In The City


Kambing kat bawah nie la yang suka sangat follow teman... kemana saja teman pegi, di ikutnya...


Farm In The City

Farm In The City

Keluar dari zone haiwan sawana, tiba pula ke zone kebun di dalam bandar. Kome akan di sambut oleh orang-orangan yang biasanya terdapat di kebun. Tujuannya supaya haiwan tertipu bila haiwan-haiwan nie terlihat patung-patung nie. Nanti, selamatlah hasil tanaman pekebun. Rasanya, zaman sekarang nie benda nie tak logik lagi, sebab burung-burung pun duduk bertengek kat orang-orangan nie.


Farm In The City

Tak sempat nak explore kawasan kebun nie, sebab tiba-tiba Aisar kata nak terkucil.  So, lepas bawak dia pegi tandas terus skip zone kebun nie. Waktu itu, tak ada pengunjung pun kat area tu. Itu yang tak pegi melawat kawasan tu. Actually, di kebun tu ada di tunjukkan cara macam mana nak bercucuk tanam di kawasan bandar. Mereka gunakan barang-barang terbuang seperti botol untuk dijadikan bekas tanaman. Masa berjalan tu, ternampak kereta Morris Minor nie... kereta nie turut jadi bahan pameran di Farm In The City nie. Kereta siapa la agak nya yerk...


Farm In The City

Tak jauh dari situ, terjumpa pulak Dwarf Mongoose. Haiwan nie macam hamster cuma besar sket. Mungkin haiwan nie mudah membiak, tengok anak-anak nya yang baru lahir bertabur-tabur... Datang ibunya ambil anak-anaknya untuk di sembunyikan di balik batu.


Farm In The City


Farm In The City

Berhampiran dengan Dwarf Mongoose nie, ada kandang arnab dan haiwan-haiwan seangkatan dengannya. Kandang ini di kelilingi oleh parit kecil. Itu yang tiba-tiba ada Longkang Fishing. Tak sempat nak ambil gambar Aisar yang sibuk menangguk air untuk menangkap ikan guppy kat dalam tu...


Farm In The City

Kanak-kanak boleh la cuba skill masing-masing untuk menangkap ikan-ikan kecil tu. Aisar pun nak cuba tangkap ikan, tapi sekor pun tak dapat. Papanya pun tolong... pun tak dapat juga... hehehehehe... bukan apa, saja jer tak nak tunjuk skill.


Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Kejap je teman layan Aisar tangkap ikan, lepas tu terus ajak main dengan arnab kat dalam kandang tu. Bagi arnab makan kangkung pulak. Comel tak arnab nie... Manja betul... :d

Bertentangan dengan Longkang Fishing, ada pulak kolam besar yang menempatkan banyak ikan Koi yang besar. Kat sini, pengunjung boleh bagi ikan makan. Ada loceng kat situ, bunyikan loceng tu... nanti ikan-ikan akan datang berkumpul kat tepi kolam. Seronok tengok ikan banyak-banyak tu... Mintak je makanan ikan tu kat penjaga kolam ikan tu...


Farm In The City

Farm In The City

Lepas bagi ikan makan, sambung lagi perjalanan. Nampak satu kandang kaca di dalamnya ada Landak Raya. Landak Raya nie suka duduk dalam lubang kayu. Walau pun berduri, Landak Raya nie nampak comel jer...


Farm In The City

Farm In The City

Tak jauh dari kandang Landak Raya, ada sangkar burung Hantu. Burung Hantu nie duduk tinggi di atas tunggul kayu... duduk memerhati je... Matanya bulat besar... cute sangat...


Farm In The City


Farm In The City

Farm In The City

Keluar dari sangkar burung Hantu, ada satu aquarium di huni oleh Memerang. Memerang nie tak pandai duduk diam. Ada je kerja yang dibuatnya di dalam air tu... busy bebenor...


Farm In The City

Farm In The City

Lepas tu ada pulak haiwan savanah yang sangat aktif, Tak boleh duduk diam berlari ke sana sini... kemudian berdiri tegak bagi posse untuk camera man ambil gambar... Haiwan ini namanya Meerkats. Berasal dari benua Africa. Meerkats hidup berkumpulan dan saling bekerjasama menjaga keselamatan kumpulannya. Meerkats berupaya membunuh dan memakan haiwan pemangsa seperti ular. Tengok tu, berlari ke sana sini... kemudian tegak berdiri memerhati keadaan sekeliling... Pandai pula bergaya di depan kamera.


Farm In The City

Farm In The City

Tak jauh dari kandang Meerkats tinggal sekawan Rakun di atas batang kayu. Rakun adalah haiwan berasal Dari benua America. Rakun adalah mamalia dari kelas Omnivorous iaitu haiwan yang memakan daging dan juga tumbuh-tumbuhan. Ini kali pertama kami tengok rakun secara dekat. Bila tengok gigi dan kukunya yang tajam tu, tak berani teman nak sentuh.


Farm In The City


Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Farm In The City

Berhadapan dengan kawasan rakun, ada beberapa ekor burung kakak tua disitu. Nampak jinak tapi awas, di larang sentuh. Burung kakak tua nie ada yang garang, aggressive dan ada juga yang manja. Ada 3 spesis burung kakak tua disini. Ada yang berwarna merah, putih dan juga biru. Burung kakak tua yang berwarna biru tak suka di ganggu. Dia lebih suka menyendiri. Kalau nak selfy dengan burung kakak tua nie, boleh je. Janji, jangan sentuh. Kalau sentuh nanti digigitnya.


Farm In The City

Farm In The City

Apa macam, pandai tak burung kakak tua nie berpossing untuk di ambil gambarnya...

Farm In The City
Akhirnya, tiba lah di penghujung lawatan. Sebelum keluar boleh lah bergambar dengan ular dan Skunk. Skunk jenis nie manja. Bulunya gebu je. Macam karpet pun ye... Meh bergambar sket... Mungkin skunk nie selalu di mandikan... Sebab tu, tak berbau busuk... ๐Ÿ˜‹ sangat comel dan manja... Tapi, kukunya panjang beb... Walau pun panjang... nampak bersih je... Teman tak ambik gambar ular tu... ular tu sedang sibuk membelit untuk bergambar dengan pengunjung...


Farm In The City

Farm In The City

Selain haiwan dan burung, ada juga di pamerkan pokok terkecil di dunia. Pokok nie semuanya jenis yang rare dan sukar untuk di temui... Nampak comelkan pokok-pokok nie.


Farm In The City

So, tamat lah sudah pengembaraan kami hari ini di Farm In The City di Seri Kembangan, Selangor. Kepada pengunjung yang bertuah, kome akan di sambut oleh burung Undan ini yang setia menanti kome.



Memang best meluangkan masa dengan anak-anak di Farm In The City nie. Next time, teman datang lagi yek.... Bye-bye burung Undan.