Monday, April 30, 2018

Perempuan chop parking

Dalam berita hari tu ada inform, kome boleh di saman kalau buat perangai macam nie. Petang Ahad lepas, teman satu family ke SOGO di Kuala Lumpur tu. Dari Putrajaya ke Kuala Lumpur, perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kenapa dari Putrajaya? Kikikiki... sebabnya teman over night kat Dorsett Putrajaya tu.

Kat area Jalan TAR tu, tak la sesak sangat. Macam selalu kalau ke SOGO, teman gemar parking di basement tu. Nak dijadikan cerita, kebetulan waktu itu ada sales la pulak. Berpusing-pusing teman dok melilau dalam basement tu cari parking.

Perempuan chop parking

Gambar ehsan New Strait Times

Nak dijadikan cerita, dah rezeki teman nampak la lot parking kosong. Bila teman sampai dekat parking kosong tu, tiba-tiba tercegat seorang perempuan menghalang orang lain parking kat situ. Pada hal, waktu itu kereta teman memang dah berapa pada posisi untuk masuk petak parking tu.

Disebabkan teman pernah terbaca artikel berkenaan kes ini, teman tekadkan hati masuk je ke ruang parking tersebut walau pun perempuan tu halang kat depan. Teman tak peduli, dah la susah nak dapat parking. Akhirnya perempuan tu mengalah dan berlalu meninggalkan kami. Kalau perempuan tu datang nak bertekak dengan teman, teman akan tunjukkan artikel nie bahawasanya perbuatan dia tu salah disisi undang-undang dan boleh di dakwa mengikut Section 50 (3) of the Road Transport Act 1976.

Kalau nak baca artikel dari News Strait Times tu, klik kat sini.

Bila diri sendiri mengalami situasi macam nie, terlintas la pulak nak pasang dash cam...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค” senang kalau nak buktikan kalau ada apa-apa berlaku... mmm... dash cam jenis apa yang bagus erk....๐Ÿ˜

Sunday, April 29, 2018

Kuliah : Disaat berdiri diatas sejadah

Dalam entry pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian satu tips untuk mengosongkan hati ketika hendak mendirikan solat. Apabila sejadah telah dibentangkan dan kedua-dua kaki tegak berdiri di atasnya, jangan biarkan dunia masuk ke dalam hati. Kunci segala pintu yang memanjangkan angan-angan dunia dan tipu dayanya, kosongkan hati hanya untuk pertemuan dengan Allah SWT.

Konsep ihsan amat diperlukan pada saat ini, iaitu "beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya,jika engkau tidak mampu melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu."

Cara meninggalkan kesibukan dunia ketika menghadap Allah SWT,iaitu dengan memikirkan dan menghayati hari akhirat.

Solat

Gambar ehsan Google.

Berdiri di hadapan Allah SWT ketika solat umpama berdiri di hadapan-Nya ketika hari dihisabkan,semua amalan akan ditimbang dan kita menunggu nasib diri yang penuh penyesalan.

Perkongsian dari (Dr Mohd Sukki Othman - Analogi Nabawi dalam Kehidupan Insani)

Teman sedekahkan pahala perkongsian ilmu ini, untuk kedua ayah dan ibuku, anak-anak ku, kaum keluargaku, para sahabatku, dan juga buat guru-guruku Aaaminnn...

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, April 28, 2018

Kuliah : Penyesalan di saat sakaratul maut

Untuk entry pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian satu kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Al kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama Sya’ban RA.

Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid.

Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah. Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw,  Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah.

Sakaratul maut

Gambar ehsan Google.

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan Rasulullah s.a.w mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa. Nabi s.a.w pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA. Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. Namun yang ditunggu belum juga datang.

Bimbang solat subuh kesiangan, Nabi s.a.w memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh, Nabi saw bertanya ada sesiapa yang mengetahui khabar dari Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun yang menjawab. Nabi s.a.w bertanya lagi ada siapa yang mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.

Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia mengetahui  di mana rumah Sya’ban RA. Nabi yang khuwatir terjadi sesuatu kepada Sya’ban RA meminta dihantarkan ke rumahnya.

Perjalanan dengan berjalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi s.a.w dan rombongan sebelum sampai ke rumah yang dimaksudkan. Rombongan Nabi s.a.w sampai ke sana ketika waktu afdhal untuk solat dhuha (kira-kira 3 jam perjalanan dari masjid Nabawi).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi s.a.w mengucapkan salam. Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam.

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Nabi saw bertanya.

“Ya benar, saya isterinya” jawab wanita tersebut.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yang tidak hadir solat subuh di masjid?”

Dengan berlinangan air mata isteri Sya’ban RA menjawab: “Beliau telah meninggal dunia pagi tadi..."

Innalillahi wainna ilaihirojiun….

Masya Allah, satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjamaah adalah kerana ajal sudah menjemputnya. Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

“Ya Rasulullah s.a.w ada sesuatu yang menjadi tanda tanya bagi kami semua, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dengan setiap teriakan disertai satu pertanyaan. Kami semua tidak faham apakah maksudnya."

“Apakah pertanyaan yang diucapkannya?” tanya Rasulullah s.a.w

Setiap teriakannya dia terucap kalimat:

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

“Aduuuh kenapa tidak yang baru……. “

“Aduuuh kenapa tidak semua……”

Nabi s.a.w pun bersabda ayat yang terdapat dalam surat Qaaf (50) ayat 22 :

“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“

Saat Sya’ban dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya diulang tayang oleh Allah s.w.t.

Bukan itu saja, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah. Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yang menghadapi sakaratul maut) tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana sehariannya dia pergi berulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu. Perjalanan sekitar 3 jam berjalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.

Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah² nya ke Masjid.

Dia dapat melihat apakah bentuk syurga ganjarannya.

Saat melihat itu dia berteriak :

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya memperolehi pahala yang lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

Berikutnya Sya’ban melihat ketika dia akan berangkat solat berjamaah di musim sejuk.

Ketika dia membuka pintu, bertiup angin sejuk yang menusuk tulang. Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya. Jadi dia memakai dua helai baju. Sya’ban sengaja memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang lama di luar. Dalam fikirannya jika terkena debu, sudah tentu yang kena hanyalah baju yang luar. Sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan baju yang lebih baik.

Dalam perjalanan ke masjid dia bertemu seseorang yang terbaring kesejukan dalam keadaan yang sangat lemah. Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yang paling luar dan dipakaikan kepada orang tersebut dan memapahnya untuk bersama² ke masjid melakukan solat berjamaah. Orang itu terselamat dari mati kesejukan dan sempat menunaikan solat berjamaah.

Sya’ban pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan memakaikan baju luarnya kepada orang tersebut.

Kemudian dia berteriak lagi : “Aduuuh kenapa tidak yang baru...“

Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban. Jika dengan baju luar itu saja boleh mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yang baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke dalam segelas susu. Ketika baru saja hendak memulakan sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yang meminta diberi sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak diisi makanan.

Melihat hal tersebut. Sya’ban merasa hiba. Ia kemudian membahagikan dua roti itu sama besar, begitu juga segelas susu itu pun dibahagi dua. Kemudian mereka makan bersama² roti itu yang sebelumnya dicelupkan susu, dengan portion yang sama.

Allah s.w.t  kemudian memperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dengan syurga yang indah.

Apabila melihat itu dia pun berteriak lagi:

“Aduuuh kenapa tidak semua……”

Sya’ban kembali menyesal . Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat syurga yang lebih indah.

MashaAllah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tetapi menyesali mengapa perbuatannya tidak yang terbaik. Sesungguhnya kita semua nanti pada saat sakaratul maut akan menyesal dengan hal yang berbeza, bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya kerana pada saat itu barulah terlihat dengan jelas hasil dari semua perbuatannya di dunia.

Mereka meminta untuk ditunda sesaat kerana ingin bersedekah. Namun kematian akan datang tepat pada waktunya, tidak dapat dipanjangkan dan tidak dapat diundurkan lagi.

Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya kita melihat akan janji Allah s.w.t. Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kita pun juga akan menyesal. Namun penyesalannya bukanlah kerana tidak menjalankan perintah Allah S.W.T. Penyesalannya kerana tidak melakukan kebaikan dengan yang terbaik.

Semoga kita sentiasa boleh memberi kebaikan² yang terbaik di setiap kesempatan. Dunia hanya sementara akhirat kekal selama-lamanya.

Akhirat yang kekal abadi, Aamiin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Teman sedekahkan pahala perkongsian ilmu ini, untuk kedua ayah dan ibuku, anak-anak ku, kaum keluargaku, para sahabatku, dan juga buat guru-guruku Aaaminnn...

Sunday, April 22, 2018

Kuliah : Wanita yang haram di kahwini

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak kongsi berkenaan “Perkahwinan yang di haramkan di dalam Islam”. Ada dua bentuk pengharaman dalam perkahwinan iaitu;
Pertama

Perempuan yang haram dikahwinkan selamanya. Perkara ini disebabkan oleh tiga hal:

i. Senasab – iaitu yang disebabkan garis keturunan, di antaranya nenek (ibu daripada bapa atau ibu daripada ibu). Ibu, anak perempuan, saudara daripada pihak bapa, saudara dari pihak ibu, anak perempuan saudara lelaki, anak perempuan saudara perempuan.  
ii. Susuan – iaitu seorang wanita yang menyusui bukan anak kandungnya sendiri. Nabi SAW bersabda, “Susuan menyebabkan haramnya perkahwinan sebagaimana haramnya perkahwinan kerana kelahiran,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).Ibu susuan menempati kedudukan ibu kandung dan semua orang yang haram dikahwin oleh anak lelaki daripada jalur ibu kandung, haram pula dikahwin dengan bapa susuan.
iii. Musharah – iaitu yang muncul kerana adanya ikatan perkahwinan (menantu), di antara ibu isteri (mertua), anak perempuan daripada isteri yang sudah digauli, isteri anak (menantu perempuan) dan isteri bapa (ibu tiri).

Perkahwinan
Gambar ehsan Google.
Kedua

Perempuan yang haram dikahwin untuk sementara waktu. Di antara penyebabnya, iaitu dua perempuan yang bersaudara dalam satu ikatan perkahwinan, perempuan yang tidak beragama Islam, perempuan yang ditalak tiga, mengumpulkan dua muhrim (isteri dengan kakaknya) dan mengahwini wanita  penzina. (Syaikh Ahmad Jad, Fiqhus Sunnah Linnisa, 2009: 468-482).

Diharamkan pula, mengahwini wanita-wanita yang masih memiliki suami, kecuali tawanan perang.
Dia halal bagi orang yang menawannya selepas berakhir masa idah-nya meskipun dia masih menjadi isteri orang lain. Dijelaskan Abu Sai`d Al-Khudri r.a, sesungguhnya kaum muslimin beroleh tawanan wanita yang mempunyai suami dalam perang Autas. Mereka tidak mahu dicampuri oleh yang berhak atasnya. Lalu kaum muslimin, bertanya kepada Rasulullah SAW hingga turunlah ayat ini sebagai penegasan hukum.
Diriwayatkan oleh At-Tabrani, daripada Ibnu Abbas, bahawa  ayat ini turun pada waktu perang Hunain. Bila masa itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada kaum muslimin. Mereka beroleh tawanan beberapa wanita Ahli Kitab. Ketika akan dicampuri, mereka menolak dengan alasan masih bersuami. Kaum muslimin pun bertanya Rasulullah SAW yang kemudian menjawabnya berdasarkan ayat ini. (Ibnu Kasir, Tafsir Al-Qur`anil Azim, Jilid 1,1996: 484).
Petikan dari: QS aL Nisa`, 4: 23-24


Saturday, April 21, 2018

Kuliah : Nasihat buat kaum Hawa

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu nasihat buat kaum Hawa.

Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi s.a.w sudah berpesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT. Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang dapat membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur. Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita. Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

Wanita soleha

Gambar ehsan Google.

Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.

Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah.

Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah sukar ditemui.

Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami. Semoga perkongsian ini mendorong kita untuk menjadi insan lebih baik lagi.

Thursday, April 19, 2018

Petua : Air limau nipis untuk menguruskan badan

Rasanya ada banyak entry yang teman sudah kongsikan untuk menguruskan badan atau mengurangkan berat badan. Dalam entry kali ini, teman hendak kongsikan satu lagi petua untuk menguruskan badan. Petua ini hanya mengunakan perahan air limau nipis.

Limau Nipis
Gambar ehsan Google.

Perahan air limau nipis ini di jadikan jus. Kome perlu pastikan jus limau nipis ini pekat tanpa menambah air. Bagi mendapatkan rasa yang enak, kome boleh tambahkan sedikit gula. Minum jus limau nipis ini dua kali sehari selepas makan tengahari dan makan malam. Berat badan kome akan turun perlahan-lahan. Selamat mencuba.


Wednesday, April 18, 2018

Wordless : Budak Nakal

Budak nakal. Dimana-mana saja mereka nie ada... sampaikan di belakang lori pun mereka tumpang menempek...



Sunday, April 15, 2018

Kuliah : 7 tanda-tanda hati sudah mati

Kuliah pagi ini, membicarakan soal hati. Bukan soal hati berkenaan cinta atau yang sekutu dengannya. Tapi, berkenaan hati yang telah mati terhadap Islam. Sama-samalah kita berdoa semoga kita di jauhkan dari hati yang mati ini. Apakah tanda-tanda hati itu telah mati? Nie yang teman nak kongsikan dalam entry pagi ni.

Hati mati
Gambar ehsan Google.


Mengikut ulama, ada 7 tanda-tanda hati telah mati, iaitu;

1. Berani meninggalkan sembahyang.

Sembahyang lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu sembahyang sahaja pun maka dosanya sangat besar dan bergelar ia dengan nama fasiq. Orang yang tidak sembahyang akan diazab di dalam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menungggunya.

2. Merasa tenang walupun setiap hari melakukan dosa

Firman Allah :

ูƒَู„ุงَّ ุจَู„ْ ุฑَุงู†َ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆْุจِู‡ِู…ْ ู…َุง ูƒَุงู†ُูˆْุง ูŠَูƒْุณِุจُูˆْู†َ

Artinya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin : 14)

3. Jauh dari Al-Qur'an

Tidak ada masa dalam hidupnya untuk membuka Quran, membaca dan memerhatikan maknanya. Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.

Firman Allah :

ุฃَูَู„َุง ูŠَุชَุฏَุจَّุฑُูˆู†َ ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†َ ุฃَู…ْ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆุจٍ ุฃَู‚ْูَุงู„ُู‡َุง

Artinya: “Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Qur'an bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” (Muhammad : 24)

4. Tidak ada masa memikirkan perkara agama

Firman Allah :

ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุทَุจَุนَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ู‚ُู„ُูˆุจِู‡ِู…ْ ูˆَุณَู…ْุนِู‡ِู…ْ ูˆَุฃَุจْุตَุงุฑِู‡ِู…ْ ูˆَุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุบَุงูِู„ُูˆู†َ

Artinya: "Mereka itulah orang-orang yang hati mereka,  telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai” ( An-Nahl : 108)

5. Hidupnya hanyalah membuat sangkaan buruk kepada orang dan mencari salah orang

Firman Allah :

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ุงุฌْุชَู†ِุจُูˆุง ูƒَุซِูŠุฑًุง ู…ِู†َ ุงู„ุธَّู†ِّ ุฅِู†َّ ุจَุนْุถَ ุงู„ุธَّู†ِّ ุฅِุซْู…ٌ ูˆَู„ุง ุชَุฌَุณَّุณُูˆุง

Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” (Al-Hujurat : 12)

6. Tidak suka mendengar nasihat.

Firman Allah :

ูˆَู„َู‚َุฏْ ุฐَุฑَุฃْู†َุง ู„ِุฌَู‡َู†َّู…َ ูƒَุซِูŠุฑًุง ู…ِู†َ ุงู„ْุฌِู†ِّ ูˆَุงู„ุฅู†ْุณِ ู„َู‡ُู…ْ ู‚ُู„ُูˆุจٌ ู„ุง ูŠَูْู‚َู‡ُูˆู†َ ุจِู‡َุง ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุฃَุนْูŠُู†ٌ ู„ุง ูŠُุจْุตِุฑُูˆู†َ ุจِู‡َุง ูˆَู„َู‡ُู…ْ ุขุฐَุงู†ٌ ู„ุง ูŠَุณْู…َุนُูˆู†َ ุจِู‡َุง ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ูƒَุงู„ุฃู†ْุนَุงู…ِ ุจَู„ْ ู‡ُู…ْ ุฃَุถَู„ُّ ุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْุบَุงูِู„ُูˆู†َ (ูกูงูฉ

Artinya:  “ Dan sungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.” (Al-A’raf : 179)

7.Tidak takut dengan mati dan azab kubur.

Firman Allah :

ูˆَู„َูˆْ ุชَุฑَู‰ٰ ุฅِุฐِ ุงู„ْู…ُุฌْุฑِู…ُูˆู†َ ู†َุงูƒِุณُูˆ ุฑُุกُูˆุณِู‡ِู…ْ ุนِู†ْุฏَ ุฑَุจِّู‡ِู…ْ ุฑَุจَّู†َุง ุฃَุจْุตَุฑْู†َุง ูˆَุณَู…ِุนْู†َุง ูَุงุฑْุฌِุนْู†َุง ู†َุนْู…َู„ْ ุตَุงู„ِุญًุง ุฅِู†َّุง ู…ُูˆู‚ِู†ُูˆู†َ

Artinya: "Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal solih. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah terlambat)." (As-Sajadah  : 12)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Wallahu A'lam.


Saturday, April 14, 2018

Kuliah : Cepat menghukum

Dalam dunia teknologi di hujung jari ini, segala info serta isu terkini mudah sahaja di perolehi. Hanya perlu gadget yang dihubungkan ke internet dan segalanya hanya di hujung jari anda. Jika ada apa saja berita serta isu-isu mudah sahaja untuk viralkan di media internet oleh netizen. Bila telah di paparkan di internet, mudah sahaja untuk orang lain melihatnya dan mulalah timbul pelbagai tanggapan serta komen-komen oleh netizen atau keyboard warrior. Ada yang bereaksi positif dan ada juga yang mudah mencemuh, mengkritik dan dengan senang lenangnya menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Dalam entry hari ini, teman ingin kongsikan kuliah yang mengupas isu berkenaan “Cepat Menghukum Tanpa Usul Periksa”.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Thursday, April 12, 2018

Petua : Untuk menghilangkan sakit jangkitan Telinga

Pernah tak kome mengalami sakit telinga akibat jangkitan? Pasti tidak merasa selesakan. Dalam entry hari ini, teman ingin kongsikan satu tips atau petua untuk mengatasi masalah ini dengan cepat. Tahukah kome jangkitan telinga kanak-kanak juga boleh menyebabkan demam teruk? Demam panas yang melebihi 5 hari, mesti ada sebabnya kerana demam panas selalu tanda badan kome sedang melawan jangkitan.

Sakit akibat jangkitan pada telinga
Gambar ehsan Google.

Oleh sebab itu, kome perlulah segera mendapatkan rawatan untuk merawat jangkitan pada telinga sebelum ia menjadi lebih parah. Antara alternative yang boleh di buat ialah dengan mencuba petua atau tips ini.

Untuk pengetahuan kome ekstrak bawang putih sangat bagus untuk membunuh bakteria dan kulat. Kajian telah menunjukkan bahawa bawang putih boleh mengurangkan sakit jangkitan telinga. Kome perlu gunakan minyak bawang putih sekurang-kurangnya tiga kali sehari dengan tiga titisan yang banyak kedalam telinga untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Selamat mencuba ya.

Sunday, April 8, 2018

Kuliah :Fadhilat membaca surah Al-Mulk sebelum tidur

Dalam entry pagi ini, teman hendak kongsikan satu lagi amalan yang boleh dibuat sebelum kita tidur. Amalan kali ini adalah membaca surah Al-Mulk. Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat. Surah ini termasuk dalam surah Makkiyah. Rasulullah SAW sangat mencintai surah Al-Mulk. Baginda mengharapkan surah Al-Mulk berada di hati setiap mukmin.

Surah Al-Mulk mempunyai banyak fadhilat bagi sesiapa yang melazimkan membacanya, antaranya:
1. Diberi keselamatan dari azab kubur
2. Diberikan syafaat sampai diampuni dosanya
3. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga




An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari siksa kubur. (HR An-Nasai)

Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu "Tabarakallazi" (HR At-Tabrani)

" Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk" (HR Abu Daud)


Saturday, April 7, 2018

Kuliah : Doa kepada ibu dan ayah

Teman sekadar hendak memanjangkan perkongsian doa ini terhadap ayah dan ibu. Semoga kita menjadi anak-anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita.


Thursday, April 5, 2018

Petua : Untuk mencuci buah-buahan

Kebanyakkan orang mencuci buah-buahan hanya dengan mengunakan air paip. Kita tak tahu pun apa yang disemburkan pada buah-buahan tersebut untuk nampak segar dan tahan lama. Walaupun nampak cantik dan segar, tidak semestinya ia bersih dan selamat di makan.

Buah-buahan

Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman hendak kongsikan satu petua atau tips untuk membersihkan buah-buahan. Mula-mula sekali bersihkan buah-buahan tersebut bersama air garam. Kemudian toskan air dan lumurkan dengan tepung gandum. Biarkan seketika dan kemudian bilas dengan air bersih.

Insya-Allah buah-buahan ini selamat untuk di makan.


Wednesday, April 4, 2018

Wordless : Restoran Try To Eat

Restoran nie terletak di bandar Rawang. Yang muslim tu, jangan pulak nak cuba-cuba try to eat here... nie untuk non muslim saja... Saja nak share dalam entry nie sebab nama restoran tu agak unik juga...

Restoran Try To Eat

Monday, April 2, 2018

10 hackers ternama

Hackers atau penggodam ada tiga jenis. Yang pertama penggodam topi putih, iaitu mereka yang menceroboh sistem komputer bagi mempertingkatkan sekuriti sistem. Kedua, penggodam topi kelabu yang menggodam komputer untuk sekadar seronok-seronok. Ketiga, penggodam topi hitam iaitu penjenayah cyber yang menggodam untuk tujuan jahat.

Hacker

Gambar ehsan Google.


Berikut adalah penggodam tersebut;

Albert Gonzales 
Beliau yang menggunakan nama samaran CumbaJohnny, Segvec, SoupNazi, KingChilli. Berumur 37 tahun. Albert Gonzales  berasal dari Cuba dan mengikut keluarganya ke Amerika Syarikat pada 1980an. Dia kemudiannya menjadi ketua kumpulan “Operation Get Rich” atau “Dei Trying”.

Albert Gonzales
Gambar ehsan Wikipedia.

Albert Gonzales menjadi perancang utama dalam kes kecurian dan penjualan maklumat lebih 170 juta kad kredit dari tahun 2005-2007. Kes ini merupakan kes penipuan kad kredit terbesar dalam sejarah.

Dia menggodam sistem pasar raya seperti DSW, Office Max, Dave & Busters, Boston Market, Barnes and Noble, Sport Authority dan T.J Maxx dengan menggunakan teknik mudah.

Albert Gonzales di tahan di sebuah hotel di Pantai Miami, Florida, AS pada Mei 2008. Polis berjaya merampas lebih AS$1.6 juta wang tunai di dalam rumah keluarganya. Pada 25 Mac 2010, Albert Gonzales di hukum penjara 20 tahun.

Karl Koch
Karl Werner Lothar Koch juga di kenali sebagai Karl Koch menggunakan nama samaran “Hagbard”. Karl Koch merupakan ahli kumpulan penggodam “The Computer Chaos Club”. Pemuda dari Jerman ini bersama ahli kumpulannya menceroboh masuk ke dalam sistem komputer kerajaan AS bagi mencuri maklumat untuk dijual kepada agensi perisikan Kesatuan Soviet, Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti (KGB).

Karl Werner Lothar Koch

Gambar ehsan Google.

Mereka menyasarkan NASA, data bank ketua turus AS dan Institute Max Planck bagi Fizik Nuklear. Pada 1989, Jerman Barat mengetahui tentang The Computer Chaos Club dan mendakwa mereka atas kesalahan mengintip.

Bagi mengelak dirinya daripada hukuman, Koch bersetuju bekerjasama dengan pihak berkuasa. Namun, tidak lama kemudian iaitu pada 23 Mei 1989, Koch ditemukan mati terbakar di sebuah hutan di Celle, Jerman. Dia dipercayai dibunuh oleh KGB bagi mengelak lebih banyak kebocoran maklumat.

Michael Calce
Beliau menggunakan nama samaran Mafiaboy, berumur 34 tahun. Michael Calce berasal dari Montreal, Quebec, Kanada. Pada Februari 2000, dia melakukan serangan siber ke atas banyak laman sesawang popular termasuk Yahoo!, FIFA.com, Amazon.com, Dell.inc, Ebay, CNN dan E*Trade sehingga tergendala sehingga satu jam.

Michale Calce

Gambar ehsan Google.

Dalam tempoh satu jam sahaja, Calce berjaya ditangkap selepas dia bercakap besar tentang perbuatannya laman sembang.

Pada tahun 2001, dia dihukum tahanan terbuka selama lapan bulan, dihadkan penggunaan internet dan sejumlah kecil denda. Calce menerima hukuman ringan kerana berusia 15 tahun dan masih bersekolah ketika itu.

Edward Majercyzk
Ogos 2014, koleksi hampir 500 gambar peribadi termasuk foto bogel pelbagai selebriti kebanyakkannya wanita tersebar di internet. Skandal ini di kenali sebagai Celebgate atau Fappening.

Perbuatan tersebut didalangi oleh beberapa penggodam termasuk Edward Majercyzk. Penggodam bersiri itu menggodam akaun iCloud dan Gmail milik beratus-ratus orang selebriti bagi mencuri gambar bogel.

Edward Majercyzk

Gambar ehsan Google.

Kes tersebut mendapat liputan meluas di media dan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai terhadap keselamatan data peribadi mereka.

Pada September 2016,  Edward Majercyzk mengaku bersalah dan di hukum penjara selama 9 bulan.

Mathew Bevan dan Richard Pryce
Mereka berdua ini adalah penggodam British, Mathew Bevan bersama anak didiknya Richard Pryce menyerang rangkaian sistem Pentagon selama beberapa minggu pada 1984. Bevan berusia 21 tahun dan Pryce 16 tahun pada waktu tersebut.

Mereka membuat salinan simulasi medan peperangan dari Pengkalan Tentera Udara Griffis di New York, memintas mesej dari agen AS di Korea Utara. Mereka turut menceroboh masuk ke dalam sistem NASA bagi mencari bukti kewujudan makhluk asing.

Mathew Bevan dan Richard Pryce

Gambar ehsan Google.

Tindakan mereka ini menyebabkan AS berasa tidak senang kerana mereka tidak dapat menentukan samada mereka menceroboh masuk ke dalam sistem Korea Utara atau pun Korea Selatan. Sekiranya  Korea Utara, pencerobohan itu di anggap sebagai satu bentuk peperangan dan boleh mencetuskan ketegangan di antara AS dan negara komunis tersebut. Namun, mujurlah mereka menggodam sistem Korea Selatan.

Bevan dan Pryce berjaya di tahan pada tahun berikutnya. Bevan di denda AS$ 1,500, manakala Pryce di lepaskan kerana kekurangan bukti.

Jonathan James
Antara 23 Ogos dan 27 Oktober, 1999 Jonathan James pada ketika itu berusia 15 tahun, menceroboh masuk ke dalam pelbagai sistem termasuk sistem sekolah Bellsouth dan Maimi - Dade serta server (pelayan) komputer agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan (DTRA) AS.

Dia juga berjaya menceroboh ke dalam sistem Pentadbiran Angkasa Aeronautik Negara (NASA) dan mencuri perisian bernilai AS$1.7 juta yang digunakan untuk mengawal elemen kelangsungan hidup di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Jonathan Joseph James

Gambar ehsan Google.

Selepas pencerobohan itu dikesan, NASA terpaksa menutup komputer mereka selama 3 minggu Dan membelanjakan AS$ 41,000 untuk memeriksa dan memulihkan sistem mereka.

James ditahan pada Januari 2000. Dia kemudiannya mengaku bersalah atas dua kesalahan juvana sebagai pertukaran kepada hukuman yang lebih ringan.Dia dihukum tahanan di rumah selama enam bulan dan diletakkan dalam pengawasan sehingga berumur 18 tahun serta di perintahkan menulis surat permohonan maaf kepada NASA dan Jabatan Pertahanan.

Pada 2008, James sekali lagi di siasat oleh pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam siri penggodaman maklumat kad kredit. Pada 18 Mei 2008, James di temui mati di dalam bilik air rumahnya dengan kesan tembakan di kepala. Dia di percayai membunuh diri kerana tidak mahu dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukannya.

Hector Monsegur
Beliau merupakan pengasas bersama kumpulan penggodam dan mengunakan nama samaran ‘Sabu’. Ketika itu beliau berumur 34 tahun. Lulzsec yang telah menceroboh sistem Sony News International, Agensi Perisikkan Pusat (CIA), Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Scotland Yard dan beberapa agensi terkenal yang lain.

Identiti sebenar Sabu di kenal pasti oleh Backtrace Security pada 11 March 2011 dan Monsegur di tangkap oleh FBI pada Jun 2011. Namun, Monsegur bersetuju menjadi pemberi maklumat dan bekerjasama dengan FBI bagi menangkap penjenayah cyber yang lain.

Hector Monsegur

Gambar ehsan Google.

Monsegur menyalurkan maklumat sehingga FBI berjaya menangkap lima penggodam yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Anonymous, Lulzsec dan Antisec. Maklumat yang diberikan oleh Monsegur juga membawa kepada penangkapan penggodam paling di kehendaki, Jeremy Hammond dan dua penggodam dari UK iaitu James Jeffery dan Ryan Cleary.

Sepanjang berkerjasama dengan FBI, Monsegur berjaya menghalang 300 serangan cyber sepanjang 3 tahun sejenak 2011 termasuk ke atas sistem NASA, tentera AS dan syarikat media.

Semasa hari jatuh hukum pada 27 Mei 2014, Monsegur dibebaskan dengan setahun pengawasan kerana bekerjasama dengan FBI.

Andrian Lamo
Andrian Lamo ketika itu berusia 36 tahun. Beliau mula mendapat perhatian media selepas menceroboh masuk ke dalam beberapa rangkaian komputer berprofile tinggi termasuk The New York Time, Yahoo! dan Microsoft. Dia ditahan pada 2003.

Pada 2004, lamu dihukum tahanan di dalam rumah ibu bapanya selama enam bulan, diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun dan di arahkan untuk membayar AS$ 65,000.

Andrian Lamo

Gambar ehsan Google.

Pada 2010, Lamo melaporkan kepada tentera AS tentang Bradley Manning yang telah membocorkan banyak document sulit tentang operasi tentera AS di Iraq kepada Wikileaks. Manning kemudian di hukum penjara selama 35 tahun.

Menurut Lamo, dia tidak akan mendedahkan Manning sekiranya nyawanya tidak dalam bahaya.

Kevin Mitnick
Kevin Mitnick berumur 54 tahun juga dikenali sebagai The Condor dan The Darkside Hacker. Kevin pernah di penjarakan pada tahun 1988 mencuri program komputer beberapa organisasi.

Selepas dibebaskan beliau kembali menggodam beberapa sistem komputer beberapa organisasi ternama seperti Nokia, Motorola dan Pentagon sehingga di senaraikan penjenayah cyber yang paling di kehendaki di AS.

Kevin Mitnick

Gambar ehsan Google.

Pada 1995, Mitnick di tangkap oleh pihak berkuasa dan di dakwa atas 25 pertuduhan berkaitan jenayah cyber. Pada 1999, Mitnick mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan dan dihukum penjara selama 46 bulan dan tiga tahun di bawah pengawasan. Selepas menjalani hukumannya, beliau kini menjadi usahawan berjaya dan memiliki firma sekuriti komputer sendiri, Mitnick Security Consulting.