Sunday, December 29, 2013

Kuliah : Tidak akan terputus rezeki

Ayah dan ibu hendaklah dihormati dan disayangi. Selalulah doakan untuk mereka. Insyaallah "Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya"

Saturday, December 28, 2013

Kuliah : Jom solat

Bagus iklan mengajak muslim bersolat. Sekarang nie ramai diantara kita yang lalai menjaga solat mereka. Peringatan buat mereka, "Solat itu adalah tiang agama". Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.


Friday, December 27, 2013

Wordless : End of 2013 at KLCC

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) end of December, 2013.










Thursday, December 26, 2013

Petua : Untuk melebatkan rambut

Rambut bermasalah? Setengah mereka mengalami masalah rambut kusam serta tidak bermaya. Klik disini untuk membaca petuanya. Ada antara mereka pulak mengalami masalah rambut yang berapa nak lebat. Hari nie teman akan kongsikan petua melebatkan rambut.


Mudah sahaja untuk mengamalkan petua nie. Hanya gunakan minyak sapi saja. Ambil 3 sudu minyak sapi, kemudian lumurkan pada keseluruhan kulit kepala kome tu dan bungkus rambut dikepala dengan tuala kering. Biarkan semalaman.

Keesokkan harinya bilas rambut kome sehingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.

Selamat mencuba!

Petua : Rawatan alternatif untuk resedung

Ada masalah resdung? Teman terjumpa petua ini dan berkongsi dengan kome semua. Harap perkongsian ini dapat membantu mengatasi masalah resdung kome tu. Untuk membuat petua nie, kome memerlukan bahan dibawah :

Limau nipis - 8 biji
Daun pandan - 10 helai (dihiris halus seperti membuat bunga rampai)

Gambar ehsan Google.

Cara membuatnya;
Hirisan halus daun pandan tadi hendaklah dicampur perahan limau nipis, kemudian gaulkan sehingga sebati. Biarkan beberapa minit. Sapukan campuran ini pada muka kome tu.

Jika ianya sesuai dengan kome, tak sampai 5 minit kemudian akan keluar ulat-ulat resdung dari kulit muka kome. Paling banyak akan keluar di bahagian kening. Amalkan 3 kali seminggu. Sebaik-baiknya dilakukan di antara 10 pagi hingga 3 petang kerana ulat resdung aktif pada waktu ini. Lebih mudah guna kain hitam untuk menadah semasa membuang ulat resdung supaya mudah untuk melihat ulat resdung tersebut.

Selamat mencuba!

Petua : Membuang toksid didalam tubuh badan

Macam mana toksid boleh masuk ke dalam tubuh kita? Sudah tentu lah melalui permakanan yang kita ambil seharian. Toksid akan menyebabkan kesihatan tubuh terganggu. Toksin juga akan mengundang pelbagai penyakit. Terdapat petua untuk mengeluarkan toksid tanpa perlu mengambil ubatan kimia. Kome hanya perlu dapatkan buah epal hijau dan daun saleri. Mudahkan!

Gambar ehsan Google.

Ok, ambil;

  1. 1 biji epal hijau
  2. Daun saleri

Caranya mudah saja. Sebiji epal hijau dan daun saleri hendaklah dikisar bersama sedikit air seperti mana membuat jus. Tambahkan sedikit gula jika perlu. Amalkan jus minuman ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Petua : Untuk menghilangkan perut buncit

Perut buncit. Bagaimana hendak menghilangkannya? Melalui pengamatan teman, kebanyakkan lelaki setelah berumahtangga mengalami masalah ini. Ada juga segelintir dari mereka yang belum berkahwin turut mengalami masalah ini. Tidak terkecuali pada kaum wanita juga.

Gambar ehsan Google.

Sebenarnya perut buncit ini adalah berpunca dari amalan permakanan dan perlakuan seharian. Ianya akan mengambil masa dan perlukan komitmen yang bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Antara petua yang perlu menjadi amalan seharian adalah seperti berikut;

  1. Makan Dengan Perlahan - Semasa makan, elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas.
  2. Jangan Minum Teh - Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda mengeras dan sukar dicerna.
  3. Kurangkan Pengambilan Garam - Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
  4. Jangan Tidur Selepas Makan - Makanan yang anda baharu ambil itu pastinya tidak dapat dicerna dengan baik dan boleh menyebabkan jangkitan kepada usus sekiranya anda terus tertidur atau terasa mahu tidur.
  5. Jangan Mandi - Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. Kalau boleh, sebelum makan, mandi dahulu.
Klik disini untuk membaca beberapa petua lagi berkenaan masalah perut buncit.

Tuesday, December 24, 2013

Batu Belah Transportation

Kali pertama terpandang banner nie, terus teman teringat kisah lagenda Batu Belah Batu Bertangkup. Satu mitos yang mengatakan sebuah batu besar yang mampu menelan manusia. Sebenarnya Batu Belah merupakan sebuah nama tempat di daerah Klang. Klik disini untuk membaca entry Batu Belah. Kome boleh layari Youtube kalau nak menonton cerita Batu Belah Batu Bertangkup nie.

Kalau nak baca lebih lanjut mengenai Batu Belah Batu Bertangkup, sila klik disini di kongsi oleh blogger Zamrud.


Monday, December 23, 2013

Penjenayah dikehendaki Polis

Penjenayah merbahaya dikehendaki oleh Polis. MOST WANTED PERSON. Teman berharap entry ini dapat membantu pihak PDRM untuk menangkap mereka.


Gambar ehasan MyMetro.

Tips untuk menjimatkan bil elektrik

Macam mana nak menjimatkan elektrik? Sekarang nie heboh sangat pasal kos sara hidup yang meningkat. Bermula dengan penarikan subsidi minyak oleh kerajaan Barisan Nasional, diikuti pula dengan kenaikkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dan yang terbaru adalah kenaikan kadar tol lebuhraya. Turut terdengar tambang LRT turut akan naik disebabkan peningkatan kos. Kenaikkan kos sara akan lebih perit terasa oleh golongan yang berpendapatan rendah yang berkerja atau menetap di Lembah Klang.


Gambar ehsan zal-eyra.

Dalam entry nie, teman nak kongsikan tips untuk menjimatkan pengunaan elektrik di rumah kome tu. Sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan bil elektrik kome tu. Bila bil elektrik dah kurang, teman harapkan pendapatan TNB pun susut. Boleh ker?

Item pertama yang perlu kome ambil berat sikit ialah peti sejuk. Peti sejuk confirm lah akan dihidupkan 24 jam sehari kan. Tak gitu. Kome amalkan macam kat bawah nie;
  • Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.
  • Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Jangan selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.
  • Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun. Ambil peti sejuk yang mengunakan teknologi inverter. Pengunaan teknologi inverter dapat menjimat pengunaan elektrik.
  • Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.
  • Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan. Ada lagi ker peti sejuk yang ada fros nie? Teman agak, kebanyakkan peti sejuk baru semuanya dah guna teknologi canggih. Tak ada fros lagi dah kan.
  • Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.
  • Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.
  • Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

Item kedua ialah air cond. Air cond juga mengunakan elektrik yang agak tinggi. Macam mana nak jimatkan bil elektrik kome tu. Senang jer, ikuti tips dibawah nie;
  • Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas. Tak payah nak guna air cond tu.
  • Kalau nak guna air cond jugak, tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ยบC. Teman kat rumah air cond teman dah set 19ยบC. Aisar kata, bilik papa ada salji :d
  • Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari. Kalau ada tingkap tu, pasang lah langsir yang tebal. Bagi bilik tu gelap sedikit.
  • Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.
  • Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga. Bukannya saiz air cond yang besar atau kecil, tapi kuasa kuda nya atau pun horse power. Kalau bilik kecil, 1 horse power sudah memadai. Tapi kalau nak bersalji lagi, ambil lah 4 horse power. Tapi bil air kome tu macam air lah laju.
  • Tukar air cond baru jer. Ambil yang mengunakan teknologi inverter.

Item ketiga ialah mesin basuh. Mesti ramai mengunakan mesin basuh dirumahkan. Ok, tip untuk mengurangkan bil elektrik melalui pengunaan mesin basuh teman kongsikan kat bawah nie;
  • Jika kome kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya kome membeli mesin basuh jenis muatan hadapan. Mungkin mesin basuh jenis ini agak mahal sedikit berbanding mesin basuh muatan atas. Tetapi untuk jangka panjang, mesin basuh muatan hadapan lebih tahan lama jika dibandingkan mesin basuh muatan atas.
  • Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian. Basuh mengunakan mesin apa pakaian yang hendak dibasuh itu banyak. Kalau sikit-sikit tu, basuh dengan tangan jer.

Item keempat ialah komputer dan alatan internet. Macam mana nak buat? Follow jer tip yang teman kongsikan nie;
  • Guna je laptop atau pun komputer yang mempunyai skrin leper atau flat screen.
  • Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.
  • Jika tidak diguna, modem wifi tu hendaklah ditutup. Sekurang-kurangnya dapat juga menjimat pengunaan elektrik.
  • Kalau dah terlampau berkira sangat, laptop tu hendak lah di cas penuh di office.

Item kelima pula berkenaan pengunaan seterika. Macam mana nak jimat elektrik melalui seterika? OK, tipsnya macam nie...

  • Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak. Ini kerana, setiap kali seterika yang sejuk hendak di panas, ia akan mengunakan banyak tenaga elektrik.
  • Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.

Gambar ehsan blogger paapaada.

Item keenam dan terakhir pula adalah berkenaan pencahayaan. Bagaimana kome boleh jimat elektrik melalui pencahayaan. Ikutilah tips terakhir yang teman kongsikan dibawah nie;

  • Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
  • Bertukar kepada mentol lampu jenis fluorosen atau LED untuk pencahayaan dalaman dan luaran. Klik disini untuk membaca mengenai LED.
  • Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang. Di waktu siang, tidak perlulah untuk mengunakan lampu.
  • Pertimbangkan pengunaan cat berwarna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

Sunday, December 22, 2013

Kuliah : Doa ketika hendak bangun tidur

Baca doa dulu sebelum bangun tidur.


Saturday, December 21, 2013

Kuliah : Doa ketika hendak tidur

Sebelum tidur tu, baca lah doa yer...

Kuliah : Doa pada waktu pagi

Thursday, December 19, 2013

Petua : Merawat kulit terbakar oleh matahari (sunburn)

Pernah kena Sunburn tak? Teman pasti ramai pernah kena kesan kulit terbakar oleh matahari atau sunburn disebabkan lama terdedah pada sinaran matahari. Nampak macam buruk je kan... Itu lah akibatnya tak pakai sunblock atau sunscreen protection bila mandi di pantai atau berendam kat kolam tu. Silap hari bulan satu badan boleh kena sunburn.

Cuba kome tengok kaki nie... Nie baru di kaki. Belum lagi tunjuk kat badan. Tulah akibat seksi meksi di pantai :d

Sunburn

Gambar ehsan Google.


Petua 1: Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.

Petua 2: Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.

Petua 3: Kisar 6 biji timun dan campurkan dengan 2 sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengan air suam.

Petua 4: Belah 2 biji tomato kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 - 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.

Teman ada kongsikan petua lain berkenaan sunburn ini dengan mengunakan tepung. Jika berminat membacanya klik disini.

Petua : Pantang larang melayu untuk tenaga batin lelaki

Kali nie teman nak kongsikan petua khas untuk orang lelaki bagi menjaga kesihatan dan untuk tenaga batin. Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan orang tua-tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat, hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.


Gambar ehsan Google.
  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. 
  4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak. 
  5. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
  6. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  7. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  8. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  9. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  10. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
  11. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  12. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
  13. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  14. Jangan jimak di dalam air.
  15. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.
  16. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  17. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  18. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
  19. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga.

Wednesday, December 18, 2013

American Classic Car Showcase 2013

Pameran nie sebenarnya sebahagian dari KLIMS2013 tu. Cuma konsep pameran di hall nie adalah berkonsepkan kereta klasik. Kesemuanya adalah kereta dari Amerika Syarikat. Sebab itu pameran ini dikenali sebagai American Classic Car Showcase.

Dah namanya pameran kereta, tentulah teman akan kongsikan gambar-gambar kereta juga. Cuma disini tak ada awek seksi  yang berpossing di tepi kereta. Mungkin kereta ini kereta klasik dan awek model yang ada belum klasik lagi :d

Anyway, jemput layan tengok kereta klasik nie.





Gambar diatas ehsan Google.

Tak banyak pun gambar dapat teman ambil. Aisar kata kereta kat sini tak best, tak macam yang ada di dalam tu. So, tak sempat la teman nak spent time lama sket disini.







Nie je yang sempat teman ambil. Banyak juga kereta klasik untuk dijual dan juga kereta yang sudah dijual dipamerkan disini. Dah nama pun kereta klasik, semuanya nampak basic saja la... Apa pun, jika tiada yang lama tiada jugalah yang baru. Tamat lah sudah entry teman untuk Kuala Lumpur International Motor Show 2013 nie :d.

Terima kasih atas kesudian membaca entry ni dan meninggalkan komen kome tu. :d

Tuesday, December 17, 2013

Malaysia International Auto Salon

Malaysia International Auto Salon turut menyertai Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS) yang lepas di Hall 3, Putra World Trade Centre (PWTC). Pameran ini menampilkan pelbagai kereta yang telah diubahsuai dengan dilengkapi dengan pelbagai aksesori. Kadang-kadang ubahsuai yang dibuat terlalu melampau. Teman tak rasa owner kereta nie drive kereta nie di jalan raya. Tapi itu lah kan cita rasa tuan empunya kereta tersebut. Apa pun, teman kongsikan dalam entry ini untuk tatapan bersama.

Kereta sport sangat rendah. Tingginya dari permukaan lantai atau jalan raya hanya beberapa sentimeter saja... Kalau di jalan raya tu ada bumper... confirm tak lepas punya laa...



Yang nie pulak dah rupa macam kereta kartun... Kereta ini diubah suai mengikut konsep car and gun... Macam nak pergi berperang jer... Kereta nie dilengkapi dengan pelbagai senjata... Mungkin kalau senjata ini berfungsi, habis lah kereta kat jalan raya tu di tembaknya...






Nie pulak kereta kancil yang diubah suai menjadi Daihatsu MIRA, berwarna pink. Teman fikir, pemiliknya pasti wanita. Ada ke lelaki yang buat modification macam nie... Warna kereta dah la warna pink, lepas tu siap ada bulu mata pulak kat lampu kereta dan rambu ramba...



Kereta nie pulak dah macam dinosaur pulak... siap ada duri-duri...




Nie pulak kereta Wira yang di beri sentuhan air brush art.






Next entry, teman kongsikan pulak berkenaan pameran America Classic Car Showcase semasa KLIMS2013. Masih lagi entry pasal kereta :d

Monday, December 16, 2013

Kuala Lumpur International Motor Show 2013

Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS2013) yang berlangsung pada 15 hingga 24 November yang lepas di Putra World Trade Centre (PWTC). Ini merupakan kali pertama teman dan keluarga ke pameran KLIMS nie. Impian teman hanyalah untuk melihat sendiri kereta konsep rekaan dari pelbagai jenis pengeluar kenderaan terkemuka dunia. Rupanya, bukan teman sahaja yang teruja untuk melihat kereta nie, Aisar pun sama jugak. Siap melompat-melompat menarik tangan teman dan berposing sakan dekat kereta sport yang dia suka.


Dah nama pun melawat pameran kereta, sah-sah lah banyak gambar kereta yang teman nak kongsikan dalam entry nie. Lagi pun temankan peminat kereta :d

Untuk pengetahuan semua, ini adalah harga tiketnya.


Kebetulan masa pameran nie, hari cuti sekolah. Teman pegi masa weekdays. Selain dapat jimat dapat elak kesesakan pengunjung.


Agak jauh jugak berjalan dari kaunter tiket ke ruang pameran. Siap ada laluan zigzag pulak sebelum berdepan dengan penjaga pintu masuk untuk menyerahkan tiket. Nasib baiklah pergi waktu weekdays, cepat sikit la... Kalau tak maunya berejam dok berbaris kat pintu masuk. Lepas menyerahkan tiket, dari pintu masuk pameran kena mengunakan laluan pejalan kaki untuk kebawah. Lebih kurang 7 minit baru lah sampai ke pintu masuk ruang pameran. Dah tak sabor dah nie nak tengok kereta :)

Kereta pertama yang menarik perhatian teman ialah model Lexus LFA nie. Sporty betul la. Mujur harganya mahal. Kalau kome nak tahu, harganya anggaran dalam MYR1.2 juta hingga ke MYR2.2 juta sebab Lexus LFA nie limited addition. Production nya hanya dalam 500 unit sahaja untuk setiap version. Klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan model ini. Klik disini untuk tengok harganya di pasaran Malaysia. Nak tahu kereta sport yang paling mahal di Malaysia, klik disini untuk membacanya.









Model ini pula adalah satu-satunya model yang dibawa ke pameran ini. Teman kira, basikal ini adalah basikal yang termahal di dunia.



Tapi kadang-kadang tu, teman mushkil kena setiap kali ada event pasal kereta atau motor mesti ada perempuan berpakaian seksi. Buat spoil je la. Kadang-kadang tu sehingga menyusahkan orang nak ambil gambar kereta. Bukan apa, kita bukan nak ambil gambar dia. Tapi dia dok menyemak jer kat tepi kereta tu. Hampeh betul la.

Ini pula adalah model Toyota NS4. NS4 ini adalah kereta konsep bercirikan hybrid. Sekarang nie kebanyakkan pengeluar kereta menumpukan kajian mereka untuk menghasilkan kereta yang lebih mesra alam. Sila abaikan awek seksi tu yer...





Pengunjung tidak dapat melihat susun atur dalaman bagi model Toyota NS4 nie. Melalui carian di Google, teman dapat melihat kemasan dalaman untuk model NS4 ini








Toyota turut menampilkan model Toyota Camry dengan mengadaptasi teknologi hybrid dengan masih mengekalkan ciri-ciri spesifikasi dan reka bentuk asal. Dengan teknologi hybrid, pengunaan bahan api petrol dapat di jimatkan ke tahap yang paling optimum.





Gambar ehsan Google

Dan untuk julung kalinya, Toyota telah membawa masuk kenderaan pelbagai guna (MPV) model Previa ke Malaysia. Model Previa telah di rebranding. Sebelum ini model ini lebih dikenali sebagai Estima yang telah dibawa masuk oleh pihak pengimport berkonsepkan recond.



Ini pula ada model Volkswagen Golf yang bina secara keratan rentas untuk menunjukkan bahagian dalam atau lapisan model ini. Kat kereta nie, tak ada pulak si perempuan tu nak berpossing... :d




Ini pula adalah model kereta Formula 1 dari Infiniti.




Honda my dream car, dengan tag line "The Power of Dream". I hope my come true... :) Sekali lagi peringatan, sila abaikan awek seksi kat sebelah tu...



Selain model CRZ, Honda turut membawa masuk kenderaan pelbagai guna (MPV) model Odyssey yang akan bersaing dengan model Previa. Sebelum ini model Odyssey telah dibawa masuk secara recond oleh pihak pengimport.






Gambar ehsan Google

Honda pula menampil kereta konsep EV-Ster... huhuhuhuhuhu sangat comel dan seksi...








Gambar ehsan Google



Gambar ehsan Google

Satu-satunya syarikat Malaysia yang menyertai KLIM2013 ialah Perodua. Produa mempamerkan Model MyVi yang telah di naik taraf. Selain dari itu, Perodua turut menampilkan kereta konsep yang memfokuskan kereta sedan compact yang diberi nama Produa Buddy.










Banyak-banyak kereta dalam pameran nie. Kereta nie yang pelik sedikit. Produa mempamerkan hanya bentuk kereta ini. Tak boleh nak diandaikan ianya sebuah kereta sebab ia tidak mempunyai roda dan injin. Mungkin ianya direka sebagai tempat untuk berehat. Awek nie kasi possing untuk teman ambil gambarnya... :d


Apa macam? Comel tak awek model tuh? Melalui pemerhatian teman, hanya model dari Produa jer yang berpakaian sopan. Yang lain tuh, seksi habis. Teman nak kongsikan cerita yang best di akhir entry nanti. Teruskan membaca yer walau pun bosan dengan cara penulisan teman nie :d

Citron pula menampilkan kereta konsep mereka yang dikenali sebagai Citron Namero 9. Kereta ini masih belum berada di pasaran lagi. Tiada maklumat mengenai harganya tetapi jika berminat untuk mengetahui berkenaan Namero 9, silalah klik disini.

Kabur sket gambarnya...










Ford turut bersama dalam pameran KLIM2013 nie. Ford turut mempamerkan beberapa model kereta mereka. Teman suka tengok kereta je... bukan awek model tu.... so, sila abaikan pencemar kereta nie...



Tetapi, teman hanya tertarik dengan model Ford Mustang Shelby GTS500 nie.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kereta nie, kome klik je kat sini. Setakat nie, teman tak ada info pasal harga kereta nie di Malaysia.






Ini pula adalah satu-satunya injin kereta yang dipamerkan secara keratan rentas. Boleh tengok segala apa yang ada dalam injin kereta tu.


Hyundai juga tidak ketinggalan dalam KLIM2014 nie. Dalam pameran kali ini, Hyundai menampilkan beberapa model future ristik mereka. Antaranya adalah dari model I-IONIQ.

Gambar diatas ehsan Google








Nie baru entry pasal kereta konsep di pameran KLIMS, belum lagi masuk kereta yang telh di modify dan dimake up abih... Ada juga kereta antik... Nanti teman kongsikan dalam next entry yer...

Ok, sebagai penutup untuk nie, teman kongsikan cerita yang tertangguh tu... mungkin ianya agak lawak dan mungkin juga agak xxx! sket... Ok mungkin biasa je bagi kome...

Ok, nak dijadikan cerita sewaktu teman keluar dari toilet... teman berselisih dengan salah sorang girl model tu... tetiba dia tergedik-gedik... sambil mengeluarkan hand phone dari celah tu... patutlah rupenya... handphone dia vibrate la... kan depa set phone dalam silent mode... hehehehe... jangan ditanya depa simpan hand phone kat celah... fikir sendiri la ye...

so, moral of the story... Jangan simpan hand phone kat situ :d