Wednesday, January 13, 2016

Char Kuey Teow Tsunami, Tasik Biru

Tempat makan best di Kuang. Jalan-jalan Makan-makan kini bersiaran di tepi Tasik Biru, Kuang untuk menunaikan hasrat adinda yang teringin nak makan Char Kuey Teow Tsunami yang terkenal di kawasan Tasik Biru nie di Warung Teratak Dedap. Warung nie terletak di tepi Tasik Biru. Kebiasaannya, pengunjung akan singgah di gerai nie pada waktu petang. Sememangnya pelanggan gerai akan singgah disini, sambil makan, sambil menikmati waktu petang di tasik.


Gambar ehsan FB Warung Teratak Dedap


Warung Teratak Dedap, Kuang

Makan Char Kuey Teow di bawah pohon kelapa tidak berbuah. Betul-betul di tepi Tasik Biru sambil tengok orang bermain jet ski. Kalau nak datang sini, teman cadangkan kome datang sini sebelum waktu asar. Kalau lewat, gerai nie penuh. Silap hari bulan, bahan utama seperti udang dan ketam untuk char kuey teow tsunami nie habis. Klik disini untuk FB Warung Teratak Dedap untuk maklumat lanjut.


Tasik Biru, Kuang

Tasik Biru, Kuang

Ok, menu signiture yang teman pesan dah sampai. Inilah Char Kuey Teow Tsunami yang terkenal di Tasik Biru. Jangan lupa cuba sekali Rojak Pop-Pop dan Cendol Pop-Pop. Sepinggan Char Kuey Teow Taunami nie berharga RM13.

Char Kuey Teow Tsunami

Rojak Pop-pop


Cendol Pop-pop

Lepas seminggu, teman datang lagi ke Warung Teratak Dedap nie. Kunjungan terbaru nie hanyalah untuk mencuba Mee Goreng Melayu. Bukan apa, hari tu nampak sorang pelanggan tu makan Mee Goreng Melayu, nampak menyelerakan jerk. Itu yang nak cuba rasa jugak.


Mee Goreng Melayu

Well, my comment... mmm... not bad... Beginilah susana Warung Teratak Dedap nie di waktu petang. Penuh dengan pelanggan-pelanggannya.


Warung Teratak Dedap, Kuang

Warung Teratak Dedap, Kuang

Warung Teratak Dedap, Kuang

Sambil makan tu... Sambil layan tengok aksi orang main jet ski...

Tasik Biru, Kuang



Tasik Biru, Kuang



Tasik Biru, Kuang

Teman dapat tau, warung nie akan berpindah di tempat lain. Masih lagi di sekitar Tasik Biru nie. Tak boleh la lagi nak makan di tepian Tasik Biru nie...

Warung Teratak Dedap, Kuang

Lepas nie, kalau kome nak datang makan kat Warung Teratak Dedap nie... calling-calling la nombor kat sign board atas tu... 019-3427478


Warung Teratak Dedap, Kuang

Apa pun, lepak petang-petang di Warung Teratak Dedap nie sambil pekena Rojak Pop-pop atau Char Kuey Teow Tsunami memang owhsome.

10 comments :

  1. Menarik tempat makan dia. Harap sempat lagi nak merasa makan di tepi tasik. Boleh nak pergi juga.

    ReplyDelete
  2. dok fikir kuang ni dok hak mana . nak gak google nanti . tetiba terliur plak tgk segala jenis makanan terutama cendol ...

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai pulak. menarik ni.

    ReplyDelete
  4. berpa minit klau dri damnsar prdana ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la pulak... Cara paling mudah tau jaraknya, guna je applikasi Google Maps tuu...

      Delete
  5. Char kuew teow tsunami indah khabar dari rupa. Special cuma 3 ekor udang kecil rm 9.00? Rasa..belacan??
    Serius Pasar Malam rm 4.00 lagi worth it. Tolongla kalau nak viralkan pun pastikan betul2 sedap..
    Ini hampeh..puiii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Char Kuew Teow Tsunami memang signiture di Tasik Biru... Dari segi rasa, terpulang la pada diri masing-masing... Cita rasa manusia kan semestinya berbeza... Mereka dah pun berpindah kat tempat baru.. Jadi, teman tak pasti la kualiti dan rasa makanannya masih sama atau tidak...

      Delete
  6. Saya baru pegi tadi kedai char kuew tiow tsunami. Tak tau la kedai sama ke x. Tapi kenapa sangat xsedap ya. Ketam pun rasa pelik je. Nasi kukus and ayam penyet pun xsedap. Servis dah la slow. Air pun hambar je. Maaf ya, mungkin hari ni semua xmenjadi. Mungkin ni last. Tp harap boleh improve ya. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen nie... harap-harap owner kedai nie ambil inisiatif untuk improve apa yang patut... Masuk awak, dah ada 2 orang yang komen negetif pasal kedai nie...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...