Inginkan kulit cerah, lembut dan gebu dengan cara
tradisional? Kisarkan kacang soya, dadih, serbuk badam dan madu. Kemudian
sapukan pada badan dan setelah agak kering, gosok-gosokan pada seluruh tubuh
seperti membuat lulur. Hasilnya pasti tidak mengecewakan.
Berkongsi ilmu, pengalaman, hotel review, tempat makan menarik, dan juga petua yang boleh di jadikan panduan
Sunday, November 27, 2011
Kereta Kabel Yang Paling Menyeramkan didunia
Bila tengok gambar ni pun dah ada perasaan gayat dah.Ingatkan yang dekat Genting Highland tu dah gayat.Ni lagi dasyat gayatnya.
Masada cableway di Masada, Israel
nie Haifa ’s Stella Maris cable
China’s Tianmen Chan atau Heaven’s Gate Mountain
Lagi gambar...
Masada cableway di Masada, Israel
Makan-makan di Selera Rimba
Tempat makan best di Sungai Besar, Selangor. Jom kita ke Selera Rimba. Hari ini teman sefamily bersama bonda buat pertama kalinya ke Selera Rimba... Dapat tahu pasal restoran nie dari rancangan Makan Angin TV9... Dulu pun ada jugak keluar kat TV3... apa lagi, teman pun cari laa maklumat lanjut di Internet. Tak banyak maklumat yang ada. Tapi sekurang-kurangnya dapat laaa alamat lengkapnya. Berpandukan koordinate Google Map, kami pun memulakan perjalanan dari Impiana Palace ke Selera Rimba. Mengikut GPS, jaraknya dalam 53KM dari Tanjong Malim.
Nie rusa masak pedas...
Nie pelanduk masak kicap...
Nie koordinatenya bagi sapa-sapa yang nak kesana :
Untuk penguna Nokia Maps
3.70884N, 101.17419E
Koordinate Google MAPS
3.70884, 101.17419
Kalau dari Tanjong Malim, jalan yang terdekat adalah dengan melalui pekan Behrang menghala ke Sabak Bernam, Selangor melalui jalan dalam. Selera Rimba terletak di sebelah kanan jalan.
Hiasan banner dihadapan restoran. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencari kelainan makan, Selera RImba merupakan pilihan terbaik. Ia menyajikan makanan ala Banjar dan Jawa.
Teman kesini semata-mata nak merasai masakan daging rusa dan landak... maklum laa sejak dewasa nie tak pernah makan pun benda nie... kesina kannn... masa kecik-kecik dulu, ada la jugak merasa ayam hutan...
Selain dari daging rusa, pelanduk, landak, dan ayam hutan, Selera Rimba turut menyediakan menu masakkan ikan-ikan, siput dan udang galah. Antaranya ialah ikan keli, ikan Puyu, ikan sepat, dan macam-macam lagi la mengikut jenis-jenis yang tukang masak dapat pada hari itu. Harga berpatutan, tak la mahal sangat. Kalau ikan puyu dan ikan sepat, harganya sekitar RM2.00 jer seekor. Harga untuk udang galah pulak antara RM3.00 hingga RM10.00 mengikut saiznya. So, kira OK la kan...
Untuk udang galah, daging pelanduk, rusa, landak dan ayam hutan akan hanya di masak mengikut tempahan.
Nie harga untuk daging rusa, pelanduk dan landak, termasuk di masak.
1/2 kg = RM 60.00
1 Kg = RM 120.00
Harga untuk ayam hutan pulak, RM5.00 seketul.
So, untuk hari tu... teman amik 1/2 kg untuk daging rusa, pelanduk dan landak. Rabak laa poket teman hari tuh... :D. Disebabkan datang mengejut tanpa buat research harga, teman tak laa bawak banyak budget. Untuk kali ini, teman bungkus je daging rusa, landak dan pelanduk tu, bawak balik makan kat rumah.
Semuanya dalam RM180 tak termasuk makan kat situ... dah terlanjur datang, teman makan tengahari disitu. Menu tengahari cuma sayur kampung, ikan puyu, dan ikan oren (fresh from bottle)
Nie landak masak rendang...
Nie rusa masak pedas...
Nie pelanduk masak kicap...
Ok, next time teman share lagi entry Selera Rimba dengan coverage yang lain pulak... :d
Wednesday, November 23, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Wordless @ Popeye Trading
This picture is taken at Kelantan. I'm not sure if the owner have relation with Popeye The Sailor Man... :D
Nama-nama tempat yang bermula dengan "Ayer" dan "Air"
Compilasi Nama-nama Tempat yang bermula dgn "Ayer"
- Ayer Tawar, Perak
- Ayer Manis, Kulaijaya, Johor
- Air Kuning, Kampar, Perak
- Ayer Hitam Labu, Kampar, Perak
- Ayer Keroh, Melaka
- Ayer Hitam, Johor
- Ayer Hijau, Machang, Kelantan
Monday, November 14, 2011
Wordless @ Pantai Sabak, Kelantan
Just sharing the photo of Pantai Sabak during my last Hari Raya Aidil Adha visit.
The picture was taken on 8th November, 2011.
Worldless @ Jertih, Terengganu
Bangunan nie nampak macam sebuah masjid sebab ada menara... atau pun mungkin sebuah istana... seni binanya menarik sebab bercirikan seni bina asia. Tapi saya tak pasti la nie bangunan apa sebenarnya. Apapun, bangunan nie memang menarik... :)
Nie adalah koordinatenya :
5.74079N, 102.48526E
Friday, November 11, 2011
Thursday, November 3, 2011
Petua - Untuk mencantikkan bibir
Tanpa gincu pun bibir anda boleh kelihatan cantik. Caranya
dengan menumbuk halus segenggam daun inai. Campurkan ia dengan sedikit serbuk
gambir dan gaul bersama. Kemudian, sapukan pada bibir dan biarkan selama 10
minit. Amalkan selalu supaya bibir cantik dan bermaya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)