Friday, November 29, 2013

Bukit Gambang Water Park

Tempat menarik di Pahang. Gambang Water Park di Bukit Gambang City Resort. Ini merupakan kunjungan pertama teman dan keluarga ke Gambang   Waterpark. Kami menginap di Caribean Suite. Klik disini untuk membaca entrynya.

Taman tema di sini memang menarik. Manakan tidak, setiap kali hujung minggu taman tema ini mesti penuh dengan pengunjung. Kebanyakkan gambar adalah ehsan dari Google. Teman tak bawa camera masa dok berendam disini.


Bukit Gambang Water Park


Gambar ehsan Google

Satu tips teman kongsikan disini untuk mereka yang bercadang nak Bukit Gambang Water Park nie. Kalau berkunjung disini pada hari public holiday yang bersambung dengan cuti hujung minggu, tempat nie sangat ramai orang. Sama juga kalau waktu cuti sekolah. Silap hari bulan, kome tak nampak air kolam. Yang nampak hanya lautan manusia yang bermacam ragam. Sebelum masuk ke water park, kome kenalah beli tiket dulu. Nie rate harga tiket untuk masuk water park tahun 2013

Tiket Bukit Gambang Water Park

Tiket Bukit Gambang Water Park

Nampak tak? Tiket water park boleh di beli samada di pintu masuk water park atau pun di lobi Bukit Gambang City Resort. Kalau beli tiket di pintu masuk water park, ramai sangat orangnya walaupun counternya banyak, dah rupa beli tiket bola kat stadium pulak. Kat lobi hotel, hanya ada satu counter jer. Siapa yang stay di Bukit Gambang City Resort ada pilihan lah sama ada nak beli di lobi hotel atau di pintu masuk water park. Kalau beli secara online pun boleh juga. Tapi kome masih juga perlu beratur panjang. So, no point lah kan. Ramai juga orang merungut, ingatkan beli online senang tak payah nak beratur panjang. Rupanya sama jee... Mungkin harga la beza sket. Budak-budak dibawah paras nie masuk free je. Tak payah bayar.



Gambar ehsan blogger  budak bakong


Untuk pengetahuan, kita tidak boleh membawa sebarang makanan atau minuman dari luar. Makanan dan minuman hendaklah dibeli dalam kawasan water park. So, adalah lebih baik kita mengambil E-Value credit untuk membuat sebarang pembelian semasa berada di dalam water park. Baki E-Value boleh dituntut semula di kaunter tuntutan semasa keluar.

Dari hotel, kami ambik buggy nie untuk pergi dan balik dalam RM5 seorang. Kalau drive sendiri pun boleh. Tapi, tau je la dah ramai-ramai nie parking pun mesti jauh. Lebih baik naik buggy nie, senang tak payah fikir pasal parking. Lagi pun Aisar nie teruja sangat naik buggy nie.




Gambar ehsan blogger  budak bakong



Sebaik je melangkah masuk, kome akan nampak benda nie. Menarikkan deconya.



Apa pun sebelum masuk dalam air, kenalah sewa pelampung dan loker untuk simpan barang. Rate untuk sewa loker, pelampung dan pondok (cabana) teman kongsikan disini;


Sewa cabana - Bukit Gambang Water Park

Selain dari sewa loker dan pelampung, kome boleh juga sewa pondok (cabana) untuk berehat. Apa nak buat, masa teman sampai sana, semua pondok dah full book sampaikan nak beli pelampung pun kena berbaris panjang.


Untuk di sewa - Bukit Gambang Water Park

Kalau nak mandi kolam tu, kenalah pakai pakaian yang bersesuaian. Yang ko bogel pulak, terutama anak-anak kecil... no bogel-bogel... no... no... no...



Gambar ehsan blogger mamatisya


Nie antara yang best kat sini... boleh gelungsur, siap melambung-lambung lagi... :d and kalau nak rileks sambil dihanyutkan atas pelampung boleh main kat canal nie... siap masuk gua gelap yang sejuk... tu yang best tu...

Sungai Glazier - Bukit Gambang Water Park



Gambar ehsan Google

Nie la guanya...


Ice journey - Bukit Gambang Water Park

Gambar ehsan Google

Kebanyakkan gambar yang teman kongsikan dalam entry nie adalah melalui carian di Google dan blog yang teman follow. Bukan apa, teman tak ada camera yang water proof. So, tak boleh la nak bawak camera masuk kolam. Lagi pun kalau bawa juga, nanti hilang pulak. Maklum la dok leka berenang dan jaga si Aisar nie... Apa pun, memang seronok cuti bercuti disini sambil mandi manda dengan family :d

Kalau berminat datang sini, boleh download flyernya disini atau melayari Bukit Gambang Resort City disini untuk mendapatkan promosi terkini.

13 comments :

  1. Byknyer permainan dia... Bila la nak sampai ni :(

    ReplyDelete
  2. E value tu macam mana??kita isi credit dalam satu kad, and time nak beli barang kita swipe and credit berkurangan??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. E-Value to stand for Electronic Voucher... agaknya la... Konsep tu sama macam pre-paid,,, cuma dia tak swipe... just scan bar code di gelang tiket tu jer...

      Delete
  3. Mcm best je kan. ...masuk dlm wishlist la...mn tau boleh bawak Dania next year....

    ReplyDelete
  4. macam mana nk tempah ticket secara online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak beli tiket secara online, boleh layari portal rasmi
      Bukit Gambang Water Park atau klik ke sini untuk terus Booking Online

      Delete
  5. Kalau kite keluar kejap unt mkn boley x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya, tag gelang tu akan di gunting masa keluar...

      Delete
  6. Locker tu boleh letak x phone ke beg duit ke
    Selamat ke kalaw letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak menyakinkan jugak la keselamatan kalau simpan barang dalam locker tu. Nak buka locker tu pun guna bar code yang ada gelang tu. Hanya sorang saja pun yang boleh buka locker tu.

      Delete
  7. Letak beg duit atau phone dalam loker selamat ke

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...