Tuesday, March 31, 2015

CPUV : SENHENG Franchise Aademy

SENHENG Franchise Aademy. Nie adalah CPUV yang ke 15 untuk tahun 2015. Sepanjang bulan March, blog teman di kurniakan 10 CPUV dari Nuffnang dan CPUV ini adalah yang terakhir untuk bulan March. Untuk kempen SENHENG Franchise Aademy nie, blog teman diberi, blog teman di beri 3 CPUV menjadikan 12 CPUV yang masih aktif di ruang iklan Nuffnang.

SENHENG Franchise Academy

Bila lihat semula CPUV nie, macam ada error atau typo... Kenapa "Aademy"? Bukan ke sapatutnya "Academy". Bila rujuk ke web site SENHENG, kempen ini adalah initiative pihak sumber manusia untuk membangunkan sumber tenaga kerjanya. Bagus juga program nie. At least, dapat membantu remaja di luar sana meningkatkan kualiti diri di sanping peluang pekerjaan yang di tawarkan.

SENHENG Franchise Academy

Gambar ehsan SENHENG.
SENHENG Franchise Academy

Gambar ehsan SENHENG.

Untuk maklumat lanjut, kome boleh klik disini untuk ke portal SENHENG. Permohonan boleh dilakukan secara online.

Apa pun, terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV terakhir bulan March nie. Bila pulak nak dapat CPUV bulan April nie :)

CPUV : Perfecto Crisps Awareness

Perfecto Crisps Awareness.  Nie adalah CPUV ke 14 untuk tahun 2015. Sebelum nie, teman di beri CPUV ke 12 untuk kempen Brighter Smile, Better Confidence Blog Contest dan CPUV ke 13 untuk Sensodyne Campaign. Tapi, untuk kedua-CPUV nie, teman tak sempat nak buat entrynya dan sudah pun credit ke akaun. Sekejap sangat tempoh berdondang sayangnya.

Perfecto Crisps
Gambar ehsan Google.

CPUV

Ok, berbalik kepada CPUV ke 14 ianya adalah kempen Perfecto Crisps. Blog teman di beri 3 CPUV untuk iklan Perfecto Crisps Awareness nie. Apa sebenarnya Perfector Crisps nie? Perfecto Crisps nie adalah makanan snek ringan yang boleh di suaikan dengan makan lain seperti salad, spageti dan lain-lain mengikut kretiviti masing-masing. Sesuai sangat dengan tag line mereka "Where Flavours Come Alive".

Perfecto Crisps

Kalau kome menonto TV tu, pasti pernah melihat iklan Perfecto Crisps nie kaca TV kome tu. Sekarang nie pun Perfecto Crisps sedang giat rancak untuk mempromosikan product sneck mereka.


Video dari YouTube.

Macam sedap saja kan. Apa pun terima kasih pada Nuffnang untuk 3 CPUV nie. Harap, lepas nie dapat banyak lagi CPUV dari Nuffnang.

Friday, March 27, 2015

Spotted : ETA 31

Spotted Volkswagon GTI bernombor plat ETA 31. Teman terspott kereta nie di plaza tol NKVE Shah Alam pada 25 Mac lepas. Cantik la nombor plat tu. Actually, nie first time teman jumpa nombor plat Tawau di Semenanjung Malaysia. Rasa pelik la pulak. Ada ke nombor kereta start dengan huruf E. Lepas research kat pakcik Wiki, baru lah teman tahu nie no plat kereta Sabah dan lebih tepat lagi daerah Tawau. Jelas sangat teman nie tak pernah pergi Sabah. Actually, adalah sekali je teman pegi ke Sabah. Itu pun di sekitar Kota Kinabalu saja. Itu yang macam jakon sangat tuh... :d

Volkswagon GTI

Apa pun nombor plat ETA nie memang owsome. Lebih-lebih lagi kalau satu atau 2 digit. Sekali sebut, dah macam nick name pulak... untung la sapa yang ada nama ita tu... :)

Thursday, March 26, 2015

Petua : Untuk mengelak jerawat

Macam mana nak elak jerawat? Boleh ke tak nak bagi jerawat tumbuh pada wajah? Petua yang teman nak kongsikan hari nie adalah dari petua orang-orang tua dulu. Orang-orang tua dahulu banyak betul petua mereka dalam menjaga kesihatan dan kecantikkan. Rugi kalau tak di ambil dan diamalkan. Ok, dalam entry hari nie, teman nak kongsikan satu petua yang orang dulu-dulu amalkan untuk kecantikkan wajah. Petua nie perlu dijadikan amalan seharian.

Macam mana orang dululu menjaga kecantikkan wajah? Dapatkan bahan-bahan nie ;

Gambar ehsan Google.
  • Bedak sejuk
  • Beberapa helai daun jambu batu

Gambar ehsan Google.

Caranya, daun jambu batu hendaklah di tumbuk sehingga halus. Lepas tu campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan setiap hari.

Petua : Untuk menghilangkan kesan dakwat pen dari pakaian

Pakaian terkena dakwat pen. Macam mana nak hilangkan kesan dakwat pen dari pakaian? Bila pakaian terkena dakwat pen, memang susah nak hilangkan kesan kotoran tu. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan petua untuk menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian. Klik disini untuk membacanya. Ada yang komen kata berkesan dan ada juga komen yang komen kata tak berkesan. Teman setakat nie belum cuba lagi petua tu.

Gambar ehsan Google.


Ok, untuk entry hari nie. Teman kongsikan satu lagi petua untuk menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian. Cuma kali ini caranya berbeza sedikit. Petua nie hanya mengunakan ubat gigi. Apa-apa jenama ubat gigi pun boleh. Jangan guna ubat gegat, sudah la :d

Sapukan saja ubat gigi pada tempat yang terkena dakwat pen tu. Kemudian biarkan saja sehingga ubat gigi itu kering dan boleh la basuh seperti biasa.

Teman tak cuba lagi petua nie. Petua nie hanyalah perkongsian dari kawan-kawan. Apa pun, selamat mencuba ye. Kalau berkesan, jangan lupa tinggalkan komen kat sini.

Sunday, March 22, 2015

Kuliah : 12 amalan pembuka pintu rezeki

Sekadar perkongsian, 12 amalan pembuka pintu rezeki yang boleh dijadikan amalan seharian.

Amalan pembuka pintu rezeki

Gambar ehsan FB AnugerahQuran

Saturday, March 21, 2015

Kuliah : Anak

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri. Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.


Gambar ehsan Google.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik. Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput. 

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan 

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku. 

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri. 

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena. 

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri. 

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat??? 

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka. 

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat. Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak 

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka? 

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg. 

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

Friday, March 20, 2015

SPAM email dari JPA

Minggu ini mail box teman mengalami lambakkan bombastik email yang di hantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Berdasarkan pemahaman teman, pihak ICT JPA sedang membuat email group untuk pelajar-pelajar tajaan JPA yang kebanyakkannya telah pun berkhidmat di dalam sektor kerajaan. Yang teman mushkil tu, macam mana email teman nie boleh masuk dalam data JPA. Teman nie bukan pelajar tajaan JPA dan tidak sama sekali sebagai kakitangan awam. Tak kan profile teman ada kat JPA kot.

Apa pun, inilah email pertama yang pihak JPA hantar ke mailbox teman.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jelaskan. Signature email nie dari pentadbir E-Mail JPA. Mungkin, part of JPA P&P semasa create group email, mereka apa minta buat pengesahan penerimaan. Tak kisah lah tu. Tapi macam mana mereka boleh masukkan email teman yang bukan kakitangan awam nie. Start dari email tu, mula lah lambakkan beratus-ratus email masuk ke mailbox teman. Ada antara mereka yang membalas atas email reply yang lain.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

tu termasuk email error yang mengebom mailbox teman... kenalah deletekannya sebelum mailbox teman penuh... dah la teman nie sedang bercuti... 

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Ada juga penerima email tu yang reply sambil marah-marah...

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

Apa pun, masalah ini dimulakan oleh Pentadbir Email JPA. Setakat nak create group email jer kot... Di organisasi teman nie, beribu-ribu group email ada. Tak pernah pula depa nak buat ujian penghantaran email. Setakat hantar email tu, apa la sangat. Nampak sangat kelemahan Pentadbir Email JPA nie. Silap hari bulan nanti, teman terima email goverment confidential matter.... hahahaha... nak salahkan siapa pulak ye, kalau maklumat dalam bocor... hehehehehe...

Nasib la kome, jadi bahan entry post teman hari nie... 

Sunday, March 15, 2015

Wordless : Strawberry

Strawberry

Kuliah : Tanggung jawab suami dan isteri dalam sebuah ikatan perkahwinan


Gambar ehsan MFR Studio

Saturday, March 14, 2015

Pasar malam Brinchang, Cameron Highland

Pasar malam di Brinchang, Cameron Highland. Kalau berkunjung ke Cameron Highland, jangan lupa singgah di pasar malam Brinchang. Teman boleh kategorikan Pasar Malam di Brinchang nie sebagai "MUST GO" kalau berkunjung ke Cameron Highland.

Pasar malam nie kebiasaannya di adakan selama dua hari bermula petang hari Jumaat dan berakhir hari Sabtu malam. Pasar malam Brinchang adalah pasar malam tertinggi di Malaysia. Best tau, membeli belah sambil meredah cuaca sejuk. Kat tempat lain tak boleh dapat suasana macam nie.

Pasar malam Brinchang

Seperti pasar malam di tempat lain, macam-macam barangan boleh didapati disini. Dari pakaian sehinggalah barangan dapur. Bezanya dari pasar malam di tempat lain, di pasar malam Brinchang nie kome boleh buah strawberry, sayur-sayuran segar, ubi-ubi manis, bunga-bunga, serta banyak lagi buah-buahan yang beriklim sederhana sejuk macam di Cameron Highland nie.

Kalau nak beli buah strawberry, lebih beli baik kat pasar malam. Banyak pilihan sket, serta harga yang di tawarkan pun berpatutan. Macam gambar di bawah nie, buah strawberry di jual secara lambak. Satu bekas nie boleh dapat dalam RM15.00 saja. Murahkan. Kalau beli kat tempat lain harganya mahal sket.

Pasar malam Brinchang

Ada juga dijual makanan yang di masak seperti ubi rebus, jagung rebus, kacang rebus dan sayur goreng tepung dan cendawan goreng tepung. Macam-macam jenis sayur sekarang nie dah boleh di goreng tepung.

Apa pun memang best pegi ke pasar malam Brinchang nie. Maaf la, teman hanya boleh share 2 gambar je. Maklum la, di tangan dah penuh dengan hasil belian di sini.

Hotel Review : Parkland Apartment, Cameron Highland

Hotel di Brinchang, Cameron Highland. Percutian di tanah tinggi Cameron Highland. Parkland Apartment. Dah lama juga teman tidak kesini. Biasanya, kalau balik ke Kelantan melalui laluan Simpang Pulai - Gua Musang sesekali tu ada juga la teman singgah disini. Tapi, hampir lima tahun dah teman tidak bercuti disini. Actually, perancangan untuk bercuti di Cameron Highland di buat awal lagi sejak bulan January hari tu. Cadangnya nak ke Penang, tapi bila tengok budget tak jadi la pulak. So, lepas masyuarat suami isteri, kami bersetuju untuk bercuti di Cameron Highland. Kali terakhir lalu melalui Cameron Highland tahun lepas dan cuaca ketika itu panas dan banyak kebakaran berlaku serta penerokaan tanah yang tidak terkawal mengubah iklim di Cameron Highland.



Gambar ehsan Google.

Bila dah buat keputusan untuk bercuti di Cameron Highland, langkah seterusnya ialah mencari tempat penginapan. Zaman sekarang nie nak booking hotel pun bukannya susah sangat. Segala-galanya hanya di hujung jari sahaja. Sangat mudah. Trivago kan ada. Dengan Trivago, kita boleh dapat the best rate for accormodation. Install saja aplikasi Trivago kat gadget kome tu. Bukan itu saja, setiap 10 malam pembelian mengunakan applikasi Trivago, kome akan dapat 1 malam penginapan percuma yang diberikan oleh pihak Trivago. Untungkan.

Perjalanan ke Cameron Highland kali ini teman guna laluan Simpang Pulai - Gua Musang. Jalannya lebar dan agak lurus jika dibandingkan jika guna laluan Tapah - Cameron Highland. Bezanya cuma KM lebih sket jika mengambil laluan Simpang Pulai - Gua Musang. Jalannya pun agak strait, tak la bengkang bengkok jalannya.


Cameron Highland, Pahang

Gambar ehsan Google.

Sebelum check in kat hotel, teman sempat jugalah singgah di Green View Garden dan Bharat Tea House. Singgah untuk makan-makan dan hayati kebesaran Allah yang mencipta alam ini. Alhamdulillah syukur sangat.

Parkland Apartment Brinchang

Dalam pukul 3 petang gitu, teman sampai di Parkland Apartment dan terus check in. Kedudukan Parkland Apartment nie adalah bertentang dengan Hotel Titiwangsa. Untuk urusan check in, tak susah sangat tunjuk je booking receipt yang teman print tu dan bayar RM50 untuk deposit. Masa check out nanti, boleh claim semula deposit tu.

Teman kongsikan peta untuk ke Parkland Appartment nie...


Parkland Apartment Brinchang


Alhamdulillah, kami di tempatkan di tingkat 1, bilik C1. Jadi tak la membebankan sangat untuk naik tangga bagi Aki yang sakit lutut dan Acu yang sarat mengandung tu. Actually, percutian kali ini, teman bawa ayah dan ibu teman. Join sekali, adik ipar teman yang sarat mengandung tu dengan suaminya.


Parkland Apartment, Brinchang


Parkland Apartment

Parking kereta di sediakan. Jadi tak lah jauh sangat nak angkat barang naik ke atas. Untuk pengetahuan, appartment nie lima tingkat dan tidak da lif ye... 

Untuk check in di Parkland Apartment nie pihak Parkland ambil deposit RM50 walau pun teman dah bayar masa booking di Trivago hari tu. Duit deposit nie akan dipulangkan masa check out nanti. Selepas check in, pihak Parkland akan bawa untuk membuat pemeriksaan bilik. Sebaik je pintu dibuka... wow... not bad... boleh tahan juga appartment nie...


Parkland Apartment Brinchang

Nie ruang tamunya... besar... mengadap ke balkoni... Dengan cuaca yang sejuk dan nyaman nie, memang best kalau duduk bersantai di balkoni sambil menikmati suasana petang di Brinchang nie...

Di ruang dapur, ada disediakan set meja makan... Maaf la, lupa pulak nak snap gambar set meja makan tu... Di dapur ada disediakan peti sejuk, cerek elektrik dan set welcome drink.


Parkland Apartment, Brinchang

Sebenarnya, apartment nie dibina di celah lereng bukit. Di tingkat 1, bahagian dapur ada pintu belakang yang mengadap taman bunga kecil. Seronok bila buka pintu, ada bunga-bunga segar dengan keharuman alam yang sukar di nukirkan dengan kata-kata. hehehe... lupa pulak nak ambil gambarnya...

Untuk percutian kali ini, teman ambil apartment tiga bilik. Di Parkland Apartment nie kesemua bilik di lengkapi dengan bilik mandi / toilet. Nie kali pertama check in di apartment yang ada cukup kelengkapan macam nie. Biliknya pun besar.

Bilik master room di lengkapi dengan 2 katil bersaiz king. Memang selesa sangat. Tambahan pula udara disini segar dan nyaman. Sejuk pulak tu.


Parkland Apartment, Brinchang

Cukup lah untuk kami anak-beranak di dalam bilik nie... Bilik mandinya pun luas. Di setiap bilik ada disediakan almari pakaian...


Parkland Apartment, Brinchang

Nie bilik mandi di master bed room... Ada di sediakan air panas... Tak la mandi dalam kesejukkan... :d Yang kasi spoil sket, bila pegi toilet... Tak ada paip berhampiran untuk cuci... Nasib baik la, pekerja di front desk tu sudi pinjamkan cebuk air.


Parkland Apartment, Brinchang

Aki ngan Wan ambik satu bilik... Satu bilik lagi untuk Acu dan Ijan... Nie bilik aki ngan Wan... Nampak kat belakang tu ada taman kecik...


Parkland Apartment, Brinchang

Nie pulak bilik Acu dan Ijan...


Parkland Apartment, Brinchang

Setiap bilik ada bilik mandi sendiri... Best gitu... Tak payah nak berebut-rebut...๐Ÿ˜‹

Bukak je sliding door di balkoni... berderu udara sejuk masuk ke dalam... Nie view dari balkoni Parkland Apartment.





Simpang masuk ke Parkland Apartment betul-betul bertentangan dengan Hotel Titiwangsa. Cuma Parkland Apartment nie di atas bukit.


Pemandangan di waktu pagi sebelum matahari terbit juga sangat menarik...


Bangun pagi, sementara menununggu geng rombongan bersiap, boleh la duduk lepak sambil menikmati suasana pagi di Cameron Highland di taman mini bersebelahan Parkland Apartment. Buat masa ini, cuaca sejuknya masih boleh tahan lagi la. Tak perlu nak pakai baju sejuk. Di taman nie, tak ada banyak sangat bunga-bunga. Cuma ada bunga ros, bird of paradise, beberapa spesis bunga yang teman tak tahu jenisnya.


Bird of Paradise

Seronok rasa bila dapat merasai suasana sebegini. Ok, macam biasa, bila teman buat hotel review teman mesti akan bagi bintang. Mau bagi berapa bintang yee... Ok, macam nie, dari keseluruhan 5 bintang ye...

 Kemudahan yang di sediakan        
 Keselesaan bilik
 Kebersihan
Mesra pelanggan
 Kepuasan keseluruhan

Wordless : Bharat Tea Plantation, Cameron Highland

Wordless today at Bharat Tea Plantation, Brinchang, Cameron Highland.

Bharat Tea Plantation

Green View Garden, Cameron Highlands

Tempat-tempat menarik di Cameron Highlands. Green View Garden, Cameron Highland terletak di sebelah kiri kalau dari Simpang Pulai menuju ke Gua Musang sebelum sampai ke persimpangan menuju ke Brinchang. Best juga singgah berehat disini. Nyaman je suasananya. Mungkin disebabkan perubahan cuaca di Cameron Highland, waktu siang tak lah sejuk sangat. Apa pun suasana disini nyaman sekali dan sesuai kalau nak singgah berehat sebelum menyambung perjalanan ke destinasi yang dituju.

Green View Garden, Cameron Highland

Actually, teman tak pasti bila Green View Garden nie wujud. Tapi apa yang pasti Green View Garden adalah antara tarikkan terbaru di Cameron Highland. Tiada caj kemasukkan dikenakan kepada pengunjung. Disini ada cafe, yang berkonsep santai. Sambil menikmati hidangan ringan seperti kek dan ais cream, pengunjung juga turut dihidangkan dengan seni dekorasi taman yang menarik.

Green View Garden Cafe

Green View Garden Cafe

Green Garden View - Strawberry Moment

Disini terdapat kolam ikan yang menempatkan beberapa ekor ikan dari jenis Japanese Kap. Selain itu, terdapat juga beberapa ekor kura-kura yang dipelihara disini. Bukan kura-kura gergasi tu. Kura-kura biasa yang ada di Malaysia nie jer... Terlupa pulak teman nak ambil gambar ikan tu...

Green View Garden - Kura-kura

Green View Garden - Kura-kura

Sambil tengok ikan dan kura-kura nie, kami makan ais cream dan kek. Hehehe... cuaca sejuk... tapi makan ais cream... hehehehe... ok je... Comel kan kura-kura nie... Ok, jom layan ais cream pulak... sambil-sambil tu, boleh tengok kura-kura nie ye...


Green View Garden Cafe, Cameron Highland

Tengok tag order di atas nie... Creative... sambil mempromosikan hidangan mereka tu...


Green View Garden Cafe - Ais cream

Green View Garden Cafe - Ais cream

Mengancam tak ais cream nie... Presentation nya pun agak menarik... dengan taburan potongan buah dan sos strawberry... memang best... Kat Cameron Highland je boleh jumpa ais cream dengan fresh strawberry macam nie... dengan daun pudina tu teman telan sekali... :d


Green View Garden Cafe - Ais cream

Bestnya la makan ais cream dengan buah strawberry segar... Puas makan ais cream dengan strawberry... Makan pulak strawberry bread... just nice... tidak manis sangat... Ok la... Apa pun, persinggah pertama teman di Green View Garden nie asyik makan strawberry je... :d

Green View Garden Cafe - Strawberry Bread

Dah kenyang makan ais cream ngan roti dan kek strawberry, nak buat apa lagi kat sini yer... Jom jalan-jalan sambil cuci mata kan taman yang terletak di bahagian belakang cafe nie... Apa yang best kat taman nie...? Jeng-jengggg....


Green View Garden Cafe - House of Lavender

Nie la dia "House of Lavender". Nampak tak colourful back drop di belakang tu... Di situ lah teman tiga beranak berposing bagai... bercengkerama bersama adinda kekasih hati... Nasib baik ada photographer yang sudi ambil gambar kami disini... hehehehehe... maleh teman nak share gambar tu kat sini... segan laa... :d

Banyak pokok Lavender kat sini...


Green View Garden Cafe - House of Lavender

Green View Garden Cafe - House of Lavender

Ada juga pokok bunga dari jenis lain... Tapi, teman tak tau apa nama bunga-bunga nie... Sejuk mata memandang... segar dan nyaman jer...


Green View Garden Cafe - Garden

Green View Garden Cafe - Garden

Disini juga ada ruang menempatkan itik dan ungas-ungas...


Green View Garden - Taman burung

Green View Garden - Taman burung

Nampak tak kat dalam tu ada beberapa ekor burung Terkukur dan burung Serindit.

Green View Garden - Duckling Square

Apa lagi yang best kat sini... mmm... disini ada sebuah Land Rover yang dijadikan monument dan simbol Cameron Highland. Rata-rata pengusaha kebun disini mengunakan kenderaan Land Rover untuk menggangkut hasil tanaman mereka. Merasa kami duduk dalam Land Rover nie.



Ok, jom naik gunung Brinchang dengan Land Rover nie... Hehehe... sorry la yer, Land Rover nie dah tak boleh bergerak lagi... Tersadai kat sini dijadikan monument di Green View Garden nie.

Dah habiskan masa bersantai disini, tema teruskan perjalanan untuk ke Brinchang. Tunggu entry selepas ini yer... Next stop, Bharat Tea House Plantation. Singgah untuk minum teh sebelum check in hotel. Klik disini untuk entry Bharat Tea House Plantation.