Showing posts with label Hotel Review. Show all posts
Showing posts with label Hotel Review. Show all posts

Tuesday, May 31, 2016

Hotel Review : Fuller Hotel, Alor Setar

Fuller Hotel, Alor Setar. Ini merupakan kali pertama teman check in di Alor Setar. Perjalanan kali ini bukanlah untuk bercuti. Tapi, sekadar memenuhi undangan sahabat ayah di Kampung Pergam, Mukim Tebengau, Kuala Kedah. Melihatkan keadaan cuti sekolah, traffik lebuhraya pastinya akan sesak. Ada juga survey untuk dapatkan homestay di Alor Setar. Tetapi, kebanyakkannya tidak memberikan respond yang baik. So, option lain yang ada perlu cari hotel. Plan awal hanyalah untuk tidur semalaman dan teman jangka akan sampai waktu malam di Alor Setar. Kalau ambil homestay pun macam problem je. Maklum la, sampai lewat malam. Apa lagi, terus meng Google cari hotel. Segala apps yang teman install kat IPad nie teman guna... Booking.com, TRIVAGO dan AGODA. Last-last terpandang satu tawaran yang sangat menarik dan cool di AGODA. Memang teman nak cari hotel yang ada 3 bilik, tapi tak berbaloi kalau setakat nak tidur dan check out pukul 9 pagi. So, dapat satu hotel nie untuk 3 bilik semalaman dengan harga RM250 tidak termasuk cukai dan sarapan. Rata-rata homestay di Alor Setar pun sewa semalamannya dalam RM300. Apa lagi, teman terus confirm kan booking dengan AGODA untuk 3 bilik di Fuller Hotel.

Teman bertolak Saujana Utama pukul 12:30 tengahari. Singgah Tanjong Malim ambil family member yang lain terus drive menghala ke utara. Disebabkan belum lunch lagi, teman singgah makan tengahari di Nasi Bamboo Sungai Klah. Kiranya nie adalah kali ke dua teman singgah makan disini. Kalau nak tau apa yang best dekat Nasi Bamboo Sungai Klah nie, kome boleh klik kat sini yek. Selesai makan dan solat, terus menghala ke utara menuju ke Alor Setar.

Hotel Fuller 
Gambar ehsan Google.

Dalam pukul 8 malam gitu, kami tiba di bandar Alor Setar. Hari pun dah malam, sebelum check in, teman pusing-pusing bandar Alor Setar untuk mencari tempat makan best disini. Sambil-sambil tu, adinda sibuk meng Google cari tempat makan. Sebab hari pun dah malam, cari spot makan yang dekat dengan hotel je. So, untuk kunjungan pertama malam nie, kami singgah makan di Char Kuey Teow Iman. Klik disini kalau nak baca pasal Char Kuey Teow Iman.

Selesai menjamu selera, teman bergerak untuk check in di Fuller Hotel. Tak jauh pun dari lokasi Char Kuey Teow Iman ke Fuller Hotel nie. Tak sampai 10 minit pun memandu dah sampai di Hotel Fuller. Nasir baik Fuller Hotel menyediakan basement parking. Ingatkan open parking je. Apa pun terbaik la 👍👍👏👏 dan syabas di ucapkan pada pihak pengurusan Fuller Hotel yang masih berupaya menyediakan kemudahan seperti ini, walaupun Fuller Hotel boleh di anggap sebagai budget hotel. Parkingnya hanya satu level saja. Agak terhad juga. Kalau musim cuti sekolah, mesti parking penuh. Kalau basement parking penuh, boleh je parking kat luar.

Fuller Hotel  
Urusan check in pun mudah je. Semua berjalan lancar. Staf yang melayan tetamu sangat friendly dan mesra pelanggan. Mereka siap bagi tips tempat-tempat makan menarik yang banyak terdapat di sekitar bandar Alor Setar. Lagi pun, di bandar Alor Star nie banyak lokasi best untuk makan-makan.

Lepas check in terus naik lif cari bilik masing-masing. Disebabkan hari pun dah malam, badan pun penat, lupa pulak teman nak snap no bilik 😏... sebaik masuk bilik, mata tertumpu pada katil je... not bad... Katilnya besar... 🤗😘😋...

Fuller Hotel  
Biliknya pun bersih. Perabot yang disediakan pun simple je. Ada tempat untuk sangkut baju, cermin untuk bersolek, TV flat screen dilengkapi dengan saluran Astro HBO dan Fox Premium serta cerek elektrik. Turut disediakan juga welcome drink. Jadi bolehlah buat air yang disediakan tu.

Fuller Hotel 

Flat Screen TV

Penyangkut Baju

Welcome drink

Welcome drink

Kalau hendak mengosok pakaian, iron disediakan di satu ruang berhampiran dengan tangga kecemasan. Ok la tu, at least ada kemudahan macam nie.


Iron board

Perhatian, pintu tangga kecemasan tu one way saja tau. Nak masuk dari pintu kecemasan tu memang tak boleh tau, melainkan ada orang tolong bukakkan dari dalam. So, jangan dengan sengaja nak turun ke tingkat bawah guna tangga kecemasan. Teman dah kena... Nasib baik wife tolong bukakkan pintu tu...

First time menginap di budget hotel, dan ada pula kad diskaun untuk next stay... Hotel 5 bintang pun tak buat macam nie... So, sapa yang selalu travel ke Alor Star nie, boleh la simpan kad diskaun nie...


Fuller Hotel Discount card

Fuller Hotel Discount card

Ok, berbalik semula ke review bilik hotel nie. Dari segi kebersihan, memang bilik nie bersih. Maklum la hotel baru...

Nie bilik mandinya, bersih, simple dan selesa... Di lengkapi dengan water heater...


Fuller Hotel - Bath room

Keesokkan harinya, dalam pukul 8 pagi gitu teman dah check out... mula start menjelajah mencari tempat best untuk breakfast di bandar Alor Setar. Teman tak sempat nak buat entry pasal tempat breakfast best di Alor Setar nie. Lain kali, kalau berkesempatan ke Alor Setar, teman buat entry pasal tempat makan kat sini.

Apa pun, macam biasa nie review teman untuk Fuller Hotel, Alor Setar. Mungkin sebab hotel nie baru masa teman menginap, teman bagi bagi rating yang agak tinggi.

 Kebersihan bilik
 Kemudahan yang di sediakan
 Khidmat pelanggan di kaunter pendaftaran
 Kepuasan (secara keseluruhan)
 Value for money

Saturday, March 14, 2015

Hotel Review : Parkland Apartment, Cameron Highland

Hotel di Brinchang, Cameron Highland. Percutian di tanah tinggi Cameron Highland. Parkland Apartment. Dah lama juga teman tidak kesini. Biasanya, kalau balik ke Kelantan melalui laluan Simpang Pulai - Gua Musang sesekali tu ada juga la teman singgah disini. Tapi, hampir lima tahun dah teman tidak bercuti disini. Actually, perancangan untuk bercuti di Cameron Highland di buat awal lagi sejak bulan January hari tu. Cadangnya nak ke Penang, tapi bila tengok budget tak jadi la pulak. So, lepas masyuarat suami isteri, kami bersetuju untuk bercuti di Cameron Highland. Kali terakhir lalu melalui Cameron Highland tahun lepas dan cuaca ketika itu panas dan banyak kebakaran berlaku serta penerokaan tanah yang tidak terkawal mengubah iklim di Cameron Highland.



Gambar ehsan Google.

Bila dah buat keputusan untuk bercuti di Cameron Highland, langkah seterusnya ialah mencari tempat penginapan. Zaman sekarang nie nak booking hotel pun bukannya susah sangat. Segala-galanya hanya di hujung jari sahaja. Sangat mudah. Trivago kan ada. Dengan Trivago, kita boleh dapat the best rate for accormodation. Install saja aplikasi Trivago kat gadget kome tu. Bukan itu saja, setiap 10 malam pembelian mengunakan applikasi Trivago, kome akan dapat 1 malam penginapan percuma yang diberikan oleh pihak Trivago. Untungkan.

Perjalanan ke Cameron Highland kali ini teman guna laluan Simpang Pulai - Gua Musang. Jalannya lebar dan agak lurus jika dibandingkan jika guna laluan Tapah - Cameron Highland. Bezanya cuma KM lebih sket jika mengambil laluan Simpang Pulai - Gua Musang. Jalannya pun agak strait, tak la bengkang bengkok jalannya.


Cameron Highland, Pahang

Gambar ehsan Google.

Sebelum check in kat hotel, teman sempat jugalah singgah di Green View Garden dan Bharat Tea House. Singgah untuk makan-makan dan hayati kebesaran Allah yang mencipta alam ini. Alhamdulillah syukur sangat.

Parkland Apartment Brinchang

Dalam pukul 3 petang gitu, teman sampai di Parkland Apartment dan terus check in. Kedudukan Parkland Apartment nie adalah bertentang dengan Hotel Titiwangsa. Untuk urusan check in, tak susah sangat tunjuk je booking receipt yang teman print tu dan bayar RM50 untuk deposit. Masa check out nanti, boleh claim semula deposit tu.

Teman kongsikan peta untuk ke Parkland Appartment nie...


Parkland Apartment Brinchang


Alhamdulillah, kami di tempatkan di tingkat 1, bilik C1. Jadi tak la membebankan sangat untuk naik tangga bagi Aki yang sakit lutut dan Acu yang sarat mengandung tu. Actually, percutian kali ini, teman bawa ayah dan ibu teman. Join sekali, adik ipar teman yang sarat mengandung tu dengan suaminya.


Parkland Apartment, Brinchang


Parkland Apartment

Parking kereta di sediakan. Jadi tak lah jauh sangat nak angkat barang naik ke atas. Untuk pengetahuan, appartment nie lima tingkat dan tidak da lif ye... 

Untuk check in di Parkland Apartment nie pihak Parkland ambil deposit RM50 walau pun teman dah bayar masa booking di Trivago hari tu. Duit deposit nie akan dipulangkan masa check out nanti. Selepas check in, pihak Parkland akan bawa untuk membuat pemeriksaan bilik. Sebaik je pintu dibuka... wow... not bad... boleh tahan juga appartment nie...


Parkland Apartment Brinchang

Nie ruang tamunya... besar... mengadap ke balkoni... Dengan cuaca yang sejuk dan nyaman nie, memang best kalau duduk bersantai di balkoni sambil menikmati suasana petang di Brinchang nie...

Di ruang dapur, ada disediakan set meja makan... Maaf la, lupa pulak nak snap gambar set meja makan tu... Di dapur ada disediakan peti sejuk, cerek elektrik dan set welcome drink.


Parkland Apartment, Brinchang

Sebenarnya, apartment nie dibina di celah lereng bukit. Di tingkat 1, bahagian dapur ada pintu belakang yang mengadap taman bunga kecil. Seronok bila buka pintu, ada bunga-bunga segar dengan keharuman alam yang sukar di nukirkan dengan kata-kata. hehehe... lupa pulak nak ambil gambarnya...

Untuk percutian kali ini, teman ambil apartment tiga bilik. Di Parkland Apartment nie kesemua bilik di lengkapi dengan bilik mandi / toilet. Nie kali pertama check in di apartment yang ada cukup kelengkapan macam nie. Biliknya pun besar.

Bilik master room di lengkapi dengan 2 katil bersaiz king. Memang selesa sangat. Tambahan pula udara disini segar dan nyaman. Sejuk pulak tu.


Parkland Apartment, Brinchang

Cukup lah untuk kami anak-beranak di dalam bilik nie... Bilik mandinya pun luas. Di setiap bilik ada disediakan almari pakaian...


Parkland Apartment, Brinchang

Nie bilik mandi di master bed room... Ada di sediakan air panas... Tak la mandi dalam kesejukkan... :d Yang kasi spoil sket, bila pegi toilet... Tak ada paip berhampiran untuk cuci... Nasib baik la, pekerja di front desk tu sudi pinjamkan cebuk air.


Parkland Apartment, Brinchang

Aki ngan Wan ambik satu bilik... Satu bilik lagi untuk Acu dan Ijan... Nie bilik aki ngan Wan... Nampak kat belakang tu ada taman kecik...


Parkland Apartment, Brinchang

Nie pulak bilik Acu dan Ijan...


Parkland Apartment, Brinchang

Setiap bilik ada bilik mandi sendiri... Best gitu... Tak payah nak berebut-rebut...😋

Bukak je sliding door di balkoni... berderu udara sejuk masuk ke dalam... Nie view dari balkoni Parkland Apartment.





Simpang masuk ke Parkland Apartment betul-betul bertentangan dengan Hotel Titiwangsa. Cuma Parkland Apartment nie di atas bukit.


Pemandangan di waktu pagi sebelum matahari terbit juga sangat menarik...


Bangun pagi, sementara menununggu geng rombongan bersiap, boleh la duduk lepak sambil menikmati suasana pagi di Cameron Highland di taman mini bersebelahan Parkland Apartment. Buat masa ini, cuaca sejuknya masih boleh tahan lagi la. Tak perlu nak pakai baju sejuk. Di taman nie, tak ada banyak sangat bunga-bunga. Cuma ada bunga ros, bird of paradise, beberapa spesis bunga yang teman tak tahu jenisnya.


Bird of Paradise

Seronok rasa bila dapat merasai suasana sebegini. Ok, macam biasa, bila teman buat hotel review teman mesti akan bagi bintang. Mau bagi berapa bintang yee... Ok, macam nie, dari keseluruhan 5 bintang ye...

 Kemudahan yang di sediakan        
 Keselesaan bilik
 Kebersihan
Mesra pelanggan
 Kepuasan keseluruhan

Monday, September 22, 2014

Hotel review : Pulai Spring Resort and SPA

Hotel di Johor Bharu. Kali ini teman nak review Pulai Spring Resort and SPA. Ini kali pertama teman check in di sini. Tujuan check disini semata-mata di sebabkan oleh aktiviti team building office teman. Perjalanan dari Saujana Utama Sungai Buluh ke Johor Bharu hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam saja. Untuk ke Pulai Spring Rezort nie, kalau dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan perlu mengambil susur keluar Skudai / UTM. Kalau nak senang lagi kome guna je Waze. Pulai Spring Resort nie juga di kenali sebagai Pulai Spring Country Club. Teman akan stay disini untuk 3 hari dua malam.


Pulai Spring Resort

Pulai Spring Resort

Pulai Spring Resort nie sebenarnya di kelilingi oleh padang golf. Kalau kome seorang yang gemar bermain golf tu, memang seronok sangat lah kalau menginap disini. Mana kan tidak, bukak je pintu balkoni, dah boleh mengadap padang golf. So, celik je mata boleh la pegi main golf.

Urusan check in mudah je. Semuanya telah di uruskan oleh pihak urus setia. Teman sampai di Pulai Spring Resort nie pun dah masuk time lunch hour. So, langkah kanan la jawabnya untuk makan tengahari. Pihak urus setia telah siapkan lunch di Pulai Terrace. Sambil menikmati hidangan lunch secara buffey tu boleh layan view kat tepi kolam nie...


Menu lunch

Besor-besor ikan Japanese Carp nya... Nasib baik la ikan nie bukan jenis yang kokak orang... Kalau tak mau ikan tu melompat keluar dari kolam terkam teman yang duduk bertenggek di tepi kolam nie...


Japanese Carp

Tenang dan damai je pemandangan disini sambil menikmati hidangan makan tengahari...

Pool

Pool

Lepas settel lunch, terus check in di bilik 06-41


Pulai Spring Resort

Berhampiran dengan pintu masuk nie, ada pula meja kecil untuk kita bersantai di luar...


Pulai Spring Resort and SPA

Apartment nie besar... Ada dua bilik... Memang terbaik la...


Pulai Spring Resort - Room View

Siap ada kitchen dan meja makan kecil...



Stay sorang sebilik... Katilnya besor pulak... memang puas hati lah berguling...


Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA


Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Bath roomnya pun bersih je... selesa sangat...


Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Jom tengok view kat luar pulak...


Pulai Spring Resort and SPA

Pool view... apa macam... ada perasaan teruja tak nak terjun kolam... kolamnya pun besar... Seronok kalau dapat bawa anak and wife sekali... boleh layan mandi kolam... Bila sorang-sorang tu, mood nak mandi kolam nie tak berapa nak mari...

Pulai Spring Resort and SPA

View golf course... Siapa yang hantu golf tu, celik mata je boleh la try swing barang dua tiga libas... kikikiki...

Pulai Spring Resort and SPA

Ok, puas lepak dalam bilik... teman nak turun jenjalan kat sekitar Pulai Spring Resort pulak... Nak tunggu malam, lama lagi... so, ambil angin kat luar pulak...


Pulai Spring Resort and SPA

Bestnya kalau dapat masuk kolam nie...

Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Nie adalah SPA and Sport center di Pulai Spring Resort and SPA.


Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Pulai Spring Resort and SPA

Jom masuk ke SPA and Sport Center nie. Macam teman high light kat atas, Pulai Spring Resort nie di kelilingi padang golf. So, memang golf merupakan daya penarik disini. Kat dalam sport center nie ada banyak pameran berkenaan golf.


All about GOLF

All about GOLF

All about GOLF

Program team building bermula tepat 8.30 malam. Pihak resort telah menyediakan khemah besar nie... Memang sesuai sangat untuk program-program macam nie... Theme team building kali nie bertema "Game Changgers"... Sangat teruja, sebab aktiviti team building akan di buat di Lego Land... Nanti teman kongsikan aktivit di Lego Land dalam next entry ya...


Team building

Comelkan "Stress Ball" nie...


Team building

Team building

Keesokkanya teman breakfast di Waterfalls Cafe... Malas nak makan heavy-heavy sangat... Lepas nie banyak aktiviti nak di buat...


Pulai Spring Resort and SPA

Lepas breakfast, tunggu bas di lobi untuk ke Lego Land...


Pulai Spring Resort and SPA

Klik kat sini ye untuk entry di Lego Land tu... Malam pula di adakan majlis makan malam dan hadian penghargaan untuk program team building.

Selesai perasmian dan ucapan bos-bos semua... next agenda ialah "Diner Time"... Nikmatnya dapat makan-makan... Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah berikan ini...


Pulai Spring Resort and SPA


Pulai Spring Resort and SPA

Sambil diner, layan live band dari group "High Impact" Filipino band... Seronok jugak, lama dah tak layan live band nie... Deme perform kat tengah padang tu... nasib baik dema tak dressing sexy malam nie... Kalau tak terseksa la teman... kikikikiki...




High Impact

Ok la, setakat nie la teman cerita pasal Pulai Spring Resort and SPA. Review teman pasal Pulai Spring Resort and SPA nie di bawah;

Urusan pendaftaran
Layanan dan kemesraan staf
Kebersihan dan kelengkapan bilik
Kemudahan : Pool, gym, etc
Keseronokkan dan pengalaman menginap
Urusan check out