Wednesday, November 6, 2019

Wordless : Stranded bicycle

Kalau kome jenjalan sekitar KL nie, mesti akan jumpa basikal nie. Basikal nie disediakan oleh oBike Malaysia Sdn Bhd untuk di sewakan melalui mobile apps. Initisiatif tu, bagus. Tapi itu, mentality masyarakat dunia ke tiga. Habis ranap basikal nie buatnya oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab. kome boleh baca pasal company nie kat sini.

oBike



Sunday, November 3, 2019

Kuliah : Solat jangan di tangguh

Solat adalah tiang agama. Perlu segerakan dan utamakan solat. Jangan pula lewat, kelak kome akan disolatkan nanti. Teman saja je buat entry nie sebagai peringatan buat diri ini dan juga buat kome semua.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, November 2, 2019

Kuliah : Peringatan dari anak-anak

Teman sekadar hendak memanjangkan perkongsian video ini. Peringatan dari Allah ini datang dari pelbagai sudut. Hanya orang-orang yang berfikir dan tidak buta hati sahaja mampu melihat dan mendapat hikmah darinya. Kadang-kadang teguran dari Allah datang nya dari seorang anak kecil. Mungkin, di sebabkan kita sangka kita lebih tua darinya, bak peribahasa, lebih dahulu makan garam, kita buang ketepi dan tidak endah akan teguran ini. Malah kita herdik dan maki kanak-kanak ini tanpa kita berfikir dengan mata hati kita. itulah yang selalu terjadi. Teman harap sangat, kita semua dapat berubah untuk menjadi lebih baik lagi.


Kehidupan didunia semakin mencabar dan banyak dugaannya. Teman harap, korang semua dapat hikmah dari teguran seorang kanak-kanak ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.