Saturday, December 12, 2020

Kuliah : Cara bacaan Al-Quran pada huruf yang tiada baris di permulaan ayat.

Teman nie idak le bagus. Memang tak pandai pun sebenarnya. Masih lagi belajar. Jadi, dalam entry pagi nie, teman nak kongsikan cara bacaan Al-Quran jika tiada baris pada huruf di permulaan ayat. Dalam Quran, banyak bacaan yang bermula dengan huruf aliff yang tak ada baris. Dulu pakai main redah saja dengan membaca sebagai baris atas. Tapi rupa-rupanya ada cara nak baca.

Baca Al-Quran
Gambar ehsan Google.

Di permulaan ayat, ada tiga cara baca yakni dengan membaca aliff tu dengan baris atas, bawah atau hadapan.


Baris atas

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ

(Surah Al-Fatihah:1)


Cara bacaan: Alhamdulillah

Apabila bermula dengan alif lam ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris atas. 


Baris bawah

ٱصۡلَوۡهَا ٱلۡيَوۡمَ

(Surah Yassin: 64)


Cara bacaan: Islauhal yauma

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam, kita perlu lihat kepada huruf ketiga. Seandainya huruf ketiga berbaris atas atau bawah, kita membaca hamzah wasol itu seolah-olah ia berbaris bawah. Maka huruf ketiga ialah huruf lam yang berbaris atas maka bacaannya ialah dengan baris bawah bagi hamzah wasol itu.


ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا

(Surah Attaubah: 41)


Cara bacaan: Infiru khifafan



Baris hadapan

ٱنظُرۡ كَيۡفَ

(Surah An-Nisa: 50)


Cara bacaan: Undhuru kaifa

Apabila ia tidak bermula dengan alif lam dan huruf ketiga adalah baris hadapan, maka cara bacaannya ialah dengan membaca hamzah wasol itu seolah-olah ianya baris hadapan.

Alangkah indahnya sekiranya kita faham bahasa Arab supaya kita boleh faham apa yang kita baca kan. Dan cara bacaan ini tidak akan menjadi sebarang isu. Namun, alhamdulillah hukum tajwid begitu teratur dan mudah untuk kita ikuti dan moga kita akan arif apabila memulakan ayat kita dengan hamzah wasol.


Sekarang mudah untuk kita dapati Al-Quran berserta dengan terjemahannya. Semoga kita dapat memahami Al-Quran dengan sebaik mungkin.

Wallahualam.

Terima kasih buat mereka yang membuat perkongsian ilmu ini di blog masing-masing. Semoga perkongsian tersebut mendapat ganjaran berterusan buat mereka.


9 comments :

  1. Terima kasih, share. Dulu saya tahu, tapi terlupa, dan was-was cara bacaan. :)

    ReplyDelete
  2. syukran..banyak manfaatnya entry ini..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kongsi ilmu.. boleh refresh sikit yang dah lupa lupa ni :)

    ReplyDelete
  4. ms kecik2 dulu cikgu mengaja mama sy ckp, nk tau mcm mn barisnya, tgk huruf ketiga. kalau huruf ketiga baris dpn, maka sebutan utk huruf pertama adalah berbaris dpn. sy pun ikut laa ckp dia. smpi laa sy belajar bahasa arab dan fhm. bkn semua boleh ikut kaedah tu. sbb bahasa arab even berubah 1 baris pun maksud dah lain

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian, sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Dulu ustaz ada ajar juga ni. Tapi mmg perlu tahu cara bacaan ni. Selalu kompius

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...