Saturday, February 16, 2019

Kuliah : Nikmat dan musibah

Dalam entry kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan nikmat dan musibah.

Firman Allah SWT :-

مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ

Ertinya : Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana buruk yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. (An-Nisa :79)

Solat

Gambar ehsan Google.

Memang benar, semua yang baik dan buruk yang berlaku adalah dari izin Allah swt namun cara beraqidah yang diajar oleh Alulah swt adalah seperti dalam ayat di atas, apa-apa yang baik dan nikmat yang kamu perolehi, banyak-banyak kaitkan dan ingatkan ia datang dari kurniaan Allah swt. Ini kerana manusia sering melupakan Allah swt apabila mendapat kenikmatan lalu menisbahkan kenikmatan itu hanya kepada dirinya semata lalu sombong dan tiada bersyukur.

Kemudian, apabila kamu ditimpa musibah atau melakukan DOSA, Allah swt mahu kita memahami itu adalah disebabkan oleh kesalahan dan PILIHAN kita sendiri sama ada datang dari hati yang lemah iman atau korupsi dalam menjalani kehidupan dunia. Musibah yang diturunkan oleh Allah itu adalah hasil fitrah alam serta hukuman atas kesalahan pelaku dosa sendiri.

Justeru, JANGAN SEKALI menyalahkan Allah swt atau berselindung di sebalik nama ALLAH s.w.t apabila kita melakukan dosa dan ditimpa musibah buruk kerananya. Salahkan diri sendiri, BERMUHASABAH dan bertaubatlah.

Allah s.w.t itu maha pengampun, namun Dia juga maha pedih azabnya.

#DrZaharuddinAbdRahman


Wednesday, February 13, 2019

Wordless : PlayerUnknown's Battlegrounds

Layan je... PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)

PlayerUnknown's Battlegrounds





Monday, February 11, 2019

Kisah parking

Isu parking kenderaan terutama kereta sering menimbulkan pergaduhan. Ada kereta suka parking di belakang kereta orang sehingga orang yang hendak keluar terpaksa menunggu lama di dalam kereta. Ada kereta yang suka ambil parking terlebih sehinggakan kereta lain tidak boleh parking. Ada kereta yang menunggu lama untuk parking tup-tup ada kereta lain tiba-tiba menjelma entah dari mana ambil parking. Ada kereta yang dah tau orang menunggu lama untuk parking, dia buat lambat-lambat masukkan barang dan berjalan hantar troli pun relax-relax aje seolah-olah kereta yang menunggu itu tidak wujud. Dan ada jugak yang hantar wakil untuk chop parking. Teman pernah buat entry pasal chop parking tu. Kome boleh klik disini untuk membacanya ya.

Begitu juga dengan motorsikal, boleh menyelit-yelit parking di antara kereta. Dan yang paling "kesian" apabila motorsikal parking di kawasan parking kereta sedangkan parking motorsikal sudah tersedia.


Namun ada juga insan-insan yang baik. Apabila dia hendak keluar dari parking, dia bagi insyarat kepada pemandu yang lain menandakan itu kereta dia dan jika mahu silakan. Ada juga yang yang memberi isyarat dia tak nak keluar lagi apabila dia tengok pemandu lain sedang "aim" parking dia. Ada juga yang sengaja membukakan "lock" kereta memberi isyarat bahawa dia nak keluar apabila dia tertengok pemandu-pemandu lain berpusu-pusu mencari tempat parking.

Inilah isu parking yang boleh mengundang amarah jika di salah lakukan. Sebagai seorang yang di beri oleh tuhan akal fikiran yang waras, kita perlu menggambil cakna isu hati orang lain. Jangan pandang remeh isu yang kecil kerana isu yang kecil ini boleh membawa kepada pergaduhan.

Parkinglah dengan berhemah. Parking di kawasan yang di sediakan. Letakkan kenderaan kita di kawasan yang sepatutnya. Jangan kita paring di tempat OKU jika kita bukan OKU. Jangan kita parking di tempat keluarga jika kita hanya datang berdua dan semua yang ada di dalam kenderaan kita itu dewasa. Jangan parking di kawasan ruang perempuan jika anda lelaki. Jangan parking di belakang kereta orang sehingga orang sukar untuk keluar.

Jika hendak keluar parking, andai ketika itu kita lihat ada pemandu yang sedang mencari tempat parking, bagilah mereka isyarat menandakan kita hendak keluar. Ingatlah Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Kepada pemandu yang melihat kebaikan kawan kita memberi kita ruang untuk parking jangan lupa ucapkan terima kasih atau bagi isyarat hon sebagai ucapan terima kasih.

Senangkan? Untuk menjadikan negara kita negara yang maju selari dengan negara-negara maju yang lain, kita perlu "majukan" AKHLAK kita dahulu. Kemajuan negara selari dengan budi pekerti yang baik, itulah yang TERBAIK.