Monday, December 31, 2018

Zon larangan merokok

Tak sabarrrnyerrrr menunggu Januari 2019... Selepas ini golongan penghisap dah tak boleh hisap rokok sesuka hati lagi di kawasan awam yang telah di gazetkan kawasan larangan merokok. Besttttt! sangat bila kerajaan PH mendengar keluhan masyarakat bawahan nie demi menjaga kesihatan mereka. Padan muka deme.

Zon Larangan Merokok

3 meter beb, dari restoran atau kedai makan...

Tak sabarrrr nak tengok lelaki-lelaki berlagak macho sedunia nie di sekat dari aktiviti menghisap di tempat awam nie. Dah la merokok tu beracun, kalau diri sendiri je yang sakit kena barah ke apa... lantak kome laa... nie orang lain yang tak merokok pulak terkesan akibat perbuatan mereka tu.

Lelaki sejati tak merokok sebab apala sangat dengan asap tu kan.

Rokok bukan sahaja merosakkan diri yang menghisap tetapi juga orang lain yang tersedut asap perokok. Perokok itu merosakkan diri dan insan sekitarnya. Hanya orang yang tidak beradab dan bertamadun sahaja yang merokok di kawasan awam. Perokok di kawasan awam sebenarnya perosak kesihatan masyarakat dan penganggu kesejahteraan umum.

Teman tak suka benor orang yang merokok nie... bukan setakat baju teman lekat dengan bau rokok dema tu, tekak teman nie seolah-olah makan asap rokok pulak... teruk betul golongan penghisap nie...

Larangan merokok

Mereka memang tahu merokok itu haram bagi umat Islam. Tapi ada juga yang saja-saja buat tak tahu dan ada yang beria-ria menentang larangan tersebut di mahkamah. Ada juga yang menyalahkan "kalau rokok itu haram... Kenapa jualnya? Tapi yang pelik bin ajaib, mereka dah tau rokok itu haram... tapi kenapa errk pegi beli...

Ada yang lagi hebat menunjukkan kebijaksanaan mereka dengan buat video nie...🥴🥴🥴😋😋😋



Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan di sebuah lokasi di negara kita ini yang terlebih dahulu menyediakan satu lokasi khas untuk kaum penghisap membuat aktiviti hisapan mereka itu. Pihak premise tersebut telah menyediakan satu bilik khas yang selesa untuk kaum penghisap ini. Klik disini kalau kome berminat untuk membaca entry tersebut.

Bilik merokok
Mungkin pengusaha restoran boleh ikut cara nie... Apa pun, cara yang terbaik pun adalah berhenti merokok. Umat Islam tidak perlu merokok. Merokok melemahkan ummah.


Tribute to our sunken HERO

Boleh dikatakan tahun 2018 nie adalah tahun berdarah buat pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sepanjang tahun ini, ada je berita sedih yang mengakibatkan kehilangan nyawa anggota pasukan Bomba dan Penyelamat. Mereka adalah pasukan yang berani berkorban demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bukan calang-calang orang yang mampu untuk mengalas tanggungjawab sebegini. Bukan sekadar nyawa yang mereka korbankan, malah mereka juga korbankan masa untuk bersama anak-anak, isteri serta keluarga dan sanak saudara. Nak jumpa masa kenduri pun susah.

Info ini adalah sebahagian dari pengorbanan anggota pasukkan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bayangkan mereka ini bertugas selama 12 jam sehari mengikut giliran dan hanya di beri 24 jam Off Duty. Sempatkah mereka ini untuk bersama keluarga tersayang dan menziarah ayah dan ibu mereka di kampung? Memang lah sebagai penjawat awam mereka ini di beri cuti yang agak banyak juga untuk di habiskan. Tetapi jika kekangan kekurangan anggota krew di station, macam mana nak cuti panjang erkk? Pasukan ini juga tak terlepas dari kecaman netizen yang hanya berani di keyboard saja. Netizen hanya pandai mengecam, menghina tapi tak pandai untuk menghargai jasa dan pengorbanan orang lain. 

Mari baca antara luahan hati anggota pasukan Bomba dan Penyelamat disini.

Harap-harap pihak berkenaan dapat menambah baikkan kebajikan dan kesejahteraan buat anggota pasukkan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bukan apa, pada pendapat teman apa yang mereka perolehi sekarang nie tak setaraf dengan pasukan beruniform yang lain.

Arwah Abu Zarin, terkorban ketika menjalankan tugas menangkap ular berbisa. Kome boleh baca di akhbar untuk berita tersebut disini.

Abu Zarin
Gambar ehsan Google.

Ini pula kisah tragik yang menimpa 6 anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Izatul Akma Wan Ibrahim, Muhammad Hifdzul Malik Shaari, Mazlan Omarbaki, Adnan Othman, Mohd Fatah Hashim dan  Yahya Ali yang terkorban ketika di dalam misi mencari dan menyelamat di dalam air. Al-Fatihah dan takziah buat keluarga anggota terbabit. Kome boleh baca kisah tragik ini disini.

Our Hero

Gambar ehsan Google.

Ini pula kisah yang menyayat hati apabila anggota pasukan Bomba dan Penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ni di bunuh ketika  dalam operasi untuk memadam kebakaran dalam satu rusuhan di sebuah tokong hindu di Puchong.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Gambar ehsan Google.

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib, semoga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-samalah kita doakan dan membuat solat hajat semoga keadilan buat Allahyarham tercapai.

Sebagaimana yang telah kongsikan di atas, pasukan Bomba dan Penyelamat juga tak terlepas dari pelbagai tomahan oleh netizen. Teman kecewa juga dengan golongan nie. Golongan-golongan nie la yang akan seakan-akan mati jika tiada sambungan ke internet. Mereka mati kutu dan tak tau nak buat benda lain kot kalau tak dapat sambungan ke internet untuk membuat kritikan tanpa usul periksa.

Dalam kejadian gempa yang berlaku di Gunung Kinabalu pada Jun 2015 yang mengorbankan 18 pendaki. Kome boleh klik disini untuk membaca berita tersebut. Disebabkan gambar ini, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat itu di kritik dan di hina. Bayangkan, dengan hanya sekeping gambar saja tanpa usul periksa, para netizen nie boleh mengeluarkan kata-kata kesan sehingga boleh menjatuhkan aib dan maruah orang lain.

Gempa di Gunung Kinabalu

Gambar ehsan Says

Anggota terbabit ialah Jimmy. Kome boleh klik disini untuk membaca artikel penuh berkenaan.

Entry nie juga teman tujukan buat adinda teman yang bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat di Lembah Klang. Adinda teman pernah juga mendapat liputan dan nasib baik tidak mendapat kritikan dari netizen hampeh tu...😅 Kome boleh klik disini untuk membaca entry tersebut.

Apa pun, teman tabik hormat buat semua anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat. Mungkin lepas nie  akan ada filem Abang Bomba pula...


Sunday, December 30, 2018

Kuliah : Ujian kehidupan

Dalam segmen kuliah pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan ujian atau dugaan dalam kehidupan ini. Ketenangan hanya akan tercapai apabila kita menjejak kaki di syurga. Benar-benarlah yakin segala-galanya atas kehendak Allah.

Dunia adalah pentas ujian. Tiada siapa pun terlepas daripada ujian termasuk para nabi. Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Ilmu kita hanya secebis sahaja berbanding kuasa Allah. Kita harus sedar bahawa kita hanyalah hamba dan mesti memohon pertolongan Allah.



Gambar ehsan Google.

Tiada sesuatu atau harga yang boleh menghalang kehendak Allah. Sesunguhnya terlalu banyak nikmat Allah kepada kita. Keikhlasan adalah tunjang utama dalam memahami makna musibah @ bencana @ ujian kehidupan. 

Masyarakat memerlukan pemimpin yang adil dan ikhlas dalam menguruskan bencana atau musibah. Sebaiknya, tatkala musibah melanda, kita mestilah menyemak kembali hubungan kita dengan Allah, kepatuhan kepada suruhanNya. 

Sesungguhnya, Allah maha pengampun dan lagi mengasihani. Sentiasalah berbaik sangka kepada Allah. Apa sahaja musibah berlaku adalah kerana sayangnya Allah kepada kita. Musibah membolehkan kita terhapus dosa-dosa kecil dan Allah mengangkat darjat kita. 

Sama samalah kita berdoa agar Allah tidak menguji kita dengan musibah yang kita tidak mampu melaluinya. Allah tidak memberati seseorang melainkan ia mampu memikulnya. Wahai Tuhan kami, jangan Engkau memberati kami dengan sesuatu yang kami tidak mampu memikulnya.