Saturday, December 8, 2018

Kuliah : Amalan ketika keluar rumah

Untuk segmen kuliah pagi ini, teman ingin memanjangkan perkongsian berkenaan amalan yang di anjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika keluar dari rumah. Jadikan amalan membaca doa ketika keluar dari rumah ini sebagai amalan seharian. Insya Allah, kita akan sentiasa dalam pelindungan Allah s.w.t.

Doa keluar rumah

Ikutilah perkongsian video di bawah.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua, insya Allah.


Sunday, December 2, 2018

Jalan sukar

Harimau Malaya menempah jalan sukar. Bola itu bulat. Tahniah buat Harimau Malaya, walau pun tanpa sebarang jaringan masih mampu menyekat kemaraan pasukan Gajah Putih. Separuh akhir kedua akan berlangsung di Thailand. Satu tugas yang berat apabila pasukan kita bertandang ke sana nanti.

Tak sempat nak menonton perlawanan semalam. Hanya mampu tengok stadium jerk...🥴🥴🥴 Bila dapat online semula, terus check kedudukan semasa... 0:0... hampa juga la... tapi masih tetap menyokong Harimau Malaya...


Kalah dan menang adalah adat perlawanan... Apa yang penting... kekal fokus pada permainan dan lakukan yang terbaik...

Good luck Harimau Malaya...


Kuliah : Bila Allah menjemput pulang

Dalam entry pagi ini, teman hendak memanjangkan perkongsian ini buat semua. Segmen kuliah pagi ini adalah berkenaan “Bila Allah menjemput pulang”.

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...

Di jemput pulang

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun... boleh menjadi faktor takutkan kematian...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak-banyak, tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.

Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..

Begitulah Akhirat..

Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana... Mahligai pun telah tersedia... Rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat... Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal... Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

Rasulullah ﷺ  telah bersabda,

Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 perkara dan lupa kepada yang 5 perkara.

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

[Imam Ghazali ]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)