Friday, June 23, 2017

Tips pemanduan untuk balik beraya di kampung

Teman pasti, hari nie ramai yang sudah bertolak untuk balik beraya bersama keluarga di kampung. Teman pun kali nie akan balik beraya di Perak. Jarak dari rumah teman di Saujana Utama Sungai Buluh ke Tanjong Malim nie dalam 60KM je. So, pagi esok baru teman bertolak balik. Biar lah orang yang kampung nya jauh tu balik dulu. At least teman tak menyumbang sama kesesakkan di highway tu. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan tips pemanduan untuk balik beraya di kampung.

Tips Pemanduan Untuk Balik Beraya di kampung



Hati-hati lah ye kome memandu balik beraya tu ya. Jangan lah memandu ikut hati, pandu la ikut akal fikiran yang waras. Kome boleh amalkan doa untuk menghilang rasa mengantuk semasa memandu nie...

Sepotong ayat Al Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
.
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
.
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
.
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama. Sebelum mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat sebegini... InshaaAllah...

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.
.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 & SAHABAT² ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA .


💐Dakwah Itu Cinta❤

Apa pun, teman ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"

Tuesday, June 20, 2017

Tips untuk berjimat di Hari Raya

Tak lama lagi dah nak raya... Bila sampai time raya je, mesti pening bila memikirkan soal pembelanjaan untuk menyambut Hari Raya. Memang tak dinafikan kaum wanita la yang paling sibuk bila memikirkan hal persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagi kaum wanita pula biasanya mereka dah mula berfikir bab persiapan raya nie dua-tiga bulan sebelum puasa lagi. Biasanya, nie bab tempahan baju la...

Mana nak fikir budget untuk pakaian, biskut raya dan persiapan rumah bagai dengan nak tukar langsir dan sarung kusyennya. Semuanya perlu di ganti. Itu tak termasuk kos minyak dan tol untuk balik ke kampung beraya. Haah... duit raya lagi... Jadi, mana yang boleh di jimatkan, boleh la kurangkan perbelanjaan tu... Tak nak cut cost berbelanjaan duit raya pulak kan... Nampak sangat la kita nie berkira untuk bersedekah...

Sampul duit raya


Ok, teman dah praktikkan cara nie lebih dari 3 tahun. Apa yang teman buat, setiap tahun bila tibanya raya, teman akan simpan semula sampul duit raya anak teman yang boleh di gunakan semula. Mana sampul duit raya yang dapat free tu pun teman simpan semuanya untuk digunakan raya tahun berikutnya. Kalau nak beli sampul duit raya baru, harganya dalam RM10 untuk 2 atau 3 pack yang ada 5-10 keping sampul.

Bukan apa, kalau beli sampul baru dan diberikan pada budak-budak tu di koyak dan dibuang dalam longkang. Rasa macam terkilan sangat bila sampul duit raya tu di beli untuk di buang. At least dengan cara nie, teman dah tak payah beli sampul duit raya lagi.

*Psst... teman kadang-kadang tu terfikir jugak nak buat hobi baru, kumpul sampul duit raya yang rare... agak-agak selepas 10 tahun harga berapa ye...

Sunday, June 18, 2017

Kuliah : Adakah kita umat Rasulullah?

Kita mengaku, kita umat Rasulullah, tapi adakah kita mengikut sunnah Nya dan meninggalkan tegahannya?

Merokok 
Gambar ehsan Google.

Kisah Seorang Petugas Sukarelawan Gaza yang merokok.

Sehinggalah menjejakkan kaki di bumi Gaza, apabila ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa dalam perjalanan ke kem di Jabaliya.

Soalan pertama dia tanya,
"Anta hisap rokok?"

Saya jawab,
"Hisap, tetapi di Malaysia. Di Gaza belum lagi."

Dia terdiam dalam masa 3 hingga 4 minit. Saya menunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah sangat dia hendak bertanyakan soalan yang kedua. Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya. Kemudian dia menarik nafas, baru dia bertanya semula,

"Anta sayang kepada Rasulullah?"

Saya dengan pantas menjawab,

"Mana mungkin tidak sayang, mestilah sayang."

Kemudian dia memberi penerangan,

"Kalau kita sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk."

Katanya lagi,
"Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka, Rasulullah sayang tidak dengan kita?"

Saya terus terdiam. Air mata saya mengalir. Terasa sebak dan pilu di dalam hati.

Selepas hari itu sehingga kini, saya sudah tidak merokok lagi. Sehinggakan orang suruh saya menghulurkan kotak rokok pun saya tidak mahu.

Sahabat-sahabatku yang masih merokok...jom tanamkan azam dan niat untuk berhenti merokok bermula sekarang dibulan yang penuh barakah......bukan esok.