Sunday, November 27, 2016

Kuliah : Persiapan menghadapi kematian

Petikan ceramah Perdana Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Hidup kita tidak sekadar di dunia tetapi akan hidup lagi kerana kita sedang dalam perjalanan ke padang Masyar. Hidup kita di dunia hanya dalam linkungan 60-70 tahun sahaja. Dalam masa terbatas, kena jadi secerdik cerdik manusia yang bukan sahaja memikir akan kehidupan di dunia tapi berfikiran jauh untuk memikir kehidupan yang akan dijalani di akhirat.

Ajal 
Gambar ehsan Google.

Orang paling cerdik ialah orang yang mempersiapkan diri dengan amalan sebagai bekalan selepas mati. Kita akan fikir panjang dan jauh. Bekalan apa perlu dibawa untuk mengadap di hadapan Allah nanti. Itu yang menyebabkan kita datang dan hadir majlis ilmu supaya tidak terkejut bila mengadap depan Allah. Jangan tergaman bila berada di suasana yang jauh lebih besar dari apa yang kita lihat di dunia ini.

Ajal 
Gambar ehsan Google.

Ada golongan manusia yang mengadap Allah dalam keadaan tidak bersedia. Disebut dalam surah An Nisa ayat 97, ada golongan dimati dalam keadaan melakukan kezaliman pada diri sendiri. Mati dalam keadaan maksiat, mati dalam keadaan tidak bersedia. Mati dalam keadaan tak boleh membaca Al Quran.

Bila mati,  pasti  sekali orang seperti ini tak lepas di hadapan Allah. Bila malaikat tanya, pasti tak boleh menjawab. Kenapa mati dalam keadaan tidak bersedia?

Malaikat pasti menanya kenapa kamu tak menuntut ilmu sedang muka bumi ini adalah luas. Tempat bagi orang seperti ini adalah tempat yang azab.

Ada golongan yang langsung tak peduli pasal kuliah dan majlis agama. Allah akan buka segala pintu maksiat yang dia ingin lakukan dan Allah biarkan sehingga dia rasa seronok dan kemuncak kehidupannya dan ketika itu Allah akan tarik nyawa dia dalan keadaan tercengang cengang. Nau'zubillah...

Saturday, November 26, 2016

Kuliah : Jangan putus asa dengan rahmat dan keampunan Allah

Sekadar perkongsian di pagi ini dalam segment kuliah. Jangan sesekali putus harapan atas rahmat dan keampunan Allah ke atas hambanya. Sesungguhnya, Allah lagi maha penyayang dan pengampun.

Putus harap 
Gambar ehsan Google.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang firman Allah ta'la :

"Wahai anak adam, sesungguhnya selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak Peduli (betapa banyak dan besarnya dosa itu).

Wahai anak Adam, seandainya dosa engkau hampir memenuhi ruang antara bumi dan langit lalu engkau minta keampunan-Ku nescaya akan Aku ampuni semuanya.

Wahai anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan yang memenuhi bumi kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan kempunan sepenuh bumi jua."

[HR At-Tirmidzi dan katanya : Hadith Hasan]

Thursday, November 24, 2016

Petua : Memutihkan siku atau bahagian bawah lengan yang gelap

Petua untuk memutihkan bahagian siku atau bahagian bawah lengan yang gelap. Sebelum nie, teman ada kongsikan petua untuk mengatasi masalah nie. Kalau berminat boleh la klik disini untuk membaca petua tu.

Minyak zaitonGambar ehsan Google 

Dalam entry hari nie, teman kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah nie. Petua nie agak mudah untuk dipraktikkan. Hanya guna kan sumber bahan alami saja. Mudah saja caranya. Mula-mula, dapatkan minyak zaiton dan buah timun.

Timun 
Gambar ehsan Google 

Potong timun tersebut dan sapukan sedikit minyak zaiton pada permukaan timun yang telah di potong itu. Kemudian, tempelkan timun tersebut pada bahagian gelap pada tubuh. Biarkan seberapa lama yang boleh. Jika diamalkan selalu, kesan hitam pada tubuh akan pudar selain memberi kesegaran kepada bahagian tersebut.

Selamat mencuba.