Sunday, November 20, 2016

Kuliah : Jangan ambil mudah apabila masbuq

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa  al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai. 


Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk. Timbul beberapa persoalan antaranya, Bolehkah seorang yang solat fardu berimamkan yang solat sunat?


Solat 
Gambar ehsan Google.

Jawapan kepada persoalan tersebut ada di bawah;

Dalam masalah ini, para ulama telah khilaf. Ini kerana kedudukan fardu lebih tinggi daripada sunat. Justeru tidak dibolehkan bagi yang melakukan solat fardu mengikut solat sunat kerana ia lebih rendah. Sebahagian yang lain pula berpendapat boleh dan harus kerana jenisnya sama iaitu solat. Imam Syafie berpendapat sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, “Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya.”

Imam al-Syafie mejelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua ini adalah solat sunat, manakala solat ahli keluarganya yang menjadi makmum itu adalah solat fardu Isyak. Ini menjadi dalil bahawa dibenarkan orang yang bersolat fardu berimamkan imam solat sunat.

Namun, adalah lebih baik dielakkan bagi menghindar daripada perbezaan pendapat kerana ulama yang lain berpendapat tidak sah makmum solat fardu berimamkan imam solat sunat. Lihat Mughni al-Muhtaj oleh al-Syarbini al-Khatib (1/503).

Justeru kami berpendapat hukumnya adalah dibolehkan untuk seorang yang solat fardu mengikut dan berimamkan dengan orang yang bersolat sunat berdasarkan hujah dan dalil di atas.


Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohd al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

09 Zulkaedah 1436H bersamaan 24 Ogos 2015

Saturday, November 19, 2016

Kuliah: Jangan melihat seseorang itu dari masa silamnya

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang wanita pelacur akhirnya diberi taufiq untuk bertaubat kepada Allah disebabkan ihsannya memberi minum kepada seekor anjing.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ahli sihir Firaun yang berkumpul untuk melawan Nabi Musa, kesemua mereka akhirnya beriman kepadanya.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam Rasulullah saw iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Masa silam 
Gambar ehsan Google

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ramai ketua perompak dan penyangak berubah menjadi wali Allah seperti Fudhail bin Iyadh dan Bisyir al-Hafi.

Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang peminum arak berubah menjadi alim yang warak iaitu Malik bin Dinar.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Sayyidina Uwais al-Qarni.

Subhanallah...

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya untuk memburu redhaNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah. Amiin..
Google

Thursday, November 17, 2016

Petua : Untuk mengatasi kulit muka kering

Kulit wajah kome kering? Sesetengah orang mengalami masalah kulit wajah yang kering serta kusam. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah kulit kering. Kome boleh klik disini untuk membaca petua tersebut.

Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengatasi masalah kulit wajah yang kering. Tiada bahan kimia yang merbahaya. Hanya mengunakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Petua kali ini hanyalah  mengunakan kobis. Jangan tak percaya pulak, kobis ini selain di jadikan menu dalam hidangan seharian boleh juga di manfaatkan untuk tujuan kecantikkan.

Kobis Gambar ehsan Google.

Caranya, mudah sahaja. Dapatkan kobis bulat. Kemudian tumbuk kobis tersebut sehingga lumat. Kalau malas nak tumbuk, boleh dikisar sehingga halus. Kemudian jadikan ia sebagai masker. Sapukan pada wajah seminggu dua kali. Insya Allah, kulit akan menjadi lemban, halus dan menawan.

Selamat mencuba.