Thursday, October 30, 2014

Petua : Mengatasi masalah gastrik

Penyakit gastrik. Biasa penyakit gastrik yang sengaja di buat selalu muncul di waktu bulan ramadhan. Biasa lah, mereka nie selalu mencari alasan untuk tidak berpuasa. Tapi bagi mereka yang betul-betul mengalami masalah gastrik nie, hanya mereka saja yang tahu bagaimana sengsaranya penyakit ini. Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. Jangan pula makan makanan yang bersifat asid seperti buah limau tu.

Gastrik

Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua kali ini, teman kongsikan beberapa makanan yang dapat membantu kome yang mengalami masalah gastrik ni.

Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Ok, selamat mencuba ye. Teman harapkan info yang di kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.

Petua : Mengubat bisul

Kome pernah kena bisul tak? Apakah bisul dan macam mana bisul itu terjadi, kome boleh klik disini untuk maklumat lebih lanjut. Penyakit bisul nie tak kenal usia, baik kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa terdedah kepada jangkitan bisul. Apa yang penting, kebersihan diri perlulah di utamakan. Ok, dalam entry nie, teman kongsikan beberapa petua yang boleh di cuba.

Bisul

Gambar ehsan Google.


Kome boleh cuba petua-petua kat bawah nie ye.


  • Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.
  • Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tempek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

  • Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.
  • Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Ok, selamat mencuba ye.


Monday, October 27, 2014

CPUV : Transitions Optical

Transitions Optical. Alhamdulillah, blog apakehei nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Ini adalah CPUV yang sembilan belas dari Nuffnang untuk bulan Oktober, 2014 nie. Dapat 3 CPUV sekali gus untuk promote Transitions Optical nie. Kalau nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya Transitions Optical nie, rajin-rajin lah melawat web site mereka. Klik kat sini yer.


Transitions Optical nie adalah syarikat yang berpengkalan di Pinellas Park, Florida, United States. Untuk maklumat lanjut berkenaan Transitions Optical nie, kome boleh juga layari Wikipedia. Transitions Optical terkenal dengan produk lensa mereka.


Apa pun terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV nie.