Wednesday, April 11, 2012

Tasik Biru

Weekend hari tu, tetiba darling ajak teman pegi jenjalan... Mmm... Nak pegi mana yer... Ada specific arah tuju ker? Mmm... Fikir punya fikir, terlintas di fikiran Tasik Biru... Kat mana yer...? Macam mana nak kesana yer...? Nak search kat Google pun tak sempat... Short notice sangat... So, teman main belasah jer... Main drive je ikut sesuka hati... Lalu ceruk sana, ceruk sini, sampai masuk Kampung Kubu Gajah... Masa nak keluar tu... Tengok jam, mmm... Awal lagi nampaknya... So, teman pun drive lah menghala ke Kuang... Sampai kat persimpangan lampu isyarat tu, teman pun belok ke kiri... Drive lagi ikut sesuka hati... 

Tetiba, terpandang sign board Tasik Biru. Wahhh... Kita dah jumpa la, Tasik Biru... Excited sangat...








Besar jugak ye tasik nie... Masa sampai hari tu, ada la dua orang sedang merempit ngan jet ski kat atas tasik nie... Nampak macam seronok jer... Maklum la, dah boleh dikira expert... Tengok la aksi-aksi mereka nie... Kebanyakkan, mereka yang main jet ski disini bawa sendiri jet ski mereka. Disini tidak ada kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya. Bagaimana pun, disekitar tasik tersebut terdapat beberapa gerai makan. Hari tu, tak sempat teman nak tinjau gerai-gerai tu. Duduk tengok orang main jet ski lepas tu, teman pun balik... Anyway, sesiapa yang ingin berkunjung kesini tapi tak tahu bagaimana hendak kesini, teman sharekan koordinatenya kat bawah nie...

3.248987, 101.526493



View Larger Map

Everyone Connect - Jom Sertai Pertandingan ONLINE

Menangi pas masuk percuma untuk tayangan Marvel's The Avengers dalam 3D pada
26 April, 2012



Bagaimana nak sertai... Mudah sahaja... Ikuti langkah berikut...




Sunday, April 8, 2012

Petua - Membuat Cili Boh

Bagi yang mengemari masakkan pedas mengunakan cili kering, petua ini boleh menjimatkan masa dan tenaga. Ia juga boleh mengelakkan kesan sanpingan pengunaan cili boh yang mengandungi bahan kimia pengawet.


Gambar hiasan dari : http://makanmalaya.com

Kisar cili kering dalam jumlah berpatutan hingga lumat. Masaklah diatas api sederhana besar hingga kering air dan apabila agak pekat kecilkan api. Kacau hingga pekat. Selepas disejukkan, masukkan dalam bekas yang bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Apabila diperlukan, hanya keluarkan sedikit (sebanyak yang diperlukan). Tidak payah mengisar cili setiap kali memasak. Di sanping itu puan juga boleh menjimatkan masa memasak kerana cili ini telah dimasak dan tidak berbau cili mentah lagi. Ia juga tahan lama tanpa menjejaskan rasa cili sebenar.