Monday, December 16, 2013

Kuala Lumpur International Motor Show 2013

Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS2013) yang berlangsung pada 15 hingga 24 November yang lepas di Putra World Trade Centre (PWTC). Ini merupakan kali pertama teman dan keluarga ke pameran KLIMS nie. Impian teman hanyalah untuk melihat sendiri kereta konsep rekaan dari pelbagai jenis pengeluar kenderaan terkemuka dunia. Rupanya, bukan teman sahaja yang teruja untuk melihat kereta nie, Aisar pun sama jugak. Siap melompat-melompat menarik tangan teman dan berposing sakan dekat kereta sport yang dia suka.


Dah nama pun melawat pameran kereta, sah-sah lah banyak gambar kereta yang teman nak kongsikan dalam entry nie. Lagi pun temankan peminat kereta :d

Untuk pengetahuan semua, ini adalah harga tiketnya.


Kebetulan masa pameran nie, hari cuti sekolah. Teman pegi masa weekdays. Selain dapat jimat dapat elak kesesakan pengunjung.


Agak jauh jugak berjalan dari kaunter tiket ke ruang pameran. Siap ada laluan zigzag pulak sebelum berdepan dengan penjaga pintu masuk untuk menyerahkan tiket. Nasib baiklah pergi waktu weekdays, cepat sikit la... Kalau tak maunya berejam dok berbaris kat pintu masuk. Lepas menyerahkan tiket, dari pintu masuk pameran kena mengunakan laluan pejalan kaki untuk kebawah. Lebih kurang 7 minit baru lah sampai ke pintu masuk ruang pameran. Dah tak sabor dah nie nak tengok kereta :)

Kereta pertama yang menarik perhatian teman ialah model Lexus LFA nie. Sporty betul la. Mujur harganya mahal. Kalau kome nak tahu, harganya anggaran dalam MYR1.2 juta hingga ke MYR2.2 juta sebab Lexus LFA nie limited addition. Production nya hanya dalam 500 unit sahaja untuk setiap version. Klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan model ini. Klik disini untuk tengok harganya di pasaran Malaysia. Nak tahu kereta sport yang paling mahal di Malaysia, klik disini untuk membacanya.









Model ini pula adalah satu-satunya model yang dibawa ke pameran ini. Teman kira, basikal ini adalah basikal yang termahal di dunia.



Tapi kadang-kadang tu, teman mushkil kena setiap kali ada event pasal kereta atau motor mesti ada perempuan berpakaian seksi. Buat spoil je la. Kadang-kadang tu sehingga menyusahkan orang nak ambil gambar kereta. Bukan apa, kita bukan nak ambil gambar dia. Tapi dia dok menyemak jer kat tepi kereta tu. Hampeh betul la.

Ini pula adalah model Toyota NS4. NS4 ini adalah kereta konsep bercirikan hybrid. Sekarang nie kebanyakkan pengeluar kereta menumpukan kajian mereka untuk menghasilkan kereta yang lebih mesra alam. Sila abaikan awek seksi tu yer...





Pengunjung tidak dapat melihat susun atur dalaman bagi model Toyota NS4 nie. Melalui carian di Google, teman dapat melihat kemasan dalaman untuk model NS4 ini








Toyota turut menampilkan model Toyota Camry dengan mengadaptasi teknologi hybrid dengan masih mengekalkan ciri-ciri spesifikasi dan reka bentuk asal. Dengan teknologi hybrid, pengunaan bahan api petrol dapat di jimatkan ke tahap yang paling optimum.





Gambar ehsan Google

Dan untuk julung kalinya, Toyota telah membawa masuk kenderaan pelbagai guna (MPV) model Previa ke Malaysia. Model Previa telah di rebranding. Sebelum ini model ini lebih dikenali sebagai Estima yang telah dibawa masuk oleh pihak pengimport berkonsepkan recond.



Ini pula ada model Volkswagen Golf yang bina secara keratan rentas untuk menunjukkan bahagian dalam atau lapisan model ini. Kat kereta nie, tak ada pulak si perempuan tu nak berpossing... :d




Ini pula adalah model kereta Formula 1 dari Infiniti.




Honda my dream car, dengan tag line "The Power of Dream". I hope my come true... :) Sekali lagi peringatan, sila abaikan awek seksi kat sebelah tu...



Selain model CRZ, Honda turut membawa masuk kenderaan pelbagai guna (MPV) model Odyssey yang akan bersaing dengan model Previa. Sebelum ini model Odyssey telah dibawa masuk secara recond oleh pihak pengimport.






Gambar ehsan Google

Honda pula menampil kereta konsep EV-Ster... huhuhuhuhuhu sangat comel dan seksi...








Gambar ehsan Google



Gambar ehsan Google

Satu-satunya syarikat Malaysia yang menyertai KLIM2013 ialah Perodua. Produa mempamerkan Model MyVi yang telah di naik taraf. Selain dari itu, Perodua turut menampilkan kereta konsep yang memfokuskan kereta sedan compact yang diberi nama Produa Buddy.










Banyak-banyak kereta dalam pameran nie. Kereta nie yang pelik sedikit. Produa mempamerkan hanya bentuk kereta ini. Tak boleh nak diandaikan ianya sebuah kereta sebab ia tidak mempunyai roda dan injin. Mungkin ianya direka sebagai tempat untuk berehat. Awek nie kasi possing untuk teman ambil gambarnya... :d


Apa macam? Comel tak awek model tuh? Melalui pemerhatian teman, hanya model dari Produa jer yang berpakaian sopan. Yang lain tuh, seksi habis. Teman nak kongsikan cerita yang best di akhir entry nanti. Teruskan membaca yer walau pun bosan dengan cara penulisan teman nie :d

Citron pula menampilkan kereta konsep mereka yang dikenali sebagai Citron Namero 9. Kereta ini masih belum berada di pasaran lagi. Tiada maklumat mengenai harganya tetapi jika berminat untuk mengetahui berkenaan Namero 9, silalah klik disini.

Kabur sket gambarnya...










Ford turut bersama dalam pameran KLIM2013 nie. Ford turut mempamerkan beberapa model kereta mereka. Teman suka tengok kereta je... bukan awek model tu.... so, sila abaikan pencemar kereta nie...



Tetapi, teman hanya tertarik dengan model Ford Mustang Shelby GTS500 nie.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kereta nie, kome klik je kat sini. Setakat nie, teman tak ada info pasal harga kereta nie di Malaysia.






Ini pula adalah satu-satunya injin kereta yang dipamerkan secara keratan rentas. Boleh tengok segala apa yang ada dalam injin kereta tu.


Hyundai juga tidak ketinggalan dalam KLIM2014 nie. Dalam pameran kali ini, Hyundai menampilkan beberapa model future ristik mereka. Antaranya adalah dari model I-IONIQ.

Gambar diatas ehsan Google








Nie baru entry pasal kereta konsep di pameran KLIMS, belum lagi masuk kereta yang telh di modify dan dimake up abih... Ada juga kereta antik... Nanti teman kongsikan dalam next entry yer...

Ok, sebagai penutup untuk nie, teman kongsikan cerita yang tertangguh tu... mungkin ianya agak lawak dan mungkin juga agak xxx! sket... Ok mungkin biasa je bagi kome...

Ok, nak dijadikan cerita sewaktu teman keluar dari toilet... teman berselisih dengan salah sorang girl model tu... tetiba dia tergedik-gedik... sambil mengeluarkan hand phone dari celah tu... patutlah rupenya... handphone dia vibrate la... kan depa set phone dalam silent mode... hehehehe... jangan ditanya depa simpan hand phone kat celah... fikir sendiri la ye...

so, moral of the story... Jangan simpan hand phone kat situ :d

2 comments :

  1. wah...walaupun aku tak sempat pergi motorshow aritu tapi rasanya dah dapat virtual tour kat sini...rasa cam nyesal plak tak pegi....hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. Semakin cantik dah canggih kereta masa kini kan. Perodua pun dah mula buat kereta sedan. Syabas perodua.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...