Bagaimana nak hilangkan kesan cat pada pakaian? Biasanya kalau kita buat kerja-kerja mengecat rumah, paling tidak mesti terkena palitan cat sama ada pada kulit atau pun pada pakaian. Kesan cat pada kulit, kita boleh bersihkannya dengan air. Tapi, kesan cat pada pakaian agak sukar jika hendak dibersihkan. Walaupun, sudah dibersihkan berkali-kali kesan cat pada pakaian masih juga tidak hilang. Memang agak sukar untuk membersihkannya.
Jangan risau. Jika pakaian kome terkena cat. Rendam sahaja dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian barulah pakaian tersebut dicuci dengan air sabun.
Rendam semua pakaian ker rendam bahagian kena cat aje?. Tak cepat reput ker pakaian rendam dlam minyak tanah akak?
ReplyDeleteBergantung pada keadaan la... kalau terkena sedikit sahaja, memadai dengan mengosokkan kertas tisu yg telah dicelup dgn minyak tanah pada kesan cat tadi.
DeleteSetakat nie, tak pernah la pulak pakaian yg direndam dengan minyak tanah reput... cuba tengok sumbu pelita minyak tanah tu... tak reput pun...
kalau nak hilangkan warna yang turun pada tudung..boleh dipraktikkan juga ke?
ReplyDeleteJangan. Rosak pulak tudung awak tu. Petua nie hanya untuk menanggalkan kesan cat pakaian saja.
Deletecara lain takde ke...?
ReplyDeletesori kalau buat sakit hati....
kalau kesan cat tu.. dah lama.. kering boleh berkesan lagi x dengan cara neh ? sebab sayang baju yg saya pakai tu bnyk kenangan ..then terkena cat lak huhuhu
ReplyDeleteCuba la... Fungsi minyak tanah tu untuk mencairkan cat... Kalau berus cat itu pun boleh di cairkan, ini kan pula pada pakaian... Rendamkan pada bahagian yang terkena cat tu je... Biar lama sket... Kemudian gosok dengan lembut... ๐ค๐
DeleteInfo yg berguna
ReplyDeleteminyak tanah di sini sudah jarang adanya
ReplyDeletejuga harganya terlalu mahal
๐ฑ๐ฑ๐ฑ.... disini mudah saja untuk mendapatkannya...
Delete..sy nk hilangkan cat di raincoat sy..fabrik nylon..berkesan atau x yee? dan melunturkan warna x?..
ReplyDeleteBerkesan... tak luntur kan warna pun...
Delete