Restoran makanan Arab di Kuala Lumpur. 9 March, detik bersejarah dalam hidup teman. Tahun sudah, teman raikannya di sebuah restoran makanan arab di Cyberjaya. Kali ini, menu makanan Iran menjadi pilihan. Untuk tujuan itu, teman check in di Persia Restoran, terletak di The Ampang Walk (AmWalk), Ampang. Di ground floor saja. Berdekatan dengan pintu masuk utama. Bagi sesiapa yang berminat kesini, teman sharekan koordinate GPS seperti dibawah ini.
3.161015,101.72846
Nie view dari dalam Amwalk...
Nie pulak view dari (luar) jalan besar... biasanya di baranda tu, ramai yang duduk lepak sambil hisap shisha. Berkepul-kepul asap di situ menambahkan jerebu :)
Restoran nie menyajikan menu makanan masyarakat Iran dan Parsi. Memang unik makanan di sini. Lain dari yang lain. Teman ada juga berkunjung ke restoran Arab yang lain tapi hati teman tetap di sini. Kira dah jadi tempat special untuk teman. Setiap tahun, mesti teman akan berkunjung disini.
Apa yang best sangat disini? Meh layan buku menu Persia Restorant nie dulu.
Biasa la kan. Sebelum nak order tu, belek-belek menu apa yang ada. Puas layan menu, tanya pulak apa yang "BEST" kat sini. Maksudnya menu signiture laa tu, yang orang selalu order.
Untuk makan hari ini teman di cadangkan untuk order Special Kebab. Special Kebab nie harganya RM60, cukup untuk dua orang makan. Sebenarnya, ini adalah kali kedua teman kesini dan kali kedua juga memilih menu makanan yang sama.
Di Persia Restaurant, Special Kebab dihidangkan bersama nasi, daging dan isi ayam yang di perap bersama perapan istimewa dan di panggang. Turut dipanggang ialah cili dan juga buah tomato. Daging dan isi ayam panggangnya di panggang sempurna. Agak juicy dan tidak kering. Segar dan nikmatnya terasa apabila di makan. Beras yang digunakan pula adalah dari beras yang berkualiti tinggi. Biji berasnya pun panjang-panjang.
Sebelum makan tu, gaulkan nasi bersama butter sehingga rata... lepas tu, barulah nyam-nyam

Sebagai tambahan, teman memesan salad. Disini saladnya terdiri dari potongan timun segar dan buah tomato serta bawang yang potong kiub digaul bersama ramuannya yang tersendiri. Memang sedap bagi mereka yang sukakan salad segar macam nie.
Untuk minuman, temam memilih Lemonademint berharga RM10 segelas. Jus lemonademint ini amat unik. Ketika meminum sebelum makan nasi, ianya terasa agak masam. Tetapi, setelah makan nasi, daging dan ayam panggang, ianya tidak berasa masam. Tetapi rasanya agak unik, disukar digambarkan dengan kata-kata. Nak tau, cubalah sendiri.
Yang nie hiasan di penjuru dinding yang berkonsepkan lukisan raja-raja Parsi dahulu... dengan hiasan tembaga...
Yang nie pulak adalah kaunter penyediaan makanan... ianya terbuka dan kalau pengunjung nak tengok pun boleh sahaja...
Tata hiasan dalaman restoran ini menampilkan seni lukisan Asia Barat. Lakaran Sultan atau Maharaja di Asia Barat menhiasi segenap penjuru dinding restoran ini. Di bawah nie adalah kaunter pembayaran... Simple jer kan...
Yang nie pulak adalah kaunter penyediaan makanan... ianya terbuka dan kalau pengunjung nak tengok pun boleh sahaja...
Ok la... Nie saja entry untuk berkongsi pengalaman makan-makan di Persia Restaurant nie... memang best... memang amat mengenyangkan... dan amat sesuai sekali bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan menu makanan Asia Barat nie. Next time nak datang lagi.
tgk kebab tu pun dah terliur gila ... heheheee
ReplyDelete