Thursday, April 11, 2019

Petua : Merawat senggugut

Senggugut ketika haid. Petua kali ini khas untuk golongan wanita. Sesetengah wanita yang didatangi haid akan merasa sakit dibahagian perut dan peranakkan. Inilah yang dinamakan senggugut. Maaf, teman tak dapat nak imagine macam mana sakit senggugut tu. Apa yang pasti senggugut nie memberi ketidak selesaan kepada golongan wanita dan ia memberi kesan terhadap kegiatan seharian.

Sebelum nie, teman pernah juga kongsikan beberapa petua untuk mengatasi senggugut. Kome boleh baca petua tu melalui ruangan search / mencari di sudut kanan atas blog ini.

Lemon

Gambar ehsan Google.

Untuk petua kali ini, bahan utama yang di perlukan ialah buah lemon. Buah lemon ini mudah didapati di pasaraya. Selain sedap untuk di buat air, buah lemon juga ada manfaat kesihatan buat golongan wanita.

Lemon dapat membantu untuk mengurangkan pendarahan, kesakitan dan bengkak yang berkaitan dengan haid. Minum 2-3 gelas jus lemon yang di campur dengan air sejuk pada setiap hari semasa tempoh haid mampu mengatasi masalah ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!


3 comments :

  1. Terima kasih berkongsi petua :)

    ReplyDelete
  2. First time dengar bagus la baru mama Tau lemon no mmg byk kegunaannya kan

    ReplyDelete
  3. tapi kalau dah sakit dah tak ingat apa2 petua...hehe

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...