Thursday, August 22, 2019

Petua : Untuk menyimpan buah strawberry supaya tahan lama

Siapa yang tak gemar makan buah strawberry? Kalau pergi ke Cameron Highland, pasti buah strawberry menjadi pilihan utama sebagai buah tangan. Teman and family sendiri pun sangat gemar makan buah strawberry. Terutama bila makan buah strawberry dan di celup dengan coklat cair. Pergghhh, memang best giler.

Tapi, masalahnya buah strawberry nie tak tahan lama bila di bawa balik ke rumah. Jika tidak makan buah strawberry ini segera, buah strawberry nie akan menjadi lembik, masam dan membusuk. Lama juga lah teman mengalami masalah nie sehinggalah teman jumpa tips atau petua ini. Jadi, teman kongsikan disini untuk kome cuba juga. Perlu di ingatkan, buah strawberry ini hendaklah di angkat dengan cermat kerana buah strawberry amat mudah rosak jika terhantuk atau jatuh.



Gambar ehsan Google.

Ok, begini caranya untuk menyimpan buah strawberry supaya tahan segar dan tahan lebih lama. Ikuti langkah berikut;

Bahan-bahan yang di perlukan

  1. Buah strawberry
  2. Garam

Pilih buah strawberry yang baru di petik, segar, tidak layu dan tidak busuk. Bersihkan segala kotoran di bawah air mengalir, kemudian toskan. Kemudian, rendam buah strawberry tersebut di dalam air garam. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian bolehlah di toskan. Keringkan buah strawberry tersebut. Buah strawberry ini hendaklah di angkat satu persatu untuk mengelakkannya rosak. Sebab buah strawberry ini mudah sangat rosak kalau terhantuk kuat. Setelah kering, simpan dalam peti sejuk.

Kalau pergi ke Cameron Highland nanti, boleh la cuba ye. Kalau kome ada cara atau petua lain, kongsikan la dalam ruangan komen di bawah. Apa pun, selamat mencuba petua nie.




10 comments :

  1. la baru tahu..minggu lepas ada beli strawberry cpt je buruk.

    ReplyDelete
  2. Oo mudah je Boleh Lah Cuba nnti

    ReplyDelete
  3. macam tu ye petua nak bagi tahan lama.. baru tahu selama ni kalau beli makan cepat2 sebab takut buah rosak hehehe..

    ReplyDelete
  4. Sayur pon kalau guna kaedah ni akan tahan lebih lama

    ReplyDelete
  5. Oh! dekat buah stoberi pun boleh guna petua garam ni ya.
    Mrs. A sebelum ni tahu kalau buah-buah yang dah di kupas macam epal, lai dan sejenis denganya lepas dah potong-potong tu rendam sekejap dengan air garam biar buah tak buruk.

    ReplyDelete
  6. Much aje caranya.. Boleh ikut nanti

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...