Thursday, March 21, 2019

Petua : Untuk menanggalkan kulit mati

Masalah kulit mati sering kali menghantui sesiapa sahaja termasuk golongan remaja. Masalah ini sering terjadi di bahagian kaki kerana kotoran sering melkat pada tapak kaki ketika berjalan. Usah risau, dalam entry hari ini teman akan kongsikan satu petua untuk menyelesaikan masalah ini. Apa yang penting, kaedah ini lebih mudah dan juga murah. Kome boleh lakukan petua ini di rumah je.

Ubat pencuci mulut

Gambar ehsan Google.


Untuk membuat petua ini, kome perlukan bahan-bahan ini;

  1. Pencuci mulut / Ubat kumur
  2. Cuka makan
  3. Air suam (cukup untuk merendam kaki)

Ambil air suam dalam masukkan ke dalam besen. Saiz besen hendaklah cukup untuk masukkan ke dua-dua belah kaki. Kemudian, ambil pencuci mulut atau ubat kumur sebanyak 1/4 cawan dan campurkan ke dalam besen berisi air suam tadi. Setelah itu campurkan pula 1/2 cawan cuka makan dan kacau sehingga sebati.

Rendamkan kedua-dua belah kaki ke dalam besen tersebut dan biarkan selama 15 minit. Gosok kaki dengan lembut terutama bahagian yang banyak kulit mati. Setelah itu, bilas dengan air bersih dan lap sehingga kering.

Hasilnya, kulit tapak kaki akan bersih dan lembut. Pasti kome teruja dengan hasilnya.

Selamat mencuba ye.


5 comments :

  1. Mudah dan murah..tidak perlu ke spa..alhamdulillah.Terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. bahan yg mudah didapati..pegi spa, byk belanja..

    ReplyDelete
  3. wow pakai pencuci mulut tu ya.. boleh cuba.
    sesekali rajin juga nak scrub kaki tapi ikut mood. boleh rendam dalam besen ni kira best n mudah.

    ReplyDelete
  4. nak cuba nak cuba sbb tapak kaki sy mmg dah x rupa tapak kaki skrg ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Oo mudah saja bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...