Sebelum wujudnya Komuter.. LRT semua, dulu inilah satu-satunya yang ada, RailBus (disebut relbas). First time teman naik railbus ni dari Kampar ke Slim River... Sewaktu form 4 untuk balik ke asrama. Memang nie kenangan yang tak boleh dilupakan sebab yang naik keretapi KTM memang ramai, tapi tak semua dapat merasa naik railbus. Tambahan pulak, waktu tu ramai kawan-kawan sekolah kat dalam RailBus tu. Macam-macam perangai ada. Maklum la, budak-budak baru nak UP... Kemo pernah naik RailBus tak?
Rinduuuuuuu..... tauu...
Nie teman kongsikan sedikit fakta berkenaan perkhidmatan RailBus nie.
Info mengenai perkhidmatan RailBus
- Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
- Kulai / Singapura / Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
- Ipoh / Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
- Ipoh / Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
- Gemas / Mentakab / Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
- Pelabuhan Klang / Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
- Butterworth / Arau / Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.
Sayang kan, perkhidmatan yang baik nie dah tak ada pulak sekarang nie...
Macam tidak pernah guna relbas ini.
ReplyDeleteRasa macam pernah naik dulu dari Segamat ke Butterworth. Seronok naik untuk perjalanan jauh. santai santai duduk dalam keretapi sambil tengok view selain dari view on road biasa tu.
ReplyDeleteTak pernah naik sebab takde kat tempat kita. Hehe
ReplyDeletedekat Sarawak tak de kereta api atau seangkatan dengannya..
ReplyDeletesungai adalah
tak penah naikkkk nii
ReplyDeletepernah dgr masa teman sekolah di teluk intan dulu..tapi tak pernah naik..
ReplyDeleteZumal tak sempat guna relbas ni
ReplyDeleteTak pernah huhuuuhu...
ReplyDeletesabah sampai sekarang public transport bus ja yg ada hehe
ReplyDelete