Thursday, January 10, 2019

Petua : Untuk menghilang batuk berterusan

Petua untuk menghilangkan batuk. Rasanya banyak juga petua-petua untuk merawat batuk nie teman pernah kongsikan dalam blog teman nie. Kome boleh search petua untuk batuk kat tepi tu. Dalam entry petua untuk hari ini, teman akan kongsikan dua lagi petua untuk merawat batuk yang berpanjangan. Bukan apa, kadang-kadang petua-petua nie ada yang tak sesuai dengan orangnya. Itu yang tak menjadi.

Batuk dan sakit tekak

Gambar ehsan Google.

Untuk petua pertama, kome perlu dapatkan bahan-bahan di bawah;


  1. Gula batu
  2. Getah anggur
  3. Buah kembang semangkuk

Ok, caranya begini. Ambil jag dan campurkan kesemua bahan di atas. Kemudian isi air dan biarkan bahan ini terendam semalaman. Kemudian, minum air ini sekerap yang mungkin sehingga sembuh.

Untuk petua kedua pula, kome perlu dapatkan bahan-bahan ini;


  1. Dua tangkai cili atau lada kering
  2. Beberapa titis minyak kelapa

Untuk membuat petua ini, mula-mula bakar lada kering tersebut sehingga hangus. Kemudian, campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa sehingga sebati. Ok, sudah siap. Cara untuk mengunanya, mudah je. Sapukan di sekitar kerongkong. Insya Allah, batuk dan sakit kerongkong akan berkurangan dan hilang.

Selamat mencuba.


4 comments :

  1. Blh tanya sikit? Di mn nak dpt getah anggur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman pun kali pertama dengar pasal getah anggur nie... kalau awak nak dapatkan getah anggur nie, cuba dapatkan di sini... Getah Anggur Info nie pun teman dapat melalui Google.

      Delete
  2. Replies
    1. Cili tu sapu di bahagian luar je... tak kan la sampai tersedak...

      Delete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...