Thursday, January 2, 2020

Petua : Kencing tak lawas

Masalah kencing tidak lawas. Apa maksudnya? Benda nie jadi tiba-tiba je... Tak di jangka langsung... Kome hendak kencing, tapi tak boleh... Pernah tak kome mengalami situasi macam nie... Dalam entry sebelum nie, teman ada juga kongsikan satu petua masalah kencing tak lawas nie... Kalau kome nak baca boleh la klik kat sini ye.

Teman hanya kongsikan info nie. Teman pernah juga alami kencing tak lawas nie... Info nie teman baru je dapat dan teman tak pernah cuba lagi...

Ini adalah pengalaman seorang doktor yang terkenal kerana artikel perubatan.

Beliau berusia 70-an dan pakar ENT. Menakjubkan untuk mendengar pengalaman beliau.

Pada suatu pagi, dia dapati susah kencing, puas dicubanya tidak juga keluar-keluar padahal dia berasa hendak kencing sangat-sangat.

Kencing tak lawas

Gambar ehsan Google.

Pada usia lanjut ramai orang susah kencing seperti dia, mungkin setelah dicuba berkali-kali baru boleh kencing.

Dia cuba berkali-kali dengan pelbagai kaedah dan cara, namun air kencingnya tidak juga keluar.

Walaupun dia seorang doktor, tidak terkecuali untuk menghadapi masalah seperti itu kerana dia juga manusia biasa yang tercipta dari daging dan darah seperti orang lain.

Dia terasa bawah perutnya menjadi berat dan keras, tidak dapat duduk dan berdiri, siksanya hanya Tuhan saja yang tahu. Mukanya berkerut menahan sakit.

Dia call kawannya seorang doktor pakar urology dan beritahu masalahnya.

Urologist itu jawab yang dia berada di sebuah hospital di pinggir bandar dan akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Ahh... siksanya nak tunggu setengah jam lagi.

Kebetulan ketika itu kawannya dari zaman kanak-kanak, juga seorang doktor buat panggilan. Apa lagi, dia terus mengadu kepada kawannya itu.

Kawannya jawab, "Oh, pundi kencing tuan penuh dan tuan tidak boleh  kencing. Jangan risau, lakukan seperti yang saya akan bagitahu".

"Berdiri dan lompat kuat-kuat, sambil lompat angkat kedua-dua tangan seolah-olah tuan cuba mencapai (jurangai) buah pelam yang tak sampai dipetik, 15 hingga 20 kali".

"Apa? Dengan pundi kencing yang penuh dia suruh saya melompat?" rungutnya dalam hati.

Walaupun sedikit gusar dan skeptikal dia cuba juga sebagaimana disarankan.

Baru lompat 5~6 kali, air kencingnya mula keluar. Dia pun meneran sekuat tenaga hingga kesemua air kencingnya keluar. Banyak sekali air kencing dari biasa, barulah terasa lega yg amat sangat.

Dia begitu gembira dan berterima kasih kepada kawan zaman kanak-kanaknya yang telah membantunya menyelesaikan masalah itu dengan kaedah yang begitu mudah, jika tidak, dia sebagai seorang doktor perlu masuk hospital, yang akan menerima rawatan dengan dimasukkan catheter di dalam pundi kencing, suntikan, anti biotik dan lain-lain.

Jika anda dan keluarga payah kencing, lakukan seperti doktor tadi, insya Allah pundi kencing yang salurannya tersumbat akan keluar air kencingnya.

Tidak perlu panik hendak bawa ke hospital bagai.

No harm to try... Tapi berhati-hati ketika melompat tu, jangan pulak melompat di dalam bilik air... Tergelincir pulak nanti... 

Wallah hu a'lam... Semoga perkongsian ini bermanfaat.


5 comments :

  1. sonang bonar ubatnya..dulu minum air lobak putih bagi lawas kencing..

    ReplyDelete
  2. Seriyau jugak kalau melompat di dalam bilik air yg basah 😁

    ReplyDelete
  3. Kalau perempuan pun boleh guna jugak ke petua ni.
    Tapi tulah kalau dah terdesak boleh je cuba petua tu.
    Sangat mudah setakat melompat je kan.

    ReplyDelete
  4. Termasuk dalam petua tradisional ke camne ni. Kadang cara tradisional lebih berkesan kan

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...