Setelah sebulan kita berpuasa, pasti ramai yang berat badannya menurun. Kalau tak banyak, pasti ada penurunan. Kome ada tak timbang berat badan kome pada hari terakhir puasa hari tu? Lepas seminggu beraya nie, kome ada tak timbang semula berat badan kome tu? Kome perlu ingat, punca penyakit adalah dari perut. Kita ini adalah apa yang kita ambil dalam permakanan seharian kita. Cuba kita jadikan Islam sebagai cara hidup kita. Sebaik-baik makan adalah berhenti sebelum kenyang. Jaga permakanan kita, jangan berlebihan.
Untuk entry hari ini, teman nak kongsikan bagaimana hendak kita maintain berat badan yang ideal.
- Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kome berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air berkarbonat, kuih muih, serta makanan ringan.
- Jika kome berasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.
- Jangan makan lewat malam. Jika kome tergolong dalam golongan ini kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur.
- Jika kome terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau ambil buah-buahan seperti pisang atau epal.
- Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan kome dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Kome hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.
- Kawal nafsu makan kome, kerana iakan membuatkan kome makan lebih dari yang sepatutunya. Inilah sebabnya mengapa kome perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan kome tu.
Harap perkongsian ini bermanfaat untuk kome dan sama-samalah kita jaga anugerah kesihatan ini ye.
petua utk naikkan berat badan ada tk ? hihi.
ReplyDeletedh makan bnyk pun, tetap tak naik2 ! hahaha
La... teman pun ada masalah nie juga... Makan rasanya dah banyak... tapi berat badan tak berapa nak naik pun... yang naik, pipi nie makin tembam... itu jer... perut still maintain...
DeletePetua yg berguna untuk waktu sekarang ni. Hihihi
ReplyDeletedengan 2,3 open house sehari, agak payah sikit nk control makan..mkn buah2an..
ReplyDeleteskrg sy try minum air kosong bnyk2...at least 2 liter sehari
ReplyDeleteMama dah Naik dah berat Ni.. Boleh amalkan petua Ni nanti
ReplyDelete