Apa itu panau? Mengikut takrifan oleh portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada bahagian luar kulit yang lembab dan berminyak.
Gambar ehsan Google.
Dalama entry hari ini, teman akan kongsikan satu petua orang dulu-dulu untuk merawat masalah panau. Bahan utama yang di perlukan ialah daun pokok gelenggang. Pokok gelenggang ini kebiasaanya tumbuh meliar di kawasan lembah atau berpaya dan ianya berbunga kuning.
Ambil daun pokok gelenggang tersebut dan tumbuk sehingga halus. Ambil airnya dan sapukan pada bahagian yang di jangkiti panau itu. Sapukan daun gelenggang itu 2-3 kali sehari sehingga jangkitan panau itu sembuh sepenuhnya.
Selamat mencuba!
rasa nak garu je bila kena panau...
ReplyDeleteMasa zaman sekolah rendah dulu memang ada kawan-kawan yang ada panau ni dia macam tompok putih bulat-bulat.
ReplyDeleteTak pasti pulak time tu depa letak ubat apa.
dulu pokok ni byk di tanam di kampung tp laa ni dah x nmpk lg
ReplyDelete