Wednesday, July 1, 2020

Wordless : Botol pati jus delima meletup

Itulahkan namanya kalau sudah tiada rezeki. Hampir dua tahun setengah, teman dah amalkan permakanan sunnah. Sebenarnya pati jus delima nie teman beli dua minggu sudah di restoran Al-Diafah di Sri Petaling dan di simpan dalam kabinet dan masih tidak di buka lagi. Bila bangun dari tidur pagi tadi, teman lihat ada cecair berwarna gelap meleleh di bahagian bawah kebinet. Bila buka pintu kabinet, barulah dapat lihat keadaan sebenar.

Rupanya botol pati jus delima tu dah meletup. Habis terpercik merata-rata kesan letupan jus delima tu di dalam kabinet. Nak buat macam manakan... Dah namanya tiada rezeki... Tapi tak pernah pulak teman dengar botol jus delima meletup.

Pati Jus Delima

Pati Jus Delima



7 comments :

  1. mungkin pressure dalam botol tu buat dia meletup..
    tapi ni festime juga ni tengok meletop cemni..

    ReplyDelete
  2. Panas ke sampai meletup?

    ReplyDelete
  3. pressure dalam botol kot tu boleh meletup. takpelah, moga ada rezeki yang lebih baik. aaminnn

    ReplyDelete
  4. Panas agaknya dalam kabinet tu kena simpan dalam tempat sejuk.
    Asbab dah bukan rezeki tu

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...