Thursday, May 16, 2019

Petua : Untuk menjaga tekanan darah

Blood Presure atau Penyakit Darah Tinggi. Penyakit darah tinggi ini sinonim dengan masyarakat Malaysia. Dari seawal usia 20an hinggalah membawa kepada mereka yang berumur. Faktor makanan dan gaya hidup menjadi punca utama mereka mengalami penyakit ini. Jika tidak di kawal, ia mampu memudaratkan.

Sebelum ini, dalam entry-entry yang lepas, pernah kongsikan beberapa petua tradisional untuk penyakit darah tinggi nie. Kome boleh search entry tersebut dengan melakukan carian dia ruangan mencari di bahagian atas , sebelah kanan blog ini.


Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan satu lagi petua untuk mengawal dan menjaga tekanan darah tinggi. Macam mana caranya? Mudah je.

Amalkan meminum air kelapa muda (jenis hijau), seperti kelapa pandan. Air kelapa jenis ini mengandungi magnesium dan kalium, dapat membantu menjaga tekanan darah agar tetap stabil terutama kepada pesakit darah tinggi.

Selamat mencuba.


5 comments :

  1. Alhamdulillah sekitar rumah di kampung ada pokok kelapa hijau ni..baba mama kera pjuga minum airnya tapi jarakkan masa selepas makan ubat.

    ReplyDelete
  2. kalau duduk kg senang nk cari kelapa pandan. dpn rumah je boleh panjat hehehe

    ReplyDelete
  3. Oo mudah saja caranya.. Boleh la amalkan

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...