Showing posts with label Short Video. Show all posts
Showing posts with label Short Video. Show all posts

Monday, July 19, 2021

Kisah seram di hospital

Kome pernah warded di hospital tak? Di sebabkan Covid-19 nie, ramai yang di jangkiti dan terpaksa di kuarantin di pusat kuarantin khas. Hospital pun dah tak mampu menampung bilangan pesakit Covid yang semakin hari semakin meningkat. Bagi diri teman sendiri, teman tak pernah lagi warded di hospital. Tapi, sebelum nie, teman memang selalu jugak la bermalam di ward hospital, meneman anak. Alhamdulillah, tak teman tak pernah lagi mengalami kejadian seram macam nie.

Dalam entry hari nie, teman nak memanjangkan perkongsian video dari TikTok nie. Mana lah tau kot kome pernah mengalami kejadian di hospital yang lebih menakutkan.


Credit to TikTok.


Tuesday, November 17, 2020

Burung dengan batu

Masa sekolah dulu, kome pernah tak dengar atau baca buku kisah burung dan batu. Cerita-cerita biasanya di ceritakan dalam kisah dongeng dan tauladan. Salah satu adalah kisah burung dan botol air.

Kisah tu menceritakan di suatu ketika cuaca panas dan tiada lopak air. Nak dijadikan cerita, berhampiran tempat itu ada botol air. Burung tu nak minum air dalam botol tu, tapi tak sampai sebab paruhnya pendek. Jadi, burung tu masukkan batu kecil satu per satu untuk meninggikan paras air dalam botol tu.

Rupanya kisah dongeng nie betul laa... Kalau kome tak percaya, tengok perkongsian video nie...


Sebelum nie, teman ada juga kongsikan kisah Arnab dan Kura-kura. Kome boleh klik kat sini untuk mengetahui kisah benar tersebut.


Tuesday, September 8, 2020

Arnab dan Kura-kura

Bila sebut pasal Arnab dan Kura-kura nie, apa kisah atau cerita berkenaan kedua-dua haiwan ini yang kome masih ingat lagi? Tentu kome pernah terbaca atau dengar kisah perlumbaan kedua-dua haiwan ini. Dulu-dulu, teman ingatkan kisah nie kisah dongeng je. Rupanya betul la. Arnab nie nampak je pantas tapi dia tak focus. Kura-kura pula nampak je lambat, tapi dia fokus dengan apa yang di buat. Pepatah mengatakan, "Biar lambat, asalkan SELAMAT".

Ikuti perkongsian video kisah benar perlumbaan Sang Arnab dan Sang Kura-kura.



Rajin benor deme nie kan...




Thursday, December 12, 2019

The beautiful voice Google Maps VOICE assistance

Do you know whose beautiful voice  is used in goggle maps as voice assistant ? Now you can imagine the face whenever you use Google apps and Maps. Teman memang kerap guna Google Maps untuk nevigate. Sesekali baru teman guna waze. Atee, teman pun baru je tau aweks yang selalu temankan masa drive mengelak kesesakkan traffic nie... kikikiki... Comeii...





Tuesday, April 9, 2019

Jumpa babi di laut

Gempar sekejap bila jumpa babi hutan di laut. Mungkin babi nie jelous sebab last time gajah berenang di laut berhampiran Sri Lanka. So, babi nie nak cuba pecah dominasi haiwan darat dengan berenang di laut berhampiran Pulau Pangkor. Memang babi betul la... bukan tipu...

Tak percaya, tonton perkongsian video di bawah nie...



Betul tak itu babi hutan...


Friday, October 26, 2018

Tiang elektrik senget

Pelik tetapi benar... Ini lah yang di sebuah perkampungan di India. Terdapat satu tiang lertik di perkampungan tersebut agak unik. Apabila anda melihat dari tepi kanan ia akan senget sebalah kanan, sekiranga dilihat sebelah kiri ia akan sengat disebelah kiri pula. Tetapi sebenarnya tiang tesebut tegak dan lurus. Tiang elektrik ini terletak di jalan antara Dibiyapur dan Kannuj.

Sehingga sekarang pun para saintis tidak dapat menghuraikan, bagaimana kejadian ini boleh terjadi?





Monday, October 22, 2018

Tak usah pening-pening

Sekarang nie musim hujan. Pagi-pagi lagi time nak pegi kerja, hujan masih lagi turun. Itu yang malas nak pegi kerja. Niat dihati nak sambung tidur je. Tapi apakan daya, tugas dan tanggungjawab yang digalas perlu di laksanakan. Orang kata hari Isnin “Monday Blues”. Pernah juga terfikir, kenapa “Monday Blues”?

Mungkin sebab Sabtu dan Ahad, tak kerja. So, lambat la sket nak warm up semula masa masuk office hari Isnin. Ok la, teman nie dah melalut pulak... jom layan perkongsian video nie... jangan pulak kome pening kepala sehingga berpinau biji mata memikirkan persoalan budak tu, udah le...😂😂😂

Begini pantunnya... sorong papan, tarik papan... buah keranji di atas peti. Bila mati, kena kapan. Lepas tu di tanam. Bila dia tanam, besoknya dia hilang. Bila dia hilang, nasib baik orang kampung jumpa... bla, bla, bla, kome tonton la perkongsian video nie. Pening teman memikionye... Kat Melaka ada berapa kubur ye???😂😂😂😂😂




Friday, January 12, 2018

Tips untuk mengatasi masalah kepala gas bocor

Masalah kepala gas bocor atau rosak. Kome pernah tak mengalami masalah macam nie. Biasanya berlaku pada kepala hos tong gas tu. Memang biasa kepala gas tu rosak bila dah lama di gunakan. Kome boleh guna tips nie, sementara tunggu untuk mengantikan kepala gas baru. Kome dapatkan gelang getah nie je... Lepas tu, ikut caranya macam yang di tunjukkan dalam video nie.

Gelang getah

Gambar ehsan Google.


Friday, January 5, 2018

Masalah power window kereta

Tips untuk menyelesaikan masalah power window untuk kereta Perodua MyVi dan kereta yang seangkatan dengannya. Entry nie hanya untuk memanjangkan perkongsian video nie. Apa pun credit kepada inisiatif dan perkongsian yang di tunjukkan oleh brother nie.



Thursday, December 14, 2017

Short Video : Jambatan kaca

Sekarang nie, terutama di negara China jambatan atau laluan kaca telah di bina di lereng-lereng gunung sebagai salah satu tarikkan pelancong ke destinasi-destinasi menarik di sana. Tidak di nafi, se gangster-gangster seseorang itu, jika fobia ketinggian... memang sangat melucukan... tapi dalam kes nie... mau tercabut jantung di buatnya jika tiba-tiba cermin tu retak... nak tergelak pun ada...😁😆🤣😆🤣😆🤣.... kome tonton sendiri la perkongsian video nie...




Tuesday, October 24, 2017

Short Video : Rockers menyanyi sampai tertonggeng

Stress punya pasal, rockers nyanyi sampai tertonggeng... Apa pun, suara lu brother sangat rock laa... Ok bro, jangan stress sangat ye...



Monday, October 16, 2017

Short Video : You Tu Be

Saya tak nok youtube... Saya nak You Tu Be, yang boleh tengok hari-hari tu... Hahahaha... lawak betul la..., Jenuh buat sale kalau ramai customer macam nie... Apa pun salute pada staff call center tu... Mereka tetap melayan customer dengan baik...



Monday, September 25, 2017

Padah akibat menghisap

Inilah padahnya bila tidak mematuhi peraturan. Akibat merokok di kawasan larangan, mereka ini telah di saman oleh pihak berkuasa. Kome di luar sana tu, bila lagi nak try hisap rokok kome tu di tempat larangan nie... Sudah-sudah lah tu buat benda yang tak berfaedah nie... Kalau kome jer yang terjejas... Lantak kome laa... Nie kesihatan orang sekeliling kome pun terjejas sekali di sebabkan kome suka menghisap benda yang bukan nie, memang patut pun kome di kenakan saman yang tinggi... Ada baiknya kalau mereka yang tak dapat bayar saman nie di sumbatkan ke dalam lokap sehari dua...


Monday, September 18, 2017

Gila orang macam-macam

Ape ke hei laa orang nie... kot ye pun nak keluar parking, tak perlu la sondol kereta nie sampai macam tu sekali... tuan punca kereta tu pun satu hal jugak, kot ye pun kalau ada urusan, jangan la menyusahkan orang lain. Nie pentingkan diri sendiri jerk. Padan muka kereta kena sondol... lain kali, parking kereta tu di tempat yang betul... macam yang selalu teman cakap, gila orang nie macam-macam...


Monday, September 11, 2017

Saja cari pasal

Ikutkan hati mati... ikut rasa, binasa... Inilah yang terjadi pada wanita ini. Akibat terlalu mengikut imosi sampai jadi kes Polis. Dah awak parking kat parking yang di khaskan untuk golongan kurang upaya tu buat apa... bayar je la saman... dah awak tu buat salah... tak perlu lah nak bertengkar dengan penguatkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka tu. Nie  pegang steering lock, dok bertengkar dengan penguatkuasa. Pada hal awak tu dah la buat salah, lepas tu lagi nak bertengkar... tak pasal-pasal jadi kes Polis... tak lama lagi masuk mahkamah... dan pasti dapat hukuman yang setimpal... 🤗🤗🤗😂😂😂😂😂😂😆😆😆😆😋😋😋😆😆😆 berbaloi ke dengan tindakan awak tu...???

Ikuti berita penuh di sini...


Monday, September 4, 2017

Imam muda

Bila imam tiada di mimbar, budak nie boleh ambil alih untuk membaca khutbah Edil Adha. Seronok bila tengok kanak-kanak nie membaca khutbah Edil Adha. Kena je gayanya... Kalau di asuh dengan betul, kanak-kanak nie suatu hari nanti boleh menjadi tokoh ulama, InsyaAllah.


Kredit pada orang yang share video nie.

Friday, July 7, 2017

Cara mudah untuk membersihkan kesan minyak tumpah.

Minyak tertumpah. Benda nie memang jarang berlaku, tapi bila ianya terjadi penat juga la untuk membersihkannya. Dalam entry hari nie, teman nak kongsikan info macam mana nak bersihkan tumpahan minyak ini dengan mudah. Kome tengok video kat bawah nie ye.


Boleh juga guna cara nie untuk membersihkan kesan minyak enjin kereta di poarch tu.

Friday, February 17, 2017

Makan plastik

Lelaki makan plastik. Hari tu, teman ada la share pasal barang naik (BN). Memang ramai yang terasa dan tertekan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi nie. Hari tu ada juga teman terdengar orang makan paku macam makan nasi. Sebab lapar katanya. Nie pulak makan plastik siap cicah air lagi tu, macam makan roti cicah teh.


Kome jangan pulak buat macam nie. Kalau penyu kat laut tu makan plastik boleh mati, inikan pula manusia. Baik la makan nasi. Kalau bosan pasal semua benda asyik naik je... Sampai masa nanti, kome buat la pilihan yang terbaik... Kita boleh kasi tukar sama dia... Kita yang lantik dia... We are the Boss... Dia kerja untuk kita... Itu la yang sepatutnya...
👌🤗🤗

Sunday, February 12, 2017

Kuliah : Akibat meninggalkan solat 5 waktu

Solat adalah tiang agama. Jangan sesekali kita meninggalkan solat 5 waktu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan keinsafan kepada semua.


Friday, February 3, 2017

Barang Naik (BN)

Sekarang nie tenat betul rasanya. Segala-galanya naik. Harga barang naik, harga minyak naik, tol pun naik jugak. Kos kehidupan semakin meningkat. Yang turun hanya lah nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang semakin menyusut.

Kalau masih berkerja, ok la... masih boleh mencari pendapatan sanpingan... Kalau dah bersara, dah tua nanti macam mana... Betul kata-kata hikmahnya... "Rakyat di dahulukan"...