Saturday, April 13, 2019

Kuliah : 10 amalan ahli syurga

Apakah amalan-amalan untuk menuju ke syurga Allah? Perlu di ingat, solat 5 waktu adalah amalan pertama yang akan di hisab. Jika buruk solat, makan buruk ke semua amalan yang lain. Dalam entry hari ini, teman hendak memanjangkan perkongsian berkenaan 10 amalan untuk menuju ke syurga Allah.


Gambar ehsan Google.

Pertama :
Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah s.w.t.

Kedua :
Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana mssjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid 'Allah' dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka.

Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki.

Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk mendoakan orang yang bersedekah waktu subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yang sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah.

Keenam
Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam sholat walau ia tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia... Yaa Allah”.

Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampunkan. Hati yang penuh dengan dosa akan menyebabkan nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dengan istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian. Jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kelapan
Berjalan ke majlis-majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yang berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan
Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamunya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh
Sebarkan salam kepada orang yang kita kenal atau pun kepada orang yang tidak kita kenal, kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan.


6 comments :

  1. alangkah bahagianya jika istiqomah melakukan perkara2 diatas...kena lebih mujahadah..

    ReplyDelete
  2. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Good sharing :)

    ReplyDelete
  3. jauh nmpk nya jln utk sy ke syurga waaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Semoga kita dapat lakukan amalan2 ini dengan istiqamah. Yerlaa, nak buat tu takla susah sangat. Tapi, nak istiqomah tu perlukan mujahadah sungguh.

    ReplyDelete
  5. Semoga Kita semua berpeluang menjadi ahli syurga amin

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...