Sunday, April 21, 2019

Kuliah : Melatih cara pandangan yang dapat menjamin kesucian hati

Bagaimana seharusnya seseorang memandang orang lain dalam pergaulan sehari-hari? Ciri-ciri orang orang soleh itu, dia tak pernah memandang buruk orang lain selain dirinya sendiri.

Kalau diri kita masih lagi melihat  keburukan pada orang lain, maka paling minimum carilah sekurang-kurangnya satu kebaikannya sampai ketemu, pasti ada! Akan tetapi jika kamu tetap tidak dapat menemukan kebaikannya, maka janganlah terburu-buru mencelanya, sebaliknya CELA-lah dirimu sendiri atas kegagalanmu menemukan sisi kebaikannya.

Pandangan Mata
Gambar ehsan Google.

Sebab ketahuilah... Seburuk-buruk manusia pasti dia masih menyimpan FITRAH yang suci. Dan tak ada manusia yang jatuh lebih rendah dari fitrahnya.

Berusahalah dirimu selalu berakhlaq dengan akhlaq Allah yang dalam pandangan rahmatNya berkenan menghapus 1001 keburukan manusia  dengan hanya satu kebaikan taubat.

Dan janganlah kau tiru akhlaq iblis, kerana kesombongannya, ia justru menghapus 1001 nilai kebaikan manusia hanya kerana satu kekurangan. Fahamilah...


5 comments :

  1. setuju..sbb tu sy selain berubah mempositifkan diri sy akan cuba berfikir yg baik2 utk diri dan orang sekeliling..

    ReplyDelete
  2. saya melihat seribu kebaikan orag lain dan seribu kejahatan kepada diri sendiri..

    betul kan.

    ReplyDelete
  3. mmg agak payah utk mencari keburukan sendiri berbanding mencari keburukan org lain

    ReplyDelete
  4. Fikir yang baik-baik akan dapat yang baik-baik juga. In Sya Allah.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...