عن أَبي سَعيدٍ الخُدْرِيِّ عن النَّبيّ ﷺ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ اْلأََعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ فَتَقُوْلُ : اِتَّقِ اللهَ فِيْنَا فَإِنَّمَـا نَحْنُ بِكَ فَإِنِ اسْتَقَمْتَ اِسْتَقَمْنَا وَإِنِ اعْوَجَجْتَ اِعْوَجَجْنَا
Daripada Abu Said al-Hudari dari Nabi S.A.W baginda bersabda: “Jika anak keturunan Adam berada di pagi hari, seluruh organ tubuh tunduk kepada lidah dengan berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah Azza wa Jalla pada kami, kerana kami bersamamu. Jika engkau istiqâmah, kami juga istiqâmah. Jika engkau menyimpang, kami juga menyimpang.” (HR Tirmidzi No: 2407). Status: Hadis Hasan.
Gambar ehsan Google.
Pengajaran:
- Lidah boleh menjadi penyebab seseorang kufur.
- Jika lisannya (termasuk tulisan) istiqâmah dalam ketaatan atau tidak mengucapkan perkataan yang mendatangkan dosa dan murka Allah, seseorang itu akan selamat di sisi Allah.
- Lisan yang tidak dijaga (termasuk tulisan) malah biasa dengan mengumpat dan memfitnah, maka perbuatan itu akan berterusan dan akan menyeret tuannya ke neraka.
- Setiap yang diucap mahupun ditulis sama ada yang baik mahupun yang buruk akan dicatat oleh malaikat dan akan dihisab.
Firman Allah:
مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). [Qâf:18]
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Menbinasakan..ya lisan atau lidah mampu membinasakan manusia.
ReplyDeleteSemoga diberi kekuatan untuk dapat menjaga lisan selalu.
ReplyDeleteSebelum bercakap kena fikir dahulu.
ReplyDeletesebab itu pilihan yang terbaik ada dua sahaja.
ReplyDeletebercakap yang bak-baik atau diam sahaja
berhati-hati dengan lidah..
ReplyDeletemoga kita semua dilindungi Allah daripada perkara buruk akibat lidah yang tidak bertulang
jom kita muhasabah diri bersama :)
ReplyDeletesebab apa yang ditutur adalah satu doa.. jadi jaga lidah sebut yang baik baik.. doa yang baik baik.. ingatan untuk diri sendiri nihh :)
ReplyDeletetu la..mulut juga penyebab orang terasa hati..paling susah nak jaga
ReplyDeletesyukran for sharing..guna lidah utk rebut pahala..
ReplyDeleteSemoga Kita terus istiqomah tq atas reminder
ReplyDeleteskrg lidah x byk berckp sblk nya jari yg lbh terkedepan dlm menyebarkan fitnah, berkata buruk etc...
ReplyDeleteOleh itu, lebih baik kita lebih banyak mendengor dari bercakap, ye dak. :)
ReplyDelete