Friday, April 12, 2019

Fungsi Button 'Shift Lock' untuk kereta auto

Untuk kome yang memandu kereta Auto, nie teman nak memanjangkan perkongsian berkenaan button 'Shift Lock'. Kereta teman tak ada button 'Shift Lock' nie... Baru tahu... Butang 'shift lock' pada gear kereta auto fungsinya membolehkan kereta auto ditolak waktu bateri lemah/kong untuk recharge semula 👇👇👇. Bagi mereka yang memandu kereta automatik pasti perasan ada satu button 'Shift Lock' pada gear kereta. Tapi percayalah walaupun korang memandu kereta auto, belum tentu korang tahu apa fungsi button tu.


Button Shift Lock yang dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan kepada pemandu. Shift lock berfungsi untuk melepaskan transmisi kereta daripada P. Maksudnya, jika dalam situasi tertentu yang korang kena letakkan gear pada N, contohnya macam kereta kena tunda dan sebagainya kat sini lah button shift lock ni digunakan.

1. Matikan enjin kereta ketika gear

2. Cabut kunci kereta

3. Tekan button shift lock dan jangan lepaskan. Pada masa yang sama tarik tombol gear ke  bawah dan ubah kedudukan

4. Ubah ke gear dan lepaskan butang shift lock.
5. Lepaskan break tangan dan biarkan free.

Baru boleh tolak kereta kalau bateri kong dan sebagainya.


3 comments :

  1. syukran...masih guna keta manual, baru brcadang tukar ke auto.

    ReplyDelete
  2. Hoho ad caranya ye mama ingat terus masuk gear shift lock terus.. to good info

    ReplyDelete
  3. oh ya ke? kereta sy mmg ada tp so far x penah digunakan sbb bila bila bunyi mcm nk kong trs tkr...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...