Thursday, March 26, 2015

Petua : Untuk menghilangkan kesan dakwat pen dari pakaian

Pakaian terkena dakwat pen. Macam mana nak hilangkan kesan dakwat pen dari pakaian? Bila pakaian terkena dakwat pen, memang susah nak hilangkan kesan kotoran tu. Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan petua untuk menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian. Klik disini untuk membacanya. Ada yang komen kata berkesan dan ada juga komen yang komen kata tak berkesan. Teman setakat nie belum cuba lagi petua tu.

Gambar ehsan Google.


Ok, untuk entry hari nie. Teman kongsikan satu lagi petua untuk menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian. Cuma kali ini caranya berbeza sedikit. Petua nie hanya mengunakan ubat gigi. Apa-apa jenama ubat gigi pun boleh. Jangan guna ubat gegat, sudah la :d

Sapukan saja ubat gigi pada tempat yang terkena dakwat pen tu. Kemudian biarkan saja sehingga ubat gigi itu kering dan boleh la basuh seperti biasa.

Teman tak cuba lagi petua nie. Petua nie hanyalah perkongsian dari kawan-kawan. Apa pun, selamat mencuba ye. Kalau berkesan, jangan lupa tinggalkan komen kat sini.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...